The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by basharuh1217, 2022-12-28 03:38:01

Buletin HEPA Bil 83 29 Disember 2022

Buletin HEPA Bil 83 29 Disember 2022

UNGGUL, MESRA, DEDIKASI MISI SANTUNI
MANGSA BANJIR
KASIH BERTAUT MONSUN TIMUR LAUT
KEMBALI SETELAH
32 TAHUN 2022
MENINGGALKAN UUM DI KELANTAN DAN

SOCIAL SUPPORT TERENGGANU
GROUP- INASIS TNB TAKLIMAT
ALUMNI UUM
IKON BELIA KEBAKARAN
KELESTARIAN TINGKATKAN
ALAM 2022 KESELAMATAN

ANAK YATIM STAF HEP
RKAY UUM KEM TAHFIZ
DIRAIKAN CILIK LAHIRKAN
PELAJAR CINTA
AL-QURAN

JOM MAIN
PARALIMPIK

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HEPA POST
BIL. 83:52/2022 | 29 DISEMBER 2022 Kredit: UUMView

KASIH BERTAUT KEMBALI SETELAH
32 TAHUN MENINGGALKAN UUM

KASIH BERTAUT KEMBALI SETELAH 32 TAHUN MENINGGALKAN UUM

Biarpun telah lama meninggalkan zaman kampus, mAtuenjun-NainungragkgeaihplkaaandnakezkpaeampdaaadnpakeaPlaumjsaaprtuaAssn,luanmfa.nmi UuUnMcibnatagi

naSmINuTn OcKin,ta17teDrhiasdeampbeUrni-veBrsiaitirpUutanrateMlaahlalaysmiaa

(UtUeMrh)atdealaphUmneivneyrastiutikaUnta3ra5 Maalulamynsiiabe(UrsaUmMa)- telah menyatukan 35 alumni bersama-sama
sASainlkMumtemoaalkulnaaikbmeraHglugoaAaimlrugmmemaceanommsmiieanHirnsgioiagn-mhmgk-3eamarcdsnaoinsBmMingaagitncjulgiuhsnn3tMtudurdakki kBkDakaeneemtcwmMbhabaandalliailkiSDmerikeewi“maSSnieatiunynSgatPorueikcjAnuaggnbpuagakrusagmsani nBetmaene,sgreiamEamrmDaWebCrkaiiala-qUshkaihUkefasMkAenemnpb-pMNaaaduraturaajl-CinbsaoalurirMnpmuioanirunkai naitk.itoinutank
Angsana, EDC-UUM baru-baru ini.
Berhad Johor, Tuan Haji Zamri Norani, yang juga
Kepulangan kumpulan alumni ini adalah salamhensajtau scuamrabamngeannuninjui ksaenbamnyearkekRaMb50e0r0badkatin
Ksaektpeuupclaaandrgaaaamnlmeknuaumnmjpueuktlaaennr msaeelutremelkanahi bilnaei mrbaaadkamtliaekhnepisnaagldagahalkatkiednraaUknUlauMpasuikadeiitpuampdeaandajaalulatmanhknaui-annlu1mu9sna9ih03a.rdsaBamtcah semua
dalam
apalDmdaaalamtmaehtuemnr sa1e9jtl9eis0la. hitula,mParmofe. nMingagdaylakanDUr,UMLiilayituJuliPaerlnuomtgirnaAimdbauWpaaBtqamakfeaAmrnb-eNmrui mre. naSynaiffayaaatktykaaenkpinapdseuarmtpebemalbnuagaganani
tersebut adalah dapat menyatukan kembali upkhihwakahdaynantegnstuenkyianalkaamnamtemrjabluinkadalangdi arupaantg
BDaamklaaemrngmmekaeajnlilsykifiataunt,kpaPrneorfps. aeMhrtaeadmbyauataaDnnr,tyeLairlsynegJbuutlietelnaatdhi aAllaabmhu a akdenibtaianrraaahasleumjmaeknrai3pd5aetntkagahanunnlapgedliaahhjauurb”lukua.ntgaannyas.ilaturahim
dapat menyatukan kembali ukhwah yang

sekian lama terjalin dan dapat mengekalkan Sementara itu, Pengerusi Program 3rd Batch, Encik
persahabatan yang telah lama dibina sejak 35 Mohd. Idris Omar berkata, dia dan rakan-rakan
tahun dahulu. alumni lain berbesar hati dapat kembali ke UUM.

