The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by basharuh1217, 2022-09-28 04:07:26

Buletin HEPA Bil 70 29 September 2022

Buletin HEPA Bil 70 29 September 2022

UNGGUL, MESRA, DEDIKASI PROGRAM
PEMANTAPAN
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PEMBANGUNAN
MANTAPKAN ILMU STAF SAHSIAH STAF
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
(JHEP) Program
Senamrobik:
220 PELAJAR PUSAT ASASI “Asasian Fit”
PENGURUSAN IKUTI
KURSUS PENGUCAPAN
AWAM BERKESAN

Program Larian:
“Asasian Fun
Run”

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HEPA POST

BIL. 70:39/2022 | 29 SEPTEMBER 2022

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MANTAPKAN
ILMU STAF JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) melalui Pusat Islam Universiti Utara
Malaysia, telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah-Muslimin
dan Muslimat pada minggu lalu.

Program selama sehari itu berlangsung di Dewan Seminar, Pusat Islam
yang telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada staf
JHEP.

Program ini dikendalikan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam, Ustaz Shahril
Fazli Mat Hussain dan Ustazah Dakina Binti Zakaria yang berpengalaman
dalam pengurusan jenazah secara teori dan praktikal.

Urusan berkaitan kematian khususnya pengurusan jenazah yang
bermula dari proses memandikan, mengkafankan sehingga
pengebumian perlulah diuruskan dengan ilmu yang kukuh
supaya ianya dapat dijalankan mengikut syariat Islam dan
tatacara penuh adab sebagai penghormatan terakhir kepada
jenazah. Pengurusan jenazah dalam Islam merupakan tuntutan
Fardhu Kifayah.

Dalam erti kata lain, sesuatu kelompok masyarakat itu perlu
melunaskan tanggungjawab menguruskan jenazah jika berlaku
kematian di dalam kelompok masyarakat tersebut. Jika tidak seluruh kelompok masyarakat itu akan
menanggung dosa.

Encik Huzaidy Hj. Hussain selaku Pengarah JHEP telah mengucapkan jutaan terima kasih atas kursus yang
dianjurkan. “Kursus ini diadakan bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci
kepada umat Islam tentang cara pengurusan jenazah yang betul jika berlaku kematian. Selain itu para
peserta yang menyertai kursus ini berpeluang menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan
soalan-soalan berkaitan pengurusan jenazah, kematian dan lain-lain hal yang berkaitan.” katanya lagi.

SEPTEMBER |70/2022 2

220 PELAJAR PUSAT ASASI PENGURUSAN IKUTI
KURSUS PENGUCAPAN AWAM BERKESAN

Seramai 220 orang pelajar Pusat Asasi Pengurusan telah mengikuti
Kursus Pengucapan Awam Berkesan siri 1: Menyampaikan
Ucapan - Kuasa First Impression anjuran Pusat Kecemerlangan
dan Kepimpinan Pelajar (UUM SELECT), Jabatan Hal Ehwal Pelajar
dengan kerjasama Pusat Asasi Pengurusan pada 21 September lalu.

Program ini bertujuan memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar
berkaitan kemahiran pengucapan awam di samping meningkatkan
keterampilan bertutur, pernafasan dan vokal dalam konteks pengucapan
awam.

Kursus yang dilaksanakan secara bersemuka di Dewan Serbaguna Inapan Siswa MAS
ini dikendalikan oleh Pengarah Muzium Pengurusan UUM, Tuan Haji Mohd Fairus Abd
Majid yang berpengalaman luas dalam seni pengucapan awam, pidato dan debat.
Antara ilmu yang dikongsi beliau adalah penggunaan teknik pernafasan yang betul, teknik vokal serta
kemahiran komunkasi yang baik.

Pendekatan secara santai yang diketengahkan oleh beliau
yang turut diisi dengan aktiviti berkumpulan dan permainan
interaktif menceriakan suasana dan menggamatkan dewan.
Salah seorang peserta Nadjween Hanie Mohd Mayan berkata informasi
yang diberikan oleh penceramah sangat bermanfaat serta mengandungi
intipati yang ringkas dan padat untuk mudah difahami oleh para pelajar.

"Tips-tips yang diberikan oleh penceramah dicuba sendiri oleh kami dan memang terbukti
keberkesanannya. Selain itu penceramah menggunakan pendekatan yang mesra bersama para
pelajar menjadikan kursus perucapan awam bertema santai tetapi berinformatif," ujarnya.

"Secara keseluruhannya kursus ini telah meningkatkan keyakinan diri saya untuk mempunyai teknik
yang lebih baik sebagai seorang pemidato selepas ini," tambahnya lagi.

Sementara itu seorang lagi peserta, Sharvin Thangaraj berkata banyak ilmu baharu diperoleh yang
boleh dipraktikkan dalam kehidupan seperti keberanian dan kepetahan semasa berucap di khalayak
ramai.

"Penceramah telah menganjurkan beberapa permainan interaktif yang melibatkan semua pelajar
asasi bagi mempergiatkan semangat kekitaan serta memperkasakan bakat pelajar.

