The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by basharuh1217, 2021-07-14 00:20:16

buletin hepa post bil 7 15 Julai 21

buletin hepa post bil 7 15 Julai 21

UNGGUL, MESRA, DEDIKASI

BBIL. 57 2021 15 JULAI 2J0U2N1

Seramai 1,506 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) akan PELAJAR UUM
dihantar pulang ke kampong halaman masing-masing BALIK KAMPUNG
sempena cuti semester 2020/2021 mulai 12 Julai 2021.

Usul yang dikemukakan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi ini telah mendapat kelulusan di dalam Mesyuarat
Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi
perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
ketat.

Pergerakan pelajar balik kampong ini akan dilaksanakan
secara berfasa. Bagi fasa pertama, pergerakan pelajar
hanya dibenarkan ke kawasan yang tidak tertakluk di
bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
(PKPD) sahaja. Pergerakan pelajar dalam kawasan
tersebut hanya dibenarkan selepas tamat tempoh PKPD.

Pelajar–pelajar dari Sabah, Sarawak dan Wilayah
Pesrsekutuan Labuan, mereka perlu menjalani ujian
saringan Tindak balas Berantai Polimerase (RT-PCR).
Kos bagi tujuan tersebut akan ditanggung oleh pihak
kerajaan dan kos menjalani kuarantin akan ditanggung
oleh kerajaan negeri masing-masing.

Menurut Prof Madya Dr.Hendrik Bin Lamsali, Timbalan Naib
Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UUM, kaedah
pergerakan pelajar yang menggunakan bas adalah
secara sehala sahaja iaitu dengan menggunakan bas
yang akan diselaraskan oleh pihak universiti.

Penggunaan kenderaan sendiri oleh pelajar adalah
dibenarkan tetapi mereka perlu mengikut SOP yang
ditetapkan kerajaan iaitu setiap kenderaan hanya untuk
2 orang penumpang sahaja termasuk dengan pemandu.
Sementara itu bagi ibu bapa atau penjaga pelajar,
mereka tidak dibenarkan merentas negeri untuk tujuan
tersebut tetapi mereka yang datang dari daerah Kubang
Pasu, pihak universiti akan menetapkan “pick-up point”
nanti.

Ujar beliau lagi, sebarang keterangan lanjut pelajar-pelajar
boleh menghubungi Bahagian Penginapan Pelajar (SAC)
manakala kepada mereka yang mempunyai masalah
dari segi kewangan boleh menghubungi Bahagian
Perkhidmatan Dan Sokongan Pelajar (SSSD).

Pergerakan pertama pelajar-pelajar adalah menuju ke
negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terenggau di
mana ia akan bermula pada 16 Julai ini dan kemudiannya
diikuti oleh pelajar ke negeri-negeri lain.

1

JULAI 7/2021

Landskap adalah taman buatan manusia. Ke arah
Rekabentuk landskap adalah gabungan elemen- melestarikan
elemen seperti tumbuhan, struktur, air dan batu- BANGUNAN
batan bagi mewujudkan ruang di kawasan KOMPLEKS
terbuka. Landskap adalah di dalam bentuk taman AHMAD FAWZI
bunga, taman rekreasi dan sebagainya yang
akan dapat dijadikan sebagai kosmetik untuk (CDC) serta Pejabat Cawangan Jabatan Strategik
mencantikkan pemandangan alam sekitar. Dan Pembangunan Perniagaan (BSD) UUM.

