bersungguh-sungguh untuk m
n bermanfaat sebegini dapatDr.KamarulAzman
Dekan Hal Ehwal
Pelajar yang
muka surat 2
Baharu
pada masa akan datang.
Sports Film Screening
Anjuran Biro Sukan
Persatuan
Pelajar
Asasi
muka surat 4 Bengkel Intensif
Malaysian University
Pengurusan
Sesi 2021/2022 English
Test
Misi Bantuan Banjir (MUET)
2022
Sukarelawan UUM
muka surat 5
di Pantai
Timur
muka surat 3
MAC DR. KAMARUL AZMAN
41/2022
DEKAN HAL EHWAL PELAJAR
YANG BAHARU
Yang Berusaha Dr. Kamarul Azman, 42 telah dilantik sebagai Dekan Hal Ehwal Pelajar yang baharu
menggantikan Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin.
Beliau dilahirkan di Kg. Lubok Merbau, Kuala Nerang, Kedah Darulaman. Memperolehi Ijazah
(Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Tun Abdul Razak pada tahun 2004 dan seterusnya Ijazah Sarjana
(Pengurusan Sumber Manusia) pada tahun 2008 dari Universiti Utara Malaysia. Beliau memperolehi
Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Sains Politik dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2016.
Beliau pernah bertugas di UiTM Merbok dan Kolej Universiti Islam Perlis yang mana beliau aktif dalam
kegiatan pelajar dan mempunyai banyak pengalaman berkaitan dengan hal ehwal pelajar.
Beliau juga banyak menyumbangkan hasil penulisannya dalam bidang kepakarannya di surat
khabar dan sering dijemput sebagai tetamu dalam program radio dan televisyen. Beliau juga telah
dianugerahkan Pingat Bintang Kebaktian Masyarakat oleh KDYMM Sultan Kedah pada tahun 2012.
Ketika ditemui, Dr. Kamarul Azman mengucapkan penghargaan terima kasih beliau kepada pihak
Universiti yang telah memberi kepercayaan melantik beliau menjalankan amanah sebagai Dekan Hal
Ehwal Pelajar. Ia merupakan satu tanggungjawab yang besar kerana melibatkan masa depan pelajar-
pelajar yang merupakan generasi dan pemimpin negara pada masa hadapan.
Ujar beliau lagi, gandingan pemimpin yang komited dan staf berpengalaman dan baharu sebagai
satu pasukan amat diperlukan bagi membantu Jabatan Hal Ehwal Pelajar dalam berdepan cabaran
semasa. Beliau percaya gandingan tersebut akan membawa HEPA bertambah mantap, cemerlang,
gemilang dan terbilang. Dengan erti kata lain inilah “Denyut Nadi Rakyat” – Jabatan Hal Ehwal
Pelajar bersama di dalam satu kelompok yang mana pemimpin, staf dan mahasiswa bersama-sama
mengharumkan nama universiti dan mengangkat martabat nama UUM sebagai universiti terkemuka.
2
MISI BANTUAN BANJIR SUKARELAWAN MAC
41/2022
UUM DI PANTAI TIMUR
Seramai 45 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM)
yang terdiri daripada Sukarelawan UUM dengan
kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti
Malaysia (MASKUM) telah terlibat di dalam Misi
Bantuan Banjir Pantai Timur 2022 baharu-baharu
ini. Bencana banjir yang melanda negeri di Pantai
Timur seperti Kelantan dan Terengganu adalah
disebabkan oleh luruan monsun atau luruan
udara sejuk serta adanya sistem cuaca tekanan
rendah di Laut China Selatan. Ia berlaku berikutan
negara masih berada di dalam fenomena La
Nina yang sering dikaitkan dengan peningkatan
kadar hujan terutama sekali di kawasan pantai
timur Semenanjung Malaysia.
Merah, Kelantan serta di Kuala Berang,
Terengganu di mana kawasan terbabit
merupakan di antara kawasan yang paling buruk
dilanda oleh bencana tersebut. Ujar beliau lagi,
mangsa-mangsa banjir juga telah diberikan sesi
kaunseling dan motivasi bagi meredakan tekanan
akibat kesan bencana yang mereka hadapi.
Misi yang dibahagikan kepada dua fasa iaitu Di dalam perkembangan yang lain, majlis
Fasa pertama di negeri Kelantan dan Fasa kedua pelepasan misi bantuan tersebut telah
di negeri Terengganu itu telah diketuai oleh disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Kamarul
Encik Mohd. Khairone Bin Md. Khatidin, Kaunselor Azman Bin Khamis, Dekan Hal Ehwal Pelajar, UUM
Kanan di Pusat Kaunseling UUM dengan dibantu bertempat di perkarangan Varsity Mall, UUM.
oleh Encik Alias Sukri Bin Che Omar, Encik Ahmad Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Nazir Bin Shoberi dan Encik Ismail Said dari Pusat sukarelawan UUM yang sudi menjadi sukarelawan
penginapan Pelajar UUM telah memulakan misi mewakili UUM bagi mencapai misi tersebut di
mereka sejak 5 Mac yang lalu. mana kebanyakan dalam kalangan mereka
adalah pelajar-pelajar tahun dua dan tiga.
Di antara aktiviti yang mereka telah laksanakan
adalah seperti membersihkan kawasan sekolah
dan surau serta mengemaskan penempatan
mangsa banjir. Di samping itu juga mereka telah
menyampaikan sumbangan kepada mangsa
banjir seperti makanan kering, keperluan asas
kebersihan diri dan sebagainya.
