__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
1.4 Kitaran Perakaunan
Urusniaga Jurnal/ Buku Catatan Pertama (BCP) Lejar Imbangan duga
Penyata kewangan
sebelum pelarasan Pelarasan Imbangan duga terlaras
Catatan penutupan Penyata kewangan terlaras
1.5 Hasil, belanja, dan pelarasan pada akhir tempoh
1.5.1 Asas akruan dan asas tunai
Asas akruan – hasil dan belanja mesti diiktiraf dalam tempoh hasil atau belanja itu
berlaku walaupun tunai belum diterima (bagi hasil) atau dibayar (bagi
belanja).
Asas tunai - sesuatu penerimaan akan diiktiraf sebagai hasil, dan sesuatu pembayaran
akan diiktiraf sebagai kos atau belanja sebaik sahaja urus niaga penerimaan
atau pembayaran tunai berlaku.
Asas akruan x Asas tunai
- Dua prinsip perakaunan yang terlibat: - tidak mematuhi peraturan prinsip
Pengiktirafan hasil perakaunan diterima umum (Generally
Pemadanan Accepted Accounting Principles-GAAP).
Hasil terperoleh(earned revenue) vs hasil diterima
* ‘Diperoleh’ atau ‘terperoleh’ bermakna walaupun sesuatu bayaran belum lagi diterima, tetapi jika
barang yang dijual sudah diserahkan kepada pembeli atau perkhidmatan telah diberikan kepada
pelanggan, hasil tersebut mesti diambil kira.Hasil ini dikenali sebagai hasil terakru.
Manakala perniagaan mungkin menerima tunai terlebih dahulu sebelum barang diserahkan kepada
pelanggan atau perkhidmatan diberi kepada pelanggan. Hasil berkenaan belum diiktiraf dan dikenali
hasil belum terperoleh/terdahulu.
Perbelanjaan terlibat (incurred expenditure) vs pembayaran
Perbelanjaan merujuk kepada nilai yang digunakan oleh sesebuah perniagaaan atau organisasi
untuk mendapatkan hasil atau membolehkan operasinya dijalankan.
1.5.2 Penerimaan/pendapatan
Pendapatan merujuk kepada amaun yang diperolehi oleh sebuah perniagaan atau organisasi
daripada operasinya dan menyebabkan ekuiti pemilik bertambah.
Yee 2020 Page 1
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
Penerimaan/pendapatan hasil vs penerimaan/pendapatan modal
Pendapatan hasil
- Pendapatan yang diterima daripada aktiviti biasa perniagaan yang akan menambahkan
untung perniagaan.
- Dilaporkan ke dalam penyata pendapatan.
- Contoh jualan, komisen diterima, dividen pelaburan dll.
Pendapatan modal
- Pendapatan yang diterima bukan daripada aktiviti biasa perniagaan .
- Dipersembahkan dalam kunci kira-kira.
- Contoh: penerimaan pinjaman, sumbangan modal pemilik dll.
1.5.3 Perbelanjaan
Perbelanjaan hasil vs perbelanjaan modal
Perbelanjaan hasil
- Bayaran untuk menampung belanja pengurusan dan pentadbiran sesebuah perniagaan dalam
satu tempoh perakaunan.
- Dicajkan ke penyata pendapatan
- Contoh: sewa, alat tulis dll
Perbelanjaan modal
- Bayaran untuk membeli atau membina aset bukan semasa yang digunakan untuk beberapa
tempoh perakaunan akan datang.
- Ditunjukkkan dalam kunci kira-kira
- Contoh: pembelian mesin,kos pemasangan kereta dll
1.5.4 Hasil
Kaedah pengiktirafan hasil
i) titik jualan (pemborongan dan peruncitan) – hasil diiktiraf sebaik sahaja barang
berpindah tangan tanpa mengira bayaran diterima atau belum.
ii) titik pengeluaran (perlombongan) –hasil diiktiraf sebaik sahaja proses pengeluaran
selesai.
iii) titik peratusan siap (pembinaan)- hasil diiktiraf sepanjang proses pembinaan
berdasarkan peratus kerja yang telah siap.
iv) titik kutipan tunai (jualan ansuran) – hasil diiktiraf apabila bayaran tunai diterima.
