PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG 2025/2026 SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(2)
PENGENALAN Sekolah Penyayang merupakan Satu program yang dilaksanakan di peringkat sekolah dengan menekankan konsep “Sekolahku Syurgaku” dan “Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa murid melalui Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Program ini dapat mewujudkan golongan murid yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi murid yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para murid. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. OBJEKTIF 1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah. 5. Perpaduan di kalangan warga sekolah.
PROGRAM AMALAN SEKOLAH PENYAYANG BIL PERKARA AKTIVITI PERSONALIA 1. Menyambut Kehadiran Murid Ke Sekolah “Selamat Datang Anakku” “Salam Putra” Guru Besar PK HEM Guru Bimbingan dan Kaunseling Semua guru Sambutan Hari Pendaftaran Dan Orientasi Penyayang Murid Baharu Tahun 1 Sambutan Hari Pertama Sesi Persekolah 2 Program Mentor Mentee “Jejak Bimbingan” Guru Besar PK HEM Guru Kelas Pembantu Guru Kelas Guru Bimbingan dan Kaunseling 3. Sambutan Hari Lahir Murid - Menyampaikan Ucapan Hari Lahir melalui Pesanan Aplikasi “Whassap” kepada Ibu atau Bapa - Pemberian Kad dan Hadiah serta Sumbangan Kebajikan“Kasih Di Rayu Sayang Dipadu” "Kad Kasih Sayang" (Appreciation Cards) Guru Bimbingan dan Kaunseling 4. Program Ziarah Cakna - Menziarahi Murid dan Guru (Program Ziarah Cakna) “Di manakah Ku Cari Ganti” “Kembara Peduli” Guru Besar PK HEM Guru Kelas Guru Bimbingan dan Kaunseling PIBG 5. Perkongsian Misi Sekolah “Kasih Disemai” - Kempen 5’S’ "Hero Sekolah" (Secret Acts of Kindness) PK HEM Guru Kelas Guru Bimbingan dan Kaunseling Semua Guru 6. Kempen “Lambaian Rindu”, Jom Ke Sekolah dan Jom Hadir Awal Ke Sekolah Sebelum Jam 7.30 pagi Wira Pagi Cemerlang (Penghargaan Kelas Terbaik) PK HEM Guru Kelas Guru Bimbingan dan Kaunseling 7. Memuji dan Tidak Mencela” Sapaan Mesra” Guru Besar PK HEM Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Kelas
PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG ( “Selamat Datang Sayangku”)
RUJUK BUKU TAKWIM SEKOLAHJADUAL KUMPULANBERTUGAS JADUAL PEMANTAUAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG ( “Selamat Datang Sayangku”) HARI NAMAPENTADBIR NAMA GURU KAUNSELING Isnin PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Wan Norlelawati bt Wan Abdul Kadir Cikgu Qurratul 'Aini Izzati Binti Mohd Rosli Selasa PENOLONG KANAN HEM Wan Norlelawati bt Wan Abdul Kadir Cikgu Qurratul 'Aini Izzati Binti Mohd Rosli Rabu PENOLONG KANAN KOKO Wan Norlelawati bt Wan Abdul Kadir Cikgu Qurratul 'Aini Izzati Binti Mohd Rosli Khamis PENOLONG KANAN PK Wan Norlelawati bt Wan Abdul Kadir Cikgu Qurratul 'Aini Izzati Binti Mohd Rosli Jumaat GURU BESAR Wan Norlelawati bt Wan Abdul Kadir Cikgu Qurratul 'Aini Izzati Binti Mohd Rosli JADUAL BERTUGAS GURU PENYAYANG MENYAMBUT KEDATANGAN MURID
PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG ( “Program Mentor Mentee”)
BIL. TARIKH BIDANG TAJUK 1. 24/2/2025 PKMM PELANCARAN JOM KE SEKOLAH & GURU PENYAYANG 2. 17/3/2025 PPDM PENGURUSAN DIRI 3. 21/4/2025 PSDM DIRI SAYA 4. 12/5/2025 PKM SENAMCERIA 5. 30/6/2025 PKMM SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA 6. 28/7/2025 PKMM SAYA DAN RAKAN 7. 25/8/2025 PKM MINATKU 8. 29/9/2025 PDDM KESELAMATAN DI SEKOLAH 9. 27/10/2025 PSDM MENJAGA KEBERSIHAN DIRI 10. 17/11/2025 PKMM KENALI DIRI PETUNJUK : PDDM - PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID PSDM - PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID PKMM - PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID PKM - PENDIDIKAN KERJA MURID PROGRAM MENTOR MENTEE 2025 TAHAP 1 & PPKI Masa : 7.30am – 8.00am
PETUNJUK : PDDM - PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID PSDM - PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID PKMM - PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID PKM - PENDIDIKAN KERJA MURID PROGRAM MENTOR MENTEE 2025 TAHAP 2 Masa : 7.30am – 8.00am BIL. TARIKH BIDANG TAJUK 1. 24/2/2025 PKMM PELANCARAN JOM KE SEKOLAH & GURU PENYAYANG 2. 17/3/2025 PPDM RINGAN TULANG 3. 21/4/2025 PSDM KEMAS DIRI 4. 12/5/2025 PKM SENAMCERIA 5. 30/6/2025 PKMM SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA 6. 28/7/2025 PKM MENGENAL EMOSI 7. 25/8/2025 PDDM PEKERJAAN 8. 29/9/2025 PSDM KATAKAN TIDAK! 9. 27/10/2025 PKMM KELUARGAKU SAYANG 10. 17/11/2025 PKMM MEMBUAT KEPUTUSAN
SENARAI NAMA MENTOR DAN KELAS MENTEE BAGI TAHUN 2025/2026
KELASPPKI TAHUN 1 BIL KELAS NAMA GURU 1 PPKI NANA SITINUR ILMIAH BINTI ISMAIL 2 PPKI SOFI MOHAMAD SHAZNI BIN ALI 3 PPKI BINGO AIN NUR AAINA BINTI SOFHYAN MAHADIK 4 PPKI DIDI NORHAYATI BINTI MALEK 5 PPKI DINO ROHAIZA BINTI HARUN 6 PPKI JOJO SHAMSUDIN BIN RAHMAT BIL KELAS NAMA GURU MENTOR 1 MERCURY SITI FARAZIAH BT MD AKIB NIK NURSYAFRINA BT NIK MOHD ABD AKIL 2 VENUS NUR ASYIQIN BT. MOHD RADZI NOR SHAFIQA BT ZAINAL 3 MARS NORASMAWATI BT MAHYUDIN UMRAH BT AB, GHAFFAR 4 JUPITER SITI ASMA BT, AHMAD SITI NORFADHILAH BT BAJURI 5 SATURN WAN NUR AIZAH BT WAN HANAFI NORKAMILA BT MOHD NASIR 6 URANUS NUR FATIN BT ALIMUDDIN WAN NORLELAWATI BINTI WAN ABD KADIR 7 NEPTUNE ROSMARIA BT IDRIS KHAIRUNNISA BT AMERUDDIN
TAHUN 2 TAHUN 3 BIL KELAS NAMA GURU MENTOR 1 BELATUK FARIDAH BINTI ZAINAL ABIDIN MUHAMAD AZRI BIN MAHALI 2 CENDERAWASIH WAN HAFSAH BINTI WAN YAACOB MUHAMAD SHYAKIR B, RAHIM 3 JENTAYU ILA HUSNA BT MOHD ALI RABIATUL ADAWIAH BT DULKARIM 4 KENARI NORATZAWATI BT MOHD IDROS NASRIN AZRI B. ISMAM 5 MERAK MAZIAH BT HASSAN MOHD NUR SIDDIQ BT NURUL AMALI 6 NURI NURUL AZURA BT MOHD ZAIN MUHAMAD SYARAFUDDIN B, MUHD ZIAN 7 RAJAWALI AINA SYAHIRAH BT NORDIN SITI NURAISHAH