“Alhamdulillah dengan adanya program sebegini “Saya berharap dengan pertemuan pada
dapat kita lihat ramai dalam kalangan kita yang malam ini akan mengeratkan lagi ukhwah
gembira dapat bertemu sahabat-sahabat yang semua alumni dan pada masa sama kami dapat
telah lama ditinggalkan iaitu selama 32 tahun. mengembalikan sesuatu kepada pihak universiti
Saya juga difahamkan bahawa selain pulang semula,” katanya.
ke kampus untuk berjumpa sahabat-sahabat,
alumni juga turut menjalankan usahasama dalam Hadir sama, Presiden Persatuan Alumni UUM,
memberi sumbangan dalam Program Waqaf Profesor Dr. Mohd Amy Azhar Haji Mohd Harif.

DISEMBER | 83/2022 2

SOCIAL SUPPORT GROUP- INASIS TNB

Seramai 133 pelajar yang terdiri daripada 28 pelajar lelaki dan 105 pelajar perempuan telah menghadiri
program Social Support Group bertempat di Inasis TNB baru-baru ini. Program ini telah dijalankan dengan
kendalian sepenuhnya oleh Pusat Kaunseling sebagai inisiatif untuk memberi sokongan dan dorongan
kepada pelajar semester 1 yang baru sahaja memasuki universiti.

Pelaksanaan program ini juga dikendalikan oleh 19 orang kaunselor pelatih dengan bimbingan Pegawai
Psikologi yang bertugas. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk membantu para pelajar
yang terlibat agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di kampus UUM.

Antara pengisian program yang didedahkan kepada pelajar yang terlibat termasuklah sesi ceramah
berkaitan penyesuaian diri di kampus, kaedah bimbingan dengan menjawab ujian DASS dan
pendedahan tentang kemahiran teknik grounding serta deep breathing yang boleh diaplikasikan oleh
pelajar terutamanya berhadapan dengan keaadaan yang krisis.

Dalam slot aktiviti bimbingan juga, kaunselor pelatih turut membina hubungan yang baik bersama
pelajar melalui sesi berkenalan.

Penolong pengetua inasis TNB Dr. Amirul Haqeem yang merupakan turut hadir menyifatkan bahawa
pelaksanaan program seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam memberi
sokongan daripada moral, fizikal, dan emosi.

Tambah beliau lagi, perkongsian berkaitan pengalaman dalam proses penyesuaian diri di tempat baru
dapat membantu pelajar terutama dari segi mental agar dapat beradaptasi dengan cabaran yang
bakal dihadapi terutama ketika berada di persekitaran kampus.

Slot Aktiviti Bimbingan
Slot Aktiviti Bimbingan

Pengawai Psikologi Bersama Kaunselor Pelatih.
Pengawai Psikologi Bersama Kaunselor Pelatih.