*Pelarasan – mengambil kira item-item yang berhubung hasil, belanja dan item lain
yang memberi kesan kepada untung rugi perniagaan dalam tempoh
perakaunan berkenaan.
- Tujuan: supaya item hasil, belanja dan item lain adalah ditunjukkan
mengikut prinsip pemadanan.
Pelarasan pada akhir tempoh perakaunan
-Pelarasan boleh dikelaskan kepada akruan dan prabayar ke atas hasil dan belanja.
Yee 2020 Page 2
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
Hasil terakru (hasil belum diterima)
- hasil yang telah diperoleh dalam tempoh perakaunan semasa tetapi masih belum
diterima pada akhir tempoh perakaunan itu.
- Sebarang hasil terakru perlu dicampurkan kepada hasil yang telah diterima dalam Ak
Untung Rugi semasa untuk mendapatkan jumlah hasil yang patut diterima dalam
tempoh perakaunan tersebut.
- direkodkan sebagai satu aset semasa dalam Kunci Kira-kira perniagaan pada hujung
tahun perakaunan.
Arahan:
Anda dikehendaki membuat pelarasan dengan menyediakan item a) hingga d) bagi contoh 1 – 4.
a) Jurnal Am
b) Akaun /Lejar yang berkaitan
c) Akaun Untung Rugi
d) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2011
Contoh 1:
Hasil sewa setahun berjumlah RM 2,200. Sewa yang telah diterima pada akhir tempoh perakaunan,
31 Disember 2011 berjumlah RM 2,000.
Hasil terima dahulu (hasil belum terperoleh)
- hasil yang telah diterima dalam tempoh perakaunan semasa untuk tempoh perakaunan
akan datang.
- Sebarang hasil terima dahulu perlu ditolak dari hasil yang telah diterima dalam Ak
Untung Rugi semasa untuk mendapatkan jumlah hasil yang patut diterima dalam
tempoh perakaunan berkenaan.
- direkodkan sebagai satu liabiliti semasa dalam Kunci Kira-kira perniagaan pada hujung
tahun perakaunan.
Contoh 2:
Hasil komisen setahun berjumlah RM 5,000. Komisen yang telah diterima pada akhir tempoh
perakaunan, 31 Disember 2011 berjumlah RM 5,500.
1.5.5 Belanja
Belanja terakru (belanja belum bayar)
- belanja yang telah dibuat dalam tempoh perakaunan semasa tetapi masih belum
dibayar pada akhir tempoh perakaunan itu.
- Sebarang belanja terakru perlu dicampurkan kepada belanja yang terjelas dalam Akaun
Penamat semasa untuk mencatatkan jumlah belanja yang patut dijelaskan dalam
tempoh perakaunan tersebut.
- direkodkan sebagai satu liabiliti semasa dalam Kunci Kira-kira perniagaan pada hujung
tahun perakaunan.
Yee 2020 Page 3
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
Contoh 3:
Belanja insurans setahun berjumlah RM 1,200. Insurans yang telah dibayar pada akhir tempoh
perakaunan, 31 Disember 2011 berjumlah RM 1,000.
Belanja bayar dahulu (belanja prabayar)
- belanja yang telah dibayar dalam tempoh perakaunan semasa untuk tempoh perakaunan
akan datang.
- Sebarang belanja bayar dahulu perlu ditolak dari belanja yang terjelas dalam Ak
penamat kerana ia bukan belanja tempoh perakaunan semasa. Ini untuk mendapatkan
jumlah belanja yang patut dijelaskan dalam tempoh perakaunan berkenaan.
- direkodkan sebagai satu aset semasa dalam Kunci Kira-kira perniagaan pada hujung
tahun perakaunan.
