SMK PEREMPUAN AIR PANAS
SETAPAK 53200 KUALA LUMPUR
Tel : 03-4149 6122 Fax: 03-4149 4882
DOKUMENTASI PROGRAM
PENGURUSAN JENAZAH
2021M / 1443H
ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK (P) AIR PANAS SETAPAK
DAFTAR KANDUNGAN
Muka surat
Daftar kandungan 2
Kata alu-aluan 3
Kertas kerja 5
Surat Jemputan Penceramah 11
Laporan ringkas 14
Laporan program 17
Lampiran-lampiran
Iklan / banner program 28
Teks pengacaraan majlis 30
Teks ucapan pengetua 34
Biodata penceramah 38
Slide penceramah 40
Senarai Kehadiran peserta melalui “google form” 52
KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI PASUKAN
BERTINDAK PROGRAM
بِسِم ٱللِه ٱلَّرحمَـٰ ِن ٱلَّرِحيِم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين و الصلاة والسلام على سيدنا محمد اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين
Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT . Alhamdulillah,
saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana pihak Panitia Pendidikan Islam dapat mengadakan
Program Pengurusan Jenazah ini. Moga ia dapat menambah keimanan dan ketakwaan kita
kepada Allah SWT.
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak penyudah dalam arena
kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses bagi menempuh kehidupan yang kekal
abadi yang bermula dari alam barzakh. Kita berdoa agar pengakhiran hidup kita husnul khatimah.
Program Pengurusan Jenazah ini mengajar kita bahawa hidup dan mati kita ini sangat
memerlukan orang lain. Betapa lemahnya kita sebagai manusia, walaupun dimuliakan dengan
akal yang hebat, tetapi kita sangat bergantung kepada orang lain terutama setelah bergelar
jenazah. Mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah
Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya
Pihak sekolah, telah cuba sedaya upaya mengadakan pelbagai program bagi memberi nilai
tambah kepada anak murid termasuk ilmu fardu kifayah agar menjadi murid yang serba boleh. Ini
bertujuan agar setiap murid tidak ketinggalan atau keciciran walau pun berada dalam situasi
pendamik COVID-19 yang melanda negara dan dunia.
Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan tahniah kepada semua
peserta yang sanggup meluangkan masa untuk mendalami ilmu dan kefahaman Islam khususnya
pengurusan jenazah ini. Semoga usaha murni ini menjadi wadah dalam memajukan anak bangsa
dan negara tercinta.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
NORZILA BINTI ALI MUSA
Pengetua
SMK (P) Air Panas Setapak
LAPORAN PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH 2021
PENDAHULUAN
Panitia Pendidikan Islam SMK (P) Air Panas Setapak sentiasa berusaha mempelbagaikan program bagi
membantu dan menarik minat setiap murid dan warga SMKPAP muslim untuk mengikuti program keaga-
maan. Ini bertujuan menggalakkan proses menuntut ilmu melalui pelbagai medium. Salah satu program ialah
Program Pengurusan Jenazah
LAPORAN PELAKSANAAN
TARIKH (HARI) : 18 SEPTEMBER 2020 ( SABTU ) .
