2 TNC Hepa
Membuat Lawatan
Ke Rumah Kayak
Universiti
3 Staf Hepa
Perlu Amal
3 Falsafah
Utama
UUM CDC - PERKESO CDC Kongsi Pengalaman
Simposium Inspirasi Kerjaya
Eratkan Kerjasama Anak Muda 2022 (YCS’22)
muka 4 muka 5
MEI TNC HEPA MEMBUAT LAWATAN
51/2022 KE RUMAH KAYAK UNIVERSITI
Satu lawatan bagi meninjau Rumah Kayak Universiti oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Ahmad Martadha
Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) telah dijalankan di sekitar Tasik
universiti. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan
di tempat berkenaan bagi meninjau tahap kesesuaian dan keselamatnnya bagi kegunaan pelajar-
pelajar.
Rumah Kayak Universiti yang diletakkan di bawah penyeliaan Pusat Sukan Universiti ini, telah didirikan di
kawasan tersebut sejak tahun 1993. Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa kawasan tersebut perlu
dibaikpulih demi untuk keselamatan para pelajar yang menggunakannya. Bagi memudahkan pelajar-
pelajar untuk datang menggunakannya, binaan Rumah Kayak yang lebih dekat dengan Inapan Siswa
(INASIS) perlu diambil kira.
Menurut Prof. Dr. Ahmad Martadha, Rumah
Kayak Universiti yang terletak di seberang Tasik
Universiti dan berada jauh dari tumpuan pelajar-
pelajar telah menyukarkan pelajar-pelajar untuk
menggunakannya. Ujar beliau lagi, rumah kayak
tersebut perlu dibaikpulih memandangkan ia telah
usang dan juga mengalami beberapa kerosakan
kerana telah kerapkali dinaiki air sekiranya berlaku
banjir.
Turut hadir meninjau kawasan tersebut ialah Puan
Noraini Abu Seman bagi mewakili Pengarah
Jabatan Penyenggaraan Dan Pembangunan
(JPP), Encik Huzaidy Bin Hj. Hussain, Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Encik Mohd. Nizar
Bin Ahmad Padzi, Pengarah Pusat Sukan serta
pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan
Dan Penyenggaraan UUM
22
STAF HEPA PERLU AMAL 3 FALSAFAH UTAMA MEI
51/2022
3 falsafahutamaperludiamalkandalamkalangan
kakitangan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan
Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM). Falsafah
yang ditekankan tersebut adalah HEPA prihatin,
Mesra Pelajar dan Keserakanan. Ungkapan ini
telah disarankan oleh Yang Berusaha Prof. Dr.
Ahmad Martadha Bin Mohamed, Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)
sempena Majlis Perjumpaan Pertengahan Tahun
bersama-sama staf HEPA, Majlis Perwakilan
Pelajar dan pemimpin-pemimpin Kelab serta
Persatuan yang diadakan baharu-baharu ini.
Ketika menjalankan tugas di Jabatan HEPA,
sikap perihatin terhadap permasalahan pelajar-
pelajar perlulah dititikberatkan. Pelajar-pelajar perlulah dianggap sebagai anak sendiri dan mereka
perlu diberi jaminan untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa dan sempurna semasa berada di
dalam kampus.
Di samping itu Prof. Dr. Ahmad Martadha juga
meminta agar setiap staf Jabatan HEPA sentiasa
mesra terhadap pelajar-pelajar. Beliau menyelar
mana-mana staf HEPA yang tidak memberi
layanan yang baik terhadap pelajar-pelajar. Beliau
juga memohon agar staf dapat mengelakkan
perkara sedemikian dan bertugas dengan hati
yang terbuka dan ikhlas serta membuang emosi
negatif terhadap mereka. Sikap negatif yang
ditunjukkan itu akan mencerminkan imej HEPA
yang kurang baik dalam kalangan pelajar-pelajar
terutama sekali dalam kalangan pelajar-pelajar
antarabangsa.
Sebagai frontliners universiti, semua staf HEPA perlu mempunyai sikap keserakanan antara satu sama
lain tanpa mengira pangkat dan darjat. Sikap sedemikian jika diamalkan akan memudahkan segala
urusan dan dapat menyelesaikan segala permasalahan dengan baik.
Di dalam majlis tersebut, Prof. Dr. Ahmad Martadha telah menyampaikan cenderamata kenangan
kepada staf HEPA yang bersara iaitu Encik Halimulihsan Bin Mustafa, Penolong Pengurus Asrama Kanan
di INASIS SME Bank , Puan Badariah Binti Mohd.Zahir, Setiausaha Kanan di Pusat Kaunseling dan Puan Ku
Arpah Bt. Ku Mansor, Pembantu Tadbir Kanan di INASIS Maybank serta kepada enam orang mantan
staf HEPA yang telah bertukar ke jabatan lain.
