The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zawiahsmkpp, 2020-06-09 20:34:30

KARANGAN BAHAGIAN A PT3

KARANGAN BAHAGIAN A PT3

Soalan kertas 2 PT3

➢ Merupakan soalan format baharu
bermula 2019

➢ Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam
➢ Terdiri daripada dua bahagian iaitu;

❑ Bahagian A karangan respon terhad
soalan wajib dijawab oleh calon
markah yang diperuntukkan ialah
10 markah.

❑ Bahagian B karangan respon
terbuka.
Terdapat tiga soalan.
Calon dikehendaki memilih satu
soalan.
markah yang diperuntukkan ialah
30 markah

Bahagian A karangan respon terhad

Apa itu karangan respon terhad (karangan
pendek)?

➢ Bermaksud anda perlu merangka sebuah
karangan yang pendek dan ringkas
berdasarkan soalan

➢ Masa yang dicadangkan ialah 15 minit
➢ Calon perlu menggunakan semua frasa

yang diberikan
➢ Bina ayat yang lengkap dan gramatis

berdasarkan frasa yang diberikan
➢ Sebaik-baiknya ikut urutan isi seperti yang

diberikan dalam soalan
➢ Calon tidak perlu memasukkan

keterangan yang diulang
➢ Pastikan karangan yang anda tulis untuk

bahagian ini ringkas dan pendek.
➢ Jumlah perkataan yang perlu ditulis adalah

antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Isu-isu penting berkaitan karangan
respon terhad
Cikgu, karangan pendek
ini perlu dibuat dalam
perenggan?

Cikgu, perlukah
dibuat pendahuluan
dan penutup?

Cikgu, bolehkah
jawapan ditulis melebihi
80 patah perkataan ?

Cikgu, bolehkah saya
tambah dengan
pendapat sendiri?

Jawapan kepada isu-isu penting

Menjawab kepada isu-isu tersebut, apa yang perlu
diberi perhatian ialah;
➢ Calon hanya perlu menulis karangan dalam

satu perenggan sahaja
➢ Tidak perlu menulis pendahahuluan dan

penutup. Jika ingin membuat pendahuluan
hanya tulis ringkas sahaja
➢ Jangan bimbang calon dibenarkan menulis
melebihi 80 patah perkataan tetapi jangan
terlalu panjang
➢ Calon tidak perlu mengemukakan pendapat
sendiri. Gunakan semua frasa yang diberikan
sahaja dalam karangan.

Kriteria Penskoran

Markah calon diberi mengikut peringkat
berikut ;

PERINGKAT MARKAH
Cemerlang 8 – 10
Baik 6–7
3–5
Penguasaan Minimum
Tidak Mencapai Tahap 0–2

Penguasaan Minimum

Kriteria Menilai Kemahiran Menulis

KRITERIA DESKRIPSI
BAHASA
Kegramatisan : Kata
IDEA (Morfologi)

: Ayat
(Sintaksis)
Ejaan dan tanda baca
Kosa kata

Isi-isi –
Huraian isi

Kriteria Penskoran

PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang 8 – 10
Idea
Baik 6–7 – Idea relevan dengan tugasan
– Huraian idea jelas dan menarik

Bahasa
– Ayat gramatis
– Kosa kata luas dan tepat
– Ejaan dan tanda baca betul
– Penanda wacana yang betul
– Kesalahan bahasa yang minimum

Idea
– Idea masih relevan dengan

tugasan
– Huraian idea masih jelas dan

masih menarik

Bahasa
– Ayat masih gramatis
– Kosa kata luas
– Ejaan dan tanda baca masih betul
– Penanda wacana yang masih

betul
– Kesalahan bahasa yang masih

minimum

Kriteria Penskoran

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Penguasaan Idea
Minimum – Idea kurang relevan dengan

Tidak tugasan
Mencapai – Huraian idea kurang jelas dan
3 – 5 kurang menarik
Tahap Bahasa
Penguasaan – Ayat kurang gramatis
Minimum – Kosa kata terhad
– Kesalahan bahasa yang ketara

– Keseluruhan jawapan calon
0 – 2 menggambarkan penguasaan

bahasa yang tidak cekap

*** Peringatan
Sekiranya calon meninggalkan mana-mana
frasa yang diberikan dalam soalan, calon tidak
layak mendapat markah peringkat cemerlang.

Contoh soalan dan cara menjawab

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah
karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

Sambutan Bulan Bahasa

perasmian

persembahan kategori

mengikut

tingkatan

BULAN BAHASA

Mencungkil hadiah
bakat

pertandingan

**Soalan pt3 2019

Contoh jawapan

Pada bulan April sekolah saya, Sekolah
Menengah Kebangsaan Panchor Perdana
mengadakan sambutan Bulan Bahasa . Majlis
perasmian telah disempurnakan oleh tuan
pengetua. Sepanjang bulan April pelbagai aktiviti
pertandingan telah diadakan seperti
pertandingan pidato, bercerita, deklamasi sajak
dan syair serta pertandingan mengarang.
Pertandingan diadakan mengikut kategori
tingkatan supaya sama aras dan adil kepada
peserta. Aktiviti Bulan Bahasa merupakan satu
wahana mencungkil bakat terpendam para
pelajar. Semasa majlis penutup, acara
penyampaian hadiah telah diadakan untuk
menghargai para pemenang atas komitmen yang
diberikan. Majlis penutup diserikan dengan
pelbagai persembahan oleh para pelajar yang
telah memenangi pelbagai pertandingan.

85 patah perkataan

Latihan 1

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah
karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

Sambutan Bulan Kemerdekaan

perasmian

Mencungkil kategori
bakat mengikut
tingkatan

BULAN

KEMERDEKAAN

hadiah

Semangat

patriotik

pertandingan

Latihan 2

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah
karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

2 1

Pertandingan Program gotong-
keceriaan kelas royong perdana

Langkah
Menceriakan
Kawasan Sekolah

3 Menerapkan sikap
5 menjaga
Membina taman 4 kebersihan
mini
Melukis mural

Latihan 3

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah
karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.

Sekian, Terima Kasih

Diharap perkongsian ini dapat
dimanfaatkan oleh para pelajar

tingkatan 1,2, dan 3

Bukan semua idea yang
terdapat dalam bahan ini
idea saya. Penulisan ini

bukan untuk tujuan
komersial tetapi hanya
untuk rujukan pelajar

sahaja.


Click to View FlipBook Version