The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by y.mhar2019, 2020-05-19 22:51:09

Bab 8 Kaedah Pengekosan

Baca dan ingat

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

8.1 PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA
8.2 PENGEKOSAN PROSES
8.3 PENGEKOSAN PERKHIDMATAN

1

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

8.1 PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA

Pengenalan

Pengekosan tempahan kerja ialah satu sistem pengekosan produk yang bertujuan untuk
mengagihkan kos-kos input iaitu kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed kilang
kepada produk.

Kos produk penting kepada pihak pengurusan bagi melaksanakan fungsi pengurusan seperti
peletakkan harga, penilaian prestasi produk, kawalan harga serta sebarang keputusan yang
berkaitan dengan produk tersebut.

Ciri-ciri pengekosan tempahan kerja

1. Produk yang dikeluarkan bergantung kepada tempahan daripada pelanggan. Oleh itu satu
rekod kos yang lengkap bagi setiap kerja atau tempahan perlu disimpan. Ini untuk memastikan
bahawa setiap kerja ada rekod yang berasingan untuk mengetahui kos yang telah dilibatkan.

2. Produk yang dikeluarkan adalah pelbagai atau heterogenous. Ini bererti produk yang
dihasilkan melebihi daripada satu jenis dan boleh dibezakan atau dikenalpasti mengikut
spesifikasi yang dikehendaki oleh pelanggan.

3. Contoh produk dan perkhidmatan yang menggunakan sistem pengekosan kerja ialah perabot,
rumah, pakaian yang ditempah dan perkhidmatan audit.

Aliran Kos dalam Pengekosan Tempahan Kerja

Bahan mentah Kerja dalam proses
a. BML
Belian b. BMTL a. BML g.Barang siap

Gaji c. BL
c. BL
e. BTL d. OHKdiserap

g. KDP Barang Siap
h. Kos Barang dijual

Overhed Kilang Kos barang dijual
h.Barang siap
b.BMTL d.overhed diserap

e.BTL

f.overhed sebenar

Dokumen Sumber

2

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

▪ Dalam pengekosan kerja, kos pengeluaran dikumpulkan dan secara berasingan bagi setiap
kerja. Apabila sesuatu kerja telah disiapkan, kos produk seunit boleh diperolehi dengan
membahagikan jumlah kos pengeluaran dengan jumlah unit yang dikeluarkan.

▪ Untuk merekodkan kos bahan mentah yang digunakan dan kos buruh langsung yang dilibatkan
dalam pengeluaran sesuatu kerja, maka dokumen sumber digunakan.
a) Merekod bahan mentah - kad lejar stok dan Nota Permintaan Bahan
b) Merekod buruh langsung - tiket masa kerja

c) Merekod overhed yang terlibat - lembaran kos overhed
▪ Data yang diperolehi daripada ketiga-tiga dokumen sumber ini akan dipindahkan ke lembaran

kos kerja bagi setiap kerja yang dilaksanakan.
i. Kad Lejar Stok dan Nota Permintaaan

▪ Bahan mentah langsung yang dibeli oleh sesebuah perniagaan biasanya akan
disimpan di stor atau gudang simpanan.

▪ Bahagian pengeluaran yang memerlukan bahan untuk memproses sesuatu produk
perlu membuat permohonan bahan daripada bahagian stor.

▪ Pada masa ini, penggunaan dokumen yang dikenali sebagai nota permintaan bahan
diperlukan.

NOTA PERMINTAAN BAHAN

No nota permintaan bahan: Tarikh:
No Kerja:

No Item Item Kuantiti Kos seunit Amaun

Dikeluarkan oleh: Tarikh:

Diterima oleh: Tarikh:

▪ Rekod permintaan bahan digunakan oleh perniagaan sebagai alat kawalan dalaman
untuk membuktikan bahawa sesuatu urusniaga telah direkodkan di samping
mengelakkan penyelewengan.

ii. Tiket Masa Kerja
▪ Kos buruh langsung berkait kepada sesuatu kerja. Kerja yang dilakukan oleh
seseorang itu direkodkan ke dalam tiket masa kerja.

3

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

▪ Tiket masa kerja ini akan menjadi rujukan bagi mengakaunkan kos buruh langsung
yang dilibatkan bagi sesuatu kerja dan dimasukkan ke dalam akaun kerja dalam
proses.