MASA : 10.30 PAGI —12.30 T/HARI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING MELALUI SALURAN YOUTUBE SMK (P) AIR PANAS
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKPAP
ATURCARA : 10.30 t/h : Alunan Al-Asma Al-Husna & nasyid selimut putih
: Kata alu-aluan moderator
: Ucapan perasmian
Oleh Puan Norzila bt Ali Muasa
Pengetua SMK (P) Air Panas
: Ceramah Pengurusan Jenazah
Oleh : Lt Kol Dr Nora binti Ahmad @ Aziz
Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah. Jabatan Arah KAGAT
: Sesi soal jawab
BIL PESERTA YG BERDAFTAR : 55 orang
MAJLIS DISEMPURNAKAN OLEH : Puan Norzila binti Ali Musa
Pengetua SMK (P) Air Panas Setapak
Mulai jam 10.20 pagi, Team JU Digital memutarkan lagu nasyid “ Pergi Tidak Kembali”. Tepat jam 10.30 pagi
alunan Al-Asma Al-Husna & nasyid “ Selimut Putih”. Moderator majlis iaitu Puan Arrazi binti Mohamad telah
membuat kata alu-aluan pembukaan majlis. Seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian majlis oleh
Pengetua SMK (P) Air Panas iaitu Puan Norzila binti Ali Musa. Antara isi penting ucapan perasmian ialah
menegaskan bahawa kematian merupakan lawan kepada mati. Kita perlu mempelajari ilmu pengurusan
jenazah sebagai kemahiran dalam menguruskan perkara fardu kifayah. Ilmu boleh dituntut daripada pelbagai
medium. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penceramah yang sudi menerima jemputan
pihak sekolah. Beliau juga mengharapkan para peserta program menjaga adab-adab dalam menuntut ilmu
dan mengikut resmi padi makin tunduk makin berisi. Diakhir ucapan, beliau merasmikan Program
Pengurusan Jenazah peringkat SMK (P) Air Panas.
Moderator majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Norzila binti Ali Musa dan seterusnya memperkenal-
kan penceramah melalui maklumat biodatanya. Seterusnya, moderator menyerahkan majlis kepada
penceramah iaitu Al-Fadilah Lt Kol Dr Nora binti Ahmad @ Aziz. Antara intipati penting ceramah beliau ialah :
hukum menziarahi orang, adab ketika menziarahi orang sakit, dan tanda-tanda kematian. Penceramah juga menjelaskan
tindakan awal setelah disahkan kematian, persediaan memandikan jenazah termasuk kes-kes khas seperti jenazah
berpenyakit berbahaya, terbakar, jenazah tidak sempurna. Penceramah juga menjelaskan persediaan untuk mengkafan-
kan dan cara mengkafankan Jenazah, cara solat Jenazah dan cara menguruskan pengkebumian. Penceramah juga
menyelitkan pengalaman beliau dalam menguruskan jenazah.
Selepas sesi ceramah, tibalah masa sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Puan Norhayati binti Alwi. Terdapat banyak
soalan yang dikemukakan seperti bagaimana cara melembutkan jenazah yang telah lama meninggal?, bagaimana cara
memandikan jenazah yang rentung?, Jika tidak pasti jenazah itu muslim atau non-muslim apakah tindakan yang wajar
dilakukan?
Di akhir program, penceramah membacakan doa dan diikuti dengan nasyid “Pergi Tak Kembali” . 20 minit sebelum
berakhirnya program , link borang kehadiran google form dipamerkan kepada penonton atau peserta untuk peserta men-
gisi kehadiran dan penilaian program secara ringkas.
Program ini tamat pada jam 12.40 tengah hari dengan jayanya.
RAKAMAN PERISTIWA / LAPORAN BERGAMBAR
PP
Persembahan awal di Youtube
SMK (P) Air Panas dengan
Diiringi nasyid “ Pergi Tak Kembali “
Nasyid Al-Asma’ Al-Husna memu-
lakan program pengurusan jenazah
Nasyid “Selimut Putih” turut di-
perdengarkan selepas Nasyid Al-
Asma’ Al-Husna
RAKAMAN PERISTIWA / LAPORAN BERGAMBAR
Ucapan perasmian oleh Puan
Norzila binti Ali Musa Pengetua
SMK (P) Air Panas Setapak
Moderator program Ustazah
Arrazi binti Mohamad mem-
perkenalkan penceramah
Alu-aluan daripada pen-
ceramah iaitu Lt Kol Dr
Nora binti Ahmad @ Aziz
RAKAMAN PERISTIWA / LAPORAN BERGAMBAR
Lt Kol Dr Nora binti Ahmad @
Aziz memberikan ceramahnya
dengan dibantu oleh slide
Adab menziarahi orang sakit
antara isi utama ceramah
Alat-alatan kelengkapan
yang perlu ada untuk pengu-
rusan jenazah
RAKAMAN PERISTIWA / LAPORAN BERGAMBAR
Isu-isu yang timbul semasa
pengurusan jenazah turut di-
huraikan oleh penceramah
