The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANTUN DUA KERAT NASIHAT TINGKATAN 1 NOTA AKTIVITI 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jjb8146, 2021-02-17 10:38:36

PANTUN DUA KERAT NASIHAT TINGKATAN 1 NOTA AKTIVITI 1

PANTUN DUA KERAT NASIHAT TINGKATAN 1 NOTA AKTIVITI 1

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,
Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas , perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.

MAKSUD RANGKAP PANTUN
Rangkap 1
Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu
sendiri.
Rangkap 2
Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.
Rangkap3
Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai
keistimewaan atau kelebihan tersendiri.
Rangkap 4
Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan gagal.
Rangkap 5
Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerjaya.


Click to View FlipBook Version