SMK PEREMPUAN AIR PANAS
SETAPAK 53200 KUALA LUMPUR
Tel : 03-4149 6122 Fax: 03-4149 4882
DOKUMENTASI MAJLIS
PENYERAHAN BANTUAN
TABUNG KUMPULAN WANG
AMANAH PELAJAR MISKIN
(KWAPM)
DILAKSANAKAN OLEH:
JAWATANKUASA BIASISWA
DAN KEBAJIKAN
SMK (P) AIR PANAS SETAPAK
KANDUNGAN 2
3
ISI KANDUNGAN 5
KATA ALU-ALUAN 8
PENGENALAN KWAPM 10
CARTA ALIR PERMOHONAN 18
APLIKASI PENGURUSAN KWAPM 23
LAPORAN MAJLIS 25
ATHAM 27
SURAT JEMPUTAN 29
NAMA PENERIMA BANTUAN KWAPM 34
BORANG AKUAN PENERIMAAN
AKUAN PENERIMAAN IBUBAPA
KATA ALU-
ALUAN
KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI JAWATANKUASA BANTUAN
بِسِم ٱللِه ٱلَّرحمَـٰ ِن ٱلَّرِحيِم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين و الصلاة والسلام على سيدنا محمد اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين
Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT . Harapan saya semoga sinar
kegemilangan dan kejayaan akan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk
meningkatkan akses pendidikan berkualiti di negara kita.
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah nadi utama dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang akan
memacu kemajuan negara di masa hadapan. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat
bergantung kepada keupayaan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti. Peningkatan kos sara
hidup sejak akhir- akhir ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan pendidikan anak-anak kita. Justeru,
kerajaan berusaha membantu meringankan beban kos tanggungan persekolahan, pelbagai memperuntukkan telah
disalurkan kepada anak-anak kita seperti Bantuan Khas Awal Tahun dan Bantuan Tabung Kumpulan Wang
Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) . Kementerian kita telah mengambil inisiatif untuk memastikan penyaluran
peruntukan bantuan persekolahan dilaksanakan dengan lebih baik melalui penambahbaikan kaedah penyaluran
menggunakan Sistem eBantuan. Pelaksanaan sistem ini dapat memastikan murid menerima bantuan
persekolahan dengan lebih cepat dan sistematik.
Pihak sekolah, melalui Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid di bawah seliaan Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid telah cuba sedaya upaya mengenalpasti murid mendapat pelbagai jenis bantuan. Ini bertujuan agar tiada
murid yang ketinggalan atau keciciran apatah lagi dengan pendamik COVID-19 yang melanda Negara dan dunia.
Terima kasih kepada semua pihak khususnya JK Biasiswa dan Kebajikan dan guru tingkatan yang memang dekat
dengan murid. Semoga usaha murni ini menjadi wadah dalam memajukan anak bangsa dan negara tercinta.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
NORZILA BINTI ALI MUSA
Pengetua
SMK (P) Air Panas Setapak
Pengenalan
kwapm
Carta alir
PERMOHONAN
kwapm
Aplikasi
PENGURUSAN
kwapm
Laporan
majlis
LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN TABUNG KWAPM 2019
PENDAHULUAN
SMK (P) Air Panas Setapak sentiasa prihatin dan berusaha membantu setiap murid yang terdiri daripada keluarga
yang agak susah. Ini bertujuan membantu untuk memberi kelengkapan persekolahan yang sempurna agar tiada
keciciran dalam pelajaran. Salah satunya mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan Tabung Kumpulan
Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
LAPORAN PELAKSANAAN
TARIKH (HARI) : 27 OGOS 2020 (KHAMIS) .
MASA : 12.15 T/HARI—1.30 T/HARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA SERI TELANG
ANJURAN : JK BIASISWA DAN KEBAJIKAN MURID
ATURCARA : 12.15 t/h : Pendaftaran kehadiran
01.00 t/h : Amanat Pentadbir
01.10 t/h : Pemberian bantuan KWAPM
01.30 ptg : Bersurai
PENERIMA : 32 ORANG MURID ( 18 ORANG DATA E-KASIH, 14 ORANG DATA SEDIA ADA)
Majlis disempurnakan oleh : Puan Norzila binti Ali Musa
Pengetua
SMK (P) Air Panas Setapak
Mulai jam 12.15 t/hari, murid telah mula berkumpul di Bilik Mesyuarat Seri Telang dan mendaftar kehadiran. Tepat
jam 01.00 t/hari Puan Tan Kooi Hong, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Norzila binti Ali
Musa,Pengetua SMKPAP turut hadir bersama untuk menyempurnakan majlis ini.
Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan pengerusi majlis iaitu Puan Salmiah binti Ismail yang merupakan salah
seorang Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid. Majlis diteruskan dengan amanat Pentadbir, Puan Norzila
binti Ali Musa, Pengetua SMKPAP . Antara isi penting ucapan beliau ialah menegaskan bahawa pihak sekolah
akan berusaha membantu murid dari keluarga yang susah agar keperluan pendidikan anak-anak dapat disediakan
dengan sempurna. Beliau juga mengharapkan agar murid bersyukur dan menjadikan lebih berdisiplin dalam
memajukan pelajaran dan pendidikan serta hadir ke sekolah.
Majlis diteruskan dengan penyampaian duit bantuan tunai kepada ibu bapa atau penjaga murid dan murid sendiri-
yang layak mendapat bantuan Tabung KWAPM ini. Ini bersesuaian dengan norma baru iaitu mematuhi SOP.
