The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program-program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi murid dalam Matematik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguaziematematik, 2021-08-07 12:08:50

PROGRAM INTERVENSI CG AZIE MATEMATIK

Program-program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi murid dalam Matematik

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM
1. KLINIK MATA PELAJARAN

KLINIK MATEMATIK – “ DR MUDA”

1. Klinik Matematik merupakan program kelas tambahan yang dilaksanakan selepas
waktu sekolah.

2. 2 kali dalam sebulan.
3. Lantik beberapa orang “Dr Muda” iaitu dari kalangan pelajar yang cemerlang untuk

merawat / membantu murid yang mengalami masalah berkaitan pembelajaran
atau topik yang telah dipelajari.
KEKUATAN :
1. Murid memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program.
2. Dr Muda berkeyakinan dalam membantu murid yang lain dalam menguasai
sebahagian topik / masalah.
3. Murid mempunyai motivasi untuk terus belajar dan berusaha memperbaiki
kelemahan diri.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
1. Tempoh masa yang sesuai, memandangkan pelaksanaan agak terhad iaitu 2jam
sahaja. Adakalanya murid kelihatan letih disebabkan oleh pelaksanaannya
selepas waktu sekolah.
2. Murid dapat membuat persediaan terlebih dahulu. Sebahagian murid tidak
mempunyai persediaan dari aspek konsep asas matematik ataupun kemahiran
sedia ada yang telah dipelajari.

Antara murid yang dipilih sebagai Dr Muda.

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM
“MATHS IS FUN”

Pelaksanaan program – program atau aktiviti berkaitan matematik yang bertujuan untuk
menarik minat murid mempelajari matematik, disamping menyampaikan ilmu matematik.
Memberi pendedahan kepada murid bahawa matematik tidak hanya tertumpu kepada
ilmu yang melibatkan pengiraan sahaja.

2. PAMERAN MATEMATIK DAN ALAM SEKITAR

Dilaksanakan dalam MINGGU SAINS DAN MATEMATIK pada tahun 2018
Pengisian Program : Memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan pola
– pola yang terdapat dalam kehidupan seharian.
Matematik : Tingkatan 2
Tajuk : Pula dan Jujukan

KEKUATAN :
1. Dapat memberi pendedahan dan ilmu yang baru kepada murid.
2. Murid dapat mengaitkan ilmu matematik yang dipelajari dengan kehidupan
seharian.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
1. Pelbagaikan tajuk lain yang berkaitan dengan matematik dan kehidupan seharian.

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM
3. PERTANDINGAN TANGRAM, TEKA KACANG DAN TEKA

BERAT BUAH DAN RODA IMPIAN

Dilaksanakan dalam MINGGU SAINS DAN MATEMATIK pada tahun 2018
Pengisian Program : murid – murid didedahkan dengan soalan – soalan yang
merangkumi tajuk – tajuk matematik yang telah dipelajari.

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM
4. BUILD A HIGHEST TOWER

Murid dikehendaki membina ‘tower’ / menara yang paling tinggi dan stabil.
Murid dapat mengaplikasikan konsep nisbah geometri yang telah dipelajari untuk
memastikan kestabilan binaan menara yang dibina.
Matematik Tingkatan 3
Tajuk : Nisbah Geometri

KEKUATAN :
1. Murid dapat mengaplikasikan konsep trigonometri untuk hasilkan menara masing
– masing.
2. Mewujudkan kerjasama antara murid –murid.
3. Memberi keyakinan dan peluang kepada murid untuk menghasilkan menara
mengikut kreativiti mereka sendiri.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
1. Pelbagaikan tajuk lain yang berkaitan dengan matematik dan kehidupan seharian.
2. Kecilkan bilangan murid dalam setiap kumpulan.

