Puan Masanita Mat Noh, Timbalan Pengarah (Akademik) PAP, dan Encik Mohd Idzwan Yacob, Timbalan Pengarah (Pembangunan Pelajar) PAP kepada setiap wakil pusat pengajian. JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL. 25/2023 | 28 JUN 2023 HEPA POST auras bantu martabat nama uum 2 program “asasi education fair 2023” 6 kualiti siswa diutamakan dalam pelaksanaan program 7 program nomad digital tingkatkan kefahaman konsep malaysia madani 3 “dahulu bangunan ini pejabat hep, sekarang dah berubah” 4 AKTIVITI RIADAH MEKANISME LONJAK PRESTASI JKPS, INASIS SIME DARBY 13 INASIS SIME DARBY BINCANG PENGISIAN PROGRAM MEKAR BERSAMA SADA 10 maybank malaysia kongsi prospek kerjaya kepada pelajar 9
2 28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 2 AURAS BANTU MARTABAT NAMA UUM Sumbangan Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia Sarawak (AURAS) dalam pembangunan universiti diharap dapat menjulang nama UUM di peringkat lebih tinggi lagi. Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, walaupun AURAS masih dalam proses penubuhan, tetapi mereka berjaya mengumpul 185 alumni dari Sarawak secara rasminya. Menurutnya, AURAS telah memainkan peranan efektif ke atas UUM menerusi penyediaan biasiswa alumni kepada pelajar B40 Sarawak berjumlah RM8,000. Di samping itu, pembangunan pelajar melalui program mentoring Syarikat Richmind Consulting and Mentoring Sdn. Bhd. yang diadakan pada Sabtu lalu. “Saya berharap program seperti ini akan diaktifkan lagi oleh AURAS di mana secara tidak langsung dapat membantu memartabatkan nama UUM. “Universiti juga berhasrat untuk bekerjasama dengan alumni dalam aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembangunan universiti serta warganya sesuai dengan slogan UUM iaitu Ilmu, Budi, Bakti,” katanya pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Naib Canselor dan AURAS di Manager’s Coffee, hari ini. Dr. Mohd Foad turut berkongsi kejayaan UUM berada di kedudukan 99 universiti terbaik Asia dan kedua terbaik di Malaysia dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2023. Program Alumni Homecoming: Alumni UUM Sarawak Chapter (AURAS) pada kali ini telah berjaya menghimpunkan seramai 12 alumni Sarawak. Program pada kali ini telah merangkumi 5 ‘pillar’ Pusat Alumni iaitu Alumni Engagement, Alumni Day Homecoming, Alumni Bonding, Alumni Endownment dan Alumni Mentoring. Sementara itu, Presiden AURAS, Chi Poh Yung berterima kasih atas kehadiran Naib Canselor bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menunjukkan sokongan kuat pihak UUM terhadap AURAS. Ujarnya, fokus AURAS adalah menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan, rekreasi, ekonomi dan pendidikan kepada alumni UUM dan masyarakat di Sarawak secara amnya. “Kami berjanji sebagai alumni UUM akan terus memelihara nama baik UUM sepanjang kami mewakili AURAS. “Untuk meneruskan aspirasi menggalakan anak-anak muda meneruskan pelajaran mereka, AURAS akan menganjurkan satu program Jalinan Kasih UUM ke Saribas yang akan berlangsung pada September nanti,” katanya. Pada majlis itu, Poh Yung telah menyerahkan sumbangan bernilai RM5,000 untuk Tabung Kebajikan Pusat Alumni UUM kepada Dr. Mohd Foad. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Sobri Don @ A. Wahab.