Contoh 4:
Belanja faedah setahun berjumlah RM 3,600. Faedah yang telah dibayar pada akhir tempoh
perakaunan, 31 Disember 2011 berjumlah RM 4,000.
1.5.6 Hasil dan belanja lain
Susutnilai –satu sistem yang bertujuan mengagihkan kos aset tetap kepada period-period
dalam jangka masa penggunaannya.
Kaedah garis lurus
i) Susutnilai = kos belian asal – nilai bakian
Usia guna asset
ii) Susutniali = kos asal aset tetap x kadar susutnilai
Contoh 5:
Sebuah kenderaan yang dibeli dengan harga RM 70,000 dan usia guna selama 6 tahun. Nilai bakian
RM 10,000. Dengan menggunakan kaedah garis lurus, kirakan susutnilai kenderaan tersebut.
Yee 2020 Page 4
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
Peruntukan hutang ragu (PHR) ialah sejumlah hutang yang dianggarkan tidak dapat dikutip
daripada si penghutang (akaun belum terima).
Kaedah penentuan PHR:
1. Kaedah peratusan jualan
- Belanja hutang ragu dikira berdasarkan peratusan ke atas jualan kredit/jumlah jualan.
- Belanja hutang ragu yang dikira tidak bergantung kepada bayaran penghutang.
- Satu pendekatan penyata pendapatan.
Contoh 6:
Syarikat L6P hendak membuat PHR sebanyak 2% atas jualan bersihnya berjumlah
RM 50,000 pada 31 Disember 2011. Tunjukkan catatan jurnal dan lejar yang berkaitan.
2. Kaedah peratusan penghutang
- Belanja hutang ragu dikira berdasarkan peratusan ke atas Akaun Belum Terima.
- Belanja hutang ragu yang dikira bergantung kepada bayaran penghutang.
- Satu pendekatan Kunci kira-kira.
Contoh 7:
Syarikat TML hendak membuat satu PHR sebanyak 5% atas baki penghutangnya sebanyak RM
12,000 pada 31 Mei 2011. Tunjukkan catatan jurnal dan lejar yang berkaitan.
Hutang Lapuk ialah jumlah hutang yang benar-benar sah tidak dapat dikutip daripada pelanggan
disebabkan pelanggan-pelanggan tersebut menjadi muflis, meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.
Hutang lapuk yang telah berlaku merupakan sejenis kerugian perniagaan dan direkod sebagai belanja
perniagaan.
Catatan untuk menghapus kira hutang yang menjadi lapuk:
Dt Hutang lapuk
Kt Akaun belum terima/ Akaun penghutang
Contoh 8:
Pada 1 Jan 2011, Kee Seng telah mendapati bahawa Cindy yang mempunyai baki RM500 dalam
akaunnya tidak mampu bayar hutangnya. Hutang ini dihapuskan sebagai hutang lapuk pada 5 Jan
2011. Tunjukkan Akaun Cindy, Akaun Hutang Lapuk dan Akaun Untung Rugi pada 31 Disember
2011. Tunjukkan catatan jurnal pelarasan.
Yee 2020 Page 5
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
1.6 Pembetulan Kesilapan
Pada akhir tahun kewangan, sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan, satu
Imbangan Duga (ID) perlu disediakan dengan tujuan untuk menentukan ketepatan sistem catatan
bergu dalam lejar am.
Imbangan duga yang tidak seimbang menunjukkan kesilapan telah berlaku dan perlu
diingatkan juga Imbangan Duga yang seimbang TIDAK semestinya menunjukkan TIADA
kesilapan.
Kesilapan-kesilapan
Kesilapan yang tidak Kesilapan yang menjejaskan
menjejaskan imbangan duga imbangan duga
Kesilapan apabila berlaku perlu dibetulkan dengan melalui catatan jurnal.
Pembetulan mesti dilakukan sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan.
Pembetulan melibatkan Akaun Tergantung¹dan Pelarasan Untung Bersih.
Kesilapan yang tidak menjejaskan imbangan duga
- Kesilapan ini bermakna Imbangan Duga masih seimbang walaupun kesilapan wujud dalam
buku perakaunan.
