The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin HEPA Bil 15 (2023) 13 April 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by basharuh1217, 2023-04-13 02:08:24

Buletin HEPA Bil 15 (2023) 13 April 2023

Buletin HEPA Bil 15 (2023) 13 April 2023

HEPA POST JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL. 15/2023 | 13 APRIL 2023 UNGGUL, MESRA, DEDIKASI Fasiliti Berkonsepkan Penyayang Berikan Keselesaan Kepada Pelanggan PROGRAM ‘POWERING TALENT TOWARDS POWERING PROGRESS’ BUKA PELUANG KERJAYA DI SHELL Jadikan U-Assist Sebagai ‘Buddy ‘ SESI PRE-BOARDING PENGENALAN KEPADA PESERTA PADAWAN TALENTCORP INFAQ RAMADHAN: BUBUR LAMBUK FOR YOU Santuni Ramadhan bersama Pelajar-pelajar Istimewa (OKU) – Perkongsian ILmu dan Majlis Iftar PETRONAS CHEMICALS FERTILISER KEDAH SETUJU BANTU PROGRAM ‘SEBAKUL KASIH RAMADHAN’


PETRONAS CHEMICALS FERTILISER KEDAH SETUJU BANTU PROGRAM ‘SEBAKUL KASIH RAMADHAN’ Kakitangan Petronas Chemical Fertiliser Kedah Sdn. Bhd telah mengadakan kunjungan mesra ke Inapan Siswa (Inasis) Petronas, UUM pada 12 April 2023. Ketua deligasi iaitu Encik Syaiful Izad Ahmad Sofi yang juga selaku Ahli Pengurusan Kanan Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd berkata “lawatan berkenaan juga bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak Pengurusan Petronas Kedah dengan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) INASIS Petronas, UUM. Selain itu, Petronas Chemicals juga telah diwakili oleh Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat, Puan Tuan Nor Asma Tuan Hassan dan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), Encik Zakaria Muain serta beberapa orang staf sokongan. Bersempena lawatan ini, pihak Petronas Chemicals dengan berbesar hati telah bersetuju untuk memberikan sumbangan barangan berharga RM15,000 untuk diedarkan kepada 150 keluarga asnaf di sekitar kawasan Changlun dan Jitra di bawah program ‘Sebakul Kasih Ramadhan’ anjuran Biro Kebudayaan dan Kesenian JKPS Petronas yang akan berlangsung pada 14 hingga 15 April 2023. Turut hadir menyambut kunjungan pihak Petronas Kedah tersebut ialah Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik), Pihak pengurusan Inasis Petronas yang diketuai oleh Pengetua Inasis, Tuan Haji Mohd Fairus Abd Majid dan Presiden JKPS Inasis yang diketuai oleh saudara Mohammad Izwani Md Isa. Berita oleh: Mohammad Khairol Najmi & Gambar: Tun Amir Adlan APRIL | 15/2023 2 2 SUMBANGAN DAN KUNJUNG HORMAT PETRONAS CHEMICALS FERTILISER KEDAH SDN. BHD KE INASIS PETRONAS, UUM Sumber: Tun Amir Adlan SINTOK – Inapan Siswa (Inasis) Petronas, UUM pada hari ini telah menerima kunjung hormat dan sumbangan daripada pihak pengurusan Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd. Kunjung hormat ini telah diketuai oleh Ahli Pengurusan Kanan Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd, Encik Syaiful Izad Ahmad Sofi, atas jemputan daripada Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) INASIS Petronas. Ahmad Sofi, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik). Sumber: Najaa Qaisara Selain itu, kolaborasi ini juga bertujuan untuk menjadikan Petronas Chemicals sebagai orang tengah antara INASIS dengan syarikat induk Petronas. Sehubungan dengan itu, pelbagai perkara telah dibincangkan antara wakil Petronas Chemicals, pihak pengurusan Inasis Petronas yang diketuai oleh Pengetua Inasis, Tuan Haji Mohd Fairus Abd Majid dan JKPS Inasis yang diketuai oleh Presiden, Mohammad Izwani Md Isa. Antara perkara yang dibincangkan adalah program khidmat masyarakat yang dijalankan oleh Petronas dan pengemaskinian jenama INASIS Petronas. Penyerahan cenderahati kepada wakil Petronas Chemicals oleh Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed. Sumber: Tun Amir Adlan Bersempena dengan kunjung hormat ini, pihak Petronas Chemicals dengan berbesar hati telah bersetuju untuk memberikan sumbangan barangan berharga RM15,000 untuk diedarkan kepada 150 keluarga asnaf di sekitar kawasan Changlun dan Jitra, dalam bentuk hamper yang mengandungi pelbagai keperluan asas, seperti tepung, minyak masak, beras dan sebagainya. Ketibaan wakil Petronas Chemicals ke pejabat Inasis Petronas. Sumber: Mohammad Khairol Najmi Pihak Petronas Chemicals juga telah diwakili oleh Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat, Puan Tuan Nor Asma Tuan Hassan dan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), Encik Zakaria Muain serta beberapa orang staf sokongan. Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin kolaborasi antara INASIS Petronas dan Petronas Chemical. Kolaborasi ini adalah bertujuan untuk menjayakan program ‘Sebakul Kasih Ramadhan’ anjuran Biro Kebudayaan dan Kesenian JKPS Petronas yang akan berlangsung pada 14 hingga 15 April 2023 yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dengan memberi bantuan kepada yang memerlukan, demi meringankan beban mereka dalam persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dari kiri: Pengetua Inasis Petronas, Tuan Haji Mohd Fairus Abd Majid, Ahli BAKIP, Encik Zakaria Muain, Ahli Pengurusana Kanan Petronas Chemicals, Encik Syaiful Izad