3 3 28.6.2023 / Rabu Keluaran 252023 3 PROGRAM NOMAD DIGITAL TINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP MALAYSIA MADANI Universiti Utara Malaysia (UUM) telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Program Nomad Digital 2023 Edisi Kedah anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri. Dengan penyertaan seramai 60 orang pelajar, dibantu oleh 10 pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar, barisan Majlis Pengetua INASIS serta staf dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar, program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 23 dan 24 Jun 2023 bertempat di Dewan INASIS TM. Program selama dua hari tersebut melibatkan aktiviti meliputi tiga teras iaitu melahirkan masyarakat berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan mempunyai penghayatan patriotisme yang tinggi. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berbentuk aktiviti berkumpulan di sekitar kampus yang mana ianya menguji pemahaman peserta mengenai konsep Malaysia Madani. Berkonsepkan explorace, program ini mendedahkan para pelajar dengan kemahiran digital melalui muat turun aplikasi terkini dan penggunaan pelbagai saluran media sosial sepanjang program berlangsung. Para pelajar turut diperkenalkan dengan tonggak dasar Malaysia MADANI untuk pemahaman yang lebih baik mengenai konsep tersebut. Bagi memberi lebih kefahaman dan menerapkan konsep Malaysia Madani dan dasardasar kerajaan, setiap ahli kumpulan perlu menyelesaikan tugasan yang mempunyai 5 titik semak (checkpoint) untuk membolehkan mereka mendapatkan ‘stamp card’ untuk mara ke titik semak seterusnya. Setiap tugasan yang diberi adalah berkaitan kefahaman mengenai konsep Malaysia Madani serta dasardasar kerajaan yang boleh memupuk semangat patriotisme serta kemahiran digital di kalangan khalayak sasaran. Antara hasrat utama penganjuran program Nomad Digital adalah bagi menghapus jurang antara komuniti belia dengan J-KOM di mana komuniti belia dapat mengenali J-KOM dengan lebih dekat dan secara tidak langsung mendapat maklumat mengenai kerajaan dengan lebih tepat dan sahih serta mampu menyebarkan ia kepada jaringan yang lebih meluas. Kesepakatan yang wujud ini turut menghasilkan kesefahaman dan kerjasama yang erat antara J-KOM dengan masyarakat seterusnya berupaya membuat pembaharuan, reka cipta dan reka baharu selaras dengan rukun Malaysia Madani iaitu Daya Cipta. Saudara Mohammad Alif Izzuwan, MPP berkata, “perkongsian ilmu kemahiran digital dan daya pemikiran kritikal yang diterapkan sepanjang program ini akan dimanfaatkan oleh para peserta iaitu pelajar di sini. Sesungguhnya ilmu tersebut sangat bermanfaat dan akan membina pengetahuan serta kemahiran tambah para pelajar. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, Encik Huzaidy bin Haji Hussain dan turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Media Sosial dan Media Baharu J-KOM, Puan Rohani binti Chik dan Pengarah J-KOM Zon Utara, Encik Azizi bin Azizan. Berita oleh: Akmal Ahlami bin Md Rozai Gambar oleh: Majlis Perwakilan Pelajar UUM
28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 4 “DAHULU BANGUNAN INI PEJABAT HEP, SEKARANG DAH BERUBAH” Itulah yang diungkapkan oleh sebahagian alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) Chapter Sarawak (AURAS) ketika berkunjung ke U-Assist. Lawatan ke U-Assist ini adalah sebahagian daripada rangka kerja bagi Program Alumni Homecoming: AURAS yang bermula pada 23 hingga 26 Jun 2023. Ketika ditemubual, Presiden AURAS, Chi Poh Yung berkata, beliau sangat kagum melihat perkembangan dan kemudahan yang disediakan oleh U-Assist. “Saya teruja melihat fasiliti di U-Assist dan percaya UUM dapat meningkatkan tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di U-Assist”, ujar beliau. Jacques Jagang yang hadir bersama suaminya yang mana kedua-dua mereka adalah Alumni UUM pula menekankan kehadiran AURAS ke Universiti ini adalah bagi tujuan memberi sumbangan