The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazwani, 2024-01-30 01:14:47

TOPIK 3

INSTITUSI ISLAM

Topik 3 Institusi Islam Disediakan oleh: PANEL KURSUS PENGAJIAN ISLAM MPU23012 SESI 1 2023/2024 NORHASLINA BINTI SULAIMAN WAN NORINA BINTI WAN HAMAT HAZWANI BINTI UBAIDILLAH


Hasil Pembelajaran CL0 2: Di akhir kursus ini pelajar akan dapat menerangkan etika dan profesionalisme berkaitan Syariah dan Institusi Islam dalam membentuk pembangunan ummah (A3, CLS 5).


Apa yang akan anda pelajari dalam topik ini? Institusi Keluarga - Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak. - Tanggungjawab anak terhadap keluarga & ibu bapa yang telah berusia. 01 Institusi Ekonomi Peranan zakat dalam pembangunan Islam. Fungsi dan peranan: Perbankan Islam Takaful Ar-Rahnu 03 Institusi Pendidikan Fungsi dan peranan masjid, pondok dan universiti. 04 Institusi Siasah Fungsi dan peranan institusi khilafah/ imamah, syura & hisbah. 05 02 Institusi Masyarakat - Kejiranan dalam islam. - Masyarakat majmuk menurut pandangan Islam..


Pengenalan Islam merupakan sebuah agama syumul yang mengatur secara lengkap hidup manusia. Tatacara pengurusan hidup manusia telah diatur daripada sekecil-kecil urusan seperti adab dalam kehidupan sehinggalah kepada perundangan yang lebih besar seperti urusan pentadbiran dan kepimpinan negara. Topik ini akan membincangkan peranan institusi kekeluargaan, institusi ekonomi, institusi pendidikan dan institusi siasah Islam.


~Binalah syurga di dunia sebelum menikmati syurga hakiki di akhirat~ Keluarga merupakan sebuah institusi terpenting dalam mencorak pembinaan jati diri individu. Ia merupakan sebuah unit kecil yang mempunyai impak yang sangat besar terhadap institusi negara. Keutuhan institusi keluarga memberi kesan terhadap keutuhan institusi masyarakat dan negara dan begitulah sebaliknya.


Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa Bincangkan… 01


Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak Kasih sayang yang adil Nafkah Pendidikan agama & fardu ain Latih disiplin diri Kawal batas pergaulan & aurat Cegah kemungkaran Amar makruf Nahi mungkar Pelihara maruah & kehormatan diri Beri nasihat yang benar Didik berpandu syariat Pantau akhlak Kawal pilihan aktiviti, pakaian, hiburan Perhati peribadi & kelakuan Bina jasmani Pilih guru/ institusi pendidikan yang baik Sedia makan minum yang halal Didik minda positif Sokong aktiviti yang bermanfaat Dorong sikap dan minat yang baik Beri hukuman & denda yang munasabah Murni sahsiah diri Keselamatan & kesihatan


Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa Ibu bapa masih hidup - Taat - Jaga tutur kata, tingkah laku - Sentiasa mendoakan - Urus keperluan & keselamatan - Hormati pandangan - Sayang & kasih - Hargai nasihat/ bimbingan - Jaga maruah Ibu bapa telah meninggal dunia - Lunaskan hutang terhadap Allah: puasa, haji, nazar dsbnya - Lunas hutang terhadap manusia - Doakan kesejahteraan - Sambung silaturrahim dengan kenalan mereka - Bersedekah bagi pihak mereka - Tunaikan wasiat/ janji yang dibuat ketika mereka hidup


Tanggungjawab anak terhadap keluarga/ ibu bapa yang berusia Teruskan berbakti Menghormati & memuliakan Bersikap peduli Mengasihi & menyayangi Menyantuni dgn lemah lembut Bersabar melayani kerenah Berusaha memahami perubahan Prihatin dgn keperluan & tahap kesihatan Menemani temu janji rawatan & pemeriksaan kesihatan


Tanggungjawab terhadap jiran Pelihara lisan & perbuatan (ihsan) Prihatin dgn keadaan/ persekitaran jiran Muliakan jiran Tidak menyusahkan jiran dgn bau masakan. Air cucuran atap, pembangunan rumah, pembelian barang, parkir kenderaan. Menasihati untuk kebaikan dunia & akhirat Memelihara kehormatan jiran & menutup aib jiran