Nama Pekerja: TIKET MASA KERJA
No Pekerja: No Tiket Masa Kerja:
Kumpulan Pekerja: Kadar Upah Sejam:

Minggu bermula: Minggu berakhir:
R K J Sab A Jumlah
No kerja I Se

Penyelia:_____________________ Tarikh:_____________

iii. Lembaran Kos Overhed
▪ Digunakan untuk mengesan dan mengumpul overhed kilang yang dicaj kepada

setiap jabatan.
▪ Dokumen ini menunjukkan butir-butir mengenai setiap jenis overhed yang telah

berlaku.

LEMBARAN KOS OVERHED

Tarikh Dokumen Bahan tak Buruh tak Cahaya Insurans Lain-

langsung langsung lain

iv. Lembaran Kos Kerja
o Lembaran kos kerja adalah laporan kos yang disediakan bagi merekod semua kos
pengeluaran iaitu kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed kilang
yang diserap untuk sesuatu tempahan kerja.
o Satu lembaran kos kerja akan dibuka sebaik sahaja sesuatu kerja dimulakan.
o Untuk mendapat jumlah kos seunit barang, jumlah kos perkilangan akan
dibahagikan dengan jumlah unit barang yang telah siap.

4

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

o Kos seunit barang siap = Jumlah Kos Perkilangan
Jumlah unit barang siap

LEMBARAN KOS KERJA

No kerja: No. Lembaran Kos Kerja:
Tarikh mula: Pelanggan:

Bahan Mentah Langsung

Tarikh No No item Kuantiti Kos seunit Jumlah kos
diterima permintaan digunakan

bahan

Buruh Langsung

Tempoh No tiket No pekerja Jam Kadar Jumlah kos
sejam
diliputi masa kerja digunakan

Overhed Kilang

Tarikh Asas Unit digunakan Kadar seunit asas Jumlah
berasaskan pengalokasian kos
Pengalokasian alokasi

Jumlah kos kerja:
Kos seunit:

5

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

Kadar Overhed Kilang Pratentu

▪ Kadar overhed kilang pratentu ialah kadar yang ditentukan terlebih awal untuk menganggarkan
kos overhed kilang yang akan diserap bagi menentukan kos produk.

▪ Kos overhed kilang ialah kos yang dikongsi bersama oleh produk yang dikeluarkan bagi
sesuatu tempoh biasanya satu tahun.

Formula:

Kadar Overhed Pratentu = Anggaran / Belanjawan Overhed
Asas Anggaran

▪ Terdapat beberapa asas yang digunakan untuk mengira Kadar Overhed pratentu. Asas yang
sesuai perlu dipilih bagi menggambarkan keadaan sebenar aktiviti yang berlaku di pusat kos.

▪ Antara asas yang boleh digunakan ialah:
a. Unit keluaran
b. Kos bahan mentah langsung
c. Kos buruh langsung
d. Jam buruh langsung
e. Jam mesin
f. ??

▪ Biasanya pemilihan asas adalah berdasarkan kepada aktiviti perniagaan.

Asas Aktiviti/ Situasi
Unit keluaran Semua unit produk adalah serupa, melalui proses yang sama dan
dalam tempoh yang sama
Kos bahan mentah langsung Kos ini adalah kos yang tertinggi daripada kos-kos lain
Kos buruh langsung Kos buruh langsung adalah kos yang paling tinggi dan kadar
buruh langsung adalah sama di semua pusat kos.
Jam buruh langsung Kilang yang berorientasikan tenaga buruh di mana tenaga buruh
di gunakan lebih banyak daripada mesin
Jam mesin Kilang yang berorientasikan mesin

Overhed Anggaran atau diBelanjawankan, Overhed Sebenar dan Overhed Diserap

▪ Overhed anggaran atau yang dibelanjawankan merujuk kepada satu anggaran yang dibuat
untuk satu tempoh masa depan. Anggaran ini perlu dibuat sebagai satu belanjawan oleh pihak
pengurusan. Biasanya ianya dibuat berdasarkan kepada pengalaman. Oleh itu biasanya
terdapat perbezaan diantara overhed yang dibelanjawankan dengan overhed sebenar.

6

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

▪ Overhed sebenar ialah overhed yang benar-benar terlibat dalam sesuatu tempoh. Sebagai
contoh, bil elektrik yang kita terima menunjukkan belanja elektrik yang sebenar yang kita
gunakan.