dan motivasi kepada anak-anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di kampus Sintok. Menurutnya lagi, fasiliti yang disediakan di U-Assist sangat mengagumkan hasil daripada penerapan digitalisasi dan kecanggihan infrastruktur teknologi maklumat. U-Assist sebagai sebuah pusat perkhidmatan sokongan pelajar turut mendapat pujian daripada Hasimah Brahim yang menamatkan pengajian pada tahun 1999. “Cara staf U-Assist mengendalikan servis di setiap kaunter sangat sistematik dan tersusun sekaligus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. “Saya telah bekerja dengan tujuh syarikat sebelum bersara dan tidak pernah melihat perkhidmatan yang disediakan di bawah satu bumbung seperti U-Assist ini dan ia cukup baik,” tambah Rosmawati Mohamad Sahari yang mula melanjutkan pengajiannya di UUM pada tahun 1988. Pengarah U-Assist, Suraya Deraman amat berbesar hati menerima lawatan daripada delegasi AURAS dan berharap lawatan seumpama ini dapat diperbanyakkan lagi untuk mengeratkan kerjasama dengan para alumni UUM dari serata dunia. AURAS begitu komited dalam merencana dan melaksanakan pelbagai aktiviti serta program yang melibatkan alumni bagi mengekalkan hubungan yang konsisten di antara Alumni dan pihak pengurusan universiti. Berita oleh: Narshini Krishna Kumar (Pelajar Praktikum UUM) Gambar oleh: U-Assist
28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 5 Baru-baru ini, Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya (PKPK) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima jemputan untuk menghadiri Chess Symposium 2023 yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Chess Symposium 2023 anjuran Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang berlangsung pada 3 Jun 2023 tersebut telah menghimpunkan 22 universiti tempatan di bawah program kerjasama dengan Collaboration with Higher Education Strategic Initiatives (CHESS). Program CHESS ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama industriakademik, mempercepatkan pembangunan bakat dan teknologi serta memberi inspirasi kepada inovasi untuk masa depan yang mampan. Sejak penubuhannya pada November 2021, CHESS telah membolehkan lebih 90 sesi perkongsian pengetahuan di samping penyelidikan bersama, aktiviti inovasi, program bimbingan dan semakan sukatan pelajaran, antara inisiatif lain. PUSAT KAUNSELING DAN PEMBANGUNAN KERJAYA HADIRI CHESS SYMPOSIUM 2023 Wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Ybrs. Prof. Dr. Azlinda Azman yang melancarkan simposium itu berkata sinergi itu adalah pendorong kepada usaha pembinaan bakat negara dan peningkatan pendidikan tinggi. Datuk Bacho Pilong, Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi PETRONAS berkata, ‘peralihan tenaga memberikan cabaran teknologi yang menarik untuk manusia dalam Zaman Keemasan Kejuruteraan ini’. ‘Dalam menghadapi pelbagai cabaran iklim yang kita hadapi hari ini, kita mesti bangkit dan mengatasinya dengan inovasi baharu dan radikal’ tambah beliau lagi. UUM telah diwakili oleh Dr. Fikriyah Abdullah, Pengarah PKPK, UUM dan Encik Muhammad Noor Fitri Ahmad, Pegawai PKPK, UUM teruja dengan penganjuran tersebut kerana dapat menyertainya bersama seramai 400 ahli akademik, pakar industri dan pelajar dalam negara. Sepanjang program sepanjang hari itu, para hadirin mengambil bahagian dalam perbincangan, menyaksikan pameran teknologi, dan persembahan inovasi dalam pelbagai bidang termasuk Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik, Tenaga dan Kelestarian Baharu, Pembuatan Tambahan dan Ekonomi Pekeliling, serta Analisis Data dan Internet Perkara (IoT). Berita Oleh: Anis Zulaikha Kamal Gambar: Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya UUM