Taklimat Penyesuaian Diri Di Kampus 3
Taklimat Penyesuaian Diri Di Kampus

DISEMBER | 83/2022

ALUMNI UUM IKON BELIA KELESTARIAN ALAM 2022

Bagi menghargai peranan dan sumbangan belia dalam pelbagai bidang di negara ini, kerajaan
mengumumkan tujuh anugerah baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi tahun ini.
Penerima salah satu daripada tujuh anugerah tersebut merupakan alumni UUM iaitu Beh Zeng Kang,
Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa menerima anugerah Ikon Belia Kelestarian Alam 2022
pada majlis yang diadakan baru-baru ini.
Antara sumbangan yang melayakkan beliau menerima sumbangan tersebut adalah melalui aktiviti
kelestarian penanaman semula pokok-pokok, menjalankan projek kitar semula dan keaktifan beliau
melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat di luar sana.
Anugerah Ikon Kelestarian Alam ini juga adalah bertujuan bagi menghargai peranan dan sumbangan
belia dalam pelbagai bidang di dalam negara ini terutamanya dalam sektor pembangunan kelestarian
alam di Malaysia.

ALUMNI UUM IKON BELIA KELESTARIAN ALAM 2022

SINTOK, 18 Disember – Bagi menghargai peranan dan sumbangan belia dalam
pelDbIaSgEaMBi EbRid|an8g3/d2i02n2egara ini, kerajaan mengumumkan tujuh anugerah baharu dalam 4

ANAK YATIM RKAY UUM DIRAIKAN

dengan harapan dapat “Mudah-mudahan aktiviti seperti
ini akan dapat dilaksanakan
menanam rasa syukur, pada masa-masa akan datang
dengan sokongan semua
mengenali sejarah, menanam pihak”tambah beliau lagi.

sifat patriotisme dan cinta

kepada negara bangsa ini. Usai

lawatan tersebut, anak-anak

mendirikan solat fardu secara

berjemaah sambil melawat

Masjid Negara.

Penghuni Rumah Kebajikan Buat julung kalinya, mereka
Anak Yatim (RKAY) Universiti turut dibawa bersiar-siar di
Utara Malaysia diraikan dalam sekitar Putrajaya serta melawat
program Lawatan Sambil Belajar Kompleks Nasyrul Quran iaitu
ke Taiping dan Kuala Lumpur. kompleks percetakan Al-
Program yang berlangsung Quran yang kedua terbesar
pada 8 hingga 11 Disember dunia. Selain itu, lawatan
baru-baru ini telah diatur oleh yang juga disertai oleh
Unit Pengurusan Kebajikan pengiring termasuklah Ketua
Pusat Islam, UUM di bawah Warden, Ustaz Aus Korni, Guru
seliaan Ustazah Madihah binti Pembimbing serta Guru Al-
Mohamed Ibrahim. Quran RKAY UUM ini telah
meluangkan masa dengan
Dalam rangka lawatan tersebut, penghuni Rumah Bakti Alkausar,
penghuni RKAY telah bertolak Bandar Baru Bangi bagi sesi
dari Sintok kemudian dibawa sumbang saran dan bertukar
melawat Zoo Taiping sebelum pandangan mengenai suasana
meneruskan perjalanan ke kehidupan pelajar sebagai
penghuni rumah kebajikan.

Lawatan ini telah membuka
peluang anak-anak untuk
turut merasai keseronokan dan
kegembiraan sebagai sebuah
keluarga besar. Ustaz Aus Korni
berkata “setiap warga UUM
wajar memainkan peranan
untuk membantu dalam
lingkung kemampuan dan
kekuatan masing-masing”.

Kuala Lumpur. Pada hari kedua, 5
anak-anak tersebut dibawa
berkunjung ke Petrosains,
KLCC sebagai pendedahan
eksperimental dalam bidang
sains, fizik dan geologi.