- Semua kesilapan dibetulkan melalui catatan jurnal am.
1. Kesilapan Ketinggalan
Kesilapan ini berlaku apabila satu urus niaga langsung tidak dicatatkan dalam mana-mana
buku. Tiada akaun yang didebitkan dan tiada akaun yang dikreditkan.
Contoh 1:
Ambilan barang bernilai RM80 untuk kegunaan sendiri terlupa direkod dalam mana-mana buku.
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Ambilan
Akaun Belian
(Pembetulan kesilapan: Ambilan barang terlupa direkod
mana-mana buku)
Akaun Ambilan Akaun Belian __
¹Akaun Tergantung- Satu amaun sengaja diwujudkan semata-semata untuk mengimbangkan imbangan duganya .
Yee 2020 Page 6
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
2. Kesilapan Prinsip
Kesilapan ini berlaku apabila urus niaga dicatatkan dalam jenis akaun yang salah. Contohnya, butir
perbelanjaan modal direkod sebagai perbelanjaan hasil dan sebaliknya.
Contoh 2:
Belanja membaiki mesin sebanyak RM100 tersilap didebitkan ke dalam Akaun Mesin. Catatan
dalam Akaun Tunai adalah betul.
3. Kesilapan Amaun
Kesilapan ini berlaku apabila amaun yang salah dicatat di sebelah debit dan juga di sebelah kredit.
Contoh 3:
Bayar kadar bayaran sebanyak RM108 telah silap catat sebagai RM180 dalam Buku Tunai dan
Akaun Kadar Bayaran. Catatan bergunya adalah betul.
4. Kesilapan Komisen
Kesilapan ini berlaku apabila urus niaga dicatatkan dalam akaun perorangan yang salah.
Contoh 4:
Jualan kepada Lisa sebanyak RM88 tersilap catat ke dalam Akaun Lina. Catatan dalam Akaun
Jualan adalah betul.
Yee 2020 Page 7
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
5. Kesilapan Terbalik/Songsang
Kesilapan ini berlaku apabila catatan bergu telah diterbalikkan walaupun dicatat ke dalam dua akaun
yang betul.
Contoh 5:
Ambilan tunai RM60 telah didebitkan ke dalam Akaun Tunai dan dikreditkan ke dalam Akaun
Ambilan.
6. Kesilapan Saling Mengimbangi
Kesilapan ini berlaku apabila satu kesilapan di sebelah debit diimbangi oleh satu kesilapan di
sebelah kredit dengan amaun yang sama.
Kesilapan saling mengimbangi boleh berlaku sama ada:
i) Sebelah debit sahaja
ii) Sebelah kredit sahaja
iii) Sebelah debit dan kredit
Contoh 6 i):
Gaji sebanyak RM350 telah direkod sebagai RM300 manakala insurans sebanyak RM600 telah
direkod sebagai RM650.
Yee 2020 Page 8
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
Contoh 6 ii):
Sewa diterima RM2 000 tertinggal dalam buku manakala jualan RM20 000 telah direkodkan sebagai
RM22 000.
Contoh 6 iii):
Komisen diberi sebanyak RM250 dan komisen diterima sebanyak RM350 masing-masing terlebih
catat sebanyak RM50.
Yee 2020 Page 9
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
Kesilapan yang menjejaskan imbangan duga
- Kesilapan ini berlaku apabila jumlah debit Imbangan Duga berbeza daripada jumlah
kreditnya.
- Perbezaan dicatat dalam Akaun Tergantung.
Akaun Tergantung adalah satu petunjuk atau amaran bahawa kesilapan-kesilapan telah
berlaku pada rekod-rekod urusniaga
Syarikat perlu menyemak dan memeriksa semua urusniaga untuk mengesan ralat dan
seterusnya menyelaraskan atau membetulkan ralat tersebut.