Penceramah menjelaskan
cara/kaifiat solat jenazah
Sesi soal jawab yang
dikendalikan oleh Ustazah
Norhayati binti Alwi
RAKAMAN PERISTIWA / LAPORAN BERGAMBAR
Semasa sesi soal jawab ber-
langsung link kehadiran turut
diberi untuk diisi oleh peserta
yang mengikuti program secara
langsung
Di akhir program pihak
Pasukan Bertindak Teknikal
mengucapkan terima kasih
pada semua yang memberikan
kerjasama untuk menjayakan
majlis
Pasukan Bertindak Teknikal
beserta penceramah dan mod-
erator program di dalam konti
steramyard
PENILAIAN MAJLIS
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada :
Ketua Pengarah Markas Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Wisma
Pertahanan Jalan Padang Tembak
Lt Kol Dr Nora binti Ahmad @ Aziz
Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah. Jabatan Arah KAGAT
Barisan Pentadbir SMK (P) Air Panas
Team JU Digital SMK (P) Air Panas
Dan semua pihak yang menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung
PENUTUP
Di harap pada tahun hadapan, Program Pengurusan Jenazah ini dapat diteruskan dan dapat dilakukan secara
bersemuka beserta amali.Diharap usaha kecil ini dapat membantu melahirkan insan yang berilmu dan beradab.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Sal
……………………………...
(SALMIAH BINTI ISMAIL)
Pasukan Bertindak Dokumentasi
Program Pengurusan Jenazah 2021M / 1443H
SMK Perempuan Air Panas, Setapak
53200 Kuala Lumpur
ATUR CARA PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH 2021 : PENGURUSAN JENAZAH
TARIKH : 18 SEPTEMBER 2021M
HARI : SABTU
MASA : 10.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING ( MELALUI STREAM YARD @ YOUTUBE )
BI QUE TUGASAN
L
1. Gambar a) UCAPAN ALU-ALUAN
MODERATOR Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera..
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mulakan
dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah.
Yang berbahagia Lt Kol Dr Nora Binti Ahmad@Aziz
Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah
Jabatan Arah KAGAT
Yang berusaha Puan Norzila binti Ali Musa
Pengetua SMK (P) Air Panas
Barisan pentadbir sekolah,
guru-guru, Para ibu bapa
serta anak-anak didik yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurniaNya,
maka kita diberikan ruangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan
kesihatan,
didorong dan digerakkan hati dan minda,
untuk kita bersama-sama di dalam malis ilmu iaitu
Program Pengurusan Jenazah
Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan
berterima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan hadir ke majlis
yang penuh barakah ini.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Untuk makluman para guru yang hadir,
boleh mengisi google form untuk mata kredit splkpm untuk
Pautan google form akan dikongsi pada akhir sesi program nanti.
b) Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH
Yang akan disampaikan
oleh Yang Berusaha Puan Norzila Binti Ali Musa,
Pengetua SMK (P) Air Panas.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan.
2. PN. NORZILA a) UCAPAN PERASMIAN PN. PENGETUA
3. MODERATOR a) Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua atas uca-
pan dan perasmian majlis itu tadi. Diharapkan segala yang disampaikan
dapat kita ambil pengajarannya.
b) Hadirin yang dirahmati sekalian,
c)
Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu
Pada pagi Sabtu yang barokah ini
kita amat bertuah kerana majlis kita diserikan dengan penceramah yang
dijemput khas dari KAGAT bukan kaleng-kaleng orang nya.
iaitu Yang Berbahagia Lt Kol Dr Nora Binti Ahmad@Aziz
Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syahkhsiah
Jabatan Arah KAGAT
Jom kita berkenalan dengan penceramah kita
Beliau merupakan Lulusan Doktor Falsafah Pengajian Islam
(Dakwah & Kepimpinan)- Universiti Kebangsaan Malaysia tahun
2018
Sarjana Pengajian Islam (Dakwah & Kepimpinan)- Universiti Ke-
bangsaan Malaysia tahun 1994
Ijazah Sarjana Muda (KEP) Pengajian Islam (Dakwah & Kepimpinan)-
Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 1996
LT KOL juga memiliki Diploma Pengajian Islam – Kusza- tahun
1993.