Majlis yang diadakan di Dewan Bukit Kachi UUM itu turut dihadiri oleh Dr. Kamarul Azman Bin Khamis,
Dekan Hal Ehwal Pelajar, Encik Huzaidy B.Hj. Hussain, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Timbalan-
timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Pusat-pusat Pengajian, Pengarah Pusat serta Pengurus Bahagian
dan Pusat di dalam HEPA serta Pengetua-pengetua INASIS.
3
MEI UUM CDC - PERKESO ERATKAN KERJASAMA
51/2022
Pusat Pembangunan Kerjaya, Universiti Utara Malaysia (UUM CDC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) mengeratkan kerjasama dalam kerjaya graduan baru- baru ini.
Malah, peluang kerjaya kepada graduan UUM yang buntu dalam menceburi dunia pekerjaan semakin
bersinar dengan termeterainya jalinan kerjasama antara UUM CDC dan PERKESO.
Nursyakirin Mohd Saleh mewakili Unit Pemasaran Strategik dan Statistik Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO), berkata “Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan
Malaysia (PERKESO) telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peluang pekerjaan di bawah
inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia. Inisiatif ini bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”
mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran memandangkan penciptaan peluang
pekerjaan merupakan teras utama di bawah Bajet 2022”.
“Kerjasama PERKESO (MYFutureJobs) bersama UUM CDC ini dapat membantu pelajar dan graduan
UUM untuk meningkatkan peluang kerjaya serta kebolehpasaran.
Pada masa yang sama, PERKESO akan mempromosikan portal pencarian pekerjaan MYFutureJobs
melalui pendaftaran MYFutureJobs, taklimat MYFutureJobs, Career Coaching, aktivti engagement,
photobooth dan sesi penyampaian cenderahati” tambahnya lagi.
Sementara itu, menurut Pengurus CDC, Shahrin Bin Ahmad, “Menerusi perbincangan awal, PERKESO
dan CDC meninjau potensi untuk bekerjasama dalam Career Week atau Career Fair bagi graduan
mencari kerja. Kerjasama ini berpotensi membawa manfaat untuk membuka peluang kerjaya dengan
lebih meluas kepada graduan.
Beliau berkata “Perbincangan ini dapat dikonklusikan bahawa PERKESO dan Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) mempunyai halatuju yang seiring”.
Selain itu, PERKESO digalakkan menjalin hubungan strategik bersama MPP UUM dalam slot khas ketika
Career Week 2022 anjuran MPP.
4
CDC KONGSI PENGALAMAN SIMPOSIUM INSPIRASI MEI
KERJAYA ANAK MUDA 2022 (YCS’22) 51/2022
Simposium Inspirasi Kerjaya Anak Muda (YCS’22) telah berlangsung di Hotel Berjaya Times Square,
Kuala Lumpur yang dihadiri seramai 1000 peserta termasuklah Pengurus, Pusat Pembangunan Kerjaya
(CDC) UUM, Shahrin Ahmad.
Beliau berkata, simposium ini bagi menyediakan latihan dan program kepada bakal gradúan dan
belia di dalam negara serta menyediakan platform kepada tenaga pakar bagi membantu kerajaan
terhadap program-program yang dapat mengatasi masalah pengangguran.
Dalam pada itu, i-LEAD telah memberi perkongsian daripada panel-panel yang berkemahiran dan
pakar dalam pelbagai bidang untuk mengupas topik yang relevan dan terkini terutamanya kepada
para belia dan mahasiswa. Turut diadakan pameran kerjaya melibatkan pelbagai sektor seperti
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) danTimes Consultant serta pameran kerjaya oleh
pelbagai agensi seperti Malaysia Automotive Robotics and Institute (MARi). PERKESO-My Future Job,
Tekun Nasional dan Kluster Kenegaraaan i-LEAD yang
merupakan agensi kerajaan”, katanya.
Selain itu, simposium ini menekankan Pendidikan Teknik
dan Vokasional yang mengkhususkan bidang sains dan
teknologi.
Antara lain, keadaan semasa yang berlaku di dalam
negara mahupun dunia iaitu isu kesihatan melibatkan
Covid-19 menjadi salah satu isu yang diketengahkan.
Berdasarkan dapatan kajian yang dibincangkan
dalam YCS’22 , “isu covid-19” memberi kesan dan
menjejaskan masyarakat dunia semasa PKP malahan
terdapat kesan yang ketara berlaku kepada rakyat
iaitu hilang pekerjaan, kemurungan, majikan potong
gaji dan banyak lagi berlaku semasa penularan wabak
covid-19”.
Simposium ini memberi ilmu dan pengalaman yang
padu kepada semua peserta secara global.
5
MEI
51/2022
6
MEI
51/2022
7
MEI
51/2022
Kata Inspirasi
‘Ketika anda gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan
bermaksud anda harus menyerah dan berhenti berusaha’
8