28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 6 Program “Asasi Education Fair 2023” Seramai 223 pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2022/2023 bakal melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda selapas menamatkan pengajian Program Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Oktober 2023 nanti. Justeru Pusat Asasi Pengurusan mengambil inisiatif menganjurkan Program “Asasi Education Fair 2023” bagi memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar tersebut terutama untuk memilih program ijazah sarjana muda yang bakal diceburi. Program “Asasi Education Fair 2023” yang diadakan pada 14 Jun 2023 bertempat di Pusat Asasi Pengurusan, UUM ini telah disertai 13 buah pusat pengajian UUM bagi membantu menjayakan program ini. Tujuan utama program ini diusahakan adalah untuk membantu memberikan informasi kepada pelajar-pelajar di Pusat Asasi Pengurusan Sesi 2022/2023 iaitu seramai 223 orang tentang program pengajian peringkat ijazah sarjana muda dari pelbagai pusat pengajian yang ada di UUM. Selain dari pameran menarik yang ditampilkan oleh pelbagai pusat pengajian, pelajar juga berpeluang berinteraksi secara terus dengan pihak pusat pengajian bagi mendapatkan maklumat berkaitan syarat kemasukan, kelayakan minuman yang diperlukan serta penerangan secara terperinci mengenai program ijazah sarjana muda yang ditawarkan di UUM. Puan Masanita Mat Noh, Timbalan Pengarah (Akademik) PAP, dan Encik Mohd Idzwan Yacob, Timbalan Pengarah (Pembangunan Pelajar) PAP kepada setiap wakil pusat pengajian. Puan Masanita Mat Noh, Timbalan Pengarah (Akademik) PAP, dan Encik Mohd Idzwan Yacob, Timbalan Pengarah (Pembangunan Pelajar) PAP kepada setiap wakil pusat pengajian. Sepanjang pameran berlangsung, pelajar-pelajar yang hadir kelihatan teruja dan menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai program-program yang telah ditawarkan pada sesi pameran tersebut. Pelajarpelajar juga tidak melepaskan peluang untuk bersoal jawab bersama para pensyarah dan juga staf pusat pengajian bagi mendapatkan pencerahan mengenai kursus yang diminati. Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil dan cenderamata yang telah disempurnakan oleh Prof Dr. Muhammad Fuad Othman, pengarah Pusat Asasi Pengurusan (PAP), serta diringi oleh Puan Masanita Mat Noh, Timbalan Pengarah (Akademik) PAP, dan Encik Mohd Idzwan Yacob, Timbalan Pengarah (Pembangunan Pelajar) PAP kepada setiap wakil pusat pengajian. Berita oleh:Kanimolli A/P Pandiyan Gambar: Pusat Asasi Pengurusan
28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 7 KUALITI SISWA DIUTAMAKAN DALAM PELAKSANAAN PROGRAM Pada 17 jun 2023 lalu telah berlangsung satu Program Sijil Peyembelihan Mega Perdana Peringkat Kebangsaan 2023 yang dianjurkan oleh Majlis pewakilan pelajar (MPP IBS ) dengan kerjasama Pusat Islam UUM dan Jabatan Agama Negeri Kedah serta kelab persatuan bawah IBS. Antara pengisian sepanjang program tersebut berlangsung adalah amali tentang penyembelihan, aktiviti gotong-royong, khidmat masyarakat (CSR) bersama anakanak yatim dan majlis makan mega perdana. Pengarah program saudara Muhammad Khairulnajmi Zakaria berkata, ‘program ini penting untuk menekankan peningkatan kualiti mahasiswa UUM dalam pasaran industri terutama dari segi kebolehpasaran graduan UUM kelak’. ‘Program ini juga turut memberikan maklumat tentang cara mendapatkan sijil-sijil Profesional melalui kursus dan bengkel yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama Negeri Kedah seperti sijil kemahiran melibatkan penyembelihan haiwan ternakan’, tambahnya lagi. Sesuatu yang menarik menerusi program ini adalah Pengarah program dan Pn. Juhaina binti Che Juhari, Pengurus Bahagian Pembangunan Pelajar (B2P) berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman membuat penyembelihan ayam. Program diakhiri dengan majlis makan Mega Perdana yang dihadiri oleh seramai 1,200 orang mahasiswa UUM termasuk anak-anak Yatim. Berita oleh: Majlis Pewakilan Pelajar UUM Gambar oleh: Muhammad Khairulnajmi Bin Zakaria