APRIL | 15/2023 3 Santuni Ramadhan bersama Pelajar-pelajar Istimewa (OKU) – Perkongsian ILmu dan Majlis Iftar Pihak Pengurusan Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) dengan kerjamasa ILC Permai (Independent Living Centre) telah berjaya menganjurkan program, “Santuni Ramadhan bersama Pelajar-pelajar Istimewa (OKU) – Perkongsian Ilmu dan Majlis Iftar” pada 28 Mac 2023 bersamaan 7 Ramadhan 1444H yang lalu. Majlis iftar ini telah dihadiri oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, En Huzaidy Hj. Hussain, Pengarah HEP, Wakil Majlis Jemaah Pengetua, Tuan Hj. Fairus Majid, Pengarah ILC Permai, En Meor Muhammad Afif Aiman Abu Bakar dan penceramah jemputan bagi sesi perkongsian ilmu, Al-Fadhil Ustaz Hj, Mohd Yusnaidi Md. Sabri, Pegawai Tadbir Kanan Pusat Islam UUM. Turut hadir adalah staf pentadbiran dan pengurusan Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) dan staf ILC Permai. Antara objektif majlis iftar ini dianjurkan adalah untuk meraikan golongan pelajar istimewa (OKU) yang sedang menyambung pengajian mereka di Kampus UUM Sintok ini. Seramai 15 orang pelajar istimewa yang terdiri daripada cacat fizikal, cacat pendengaran dan cacat penglihatan telah diraikan dalam majlis iftar yang sederhana namun meriah. Program ini juga dapat mengeratkan lagi ukhwah dan tali silaturrahim pelajar-pelajar istimewa ini bersama pihak pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM. Tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Yusnaidi Md Sabri, telah menekankan tentang konsep bersyukur yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Beliau turut menekankan agar sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia ini, kita seharusnya sentiasa memanjatkan kesyukuran dengan segala nikmat dan kurnia yang telah Allah swt tetapkan ke atas kita. “Dengan menanamkan konsep bersyukur dalam kehidupan ini, tidak mustahil Allah akan angkat darjat hambaNYA yang bersyukur menjadi insan yang luar biasa walaupun hakikatnya hidup kita kurang sempurna serta serba kekurangan” tambah beliau lagi Mudah-mudahan dengan menyantuni para pelajar yang istimewa ini melalui program iftar yang dianjurkan akan dapat memberikan suntikan motivasi dan semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan dan menamatkan pengajian mereka dengan jayanya nanti seiring dengan pelajar-pelajar normal lain walaupun mereka tergolongan dalam kategori ‘insan istimewa’. Berita & Gambar: oleh: Nurul Hamiza Hamzah


APRIL | 15/2023 4 4 Fasiliti Berkonsepkan Penyayang Berikan Keselesaan Kepada Pelanggan Orang ramai khususnya warga kampus yang hadir ke U-Assist bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan dapat merasakan suasana yang kondusif. Fasiliti yang ada berkonsepkan santai dan layanan mesra itu menarik minat Prof. Dr. Andanastuti Muchtar, pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). “Tahniah kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana menyediakan tempat yang indah dan kondusif kepada pelajar, membantu pelajar menyelesaikan permasalahan pengajian dan juga urusan visa,” jelasnya. Tambah beliau lagi, ruang menunggu yang selesa disamping penyediaan air minuman adalah sangat baik. “U-Assist berkonsepkan penyayang kepada semua pelajar, tahniah kepada UUM,” ujarnya. Bagi Prof. Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim, pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), beliau tertarik dengan konsep U-Assist sebagai One Stop Center UUM. Beliau yang juga Pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan UMS menambah, pelajar hanya tertumpu di satu tempat untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan. Prof. Dr. Andanastuti dan Prof. Madya Dr. Fiffy Hanisdah adalah sebahagian daripada 38 peserta program The International Deans Course Malaysia Chapter-Cycle 3 (MyIDC 3) anjuran bersama Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UUM (SMMTC) dengan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Berita oleh: Syamimi Mohd Zaini Gambar: Muhammad Shamsul Bin Shafie (UKK)