▪ Overhed diserap ialah overhed yang dianggarkan berdasarkan tahap aktiviti sebenar. Ia
bergantung kepada belanjawan overhed yang dibuat. Untuk mengira overhed diserap adalah
seperti berikut:

Overhed diserap = Kadar overhed pratentu X asas sebenar

Catatan Jurnal Dalam Pengekosan Kerja
a. Merekod belian bahan mentah

Dt Bahan Mentah XX

Kt Akaun Belum Bayar/Tunai XX

b. Merekod bahan mentah langsung yang digunakan dalam proses pengeluaran

Dt KDP XX
Kt Bahan Mentah XX

c. Merekod bahan mentah tidak langsung yang digunakan dalam proses pengeluaran

Dt Overhed kilang XX
Kt Bahan Mentah XX

d. Merekod kos buruh langsung

Dt KDP XX

Kt Gaji belum bayar/Tunai XX

e. Merekod kos buruh tidak langsung

Dt Overhed kilang XX

Kt Gaji Belum Bayar/Tunai XX

f. Merekod lain-lain kos overhed kilang yang terlibat (overhed kilang sebenar)

Dt Overhed kilang XX

Kt Tunai XX

Akaun Belum Bayar XX

7

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

Peruntukan susutnilai mesin XX
Utiliti kilang XX
Insurans kilang XX

g. Merekod kos overhed kilang diserap dalam pengeluaran

Dt KDP XX
Kt Overhed kilang XX

h. Merekod kos barang yang telah siap diproses

Dt Barang siap XX
Kt KDP XX

i. Merekod kos barang siap yang dijual

Dt Kos barang dijual XX
Kt Barang siap XX

j. Merekod hasil jualan barangsiap XX
Dt Akaun Belum Terima / Tunai XX
Kt Jualan

8

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

8.2 PENGEKOSAN PROSES

Pengenalan

Pengekosan proses merupakan satu sistem pengekosan produk bagi proses pengeluaran yang
berterusan dan untuk barang yang sejenis atau homogenus. Pengekosan proses digunakan untuk
mengira kos produk yang pengeluarannya adalah bersifat besar-besaran seperti industry petroleum,
bahan kimia, besi, elektronik dan makanan. Pengekosan proses juga boleh diaplikasikan pada
firma perkhidmatan seperti bank, pos dan elektrik.

Ciri-ciri Pengekosan Proses

1. Proses pengeluaran dalam bentuk berterusan dan besar-besaran
2. Proses pengeluaran akan melalui jabatan-jabatan dan kos dikumpulkan mengikut jabatan
3. Kos produk dikira daripada kos seunit barang siap dalam bahagian terakhir dalam

pemprosesan tersebut.

Persamaan Pengekosan proses dan pengekosan kerja

1. Tujuan asas yang sama wujud dalam kedua-dua sistem iaitu untuk mengagihkan kos-kos
bahan mentah, buruh dan overhed kepada produk dan menyediakan mekanisme untuk
pengiraan kos seunit.

2. Kedua-dua sistem mengekalkan dan menggunakan akaun pengilangan asas yang sama,
termasuk Overhed Pengilangan, bahan mentah, kerja dalam proses dan barang siap.

3. Aliran kos melalui akaun pengilangan secara asasnya adalah sama dalam kedua-dua sistem.

Perbandingan ciri-ciri pengekosan proses dan pengekosan kerja:

CIRI PENGEKOSAN KERJA PENGEKOSAN PROSES
Jenis produk Heterogenus Homogenus

Produk Boleh dikenalpasti dan dibezakan Tidak dapat dikenalpasti dan

di antara satu sama lain dibezakan antara satu sama lain

Pengumpulan kos Mengikut kerja Mengikut jabatan

Dokumen kawalan Lembaran kos kerja Laporan kos pengeluaran

Aliran pengeluaran Mengikut pesanan Berterusan

9

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

Aliran kos dalam pengekosan proses

Bahan Mentah Langsung Proses A Barang siap Kos Barang
Buruh Langsung Proses B Dijual
Overhed Kilang Proses C

Kerja Dalam Proses A Kerja Dalam Proses B Barang Siap
XX XX XX XX XX XX

Kerja Dalam Proses

Di akhir sesuatu tempoh pengeluaran, akan terdapat kerja-kerja yang separuh siap. Ini dipanggil
kerja dalam proses. Kerja dalam proses terdapat dalam berbagai tahap siap. Unit yang telah siap
dan unit yang belum siap harus dianggarkan pada hujung sesuatu proses.