Tidak hanya dalam bidang
pendedahan dalam bidang
sains, anak-anak juga telah
melawat Muzium Negara

DISEMBER | 83/2022

MISI SANTUNI MANGSA BANJIR
MONSUN TIMUR LAUT 2022

DI KELANTAN DAN TERENGGANU

Seramai 100 sukarelawan (UnisZA) yang turut menyediakan Kg. Buloh. Melalui misi bantuan
UUM telah melaksanakan misi bantuan. ini, sekurang-kurangnya kita
menyantuni mangsa banjir Encik Mohd Khairone Md. dapat bantu meringankan
Monsun Timur Laut 2022 di Khatidin, selaku Pengarah beban dan menenangkan
Kelantan dan Terengganu yang Sukarelawan UUM berkata keadaan mangsa yang terjejas
telah terkesan banjir. operasi pada peringkat banjir dengan kehadiran
permulaan melibatkan seramai sukarelawan UUM.
Program prihatin secara 40 mahasiswa akan dihantar
kolabarasi itu turut membabitkan ke Sekolah Kebangsaan Kg. “Bencana ini telah
agensi kerajaan lain seperti Buloh dan Sekolah Kebangsaan menyebabkan ramai kehilangan
Universiti Malaysia Kelantan Matang bagi membantu aset, malah ada yang hilang
(UMK), Persatuan Anak-Anak membersihkan sekitar bangunan punca pendapatan akibat
Kelantan (CAKNA), Majlis Belia sekolah. kerosakan premis dan peralatan
Negeri Terengganu (MBNT), perniagaan. Dalam bantuan
JKKK Masjid Permaisuri Setiu, Katanya selain membantu misi menyantuni mangsa banjir
JKKK Masjid Muhammadi Kota pihak sekolah, sukarelawan juga ini sukarelawan UUM juga telah
Bharu, Tadika Kemas Setiu, Balai turut memfokuskan kepada memberi khidmat masyarakat
Polis Setiu, Persatuan Anak anak pembersihan bangunan yang dan sebanyak 21 buah
Terengganu (PERMATA) dan dari terlibat dengan banjir iaitu Balai rumah telah dibersihkan oleh
Universiti Sultan Zainal Abidin Raya Kg. Gemuruh dan Chalet sukarelawan termasuk rumah

pelajar UUM yang terlibat”
katanya.

Menurut beliau lagi kesukarelaan

dikalangan mahasiswa

untuk menyertai program

kemasyarakatan seperti ini perlu

diberi pujian kerana mereka

bersedia bila-bila masa sahaja

diperlukan malah ada kalangan

pelajar lain juga turut memohon

untuk menyertainya.

Beliau juga berterima kasih
kepada Naib Canselor dan
Timbalan Naib Canselor (Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni)
yang memberi sokongan
dalam mengerakkan pasukan
sukarelawan bagi membantu
mangsa banjir ini.

DISEMBER | 83/2022 6

KEM TAHFIZ CILIK LAHIRKAN PELAJAR CINTA AL-QURAN

Seramai lebih 80 orang pelajar
sekolah rendah yang rata-
ratanya anak kakitangan
Universiti Utara Malaysia telah
menyertai Kem Tahfiz Cilik
bertempat di Masjid Sultan
Badlishah UUM baru-baru ini.

Program telah dirasmikan oleh
Pengarah Pusat Islam, Ustaz
Zar Ei Zakaria selaku pencetus
idea penganjuran program ini.
Program ini juga bagi mengisi
masa pelajar sempena cuti
persekolahan akhir tahun dan
amat mendapat sambutan
daripada kalangan ibu bapa
yang bekerja.

Penyelaras program, Ustaz Sharif
Abdus Salam berkata, program
yang berlangsung selama 2
hari ini memperkenalkan teknik
asas hafazan Al-Quran yang
betul dan memupuk kecintaan
pelajar terhadap Al-Quran.
Selain mempelajari ilmu Al-
Quran, pelajar juga didedahkan
dengan ilmu agama yang lain
seperti ilmu asas ibadah, tauhid
dan feqah.

“Program ini juga menekankan
mengenai fardu ain dan
aktiviti ketajaman ilmu bagi
membentuk anak-anak muda
yang akan menjadi insan yang
jiwanya cinta kepada Al-Quran
serta menjadikan mereka
generasi bernadikan Al-Quran
dan Sunnah,” katanya.