APRIL | 15/2023 5 PROGRAM ‘POWERING TALENT TOWARDS POWERING PROGRESS’ BUKA PELUANG KERJAYA DI SHELL Pada 5 April 2023 baru-baru ini, Shell telah mengadakan program ‘Powering Talent Towards Powering Progress’ yang bertempat di Shell Business Operation (SBO), Cyberjaya. Program ini merupakan satu inisiatif syarikat Shell dalam usaha membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda melalui kolaborasi antara syarikat rakan kongsi serta universiti-universiti awam dan swasta. Sejajar dengan itu, Pusat Pembangunan Kerjaya UUM telah menghantar 3 orang wakil bagi menghadiri program tersebut. Pada sesi program tersebut, turut diberi perhatian tentang isu kebolehpasaran graduan, status kerjaya graduan masa kini serta pembangunan kerjaya bagi golongan graduan OKU yang turut menjadi usul perbincangan. Menurut Syed Hussein Taha, Head of SBO berkata, “pihak Shell akan sentiasa membantu membuka pintu peluang kerja kepada graduan-graduan terbaru dan akan dapat meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan sekaligus mengatasi masalah lambakan graduan masa kini”. Selain itu, Muhammad Noor Fitri Ahmad, pegawai dari Pusat Pembangunan Kerjaya, Universiti Utara Malaysia yang turut hadir berpendapat program kali ini akan menjadi satu batu loncatan bagi pembangunan kerjaya mahasiswa-mahasiswa kini. “Usaha Shell dalam membuka peluang bekerja yang luas dalam pelbagai bidang amat saya hargai. Hal ini demikian kerana persepsi pelajar terhadap syarikat Shell hanya bertumpu kepada sektor gas dan minyak”. “Semestinya peluang ini akan membuka mata mahasiswa mengenai dunia kerjaya yang semakin meluas” tambahnya lagi. Program tersebut telah disertai oleh pelbagai universiti awam dan swasta terpilih serta syarikatsyarikat rakan kongsi seperti Graduan dan TalentBank. Program tersebut diakhiri dengan lawatan di sekitar bangunan SBO. Berita oleh: Muhamad Adip Zulkeflee Gambar: CDC


APRIL | 15/2023 6 6 Jadikan U-Assist Sebagai ‘Buddy’ Jom jadikan U-Assist sebagai buddy atau rakan karib anda semasa belajar di Universiti ini, pelawa Pengurus U-Assist Suraya Deraman kepada 171 orang pelajar baharu Saluran Terbuka Universiti Utara Malaysia (UUM). Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau ketika sesi taklimat U-Assist sempena Minggu Suai Kenal Semester Kedua Sesi Pengajian 2022/2023 di Auditorium SOIS baru-baru ini. Suraya menegaskan U-Assist sentiasa bersedia membantu pelajar menghadapi apa jua cabaran sepanjang tempoh pengajian di UUM. “Apa yang penting, pelajar harus menggunakan saluran yang betul sekiranya memerlukan bantuan dan nasihat, bukannya lebih selesa mengambil cara mudah iaitu menularkan (viral) sesuatu isu. “Datanglah selalu ke U-Assist kerana Pegawai Khidmat Pelanggan kami akan sentiasa membantu seiring dengan tagline We are Always Here for You,” tambah Suraya. Pada sesi taklimat itu, beliau turut memperkenalkan lebih 60 perkhidmatan yang ditawarkan di U-Assist melibatkan urusan akademik dan bukan akademik. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah semua ketua unit di U-Assist yang terdiri dari Pegawai Kewangan, Pegawai Psikologi dan tiga orang Penolong Pegawai Tadbir. Berita dan gambar oleh: Syamimi Mohd Zaini