Pembinaan landskap perlu disesuaikan dengan Menurut Ishak Md Zain, Pembantu Am HEPA, imej serta
fungsinya. Sesuatu bangunan yang memiliki landskap budaya di HEPA perlukan satu aura baharu untuk
dan laman yang menarik bukan sahaja selesa untuk rebranding serta perlu mempunyai satu dekorasi
didiami malahan turut memberi banyak kelebihan penampilan korporat dengan memasukkan elemen
kepada penghuninya. Halaman bangunan yang alam semulajadi sejajar dengan slogan “ Universiti
dihiasi dengan landskap pepohon rimbun akan pengurusan terkemuka di rimba hijau”.
menyebabkan kawasan tersebut redup dan dapat
memberikan keselesaan . Bagi mencapai hasrat tersebut, tindakan fasa
pertama lebih menjuruskan kepada fokus di ruang
Di Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan senibina legar dan lobi utama di bangunan tersebut bagi
dan landskap yang menarik tersergam indah mengamit dan menarik pelajar-pelajar serta tetamu
Kompleks Ahmad Fawzi Basri yang banyak memahat untuk bertandang ke HEPA.
sejarah sejak perasmian bangunan ini pada tahun
2010. Kompleks yang diambil bersempena dengan
nama Allahyarham Dato’Ahmad Fawzi Bin Basri,
Naib Canselor UUM kelima ini terletak bersebelahan
dengan Lapangan Ekuastrian Universiti. Di sinilah
terletaknya Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
(HEPA) yang berfungsi menjalankan urusan yang
berkaitan dengan hal ehwal pelajar di UUM .

Di bahagian kanan bangunan ini terletaknya Sentuhan warna warni bunga kertas (bougainvillea)
Bahagian Pengurusan Korporat HEPA, Bahagian sebagai bunga rasmi universiti yang turut ditanam
Perkhidmatan Dan Sokongan Pelajar (SSSD), di sekitar akan dapat mengurangkan stress para
Bahagian Pembangunan Pelajar (B2P) dan Unit pengunjung di samping mencetuskan gaya korporat
SELECT. Manakala di bahagian kiri pula terletaknya dan kesempurnaan alam Sintok yang menjadi
Pusat Kaunseling, Pusat Pembangunan Kerjaya
pelengkap supaya HEPA terus cemerlang.

2

JULAI 7/2021

Kolaborasi
Pusat Sukan-SOG

Untuk Capai

KPI UUM

Bagi mencapai kedudukan ranking universiti di atas peta dunia, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) universiti
perlulah berada pada tahap yang tinggi dan boleh dibanggakan. Dengan 5 teras utama yang telah
ditetapkan, Universiti Utara Malaysia telah menggembleng usaha yang gigih dan berterusan ke arah
mencapai hasrat tersebut.
Bagi mencapai tujuan tersebut satu langkah telah diambil oleh Pusat Sukan UUM dengan Pusat Pengajian
Kerajaan (SOG). Perbincangan di antara kedua-dua Pusat Tanggungjawab (PTJ) tersebut telah diadakan
bagi membentuk kerjasama dan persefahaman di antara kedua-dua belah pihak.
Seramai 6 pegawai Pusat Sukan yang diketuai oleh Pengarahnya Dr. Za’im Bin Ahmad telah mengadakan
perbincangan dengan Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr.Halimah Binti
Abdul Manaf, Dekan SOG. Sesi perbincangan adalah berkaitan dengan penganjuran bersama program
sukan berdasarkan KPI Pusat Sukan dan KPI SOG.
Tumpuan utama perbincangan adalah mengenai kerjasama dua hala yang boleh diwujudkan oleh
kedua-dua pihak di dalam mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kedua-dua Pusat Tanggungjawab
(PTJ) .
Menurut Dr. Za’im Ahmad, perbincangan yang diadakan itu dapat meningkatkan kerjasama dan
persefahaman di antara kedua-dua belah pihak. Di samping itu, beliau mengharapkan supaya Pusat
Sukan akan dapat menjalinkan kerjasama dengan pusat-pusat pengajian yang lain pada masa akan
datang di mana ini akan dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan UUM nanti.
Di akhir perbincangan tersebut telah digariskan beberapa program yang akan dilaksanakan secara
kolaborasi antara kedua-dua pihak. Di antara program-program tersebut adalah kerjasama industri, geran
penyelidikan sosial, program E-SULAM dan program motivasi.
Lanjutan dari perbincangan ini akan diadakan lagi setelah kedua-dua pihak melaksanakan rangka kerja
pelaksanaan program yang telah dirancangkan itu.

3

JULAI 7/2021
4

- JULAI 7/2021
5


Click to View FlipBook Version