BT CHE SUHAIMI 8 TEMPUA ZAHIDAH BT ABDUL AZIZ MOHD ABDUL LATIF B, MOHD NASIR BIL KELAS NAMA GURU MENTOR 1 ARIF SITI HABIBAH BT IBRAHIM MUHAMMAD RUSYDI BIN MUHAMMAD 2 BESTARI AMALINA BT ABDUL LATIFF ADLAN B, ABDUL HAMED 3 DINAMIK NUR FARZANA ALYA BT NOOR AZHAR TENGKU AHMAD AFZANIZAM BIN TENGKU MOHAMAD NOR 4 EFEKTIF NOOR FARAZILATUL AKMA BT ABU HANIFAH MURNI ASHIKIN BT MAZLAN 5 GEMILANG NURAINA ALYA BT AMROZ KHAIRUL HAFIZEE B. HASLAN 6 INTELEK NAIZAHTUL AKMA BT MUHAMMAD NUR AMIRA BT MAT KHAMIS 7 KARISMA SITI ROHANI BT CHE HAMID ZUL FAHMIE BIN MOHD
TAHUN 4 BIL KELAS NAMA GURU MENTOR 1 ANGGERIK MUHAMAD ALIF AIMAN BIN MOHD SAHARUDIN QURRATUL AINI IZZATIBT MOHD ROSLI 2 CEMPAKA NURUL- HUSNA BT BHARIN@BAHARIN AHMAD IZZUZZUDDIN B. SUFFIAN 3 DAHLIA ELLE SHARMAINE HANI BT ZAINAN SURAYA BT SOIB 4 KENANGA NUR FAREHAH BT KAMARUDIN AMIRAH FAHIRA BT ZAKARIA 5 MAWAR SABIHAH BT MUHAMAD RAZALI SYAHIZATUL AZIMA BT AZIL 6 MELUR HIDAHYUWATI BT AHMAD WAN AQMAL AMER B, WAN ABDUL RAHIM 7 TANJUNG UMMU UMAIRAH BT AHMAD SHUKRI AZRUL HAFEZ B. AZIZAN
TAHUN 5 TAHUN 6 BIL KELAS NAMA GURU MENTOR 1 AMANAH SITI NOR AIDA BT DERIS MARIAM BT ABDUL RAZAK 2 CEKAL KAMARUL ZAMAN B. AHMAD NADIA DIANA BT ROFLI 3 GIGIH WAN NORMASYITAH BT WAN MOHD KAMAL MOHD BAHRIM B, MAT YAACOB 4 IKHLAS NURUL AIN BT MOHD NOOR MUHAMMAD ZAHHAR B, MOHD HATTA 5 JUJUR NURUL- AZIH BINTI AHMAD AZIZI NOR HAZIRAH BT SALLEH 6 PRIHATIN HARMIZA BINTI MUSTAFA NOOR AZILAH BT AHMAD@MUHAMAD 7 RAJIN ABDUL MUJIB BIN RAHIMI NIK NURISYA BT MOHD KAMAROLZAMAN 8 YAKIN YANI BT MOHAMMAD SHARIF DZULKARNAIN B. MOHD MOKHTAR BIL KELAS NAMA GURU MENTOR 1 AL-BATANI RAFIDAH BT AHMAD SHAZLIZA BT NUZOL AZAM 2 AL-FARABI NURULHASLIN BINTI ZAINOL YIM ZHI HUI 3 AL-GHAZALI NOR'AIN BT ISMAIL ZAID B. OTHMAN 4 AL-HAYTHAM NORHIDAYA SHAMIMI HANIFA BT DULHISHAM 5 AL-KHWARIZMI MOHD FAUZI B, MOHAMED MOHAMAD AZRIL B, MOHD SABRI 6 AL-KINDI MOHD NIDZAM BIN SHAFEI ATHIRAH BINTI JAAFAR 7 IBNU-JUBAIR ROSSHAZEELA BT ROSLAN NURUL ASHIKIN BT MOHD NOOR 8 IBNU-KATHIR NOOR EZZAH BINTI ZULKIFLI JAMILAH BT SAID 9 IBNU-RUSHD WAN ROHANI BT WAN MOHD NOOR NADHIRA BT AB KARIM
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE TAHAP 1 & PPKI 2025/2026
Tarikh :17/3/2025 Bidang :Peningkatan Disiplin Diri Murid. Tajuk :Pengurusan Diri. Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. menguruskan diri tanpa bantuan orang lain. 2. menyedari tanggungjawab mengurus diri. 3. mengenalpasti kemahiran asaspenjagaan diri. Masa :30minit Bahan:Tiada Langkah : 1. Mentor memulakan aktiviti ini dengan membuat pemeriksaan kuku mentee. 2. Mentor memilih dua orang mentee (lelaki dan perempuan) yang berpakaian lengkap dan kemas untuk dijadikan model. 3. Mentor menerangkan ciri-ciri kekemasan diri yang ada pada kedua-dua model tersebut. 4. Mentee bersoal jawab dengan mentor berkaitan pengurusan diri. Falsafah :Kebersihan asaskesihatan.