APRIL | 15/2023 7 SESI PRE-BOARDING PENGENALAN KEPADA PESERTA PADAWAN TALENTCORP Pusat Pembangunan Kerjaya UUM (CDC) dengan kerjasama Talentcorp Malaysia telah mengadakan sesi pre-boarding bersama peserta Talentcorp Padawan sebagai pengenalan dan pendedahan tentang program School of Hard Knocks (SoHK). Program ini merupakan salah satu usaha CDC bagi membina hubungan baik bersama industri-industri terkemuka di Malaysia. Sesi pre-boarding yang dilangsungkan di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Pusat Pembangunan Kerjaya, UUM pada 4 April 2023 baru-baru ini telah disertai oleh 18 orang pelajar UUM yang terpilih sebagai peserta Talentcorp Padawan. Pada sesi tersebut, Dr. Fikriyah Abdullah, Penyelaras SoHK turut memberi penerangan dan pendedahan awal tentang intipati program selain beramah mesra bersama wakil CDC. Turut hadir, Tn. Hj Shahrin Haji Ahmad, Pengurus CDC turun memberi sokongan dan berharap agar peserta dapat memberi komitmen sepanjang program ini supaya dapat berjalan dengan lancar. Menurut Dr. Fikriyah Abdullah, “Sesi pre-boarding ini merupakan salah satu bahagian yang penting dalam setiap program SoHK kerana ia merupakan sesi pengenalan buat para peserta kepada program ini.” Tambahnya lagi, “Program seperti ini dapat mempersiapkan diri para peserta sebelum menjalani latihan industry dan seterusnya mengorak langkah ke alam pekerjaan di masa hadapan.” Selain itu, salah seorang peserta Talentcorp Padawan, Nurain Ilmi berkata, beliau amat teruja untuk menyertai program ini dan berterima kasih kepada pihak CDC dan Talentcorp Malaysia kerana memberi peluang kepadanya untuk menyertai program seperti ini. Berita oleh: Anis Zulaikha Kamal Gambar: CDC


APRIL | 15/2023 8 8 INFAQ RAMADHAN : BUBUR LAMBUK FOR YOU INFAQ RAMADHAN : BUBUR LAMBUK FOR YOU Inapan Siswa BSN telah mengadakan satu program bubur lambuk gabungan bersama Inapan Siswa MISC yang dikendalikan oleh Biro Kerohanian dan Sahsiah. Program ini diadakan pada 4 April 2023 bertempat di Pusat Islam,UUM. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Program ini dimulakan dengan menyediakan bahanbahan untuk memasak bubur lambuk seperti menghiris bawang,daun bawang,halia dan juga membasuh beras. Pada pukul 10.30 pagi, aktiviti memasak bubur lambuk dimulakan. Turut juga hadir Pengetua Inapan Siswa MISC & BSN iaitu Encik Suhaimi dan juga barisan staf yang juga turut bersama-sama menyumbang tenaga untuk melaksanakan program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi bubur lambuk bersama-sama pihak pengurusan UUM,pihak UPSB Inasis serta pelajar-pelajar Inapan Siswa MISC & BSN. Pada pukul 1.00 tengahari, bubur lambuk selesai dimasak dan perlu dimasukkan ke dalam bekas yang telah disediakan. Sesi pengagihan bubur lambuk dimulakan pada pukul 4.30 petang. Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan semangat kebersamaan dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan menjadi teras utama Inapan Siswa MISC & BSN menganjurkan program Infaq Ramadhan: Bubur Lambuk For You baru-baru ini. Program yang julung kalinya dianjurkan oleh Inapan Siswa MISC & BSN dengan kerjasama oleh Biro Kerohanian dan Sahsiah, MISC. Program ini diadakan bertujuan mengimarahkan lagi bulan Ramadan serta sebagai salah satu usaha mengukuhkan semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan sillaturahim pelajar di antara keduadua Inasis MISC dan BSN. Pengetua kedua-dua Inasis iaitu Encik Suhaimi yang turut hadir berkata, “apa yang menarik tentang penganjuran program ini ialah turut melibatkan semua bangsa, memasak bersama, saling kenal mengenal antara satu sama lain”. Tambah beliau lagi, “Selain itu, paling penting program seumpama ini dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan muda-mudi dapat diterapkan dalam usia yang muda dan itu yang menjadi agenda utama penganjuran program ini”. “Program ini sekali gus sebagai salah satu usaha menerapkan rasa syukur dan saling berbahagi rezeki melalui pengedaran bubur lambuk sebagai usaha mengukuhkan perpaduan dan kerjasama warga kampus melalui aktiviti gotong royong ini,” katanya. Bubur lambuk yang dimasak ini kemudiannya diedarkan kepada pihak pengurusan UUM, pihak UPSB Inasis serta pelajar-pelajar Inapan Siswa MISC & BSN. Berita dan gambar oleh: Nur Aimal Khadijah Khairil Ashraf


APRIL | 15/2023 9


APRIL | 15/2023 1010


APRIL | 15/2023 11


Kata Inspirasi ‘Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.’


Click to View FlipBook Version