Beliau kini bertugas sebagai LT KOL di KAGAT (Ketua Sel Kema-
juan Ahwal Syakhsiah.
Berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.
Menetap di Desa Wangsa Keramat,
Kuala Lumpur.
Sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang cahaya mata
Hadirin dan hadirat sekalian,
Untuk sesi soal jawab nanti, , saudara dan saudari bolehlah menulis soa-
lan di ruangan chat kerana selepas ini saya akan bacakan beberapa soa-
lan terpilih.
Majlis akan diteruskan dengan ceramah bertajuk: Program Pengurusan
Jenazah yang akan disampaikan oleh Yang berbahagia Lt Kol Dr Nora
Binti Ahmad@Aziz
Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syahkhsiah
Jabatan Arah KAGAT.
Fatafaddol masykuro .
8. LT KOL DR Ceramah
NORA / SLIDE
9.. MODERATOR a) Terima kasih diucapkan kepada Lt Kol Dr Nora Binti Ahmad@Aziz atas
ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.
InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita
amalkan serta dijadikan iktibar dan tauladan untuk kehidupan seharian.
d) Hadirin dan hadirat sekalian,
Pautan google form untuk mata kredit splkpm telah dikongsi oleh mod-
erator di ruangan chat. Pautan hanya dapat diakses sehingga jam 3.30
petang pada hari ini.
Hadirin dan hadirat sekalian
Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab. Saya akan bacakan beberapa
soalan yang terpilih drpd ruangan chat :
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :
f)
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah SWT sekalian,
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.
Saya mewakili warga kerja, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan Majlis
ini samada secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah s.w.t. Tiada
untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir
menjayakan
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH
Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah tadi dapat kita sama2
ambil iktibar agar kita mati nantidalam keadaan husnul khatimah
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada sa-
lah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
Dengan itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah wassalam-
mualaikum w.b.t dan terima kasih.
SMK (P) AIR PANAS
TEKS UCAPAN PERASMIAN
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH 2021M / 1443H
PADA 18 SEPTEMBER 2021 / HARI SABTU JAM 10.30 PAGI
( OLEH PUAN PENGETUA – PUAN NORZILA BINTI ALI MUSA)
بِسِم ٱللِه ٱلَّرحمَـٰ ِن ٱلَّرِحيِم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين و الصلاة والسلام على سيدنا محمد اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين
Terima Kasih puan Koordinator Majlis, Ust. Arrazi binti Mohamad
Yang dihormati, Leftenan Kolonel Dr. Nora Binti Ahmad @ Aziz, Ketua Sel Kemajuan
Ahwal Syakhsiah. Jabatan Arah KAGAT, beliau merupakan Penceramah Jemputan
program kita pada hari ini ,
Yang Berusaha, Puan Yasinah binti Kutik, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK (P) Air
Panas.
Puan Rozilawati binti Mahmood,Pemangku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga
merupakan Guru Kanan Bidang Kemanusiaan dan bertindak sebagai penyelaras
program.
YM Tengku Norli binti Tengku Ramli,Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, Kaunselor- Kaunselor, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid SMK
(P) Air Panas, Setapak Kuala Lumpur yang dikasihi sekalian.
1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT,
atas limpah kurnia dan izinNya jua, kita berkesempatan untuk bersama-sama
berkumpul secara maya pada hari yang penuh bermakna ini untuk mengikuti
satu lagi program anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK (P) Air Panas iaitu
Program Pengurusan Jenazah bagi tahun 2021.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Antara objektif program ini ialah:
Memberi pendedahan ilmu secara teori dan amali kepada warga sekolah
tentang pengurusan jenazah mengikut syariat Islam.