"Saya juga dapat mengetahui teknik pernafasan yang betul dan efisien bagi mengawal nada
suara semasa penyampaian ucapan. Di samping itu penceramah juga menekankan kepentingan
komunikasi yang mantap dan jelas bagi menjamin kelancaran dalam sesuatu organisasi," jelasnya.

Perasmian program disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pusat Asasi Pengurusan, Puan Masanita
Mat Noh. Hadir sama Pengurus UUM SELECT, En. Jamaat Alhaffis Mansor dan Penolong Pengetua INASIS
MAS, Dr. Amirul Haqeem Abd. Ghani.

SEPTEMBER |70/2022 3

PROGRAM PEMANTAPAN
PEMBANGUNAN SAHSIAH STAF

Bahagian Pengurusan Korporat, HEP telah pembangunan intelektual dan lebih-lebih
menganjurkan satu program iaitu “Program lagi dari sudut kerohanian yang menjadi asas
Pemantapan Sahsiah selama sehari bertempat kepada pembentukan peribadi cemerlang. Ini
di Dusun Riffa, dengan melibatkan seramai sangat diperlukan dalam usaha membentuk
lebih 60 staf yang turut disertai oleh Pengarah dan membina insan yang bertaqwa seterusnya
HEPA, En. Huzaidy Bin Hj. Hussain, Pengurus Pusat beramanah dalam setiap kerja yang diberikan
Pembangunan Kerjaya, En. Shahril Ahmad serta kepada mereka.
Pengurus Pusat Kaunseling, Pn. Faezah Binti Nayan.
Selain itu, Pn. Faezah Binti Nayan ada juga
Program pemantapan ini diserapkan dengan menyatakan tentang bagaimana cara
kaedah aktiviti-aktiviti seperti ‘games’ dan menghadapi stress di tempat kerja. Sebagai
Corporate Social Responsibility (CSR) yang seorang pekerja, tanggungjawab utama untuk
dijalankan sebagai tools dalam sepanjang sesi membendung gejala tekanan adalah dengan
program berlangsung. mengenali sumber tekanan negatif, sama ada
stressor atau tekanan tersebut berpunca dari
Aktiviti ‘games’ yang dijalankan seperti aktiviti dalaman atau luaran. Salah satu caranya ialah
berkumpulan disamping menjalankan motivasi mempunyai strategi yang berkesan seperti
pembangunan sahsiah staf yang diketuai oleh mengubah persepsi dan gaya hidup untuk hidup
Pengurus Pusat Pembangunan Kerjaya, En. Shahril yang lebih sihat.
Ahmad serta Pengurus Pusat Kaunseling, Pn.
Faezah Binti Nayan. Disamping itu, staf juga dapat memahami
keperibadian seperti sikap professional dan
En. Shahril Ahmad berpendapat kejayaan kerja berpasukan yang dapat mendorong dan
bukan sahaja dilihat daripada pembangunan memotivasikan diri staf HEP untuk sentiasa bekerja
material yang baik tetapi juga dinilai dari sudut dalam semangat yang jitu.

SEPTEMBER |70/2022 4

Program Larian: “Asasian Fun Run”

“Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”, berikut merupakan
peribahasa yang amat berkait rapat dengan kemerdekaan. Hal ini dikatakan kerana rahmat dan
nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi dan dapat dirasai oleh negara kita pada hari ini merupakan
hasil perjuangan titisan darah dan air mata para pejuang negara. Jasa mereka hendaklah dikenang
hingga ke akhir zaman oleh setiap lapisan rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda pada zaman
ini. Kemerdekaan ini perlu dipertahankan dengan toleransi antara rakyat Malaysia yang pelbagai

Sejuruksautmam. at acara larian, program Asasian Fun Run diteruskan dengan sesi penyampaian

Program Larian: “Asasian Fun Run” merupakan program anjuran Biro Sukan Persatuan Pelajar Asasi

hadiahPepnignugrautsapnenSeysei r2t0a2a2n/2s0e2r3taunsteuskimbeenrgzaahmirkbaanr speemlajnagraPt upsaatrtioAtissmaesiaPnetanrgaupreulsaajanr speeslbi a2g0a2i2k/a2u0m23

melalui aktiviti sukan serta mengesan pelajar yang berbakat bagi mewakili Sukan Asasi. Program ini

bersamtealahPebnegrlaanraghsu,nTg ipmabdaal1a6nSePpetnegmabrearh20d2a2nbesrtmafulaPujasmat7.A00spasaigiPseehnigngugruas1a1n.0.0Ppraoggi rbaemrtebmepraatkdhiir

Dewan Terbuka TNB dan dihadiri oleh 175 orang pelajar Program Asasi Pengurusan, pensyarah dan staf

sekitarPujsaamt As1a1si.P0e0ngpuargusia, ns,eUknaivleurnsitgi UttaahranMiaahladysaian(PuAcPaUpUaMn).terima kasih diucapkan kepada para

pelajarpPremolbgearangmyaei rAktasaauimspia.rnPoegFrurkaanmraRuiinnni ip.deilnatkinsagnbaakgainmbeanggui kmuheknagnerlaagtkiapnerhpuabduunagnadnalsailamtukraalhainmgaannmtaarasyaprealakajatr,

persis peribahasa “tak kenal maka tak cinta”. Perpaduan merupakan perkara utama yang amat
dititikberatkan oleh Biro Sukan Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2022/2023 dalam menjayakan
program ini.