CADANGAN PENYEDIAAN DASHBOARD SATU INISIATIF TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN Institusi pengajian tinggi perlu meningkatkan keupayaan digitalisasi di dalam kampus selari dengan era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang menekankan elemen Smart Campus. U-Assist telah menerima lawatan pasukan penyelidik projek yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang projek U-Assist Dashboard yang menekankan sistem Tracking and Analytics for Student Service baru- baru ini. U-Assist dipilih bagi memenuhi aspirasi digitalisasi ini kerana peranannya sebagai One Stop Centre yang menjadi saluran perkhidmatan kepada pelajar terutama berkaitan aspek akademik dan bukan akademik. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Dr. Muhamad Sabri Sinal @ Zainal berkata pengenalan dashboard ini harus dikembangkan dalam mengintegrasikan perkhidmatan yang lebih interaktif sesuai dengan keperluan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Pelajar UUM merupakan tulang belakang pembentukan idea ini dalam mengubah landskap pengoperasian dan sistem penyampaian perkhidmatan yang inovatif kata Muhamad Sabri yang juga merupakan penyelia pelajar bagi projek ini. Beliau berharap idea ini akan terus dikembangkan kerana dapat membantu U-Assist dalam mengintegrasikan perkhidmatan masa nyata (realtime services) bagi membantu pelajar UUM damn kekuatan dashboard ini terletak pada data digital yang memaparkan interaktiviti yang dibangunkan oleh pelajar tahun akhir, Chong Chee Twau. “Pembentangan inovasi ini telah memberikan satu nilai tambah kepada kami sebagai Pusat Tanggungjawab yang sedang bergerak ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti”, kata Pengarah U-Assist, Suraya Deraman “Saya yakin pengurusan tertinggi UUM akan menyokong dalam pelaksanaan projek ini dan berharap U-Assist dapat berkolaborasi untuk merealisasikan idea ini,” tambah Suraya di akhir sesi perbincangan. Berita & Gambar Oleh: Narshini Krishna Kumar (Pelajar Praktikum UUM) 28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 8
MAYBANK MALAYSIA KONGSI PROSPEK KERJAYA KEPADA PELAJAR UUM Bertempat di Auditorium, Pusat Penginapan Pelajar (SAC) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berlangsung dengan jayanya Program Career Preparatory Workshop. Program yang berlangsung ini telah dianjurkan oleh Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya (PKPK) UUM dengan kerjasama Maybank Malaysia sempena MaybankDay@UUM yang telah diadakan pada 12 Jun 2023. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi bimbingan dan pendedahan mengenai prospek kerjaya kepada mahasiswa Universiti Utara Malaysia khususnya bagi pelajar tahun akhir. Antara pengisian yang dikongsikan adalah tentang penyediaan Resume dan Curriculum Vitae (CV) oleh Encik Mohd Naufal Abdul Kadir, Resourcing Specialist Maybank Malaysia. Pada sesi tersebut, beliau telah menekankan tentang pengisian penting maklumat semasa menyediakan Resume & CV. Selain itu juga, para pelajar diberi pendedahan tentang melayari pautan portal pekerjaan untuk mencari pekerjaan seperti Maybank Jobs, JobStreet.com, LinkedIn, Graduan dan lain-lain lagi. Selain itu, beliau juga sempat memberi sedikit panduan dan tips semasa menghadiri temuduga. Encik Muhammad Noor Fitri Ahmad selaku Pegawai PKPK menyifatkan bahawa bimbingan kerjaya ini penting diadakan terutama untuk mendedahkan peluang kerjaya kepada para mahasiswa disamping membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan mengikut kelayakan masing-masing. Ketika ditemui beliau berkata, ‘Para mahasiswa seharusnya mengambil peluang ketika berada di universiti bukan sekadar mentelaah subjek pelajaran semata-mata, tetapi seharusnya turut melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan dalam membantu meningkatkan nilai tambah dan kemahiran dalam diri pelajar sebagai persediaan di alam pekerjaan nanti’. Berita Oleh: Anis Zulaikha Kamal Gambar: Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya UUM 28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 9