Membantu murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 untuk menyiapkan
tugasan PAFA seperti yang telah ditetapkan dalam kurikulum Pendidikan
Islam.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Pasukan Bertindak Program
Pengurusan Jenazah khususnya Panitia Pendidikan Islam dan Team Jurulatih
Utama Digital SMK (P) Air Panas kerana berkat usaha dan kerjasama , telah
berjaya menganjurkan program pada hari ini. Kerjasama ini bukanlah pertama
kali bahkan untuk kesekian kalinya. Saya juga sangat berbesar hati kerana diberi
penghormatan untuk berucap dalam program yang boleh di tonton dari
segenap pelusuk negara.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Harapan saya, semoga Program Pengurusan Jenazah ini dapat memberi
manfaat kepada semua dalam menempuh dunia realiti kita yang tidak dapat
lari daripada ujian kematian. Hidup lawannya mati. Pengurusan jenazah
merupakan tanggungjawab orang hidup kepada si mati. Kematian pula
pelbagai jenis seperti kematian biasa atau syahid, kematian disebabkan
terbakar atau lemas, kematian disebabkan kemalangan atau penyakit
berbahaya seperti HIV dan yang terkini, disebabkan penyakit Covid-19. Semua
jenis kematian ini mempunyai kaedah atau SOP tertentu yang perlu diketahui
oleh kita semua. Justeru, program seperti ini dapat meningkat dan
memantapkan pengetahuan kita dalam perkara fardu kifayah. Secara asasnya,
semua murid Islam telah diajar menguruskan jenazah daripada menghadapi
orang yang nazak hingga ke proses pengkebumian jenazah semasa mereka
berada di Tingkatan Tiga. Justeru, bagi murid tingkatan 4 dan 5, program ini
lebih kepada pemantapan sahaja.
Hadirin dan hadirin sekalian,
Di kesempatan ini saya mewakili warga SMK (P) Air Panas merakamkan ucapan
ribuan terima kasih kepada penceramah jemputan iaitu Leftenan Kolonel Dr.
Nora Binti Ahmad @ Aziz, Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah, Jabatan Arah
KAGAT, yang sudi menerima jemputan sebagai penceramah, sudi meluangkan
masa dan sudi berkongsi ilmu untuk kita semua. Sesungguhnya, dedikasi dan
semangat yang ditunjukkan oleh beliau membuktikan bahawa semua pihak
berusaha membantu memantapkan keperluan murid-murid dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr) walau pun kita berada dalam norma
baru.
Saya ungkapkan penghargaan dan terima kasih kepada penceramah dalam
bentuk serangkap pantun :
Bubur selasih ubi keladi,
Lemak manis santan kelapa,
Terima kasih jasa dan budi,
Menjadi ingatan tidak dilupa.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta program ini
kerana tanpa peserta, tentulah matlamat penganjur tidak tercapai. Sikap ingin
dan sukakan ilmu pengetahuan sangat baik diamalkan khususnya pada
generasi muda bakal peneraju negara pada masa akan datang. Saya
berharap semua peserta dapat menjaga adab-adab dalam menuntut ilmu
walau pun di mana kita berada khususnya belajar dalam norma baharu ini iaitu
berguru secara maya. Semoga usaha dan amal kita semua pada hari ini
diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. Sebelum saya merasmikan program ini
izinkan saya menyampaikan serangkap pantun 6 kerat untuk renungan
bersama:
Daun sirih berurat muda,
Pinang sekapur gambir di kendi,
Pinang dibelah berkacip besi,
Walau banyak ilmu di dada,
Biar mengikut resmi padi,
Makin menunduk , makin berisi.
Dengan lafaz kalimah yang mulia, بِسِم ٱللِه ٱلَّرحمَـٰ ِن ٱلَّرِحيِم
( BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM) saya dengan sukacitanya merasmikan Program
Pengurusan Jenazah tahun 2021 peringkat sekolah SMK (P) Air Panas.
َواِبللاه التَّ ْواف ْي ُق والها َدايَ ُة َو ال َّسل َا ُم عَلَ ْيُُ ْك َو َرْْ َح ُة ال ال وبركاته
(Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh)
Terima Kasih.