Program ini kemudian dimulakan dengan ucapan Puan Masanita binti Mat Noh mengenai kepentingan
menghayati Hari Kemerdekaan melalui penglibatan pelajar dan penyertaan dalam program ini.
Konklusinya, program ini merupakan platform yang ampuh bagi melahirkan pelajar yang aktif dalam
bersukan disamping memupuk semangat patriotik dalam sanubari pelajar.

Program diteruskan dengan acara utama iaitu larian sepanjang 5km bermula di laluan hadapan Inasis
TNB. Larian mengambil masa sekitar satu jam setengah untuk semua pelajar-pelajar yang terlibat. Para
pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori lelaki dan perempuan terdiri daripada
(1) Muhammad Izzul Bin Abdul Rafi dan Chin Man Ling, (2) Muhammad Ammar Aideeq bin Azhar dan
Nur Hayati binti Md Sharif, (3) Muhammad Amirul Hakim Bin Azhar dan Nur Athirah Najwa binti Asrul.

Sejurus tamat acara larian, program Asasian Fun Run diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah
pingat penyertaan serta sesi bergambar pelajar Pusat Asasi Pengurusan sesi 2022/2023 bersama
Pengarah, Timbalan Pengarah dan staf Pusat Asasi Pengurusan. Program berakhir sekitar jam 11.00
pagi, sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para pelajar menyertai program
ini.

SEPTEMBER |70/2022 5

pihak yang sudi menyertai prog

ekalung penghargaan dan uPcarpoangrtaermimSaenkaasmihrodibuicka:p“kAansakseipaandaFiste”tiap

enyertai program ini.

Asasian Fit merupakan program yang dirancang secara mingguan anjuran Biro Sukan Sesi 2022/2023
untuk memberikan peluang kepada para pelajar Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia
(PAPUUM) meningkatkan tahap kecergasan mereka agar lebih aktif dalam menghadiri kuliah dan
melaksanakan tugasan dengan cekap. Program ini juga dilaksanakan bertujuan menggalakkan para
pelajar untuk menjadikan senaman ringkas sebagai rutin yang boleh diamalkan oleh mereka disamping

alung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada setiapmengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar.

yertai program ini.

kuliah mereka. Sekalung pengha

pihak yang sudi menyertai program

Program Asasian Fit melibatkan aktiviti senamrobik yang merupakan sejenis sukan yang melibatkan
pergerakan mengikut irama dan rentak musik. Aktiviti senamrobik secara rutin mingguan ini diharapkan
dapat melahirkan generasi anak muda yang mengutamakan kesihatan diri mereka. Hal ini adalah
atas kesedaran kendiri akan kepentingan pengamalan senaman ringkas bagi tujuan meningkatkan
tahap kesihatan fizikal melalui pergerakan badan. Bukan itu sahaja, aktiviti senamrobik juga dapat
mengekalkan kesihatan mental. Senaman menyebabkan badan mengeluarkan endorphin, bahan
kimia dalam otak anda yang melegakan kesakitan dan tekanan. Ia juga mengurangkan tahap hormon
tekanan, kortisol dan adrenalin. Lantas membantu untuk berasa lebih tenang.

Program ini telah bermula pada 14 September 2022 yang lalu dan akan diadakan secara berterusan
pada setiap minggu bermula jam 8.00 pagi sehingga 8.25 pagi bertempat di Pusat Asasi Pengurusan dan
dihadiri oleh 223 orang pelajar, pensyarah dan staf-staf Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia.

Senamrobik dilaksanakan aktiviti senamrobik. Program
diakhiri dengan sesi bergambar
dibawah pimpinan Ahli-ahli bersama pelajar-pelajar Pusat
Asasi Pengurusan, pensyarah
Jawatankuasa Biro Sukan dan serta staf Pusat Asasi Pengurusan
oleh Biro Multimedia sebelum
diikuti oleh para pelajar dengan para pelajar memulakan kuliah
mereka. Sekalung penghargaan
penuh semangat. dan ucapan terima kasih
diucapkan kepada setiap pihak
Impaknya, program senamrobik yang sudi menyertai program ini.
ini mampu memberi
pendedahan dan pengetahuan
kepada para pelajar tentang
pelaksanaan dan keseronokan

SEPTEMBER |70/2022 6

SEPTEMBER |70/2022 7

SEPTEMBER |70/2022 88

SEPTEMBER |70/2022 99

SEPTEMBER |70/2022 111000

Kata Inspirasi

‘Tiada masalah seberapa lambat perjalanan kamu,
asalkan kamu tidak berhenti’

11


Click to View FlipBook Version