Tarikh :21/4/2025 Bidang :Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Tajuk :Diri Saya. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. 2. menerangkan tingkahlaku yang positif dan negatif. Masa :30minit Bahan:Tiada Langkah : 1. Mentor menerangkan kepada mentee maksud tingkahlaku positif dan negatif. 2. Mentor meminta mentee menceritakan tingkahlaku positif yang ada dalam diri mentee. 3. Mentor meminta mentee menceritakan tingkahlaku semua mentee negatif yang ada dalam diri mentee. 4. Aktiviti ini diteruskan sehingga mengambil bahagian. 5. Mentor dan mentee membuat rumusan aktiviti yang dijalankan. Falsafah : Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Tarikh :30/6/2025 Bidang :Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk :Saya Sayang Sekolah Saya Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. memupuk semangat sayangkan sekolah. 2. menjaga harta benda di sekolah. Masa :30minit Bahan:Tiada Langkah : 1. Mentor bertanyakan mentee tentang barang atau peralatan yang ada di sekolah seperti meja, kerusi, papan hitam dan sebagainya. 2. Mentor bertanyakan soalan seperti: a. Adakah anda pernah melihat rakan-rakan anda menconteng meja?. b. Apakah tindakan anda apabila melihat perbuatan ini berlaku di sekolah anda?. 3. Mentor menerangkan bahawa perbuatan terbabit adalah ‘vandalisme’. 4. Mentor dan mentee berbincang tentang kesan perbuatan vandalisme. Falsafah :Sayangi harta anda.
Tarikh :28/7/2025 Bidang :Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk :Saya dan Rakan. Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. melihat perbezaan antara murid lelaki dan perempuan. 2. mengetahui batas antara lelaki dan perempuan. Masa :30minit Bahan:Tiada Langkah : 1. Mentor memanggil seorang mentee lelaki dan seorang mentee perempuan. 2. Mentor bertanyakan perbezaan antara lelaki dan perempuan. 3. Mentee memberi maklumbalas. 4. Mentor menceritakan tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Falsafah :Lelaki dan perempuan adalah berbeza.
Tarikh :25/8/2025 Bidang :Pendidikan Kerjaya Murid. Tajuk :Minatku. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. membuat pilihan pekerjaan berdasarkan minat. Masa :30minit Bahan :Kertas A4 Langkah : 1. Mentor bersoal jawab dengan mentee mengenai pekerjaan yang memakai pakaian seragam dan tidak memakai pakaian seragam. 2. Mentee berbincang dengan rakan sebelah mengenai jenis pekerjaan yang berkaitan. 3. Beberapa orang wakil mentee membentangkan hasil perbincangan. 4. Mentor dan mentee membuat rumusan secara keseluruhan tentang jenis-jenis pekerjaan. pekerjaan Falsafah : Mentee didedahkan kepada peluang-peluang seterusnya meneroka minat sesuatu pekerjaan.
Tarikh :29/9/2025 Bidang :Peningkatan Disiplin Diri Murid. Tajuk :Keselamatan Di Sekolah. Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. mengetahui perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dari segi keselamatan diri dan kesihatan. 2. memahami bahawa keselamatan haruslah diutamakan demi kesejahteraan hidup. Masa :30minit Bahan :Tiada Langkah : 1. Mentor masuk ke kelas dan memadamkan sementara lampu / kipas di dalam bilik darjah dan bersoal jawab tentang tindakannya. 2. Mentor memberi penerangan tentang keselamatan diri di sekolah. 3. Mentor membimbing mentee mengenai perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan di sekolah. 4. Tidak membawa benda tajam ke sekolah seperti pisau, gasing, pemutar skru, kerambit dan sebagainya. 5. Menunggu ibu bapa di tempat yang terbuka. 6. Mengenalpasti dan menjauhi kawan-kawan nakal. 7. Menjauhi tempat yang tidak selamat di sekolah seperti bilik / kawasan yang sunyi, longkang, cerun bukit, bilik suis, soket dan sebagainya. 8. Mentee dipilih secara rawak untuk menceritakan pengalaman mereka berada di tempat yang tidak selamat. 9. Guru merumuskan secara keseluruhan berkaitan polisi sekolah selamat. Falsafah : 1. Utamakan keselamatan diri dalam kehidupan. 2. Keselamatan diri menjamin masa depan yang bermakna.
Tarikh :27/10/2025 Bidang :Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Tajuk :Menjaga Kebersihan Diri. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. Menyedari kepentingan menguruskan diri. 2. Memahami bahawa pengurusan diri yang cemerlang akan mempamerkan penampilan diri yang positif. Masa :30minit Bahan:Lirik lagu urus diri (Lampiran 1) Langkah : 1. Mentor dan mentee menyanyikan lagu urus diri. 2. Mentor memanggil seorang mentee yang paling kemas. 3. Mentee diminta menyatakan tentang kelebihan jika berpakaian kemas. 4. Mentor merumuskan bahawa berpakaian kemas merupakan penampilan diri yang positif dan melambangkan pengurusan diri yang cemerlang dan kehidupan. Falsafah :Pengurusan diri yang cemerlang melambangkan personaliti yang terbilang.