Melalui program ini juga, para

fasilitator yang terdiri dari

mahasiswa UUM termasuk

kaunselor pelatih dan pelajar

praktikal Pusat Islam telah

bersama menjalankan pelbagai

aktiviti menarik. Ceramah

motivasi bertajuk “Peribadi

Anak Soleh” dan pertandingan

berkumpulan turut dijalankan

bagi memberi semangat

kepada para peserta. Harapan

dipanjatkan agar para peserta

berjaya menanamkan rasa

cinta terhadap Al-Quran serta

mengamalkannya dalam

kehidupan seharian mereka.

DISEMBER | 83/2022 7

TAKLIMAT KEBAKARAN TINGKATKAN
KESELAMATAN STAF HEP

Seramai 40 orang staf dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
bangunan induk dan juga staf dari Pusat Penginapan Pelajar (SAC)
telah menghadiri taklimat dan praktikal mengenai alat pemadam
api yang berlangsung di Dewan Penginapan Pelajar (SAC) baharu-
baharu ini.

Sesi taklimat dikendalikan oleh Pegawai bomba kanan 2 iaitu
Puan Zaizatulniza Razali dari Jabatan Bomba dan Penyelamat
(JBP), Cawangan Bukit Kayu Hitam. Taklimat didahului dengan
penerangan ringkas mengenai pentingnya keselamatan kebakaran
secara teori dan juga praktikal.

Antara lain, taklimat juga menekankan tentang tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kebakaran,
pengenalan mengenai jenis-jenis alat pemadam api dan situasi kebakaran yang boleh dipadamkan
sebagai langkah tindakan awal.

Selain itu, warga JHEP dan SAC juga turut didedahkan dengan tatacara penggunaan alat-alat
pemadam kebakaran serta cara selimut api dengan cara yang betul. Tujuan taklimat ini diadakan
adalah untuk memberi penerangan kepada staf JHEP tentang teknik dan strategi bagi mengurangkan
risiko kematian serta kecedaran sekiranya berlaku kebakaran.

Disamping itu, program ini penting bagi mengurangkan risiko serta mewujudkan persekitaran kerja yang
lebih selamat ditempati oleh semua staf. Selain itu diterangkan juga cara penggunaan alat pemadam
api yang betul dan talian kecemasan yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kebakaran.

Di akhir sesi acara taklimat, para peserta turut diberi pendedahan dan demontrasi tatacara praktikal
cara-cara menggunakan Pemadam Api Kebakaran sebagai langkah persiapan jika berlakunya
kebakaran.

DISEMBER | 83/2022 8

JOM MAIN PARALIMPIK
JOM MAIN PARALIMPIK


Sukan Paralimpik merupakan sebuah temasya sukan yang melibatkan atlet-atlet yang mengalami
pelbagai kekurangan upaya fizikal. Independent Living Centre Pertubuhan Mahasiswa Istimewa telah
menganjurkan sebuah Program “Jom Main Paralimpik” yang berlangsung bersempena Program
Sambutan Hari OKU Sedunia peringkat ILC PERMAI UUM bertempat di Pusat Sukan UUM.

Antara aktiviti yang menjadi daya tarikan program ini ialah antaranya Senamrobik, Wheel Chair Race,
Badminton Wheel Chair, Bola Tampar Duduk dan Blind Walk.

Dengan adanya pelbagai kekurangan upaya sebanyak 201 orang peserta telah terlibat menjayakan
program ini bukan sahaja daripada mereka yang OKU sahaja malah daripada yang bukan OKU juga
turut memeriahkan program yang dianjurkan.

DISEMBER | 83/2022 9

DISEMBER | 83/2022 10

DISEMBER | 83/2022 11

Kata Inspirasi

‘Hidup adalah perjuangan, perjalanan adalah suatu pembelajaran.
Jika tidak ada pengorbanan, lambat laun kita akan tersisih.’


Click to View FlipBook Version