Menurut Encik Mohd Khairone, misi mereka
tertumpu di sekitar Rantau Panjang dan Tanah
3
nsteianstiaasbaebreursuasahhaabbeerrssuunngggguuhh-s-usnugnggughuuhntuunktmukenmcaepnaci akepjaaiyakae
yamAassi4n1ya/MPga2As0Cein22PsngaegsnnuagtrnAauutnriasujiaudsarndanaanpnnpaBabbdidereaaSorrpmmmmSouaaraankstnsafsaafanaaFaaikaPtlakmetsnraeSssndbcaeaerdtbtgueaaeeianntngnaigiin.nnPdgeigalp.adajaatprdaAitlsaakdssiailnaakksaannalak
Pengurusan Sesi 2021/2022
Sudah diketahui umum bahawa
industri perfileman semakin hari
semakin rancak terutamanya
filem antarabangsa. Filem telah
berjaya bertapak di dalam hati
setiap manusia di jagatraya
indah ini. Masyarakat dunia
masa kini secara kebiasaannya
menonton filem sebagai hobi
masa senggang. Pada 2
Mac 2022, jam 2.30 petang
secara dalam talian, Biro
Sukan Persatuan Pelajar Asasi
Pengurusan Sesi 2021/2022
telah menganjurkan program
Sports Film Screening. Program
tayangan filem tersebut telah
disertai oleh seramai 181
orang pelajar Program Asasi
Pengurusan Sesi 2021/2022.
Program tersebut turut dihadiri
oleh para pensyarah dan staf
Pusat Asasi Pengurusan, UUM.
Antara objektif program adalah
untuk menggalakkan pelajar
membina imej kendiri yang positif
dan berusaha mencapai cita-
cita tanpa pernah berputus asa.
Selain itu, tayangan filem ini juga
diharapkan dapat membuka
minda para pelajar agar mereka
tahu mengenai perjuangan
mencapai kejayaan.
Filem yang dipilih bertemakan dilakukan adalah bangkit semula dan belajar dari kesilapan serta
sukan iaitu Zero to Hero. Filem menambahbaik kemahiran dan potensi diri untuk menghadapi
ini mengisahkan perjalanan cabaran mendatang.
hidup seorang atlet Paralimpik
yang berusaha mengatasi Program tersebut diakhiri dengan sesi perkongsian pengajaran yang
kekurangan diri dengan diperoleh dari filem tersebut oleh tiga orang pelajar iaitu Maisara
pertolongan ibunya untuk meraih Anisah binti Mohd Rahimi, Rioza Cucuarra binti Zakaria dan Wan
pingat emas di Sukan Paralimpik. Nur Aisyah binti Wan Saipu Azman. Secara keseluruhannya, filem ini
Mesej utama filem Zero to telah memberi impak positif yang sangat besar dan mencetuskan
Hero ialah untuk menceritakan inspirasi kepada para pelajar supaya sentiasa berusaha bersungguh-
bahawa kekurangan diri tidak sungguh untuk mencapai kejayaan. Diharapkan program-program
menghalang impian seseorang yang santai dan bermanfaat sebegini dapat dilaksanakan lagi oleh
untuk berjaya. Di samping itu, Exco Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan pada masa akan datang.
filem ini juga menunjukkan
bahawa perasaan sedih dan
kecewa adalah sebahagian
dari proses untuk mencapai
kejayaan. Apa yang perlu
4
UnBiveenrgskiteyl EInntgelnisshifTMesatla(yMsiUanET) MAC
2022 41/2022
Seramai 181 orang pelajar Program Asasi Pengurusan
sesi 2021/2022 dan 12 orang peserta dari institusi luar
telah menghadiri Bengkel Intensif MUET 2022 anjuran
Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia
(UUM) pada 4 dan 5 Mac 2022 bermula jam 9.00 pagi
hingga 1.00 petang. Bengkel secara dalam talian
telah dikendalikan oleh Puan Shaqira Adera binti
Mohd Shah, penceramah jemputan berpengalaman
dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Program ilmiah tersebut bertujuan untuk memberi
pendedahan tentang strategi dan tips menghadapi
peperiksaan MUET mengikut empat kemahiran
utama iaitu pemahaman, penulisan, mendengar
dan lisan. Para peserta turut didedahkan dengan
pelbagai tips tambahan, selari dengan hasrat Pusat
Asasi Pengurusan dalam memberi motivasi dan ilmu
sebelum menghadapi peperiksaan MUET pada
hujung bulan Mac tahun 2022. Menurut Puan Shaqira
Adera, para pelajar telah memberikan kerjasama
dan reaksi yang sangat baik. Beliau juga berharap
peserta-peserta dapat menggunakan segala
ilmu yang telah disampaikan bagi memperoleh
keputusan yang cemerlang di dalam MUET.
Para peserta bengkel juga turut memberikan respons positif terhadap intipati Bengkel Intensif MUET
2022. “Saya sangat suka bengkel ini kerana mendapat banyak ilmu yang bermanfaat. Tambahan
pula, nota-nota yang diberikan memudahkan saya mengulangkaji tentang apa yang telah dipelajari”,
ujar salah seorang peserta Bengkel Intensif MUET 2022. Turut hadir dalam menjayakan bengkel
tersebut ialah staf akademik dan pentadbiran Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia.
5
MAC
41/2022
6
MAC
41/2022
7
MAC
41/2022
8
MAC
41/2022
9
MAC
41/2022
10
Aktiviti Sepanjang Minggu MAC
41/2022
11
MAC
41/2022
12