(Lampiran 1) LAGU URUS DIRI Bangun pagi gosok gigi, Cuci muka terus mandi, Pakai baju makan roti, Pergi sekolah suka hati. Pergi sekolah jalan kaki, Jaga diri sendiri, Toleh kanan toleh kiri Lintas jalan hati-hati. Rajin belajarjadi pandai, Baca, tulis dan kira, Guru ajarjangan lalai, Senang hati ibu bapa. Tingkahlaku adab sopan Harus jadi amalan Tingkat ilmu pengetahuan, Jadirakyat budiman, Versi :Lagu Bangun Pagi
Tarikh :17/11/2025 Bidang :Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk :Kenali Diri. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. mengenali fungsi anggota badan. 2. memahami kepentingan memelihara keselamatan tubuh badan sendiri. Masa :30minit Bahan:Lirik Lagu (Lampiran 2) menyanyikan lagu ‘kalau rasa Langkah : 1. Mentor dan mentee gembira’. (Lampiran 8) 2. Murid menamakan anggota-anggota badan mereka. 3. Mentor bersoal jawab secara lisan dengan mentee tentang fungsi anggota badan. 4. Mentor membuat rumusan secara keseluruhan tentang kepentingan memelihara keselamatan anggota badan sendiri . 5. Mentor dan mentee membuat rumusan aktiviti yang dijalankan. Falsafah : 1. Anggota badan manusia adalah anugerah tuhan yang sangat berharga. 2. Setiap anggota badan perlu digunakan sebaik-baik mengikut fungsinya.
(Lampiran 2) Kalau Rasa Gembira Kalau rasa gembira tepuk tangan, Kalau rasa gembira tepuk tangan, Kalau rasa gembira beginilah caranya, Kalau rasa gembira tepuk tangan. Kalau rasa gembira petik jari, Kalau rasa gembira petik jari, Kalau rasa gembira beginilah caranya, Kalau rasa gembira petik jari. Kalau rasa gembira goyang bahu, Kalau rasa gembira goyang bahu, Kalau rasa gembira beginilah caranya, Kalau rasa gembira goyang bahu. Kalau rasa gembira hentak kaki, Kalau rasa gembira hentak kaki, Kalau rasa gembira beginilah caranya, Kalau rasa gembira hentak kaki. Kalau rasa gembira kata horray, Kalau rasa gembira kata horray, Kalau rasa gembira beginilah caranya, Kalau rasa gembira kata horray.
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE TAHAP 2 2025/2026
Tarikh :17/3/2025 Bidang :Peningkatan Disiplin Diri Murid. Tajuk :Ringan Tulang. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1.mengetahui peranan anak dalam keluarga. 2. menyatakan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. 3. melaksanakan peranan anak dalam membantu ibu bapa di rumah. Masa :30 minit Bahan :Tiada Langkah : 1. Mentor bersoal jawab (brain storming) dengan mentee berkaitan dengan aktiviti-aktiviti membantu ibu bapa di rumah. 2. Mentee menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 aktiviti membantu keluarga yang dilakukan di rumah. 3. Mentee bercerita 2 daripada 6 aktiviti menolong ibu bapa. 4. Mentor membantu mentee membuat rumusan mengenai kepentingan menolong ibu bapa di rumah. Falsafah :Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Tarikh :21/4/2025 Bidang :Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Tajuk :Kemas Diri. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. menyenaraikan kebaikan mengamalkan kekemasan dan kebersihan diri. 2. mengurus diri dengan kemas dan bersih. Masa :30 minit Bahan :Tiada Langkah : 1. Mentor meminta beberapa orang murid secara sukarela melakukan simulasi berpakaian tidak kemas. 2. Mentor dan mentee berbincang mengenai situasi yang berlaku berkaitan dengan kekemasan diri mentee. 3. Mentor membuat rumusan secara keseluruhan tentang pengurusan diri. Falsafah : Pengurusan diri yang teratur dapat memberi keselesaan dan meningkatkan nilai harga diri.