10 Pada 20 Jun 2023 yang lalu, Inasis Sime Darby, UUM telah mengadakan kunjungan lawatan ke ibu pejabat Syarikat Air Darul Aman (SADA) Alor Setar. Pada sesi kunjungan tersebut, perbincangan telah diadakan bersama Pegawai Perhubungan Korporat di SADA iaitu Encik Adzirul Haidy Idris. Perbincangan adalah menjurus kepada kerjasama SADA dalam Program UUM Membina Kesejahteraan Rakyat (MEKAR) yang berjalan pada bulan Julai 2023 merangkumi tiga aspek utama iaitu pendidikan, sosial dan ekonomi. Program tersebut juga dijangka akan melibatkan komuniti terdekat iaitu Kampung Bukit, Kampung Nanchik, dan Kampung Lubuk Batu serta pelajar SMK Hosba. Menurut Encik Adzirul, SADA sentiasa positif untuk menyantuni masyarakat dan bekerjasama dengan NGO lain sebagai salah satu Corporate Social Responsibility (CSR) yang dijalankan secara berkala pada setiap tahun. Beliau berkata ‘kerjasama dengan pihak UUM amat dialu-alukan kerana UUM juga merupakan antara pelanggan utama yang menyumbang kepada penggunaan air terbesar di negeri ini. Beliau juga sempat berkongsi maklumat statistik penggunaan air oleh penduduk disekitar UUM dengan anggaran menggunakan kira-kira 200 liter air setiap hari bagi setiap individu untuk keperluan harian, tidak termasuk operasi pejabat dan keperluan teknikal lain. Perbincangan ditamatkan dengan penyampaian cenderamata dari pihak SADA kepada pihak Inasis. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Majlis Tertinggi JKPS Inasis Sime Darby dan 2 orang pegawai pengiring dari UUM. Berita & Gambar oleh : Nur Irdina Abdul Malek, Presiden JKPS Inasis Sime Darby INASIS SIME DARBY BINCANG PENGISIAN PROGRAM MEKAR BERSAMA SADA 28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 10
UUM CASH FLOW GAME: PUPUK KESEDARAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR Bebas kewangan (Financial Freedom) merupakan sesuatu yang amat membanggakan dan menjadi idaman apabila ianya boleh dicapai oleh seseorang individu. Namun untuk mencapainya, anda bukan hanya harus bijak mencari wang, bahkan anda juga harus mempunyai kecerdasan dalam pengurusan kewangan. Menyedari kepentingan ini, Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya (PKPK) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Great Eastern Alor Setar telah menganjurkan program UUM Cash Flow Game bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Penginapan Pelajar (SAC) baru-baru ini. Cash Flow Game ialah permainan papan interaktif yang menarik yang direka oleh Robert Kiyosaki, Pengarang “Rich Dad Poor Dad” untuk mengajar asas penciptaan kekayaan melalui simulasi kehidupan. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu para pelajar mempraktikkan konsep mengurus kewangan dengan cekap serta melatih keupayaan mereka dalam usaha mengelola kewangan tanpa memerlukan modal. Wakil Great Eastern Alor Setar, Dr. Chung Muh Sha, Senior Group Manager yang juga merupakan alumni UUM berkata ‘program sebegini penting dana mat bermanfaat kepada pelajar kerana dapat membantu pelajar untuk menguruskan kewangan dengan cekap dengan membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan harian’. Seramai 40 pelajar dari bidang Pemasaran, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan, Perakaunan dan Pengurusan Risiko telah mengambil bahagian dalam program ini.. Pihak Great Eastern turut menyediakan hadiah kepada lima (5) orang pemenang bagi UUM Cash Flow Game ini. Dr. Fikriyah Abdullah, Pengarah PKPK UUM berkata, ‘belajar untuk bijak menguruskan kewangan amat penting diberi perhatian seawal yang mungkin terutama sebagai ilmu asas menguruskan sumber kewangan yang mereka perolehi apabila berkerjaya kelak’. ‘permainan ini tidak sekadar menyeronokkan namun mendidik pelajar untuk menguruskan kewangan mereka, memahami pengurusan wang tunai dan membuat keputusan penting dalam kehidupan mereka terutama melibatkan kewangan’ tambah beliau lagi. Salah seorang peserta ketika ditemui iaitu Nur Atiekah M. Zaki, pelajar semester enam (6) bidang Perakaunan berkata beliau amat teruja dengan program ini kerana selain dapat bermain beliau dapat memahami kaedah pembayaran pinjaman, kesan cukai dan hutang, kesan pemilihan kerjaya terhadap pendapatan dan faedah pelaburan. Yan Shao Qin, Group Manager Great Eastern berterima kasih kepada pihak PKPK kerana sudi memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan program ini dan menyediakan tempat yang kondusif untuk program UUM Cash Flow Game ini. Berita oleh: Anis Zulaikha Kamal Gambar: Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya UUM 28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 11