Kos harus dibahagikan kepada unit belum siap atau kerja belum siap dengan menggunakan “unit
setara”. Unit belum siap atau tidak sempurna akan ditukarkan kepada unit setara barang siap.
Konsep unit setara adalah merupakan asas penting dalam pengekosan proses.

Unit Setara

Dalam keadaan pengeluaran sebenar, jarang sekali di akhir sesuatu proses pengeluaran, kesemua
unit yang dimulakan dapat disiapkan sepenuhnya. Akan terdapat unit-unit yang akan berada di
pelbagai peringkat siap, contohnya separuh siap (50%), 1/3 siap (33.33%), 70% siap, 40% siap
dan sebagainya. Maka unit setara digunakan untuk mengira jumlah unit yang siap dan unit yang
belum siap. Bagi unit yang telah siap ia dikira sebagai 100% siap. Misalnya, 2 unit yang 50%
siap adalah sama seperti satu unit siap atau 3 unit yang 1/3 siap boleh dikira sebagai satu unit siap.

Kos Pindah Masuk

10

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

Kos pindah masuk ialah kos yang dipindah keluar daripada jabatan pertama iaitu kos unit yang
telah siap dalam jabatan pertama dibawa masuk ke jabatan kedua untuk proses seterusnya. Ini
bererti kos pindah masuk tidak wujud di jabatan pertama. Ia wujud apabila unit telah siap di
sesuatu jabatan dan dipindah keluar ke jabatan seterusnya.

Contoh:

Jabatan Jabatan Jabatan
Pemasangan Ujian Pembungkusan

Pindah masuk Barang Barang
siap siap
(sebelum
dibungkus)

Kaedah Purata Wajaran

Kaedah Purata Wajaran mengira kos unit setara kerja yang telah dilakukan sehingga terkini (tanpa
mengira tempoh mana ianya dihasilkan) secara purata.

Ia memperuntukkan kos kepada unit setara yang disiapkan dan dipindahkan keluar dan juga kepada
unit setara dalam inventori kerja dalam proses akhir.

Catatan Jurnal

Catatan Jurnal untuk merekodkan aliran kos dalam pengekosan proses adalah seperti berikut:

Merekodkan Belian Bahan Langsung XX XX
Dt Inventori bahan langsung XX
XX
Kt Tunai XX XX
Merekodkan kos yang dilibatkan dalam Jabatan A XX XX
Dt KDP-A
XX
Kt Inv bahan langsung
Gaji Belum bayar XX
Overhed kilang XX
XX
Apabila unit siap di Jabatan A dipindahkan ke Jabatan B untuk
proses seterusnya
Dt KDP- B

Kt KDP - A
Merekodkan kos yang dilibatkan dalam Jabatan B
Dt KDP-B

Kt Bahan langsung
Gaji Belum bayar
Overhed kilang

11

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

Untuk merekodkan barang siap yang dipindahkan daripada XX XX
akaun kerja dalam proses B XX XX
Dt Inventori barang siap XX XX

Kt KDP-B
Apabila barang siap dijual
Dt Kos barang dijual

Kt Inventori barang siap

Dt Tunai
Kt Jualan

12

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

8.3 PENGEKOSAN PERKHIDMATAN

Pengenalan

Pengekosan perkhidmatan merujuk kepada sistem yang digunakan untuk menentukan kos bagi
sesuatu perkhidmatan yang dibekalkan atau diberi, seperti perkhidmatan pengangkutan,
pembekalan elektrik atau gas.

Contoh Perniagaan yang menggunakan pengekosan perkhidmatan

Firma percukaian, guaman, insurans, hospital swasta, pengangkutan, perbankkan, arkitek, syarikat
perundingcara, perakaunan dan audit, IPTS, pembentungan, telekomunikasi.

Perbezaan antara Pengekosan Pengeluaran Barangan dengan Pengekosan Perkhidmatan

Dimensi Pengekosan Pengeluaran Barang Pengekosan Perkhidmatan
Output Barangan Perkhidmatan
Kos Input Kos input terdiri daripada bahan, Tidak ada komponen kos bahan, kos
buruh dan overhed. input hanya buruh dan overhed sahaja.
Komponen Kos produk dan kos period. Kos Period sahaja.
kos
Akaun Memerlukan Akaun Perdagangan Akaun Untung Rugi
Penyediaan Didalam penyedian penyata
Akaun Terdapat komponen kos barang pendapatan, tidak ada komponen kos
dijual (termasuk penilaian inventori barang dijual, kos perkhidmatan
Stok – bahan mentah, kerja dalam proses sahaja.
dan barang siap) Tidak wujud item stok.

