Pantun Alam Remaja
Komsas: Puisi Tradisional
1
Maksud
Rangkap 1:
Anak-anak akan berasa sangat gembira
sewaktu menyambut ke pulangan ibu ke
rumah.
Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
2
Maksud
Rangkap 2:
Ketakutan dan kerisauan anak-anak
sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila
melihat ibu pulang ke rumah.
Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.
3
Maksud
Rangkap 3:
Anak-anak akan berasa sangat gembira
jika ibu cepat pulang ke rumah.
Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.
4
Maksud
Rangkap 4:
Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu
bersama-sama.
Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
5
Maksud
Rangkap 5:
Kepulangan ayah dan ibu ke rumah
merupakan detik yang paling
menggembirakan bagi anak-anak.
Hanyut batang berlilit kumpai,
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.
6
Maksud
Rangkap 6:
Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa
membuatkan anak-anak berasa gembira.
Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
7
Maksud
Rangkap 7:
Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi
anak-anak yang gemar berpantun kerana
anak-anak yang masih kecil dan
ingin bermanja.
Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.
8
Tema
• Kegembiraan anak-anak sewaktu
menyambut kepulangan ibu bapa mereka
ke rumah.
9
Persoalan
• Tanggungjawab ibu bapa adalah memberikan
kasih sayang dan kebahagian kepada anak-anak.
• Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau
sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di rumah.
• Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu
menyambut kepulangan ibu bapa mereka pulang
beketia.
• Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga
dapat mengeratkan hubungan antara adik-
beradik.
• Pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat
menggembirakan hati anak-anak.
10
Bentuk
• Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
• Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.Setiap rangkap terdiri
daripada empat baris.
• Setiap baris terdiri daripada tiga hingga lima patah kata.
• Suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata.
• Ada pembayang dan maksudnya.
• Pantun ini berbentuk terikat. Rima
• akhirnya terikat. Contohnya,
•
• rangkap 1: abab 11
• rangkap 2: aaaa
• rangkap 3: abab
• rangkap 4: abab
• rangkap 5: abab
• rangkap 6: abab;
• rangkap 7: abab.
Unsur bunyi
• Asonansi
Tidak terkatakan besar hati (perulangan
vokal a)
• Aliterasi
Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan
konsonan b)
12
Gaya bahasa
(a)Inversi
Contohnya,
Elok rupanya kumbang jati
Sebarang tari kita tarikan
(b)Kata ganda
Contohnya,
adik-beradik
bilang-bilang
(c)Penggunaan unsur alam.
Contohnya,
kumbang jati, itik
(d)Peribahasa
Contohnya, besar hati.
(e)Repetisi
Contohnya, kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)
13
Nilai
(a)Kasih sayang. sewaktu
dalam
Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak
menjamin kebahagiaan keluarga.
(b)Bertanggungjawab.
Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga
keselamatan anak-anak.
(c)Baik hati
Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat
menggembirakan hati penerima.
(d)Pemaaf
Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain
bergurau senda merupakan sikap yang terpuji.
(e)Hormat-menghormati
Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan
kalangan anggota keluarga.
14
Pengajaran
• Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk
mendapatkan kebahagiaan keluarga.
• Kita mestilah bertanggungjawab terhadap
keselamatan anak-anak.
• Kita haruslah bersikap pemurah untuk
mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
• Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu
saling memaafkan jika berlaku kesilapan sewaktu
bergurau senda.
• Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana
merekalah yang telah menjaga kita hingga
dewasa.
15
The End
16