HARGAI KEHIDUPAN UNTUK RASA TENANG DAN BAHAGIA Unit Bimbingan dan Kesejahteraan U-Assist begitu komited dalam melaksanakan peranannya dalam menyemai, membimbing dan melahirkan warga kampus yang positif dalam menangani tekanan dan membina imej yang positif. Program Bicara Tamu U-Assist Siri 2 bersama Sabasiah Husin dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengupas topik Di mana Kunci Tenang dan Bahagia secara atas talian baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk melahirkan warga UUM terutamanya pelajar agar sentiasa menghargai kehidupan dengan menerima segala kelebihan dan kekurangan. Sabasiah turut berkongsi tips fisiologi diri melibatkan pemikiran, perasaan dan tingkah laku dalam segmen perkembangan personaliti. Pelaksanaan aktiviti dan program bersifat sokongan psikososial ini adalah medium terbaik untuk membantu warga kampus untuk meningkatkan keyakinan dan potensi diri. Sabasiah turut berharap peserta program memperolehi manfaat hasil perkongsian ilmu tersebut. Pengarah Projek, Safinas Hanoum Omar Anwar turut merakamkan penghargaan kepada penceramah program atas sokongan beliau berkongsi tips berguna kepada warga UUM. Berita oleh: Narshini Krishna Kumar (Pelajar Praktikum UUM) Gambar oleh: Guna Selvi Asang (Kaunselor Pelatih UUM) 28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 12
Satu sesi kecerdasan fizikal khas kepada semua JKPSRSKB Inasis Sime Darby, UUM pada 16 Jun 2023 yang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Padang A, Pusat Sukan. Program ini telah dikendalikan oleh felo Inasis Sime Darby iaitu Encik Khairil Azfar Ahmad Zubir. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang sesi tersebut berlangsung adalah lari berulang, perlawanan frisbee, dan aktiviti berkumpulan. Semua peserta yang menyertai sesi tersebut ratarata menunjukkan kerjasama dan bersemangat dengan aktiviti yang jalankan. Menurut Irdina selaku Presiden JKPS Inasis Sime Darby, ‘program berimpak tinggi tidak semestinya program yang besar dan gah dengan perbelanjaan yang tinggi’. ‘Program ringkas seperti ini juga mampu membantu memberikan motivasi kepada JKPSRSKB untuk berkhidmat dengan lebih tekun dalam merealisasikan semua KPI 2023 bagi Inasis Sime Darby’ tambahnya lagi. Zahirah Aqilah, Setiausaha JKPS pula berkata program seumpama ini penting sebagai langkah memperkuat kerjasama berpasukan dalam kalangan JKPSRSKB selain dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan semua rakanrakan sepasukan. Encik Khairil Azfar yang sempat ditemui berkata, penganjuran aktiviti seumpama ini penting untuk membantu para peserta melupakan sementara bebanan tugas serta tanggungjawab yang mereka galas sebagai penggerak aktiviti-aktiviti di inasis Sime darby. ‘Bagi saya, badan yang cergas bakal menghasilkan minda yang cemerlang dengan pengaliran adrenalin yang lancar dan sempurna semasa menjalankan tugas akan membuatkan mereka lebih bersemangat.” Program tersebut tamat pada jam 11.30 pagi dengan sorakan “Sime Darby the best! Inasisku Kebanggaanku”. Berita & Gambar oleh: MT JKPS Inasis Sime Darby AKTIVITI RIADAH MEKANISME LONJAK PRESTASI JKPS, INASIS sime darby 28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 13
28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 14
28.6.2023 / Rabu Keluaran 25/2023 15
Kata Inspirasi ‘Kerja keras dan tekun akan membawa kita ke arah kejayaan yang lebih besar.’