Wujud item stok iaitu stok barang
siap, bahan mentah atau kerja dalam
proses.

Perbezaan antara Pengekosan Kerja, Pengekosan Proses dan Pengekosan Perkhidmatan

Pengekosan Kerja Pengekosan Proses Pengekosan Perkhidmatan
Digunakan dalam industry Digunakan untuk menentukan
Digunakan dalam industry yang mengeluarkan produk kos bagi perkhidmatan yang
yang homogenus secara besar- dibekalkan.
yang mengeluarkan produk besaran melalui beberapa
jabatan atau proses.
mengikut spesifikasi Kos setiap jabatan atau proses
dikumpulkan dan dicaj kepada
pelanggan. volum yang dikeluarkan.

Kerja yang memerlukan Kos yang berkaitan
bahan dan proses yang dikumpulkan dan dicaj
berbeza. Kos bagi kerja mengikut
dikumpulkan berasingan perkhidmatan unit-unit
melalui dokumen dibekalkan. yang

13

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

Tujuan Pengekosan Perkhidmatan

1. Bagi menentukan caj iaitu yuran/fi, caruman, bayaran tambang dan lain-lain.

2. Bagi membolehkan kawalan dibuat terhadap semua caj dan kos berkait dengan
pembekalan perkhidmatan.

3. Bagi mendapatkan maklumat tentang kos berkait dengan pembekalan sesuatu
perkhidmatan dan membolehkan kadar ditetapkan untuk pembekalan perkhidmatan
berkenaan dan pembuatan keputusan boleh dilakukan.

4. Bagi membandingkan kos berkait dengan pembekalan sesuatu perkhidmatan dengan kos
daripada alternative-alternatif lain, seperti kos daripada menggunakan perkhidmatan yang
dibekalkan oleh syarikat lain.

Pengelasan kos

Di dalam industry perkhidmatan, kos yang merangkumi sebahagian besar jumlah kos adalah kos
tersedia. Walaubagaimanapun, pengelasan kos kepada kos pengendalian berubah dan kos tersedia
adalah perlu dan berguna bagi tujuan pembuatan keputusan.

Kos tersedia (standing cost)

Kos tersedia tidak meningkat walaupun perkhidmatan meningkat dan kos yang berlaku tanpa
bergantung kepada amaun perkhidmatan yang dibekalkan.

Kos pengendalian berubah (running cost)

Kos berubah meningkat apabila perkhidmatan meningkat dan kos yang berubah berasaskan amaun
perkhidmatan yang dibekalkan.

Prosedur untuk Pengekosan Perkhidmatan

1. Mengenalpasti jenis kos berkait dengan pembekalan perkhidmatan berkenaan dan
mengumpulkan kos-kos ini dengan menggunkan dokumen-dokumen tertentu, seperti
lembaran kos perkhidmatan

2. Pilih unit-unit yang paling sesuai untuk tujuan mengukur amaun perkhidmatan yang
dibekalkan. Misalnya, unit paling sesuai untuk tujuan mengukur perkhidmatan
pengangkutan bas adalah bilangan penumpang dan jarak perjalanan.

3. Kirakan kos per unit perkhidmatan yang dibekalkan dengan membahagikan jumlah kos
berkait dengan pembekalan perkhidmatan dengan unit-unit pengukur perkhidmatan yang
dipilih.

Kos seunit perkhidmatan = Jumlah kos perkhidmatan

Unit-unit perkhidmatan

14

_________________________________________________________________________________________BAB 8 KAEDAH PENGEKOSAN

Asas untuk mengukur amaun perkhidmatan

Bidang perkhidmatan Unit-unit pengukuran perkhidmatan

1. Pengangkutan bas - Jarak perjalanan @ bilangan penumpang

2. Kantin - Bilangan hidangan makanan

3. Pembekalan elektrik - Jam kilowatt

4. Hospital/Klinik - Bilangan pesakit @ bilangan jam @ hari

5. Kolej pendidikan - Bilangan penuntut

15


Click to View FlipBook Version