Tarikh :30/6/2025 Bidang :Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk :Saya Sayang Sekolah Saya Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1.memupuk semangat sayangkan sekolah. 2. menjaga harta benda di sekolah. Masa :30 minit Bahan :Tiada Langkah : 1.Mentor bertanyakan mentee tentang barang atau peralatan yang ada di sekolah seperti meja, kerusi, papan hitam dan sebagainya. 2. Mentor bertanyakan soalan seperti: a. Adakah anda pernah melihat rakan-rakan anda menconteng meja?. b. Apakah tindakan anda apabila melihat perbuatan ini berlaku di sekolah anda?. 3.Mentor menerangkan bahawa perbuatan terbabit adalah ‘vandalisme’. 4. Mentor dan mentee berbincang tentang kesan perbuatan vandalisme. Falsafah :Sayangi harta anda.
Tarikh :28/7/2025 Bidang :Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk :Mengenal Emosi. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1.mengetahui cara mengenal emosi dalam semua keadaan. 2. mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku akibat emosi yang tidak stabil. Masa :30 minit Bahan :Gambarajah “How Do You Feel Today”. (Lampiran 3) Langkah : 1.Mentor menunjukkan gambarajah “How Do You Feel Today”. 2. Mentor bersoal jawab tentang watak dalam gambarajah tersebut dan mengaitkan dengan emosi. 3. Mentor meminta pendapat mentee tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya berada dalam emosi yang ditunjukkan. Falsafah :Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
(Lampiran 3)
Tarikh :25/8/2025 Bidang :Pendidikan Kerjaya Murid. Tajuk :Pekerjaan. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1.menyatakan jenis-jenis pekerjaan yang ada di persekitaran mereka. Masa :30 minit Bahan :Tiada Langkah : 1.Mentee menyatakan jenis-jenis pekerjaan di persekitaran mereka. 2. Mentor meminta seorang mentee secara sukarela melakonkan satu pekerjaan dalam masa 3 minit. 3.Mentor dengan mentee membincangkan tentang persembahan lakonan tadi. Falsafah :Bekerja sebagai satu ibadah.
Tarikh :29/9/2025 Bidang :Peningkatan Disiplin Diri Murid. Tajuk :Katakan Tidak!. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1.mengetahui dan membezakan antara perkara yang positif dan negatif. 2. mengatakan tidak kepada gejala negatif. Masa :30 minit Bahan :Tiada Langkah : 1.Mentor melakonkan perbuatan tidak bermoral seperti merokok, mencuri, Vandalisme, buang sampah merata dan sebagainya. 2. Mentee diminta memerhati lakonan tersebut. 3. Mentee diminta menilai perbuatan tersebut sama ada positif atau negatif. 4. Mentee diminta menyatakan perbuatan negatif yang lain yang biasa dilihat dalam kawasan sekolah. 5. Mentee diminta memberi pendapat bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh rakan yang berkelakuan negatif. Falsafah :Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.
Tarikh :27/10/2025 Bidang :Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Tajuk :Keluargaku Sayang. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1.meningkatkan rasa hormat kepada semua ahli keluarga. 2. meningkatkan hubungan mesra dengan ahli keluarga. 3. melakonkan peranan setiap individu dalam institusi kekeluargaan. Masa :30 minit Bahan :Tiada Langkah : 1.Mentor meminta mentee menyebut nama ahli keluarga. 2. Mentor bersoal jawab tentang panggilan dalam ahli keluarga. 3. Mentee menyatakan pendapat cara meningkatkan kemesraan dengan ahli keluarga. 4. Mentor membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan. Falsafah :Melahirkan budaya “Yang tua dihormati, yang muda disayangi”.
Tarikh :17/11/2025 Bidang :Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Tajuk :Membuat Keputusan. Objektif :Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1.mengenalpasti bakat dan kemampuan diri. 2. mengawal emosi dalam apa jua situasi. 3. merancang dan menentukan tindakan. Masa :30 minit Bahan :Tiada Langkah : 1.Mentor memberi tajuk perbincangan “Kemalangan Jalan Raya”. 2. Mentee diminta menyatakan tindakan yang perlu diambil ketika mereka menghadapi situasi kemalangan. 3. Mentor membincangkan setiap pendapat yang diberikan oleh mentee mengikut kesesuaian. 4. Mentee membuat keputusan sendiri atas tindakan yang perlu diambil berdasarkan tajuk perbincangan. 5. Mentor membuat rumusan keseluruhan berdasarkan tajuk yang dibincangkan. Falsafah :Berfikir sebelum bertindak.
TERIMA KASIH