Kemudian syarikat perlu menyelaraskan untung rugi, untung bersih dan kunci kira-kira
1. Kesilapan Ketinggalan
Kesilapan ini berlaku apabila terdapat ketinggalan catatan debit atau catatan kredit bagi sesuatu
urus niaga.
Contoh 1:
Terima cek daripada CPY RM600 didebitkan dalam Buku Tunai sahaja. Tiada catatan dibuat dalam
akaun CPY.
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Tergantung
CPY
(Pembetulan kesilapan: Terima cek sebanyak RM600
daripada CPY terlupa direkod dalam Akaun CPY)
Akaun CPY
2. Kesilapan Amaun yang didebitkan berbeza dengan amaun yang dikreditkan
Kesilapan ini berlaku kerana amaun yang didebitkan tidak sama dengan amaun yang dikreditkan.
Contoh 2:
Belian tunai RM506 telah didebitkan dengan betul dalam Akaun Belian tetapi dikreditkan dalam
Buku Tunai sebagai RM560.
Yee 2020 Page 10
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
3. Kesilapan Catatan di sebelah yang sama
Kesilapan ini berlaku kerana kedua-dua akaun yang berkenaan telah didebitkan atau dikreditkan
dalam satu urusniaga.
Contoh 3:
Ambilan tunai RM200 telah direkod dengan betul di sebelah kredit dalam Buku Tunai tetapi juga
dicatat di sebelah kredit Akaun Ambilan.
4. Kesilapan Salah campur dalam satu akaun
Kesilapan ini berlaku kerana satu akaun telah terlebih atau terkurang nyata.
Contoh 4:
Jumlah jualan terlebih catat sebanyak RM200.
Langkah-langkah pembetulan kesilapan
1. Untuk membetulkan semua kesilapan, sediakan satu jurnal am dan membuat pembetulan melalui
jurnal am.
2. Selepas membuat pembetulan melalui jurnal am, Akaun Tergantung disediakan untuk membuat
pelarasan kesilapan yang menjejaskan imbangan duga sahaja.
3. Akhirnya, sediakan satu penyata penyelarasan untung bersih untuk menghitung untung bersih
yang betul. Hanya kesilapan dalam Akaun Nominal²sahaja membuat pelarasan dalam penyata
tersebut kerana Akaun Nominal akan memberi kesan terhadap untung bersih.
²Akaun nominal – akaun hasil dan belanja
Yee 2020 Page 11
__________________________________________________________________1 Asas Perakaunan Kewangan
Contoh soalan
Imbangan Duga yang disediakan untuk sesebuah perniagaan pada 31 Disember 2011 menunjukkan
jumlah baki debit telah melebihi jumlah baki kredit sebanyak RM130. Amaun ini telah dimasukkan
ke dalam Akaun Tergantung.
Apabila Lejar perniagaan disemak, kesilapan-kesilapan berikut telah dapat dikesan:
(a) Jualan kredit sebanyak RM750 kepada S.Samy telah didebit ke dalam Akaun S.Sany.
(b) Diskaun diberi sebanyak RM350 telah dikredit ke dalam Akaun Diskaun Diterima.
(c) Satu jualan kredit sebanyak RM500 kepada Tanli telah didebit ke dalam Akaun Tanli tetapi
catatan kreditnya tertinggal.
(d) Belian alat tulis sebanyak RM200 telah salah didebit ke dalam Akaun Alat Pejabat.
(e) Satu belian secara tunai sebanyak RM850 telah didebit ke dalam Akaun Belian dengan RM580.
(f) Sewa yang diterima sebanyak RM300 telah didebit ke dalam Akaun Sewa. Catatan yang betul
telah dibuat ke dalam Akaun Tunai.
Dikehendaki:
(a) Catatan-catatan Jurnal untuk membetulkan semua kesilapan di atas.
(b) Akaun Tergantung untuk menunjukkan semua pelarasan yang perlu dibuat.
(c) Jika untung bersih sebelum kesilapan atas dibetulkan adalah RM26 280, sediakan penyata untuk
menghitung untung yang betul.
Yee 2020 Page 12