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM
5. INOVASI “BULATAN DI HATI”- TAHUN 2021

Inovasi ini merupakan inovasi bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh murid
sendiri semasa pelaksanaan PdPR, dan dibimbing oleh guru secara atas talian.
Inovasi “ Bulatan di Hati” dihasilkan untuk membantu murid memahami dan
mengingati konsep – konsep dan rumus yang berkaitan dengan bulatan. Murid
diberi peluang untuk menghasilkan buku skrap masing – masing mengikut
kreativiti tersendiri.
Matematik : Tingkatan 2
Tajuk : Bulatan

KEKUATAN :
1. Murid dapat menggunakan buku skrap tersebut semasa proses pdpr kerana
dihasilkan dan disimpan oleh murid.
2. Menarik minat murid untuk terlibat dalam pdpr. Hadiah diberikan kepada 5 murid
yang menghasilkan buku skrap yang terbaik.

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM
6. INOVASI “SIMPUL KASIH TRIGO” – TAHUN 2021

Inovasi ini merupakan inovasi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang
digunakan oleh guru untuk mengajar tajuk Nisnah Trigonometri (MATEMATIK
TINGKATAN 2). Inovasi “Simpul Kasih Trigo” dihasilkan untuk membantu murid
mengenalpasti sisi – sisi di dalam sebuah segitiga bersudut tegak berpandukan
sudut tirus yang diberi. Murid membina segitiga bersudut tegak dan menggunakan
reben atau tali untuk menentukan sisi bersebelahan, sisi bertentangan dan sisi
hipotenus dalam segi tiga tersebut. Murid diberi peluang menghasilkan video untuk
memberi penjelasan berkaitan inovasi “ Simpul Kasih Trigo”.
Matematik : Tingkatan 3
Tajuk :Nisbah Trigonometri.

KEKUATAN :
1. Murid dapat menggunakan segitiga dan reben untuk menetukan sisi bagi segi tiga
semasa pdpr.
2. Memudahkan murid mengenal pasti sisi bertentangan, sisi bersebelahan dan sisi
hipotenus.

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM
7. PEMBINAAN MODUL

1. Pembinaan modul untuk membantu murid menguasai topik – topik tertentu.
Perkongsian modul dengan guru – guru mata pelajaran dan digunakan di
Peringkat Sekolah.

2. Antara modul yang dihasilkan:
a. Jom Skor A Matematik PT3
b. Modul Pantas Ulangkaji Matematik Tingkatan 2
c. Modul SULUH Matematik
d. Program Peningkatan Prestasi PT3 2020- sepanjang tempoh PKPP 2020
e. Matematik Tingkatan 3 – Modul PdPr

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM

8. TEKNIK MENJAWAB

Program dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan
teknik menjawab soalan Matematik PT3.
Membimbing murid meenjawab soalan sebenar PT3 dengan menggunakan teknik
yang betul.

Kebaikan :
1. Murid dapat pengetahuan berkaitan bentuk soalan sebenar PT3 dan kaedah

atau teknik menjawab soalan tersebut.
2. Memberi motivasi kepada murid untuk meningkatkan usaha dalam

menguasai sebahagian topik.
Kelemahan:
1. Pengetahuan sedia murid lemah atau pun murid belum bersedia .
Penambahbaikan :
1. Mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid sebelum program dilaksanakan.

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM

9. PECUTAN AKHIR

Program dilaksanakan untuk membantu murid mengulangkaji sebahagian topik yang
belum dikuasai.
Murid melakukan latih tubi bagi mengukuhkan kefahaman mereka berdasarkan topik
yang kurang dikuasai.

Kebaikan :
1. Dapat mengukuhkan pengetahuan dan membantu murid menguasai topik
yang kurang mahir.
2. Memberi motivasi kepada murid untuk meningkatkan usaha dalam
menguasai sebahagian topik.

Penambahbaikan :
1. Tempoh masa yang lebih lama.

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM
10. KELAS BIMBINGAN “ONLINE”

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING

PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM
11. KAJIAN TINDAKAN :
AMALAN TERBAIK PDPC
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM
MENENTUKAN KOORDINAT IMEJ BAGI TITIK YANG
MELALUI PUTARAN MENGGUNAKAN KAEDAH T-GAS
( TAHUN 2019)

NUR AZILAH BINTI YAHAYA | SMK BALING


Click to View FlipBook Version