Tepat jam 01.30 t/hari , majlis tamat dan bersurai. Murid dinasihatkan agar jaga keselamatan diri dan terus pulang ke
rumah serta serahkan duit kepada ibu bapa.
RAKAMAN PERISTIWA / LAPORAN BERGAMBAR
Penerima di kalangan murid yang mengikut SOP
Antara ibu bapa / penjaga yang hadir
Puan Tan Kooi Hong mengiringi Pn. Norzila menyampaikan duit
bantuan KWAPM
Terpancar kegembiraan penerima bantuan di sebalik topeng
muka
Kegembiraan terpancar dimuka penerima bantuan.
Menerima dengan penuh adab dan sopan
Susunan wang bantuan secara tunai yang perlu diserahkan kepada
yang berhak
LAPORAN KEWANGAN TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN 2020
32 ORANG MURID X RM 150.00 = RM 4,800.00
Semua wang dapat diserahkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan
PENUTUP
Di harap pada tahun hadapan, bantuan ini dapat membantu lebih ramai lagi murid yang memerlukan bantuan
khususnya bantuan kewangan. Justeru, pihak sekolah perlu terus menggiatkan peranan untuk mengenalpasti murid
yang memerlukan dengan melengkapkan data yang diperlukan agar bantuan diterima oleh mereka yang benar-benar
layak. Harapan saya agar peruntukan bantuan ini ditambah jumlahnya pada masa akan datang.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini secara
langsung atau tidak langsung khususnya pihak pentadbir dan guru tingkatan. Diharap usaha kecil ini dapat membantu
melahirkan insan yang berilmu dan beradab.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
……………………………...
(SALMIAH BINTI ISMAIL)
Guru Biasiswa dan Kebajikan Murid
SMK Perempuan Air Panas, Setapak
53200 Kuala Lumpur
Atham
AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA (ATHAM)
ATHAM : HAK KANAK-KANAK
Majlis ini juga menekankan bahawa Hak Kanak-Kanak dapat dinikmati sepenuhnya kepada murid.
Antaranya ialah :
KOD 02 : TIADA DISKRIMINASI
Semua hak terpakai bagi kanak-kanak tanpa pengecualian. Adalah menjadi obligasi negara untuk
melindungi kanak-kanak daripada apa-apa bentuk diskriminasi dan untuk mengambil tindakan
yang positif untuk memajukan hak mereka.
KOD 06 : KEWUJUDAN DAN PERKEMBANGAN
Setiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan negara mempunyai obligasi untuk
memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu
KOD 29 : MATLAMAT PENDIDIKAN
Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan
kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan
hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam satu
masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, bahasa dan
nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai orang lain.
Surat
jemputan
PENERIMA
KWAPM
SENARAI PENERIMA BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (KWAPM) 2020
BI NAMA KELAS DATA CATA-
1 AREYAMALAR A/P MANOGARAN 1 JASMINE EKASI
2 IRDINA HIDAYAH BINTI ASRI JUDIN 1 IXORA EKASI
3 JASMINE SAMUEL A/P SUBRAMANIAM 1 TULIP EKASI
4 KESHVENA A/P KRISHNAN 1 TULIP EKASI
5 MUSKAN KAUR A/P KIRAN KUMAR 1 TULIP EKASI
6 NADIA SALWA BINTI MAT YUNUS 1 JASMINE EKASI
7 NADZRINA BINTI IBRAHIM 1 ROSE EKASI
8 NIVETHA A/P SELVAKUMAR 1 DAISY EKASI
9 NOR AINNI BINTI MOHD ALI KAMJIT 1 JASMINE EKASI
10 NOR AISYAH BINTI ABDULLAH 1 ROSE EKASI
11 NUR ALEEYA BINTI MOHD RAHMAN 1 JASMINE EKASI
12 NUR MAHIRAH HUSNA BINTI AHMAD FARIZ 1 JASMINE EKASI
13 NUR QASRINA ZAHIRAH BINTI ZAKARIA 1 IXORA EKASI
14 NUR'ATIRA BINTI MOHD SAZALI 1 LILY EKASI
15 NURFARINA NAJWA BINTI MAT ZAMBRI 1 ROSE EKASI
16 NURIN ADANIA AMALIN BINTI OMAR 1 ROSE EKASI
17 SITI NABILA FARHANA BINTI MOHD AZMI 1 ORCHID EKASI
18 SITI NUR RAMADHANI BINTI NOR ADZHAR 1 TULIP EKASI
19 ALEESYA BALQIS BINTI SHU'IB 1 DAISY DSA
20 AUNI BATRISYA BINTI SAMSUL ANUAR 1 LILY DSA
21 LIANA BINTI AFRIZAN 1 ORCHID DSA
22 LIDYA BINTI AFRIZAN 1 TULIP DSA
23 MELDA RABBI A/P KAKA SINGH 1 JASMINE DSA
24 NOR ALEYA MAISARAH BINTI ISMAIL 1 ORCHID DSA
25 NUR NATASYA RIHANNA BINTI HAFIZUL 1 ORCHID DSA
26 NURUL AIN BINTI IBRAHIM 1 LILY DSA
27 NURUL SYUHADA BINTI ABDULLAH 1 IXORA DSA
28 SANDHEA A/P HENDRY 1 ROSE DSA
29 SITI KHADIJAH BINTI MOHD DZON AKHIROM 1 ORCHID DSA
30 WINNY NG 1 ORCHID DSA
31 YOGALOSHINI A/P YUGENESWARAN 1 DAISY DSA
32 YOGAYASHINI A/P YUGENESWARAN 1 LILY DSA
Akuan
penerimaan
Akuan
Penerimaan
Ibu bapa