HEPA POST JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL. 08/2023 | 23 FEBRUARI 2023 UNGGUL, MESRA, DEDIKASI Kredit: UUMVIew U-Assist Jadi Tanda Aras One Stop Student Centre (OSSC) UniSHAMS UUM jadi pusat penyerahan peranti siswa IPTA wilayah utara lawatan ke pusat islam dedah pelajar jepun kepada islam Pusat Asasi Pengurusan UUM sertai Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam
FEBRUARI | 8/2023 2 U-Assist Jadi Tanda Aras One Stop Student Centre (OSSC) UniSHAMS Kewujudan U-Assist, Pusat Perkhidmatan Komprehensif Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh warga kampus bahkan menjadi satu tanda aras kepada organisasi luar terutama dalam kalangan institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada pelanggan khususnya para pelajar. Seramai tujuh orang delegasi One Stop Student Centre (OSSC) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) diketuai oleh pengarahnya Busyra Hayati Md. Akhir telah mengadakan lawatan diikuti satu bengkel pemantapan hala tuju bersama pengurusan U-Assist baru-baru ini Objektif utama bengkel ini adalah bagi mendapatkan pandangan serta maklumatmaklumat terperinci berkenaan perkhidmatan yang disediakan di U-Assist. Antara skop yang dibincangkan adalah corak pengurusan dan pengoperasian serta fungsi bagi setiap perkhidmatan yang terdapat di U-Assist. Bengkel yang diketuai oleh Pengurus U-Assist, Suraya Deraman menekankan kepentingan penyediaan perkhidmatan yang ditawarkan bersama kepentingan unit-unit yang memainkan peranan masing-masing. Hasil perbincangan tersebut akan digunakan OSSC UniSHAMS bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan kepada pelajar mereka. “Sesi kali ini memberi banyak manfaat dan pengalaman baru untuk dibawa ke UniSHAMS bagi tujuan menambah baik sistem yang sedia ada di OSSC.” jelas Busyra Hayati. “Banyak input yang diperolehi seperti pengendalian operasi U-Assist yang banyak dilakukan secara atas talian pada masa ini dan ia dilihat amat memudahkan pelajar dan juga kakitangan di U-Assist.” ujarnya lagi. Di akhir lawatan, delegasi OSSC UniSHAMS turut dibawa meninjau pengoperasian perkhidmatan kaunter-kaunter di U-Assist.
FEBRUARI | 8/2023 3 UUM jadi pusat penyerahan peranti siswa IPTA wilayah utara Baru-baru ini, seramai 1,080 orang pelajar yang terdiri dari kalangan mahasiswa/i dari IPTA sekitar Wilayah Utara Semenanjung Malaysia dan mahasiswa/i UUM khususnya telah menerima peranti siswa Fasa Kedua (Berpusat). Program penyerahan ini telah berjaya dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), Jabatan Hal Ehwal, Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Komunikasi & Digital. Proses penyerahan ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula pada 17-19 Februari 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Penginapan Pelajar (SAC), Universiti Utara Malaysia. Penolong Pengarah SSSD, Encik M Shahadat Ali Nordin berkata penyerahan peranti siswa pada kali ini merupakan penerima yang permohonan rayuan mereka telah diluluskan oleh pihak KPT. Beliau turut berharap agar kemudahan yang telah diperolehi ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar sebaiknya bagi tujuan pembelajaran. beliau turut berharap agar pemberian ini bukan untuk disalahgunakan apatah lagi peranti ini dijual kepada orang awam semata-mata untuk mendapatkan kewangan bagi tujuan peribadi. Majlis penyerahan PERANTI SISWA ini telah selesai sepenuhnya pada jam 5 petang.
FEBRUARI | 8/2023 4 LAWATAN KE PUSAT ISLAM DEDAH PELAJAR JEPUN KEPADA ISLAM Walaupun pelbagai tangggapan negatif terhadap Islam, namun delegasi pelajar Jepun ke UUM masih berminat untuk mencari kebenaran mengenai agama Islam yang sebenar. Lawatan sambil belajar ini terdiri daripada 38 pelajar dan 4 sukarelawan dari Kyoto Sangyo University of Japan telah diringi oleh Prof. Mayda Dr. Herman Shah, Pensyarah UUM. Program International Culture ini penting kepada para pelajar terutama untuk mempelajari budaya dan adat resam rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya, bahasa dan agama. Tujuan utama mereka ke UUM adalah bagi menjayakan program kerjasama “UUM-KSU Summer Programme” anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik UUM. Salah seorang daripada pelajar iaitu Ken Matsuzawa sempat bertanya soalan “apakah keistimewaan Islam sehingga ramai yang berminat untuk memeluk Islam”. Persoalan beliau telah dijawab oleh Ustaz Syawan Menon, Pegawai Tadbir di Pusat Islam. Lebih menggembirakan apabila ramai pelajar yang mengikuti lawatan itu teruja dengan ajaran sebenar Islam, sekali gus menghilangkan persepsi negatif mereka terhadap umat Islam. Lawatan seperti ini turut mendedahkan kami untuk memahami bahawa agama Islam adalah agama yang membawa keamanan, kata seorang lagi pelajar iaitu Hyuma Kaneshiro. Pelajar perempuan turut diajar bagaimana mengenakan hijab secara sempurna oleh kakitangan Pusat Islam. Rata-rata mereka menggambarkan rasa gembira dan teruja kerana buat pertama kali dalam hidup, mereka mengenakan tudung. Di akhir lawatan setelah menikmati makan tengahari, mereka telah dibawa ke Masjid Sultan Badlishah bagi merasai sendiri pengalaman melihat umat Islam mengerjakan solat Zohor secara berjemaah.
FEBRUARI | 8/2023 5 Pusat Asasi Pengurusan UUM sertai Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam Sebanyak 4 buah pasukan debat bagi mewakili Pusat Asasi Pengurusan UUM telah dihantar bagi menyertai Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi bagi dua kategori utama iaitu Debat Bahasa Melayu dan Debat Bahasa Inggeris. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Pusat Asasi Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melibatkan dua kategori utama iaitu Debat Bahasa Melayu dan Debat Bahasa Inggeris. Jumlah pasukan yang terlibat dalam pertandingan ini adalah Sebanyak 44 pasukan dari pelbagai universiti awam dan matrikulasi. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengetengahkan bakat serta mengasah kemahiran pengucapan awam dan seni orator dalam kalangan pelajar asasi serta membudayakan amalan berfikir secara kritis dan analitikal dalam kalangan pelajar tentang isu-isu semasa berdasarkan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasan dan kajian. Pertandingan debat tersebut telah berlangsung secara atas talian dengan menggunakan platform Youtube dan StreamYard. Tahniah diucapkan kepada Nadjween Hanie Mohd Mayan dan Mohamad Mirza Hidayat Hamdan atas pencapaian mereka sebagai pendebat kedua dan kesepuluh terbaik liga, manakala Siti Zulaikha Kamarulnizam yang telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik sidang keenam.
FEBRUARI | 6/2023 6 6 FEBRUARI | 8/2023
FEBRUARI | 6/2023 7 7 FEBRUARI | 8/2023
Kata Inspirasi ‘Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.’