Orang yang tinggal hampir dengan kita. KONSEP KEJIRANAN MENURUT ISLAM Definisi jiran Dalil “...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anakanak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh”. (Surah an-Nisa` 4: 36)


A picture is worth a thousand words


Tanggungjawab terhadap jiran Muslim Mengucapkan salam Memenuhi jemputan Menziarahi ketika sakit Memberi nasihat Mendoakan kesejahteraan Mengiringi jenazah ke kubur


Dalil menyantuni jiran “Tolonglah apabila dia meminta, pinjamilah apabila dia memerlukan wang, bantulah apabila dia jatuh miskin, menziarahi apabila dia sakit, mengucapkan tahniah apabila dia mendapat anugerah, hiburkan hatinya apabila ditimpa musibah, hantarkanlah jenazahnya, jangan tinggikan bangunan rumahmu sehingga menghalang udara masuk ke rumahnya kecuali dengan izinnya, jangan ganggunya dengan bau masakan anda kecuali anda hendak memberinya, jika anda membeli buah-buahan, berikannya sebahagian, kalau tidak masuklah ke rumah anda tanpa pengetahuannya dan jangan biarkan anak anda membawanya keluar walau sebiji pun, kelak akan melukakan hati anaknya”. (Riwayat Kharaithi)


Konsep masyarakat majmuk menurut Islam Islam mengiktiraf kepelbagaian yang wujud dalam kalangan umat manusia. Kepelbagaian ini bukan diukur pada rupa paras fizikal semata-mata, bahkan melibatkan ideologi, budaya, cara hidup, agama, bahasa dsbnya. Kepelbagaian tatacara kehidupan bermasyarakat ini memerlukan sikap toleransi yang tinggi antara satu kaum dengan kaum yang lain agar keharmonian dan perpaduan kaum dapat dipelihara.


Dalil kewujudan masyarakat majmuk “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya”. (Surah al-Hujurat 49:13)


Dalil “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikan itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orangorang yang berpengetahuan”. (Surah al-Rum 30:22)


Syarat menjadi pemimpin menurut Islam Islam Baligh Adil Berpengalaman bidang agama Sempurna pancaindera Bijaksana


Prinsip-prinsip hubungan sosial manusia Persamaan dalam kalangan manusia. Bekerjasama dalam kebaikan. Pemeliharaan kemuliaan akhlak. Hubungan sesama manusia ialah ibadah. Menegakkan kemuliaan sosial. Melindungi kebebasan manusia. Menegakkan kalimah tauhid. Tidak merosakkan & tidak membantu dalam merosakkan masyarakat.


Institusi Ekonomi Islam ~Ekonomi Islam menjamin pemeliharaan harta, keamanan dan keadilan ekonomi buat semua insan~


Definisi ekonomi ● Suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia - perolehan, penggunaan/ pengurusan sumber agar selari dengan tuntutan syariah. ● Ilmu yang mengkaji penggunaan sumber manusia dan bukan manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sesebuah masyarakat. ● Satu disiplin ilmu yang mengarah kegiatan ekonomi dan mengaturnya sejajar dengan prinsip & dasar ekonomi Islam.


Allahyarham Tuan Guru Dato` Nik Abdul Aziz mendefinisikan ekonomi sebagai… Segala anugerah kekayaan hasil yang terdapat di langit dan di bumi untuk diuruskan oleh manusia yang dilantik sebagai khalifah Allah SWT. Ciri-ciri ekonomi Islam: ● Berteraskan wahyu ● Syumul ● Adil ● Miliki unsur kerohanian ● Sesuai sepanjang zaman


Dalil pensyariatan zakat: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kpada Allah SWT dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Taubah 9:71) Zakat dalam pembangunan Islam


● Penghapus sifat mazmumah ● Penawar duka kepada yang susah ● Cara melahirkan rasa syukur ● Menyuburkan keberkatan zakat Peranan zakat Jenis skim bantuan zakat 1. Pembangunan asnaf - bantuan kewangan bulanan, bantuan Aidilfitri, bantuan takaful asnaf, bantuan menyelesaikan hutang, bantuan perubatan, bantuan guaman syarie, bantuan perkahwinan, bantuan kecemasan, bantuan musibah, bantuan tambang & keperluan diri. 2. Tempat tinggal - bantuan deposit sewa rumah, sewa rumah bulanan, bantuan membina/ membaiki rumah, bantuan deposit pembelian rumah kos rendah. 3. Berdikari - bantuan perniagaan, bantuan pertanian, perikanan, penternakan, bantuan motosikal OKU, bantuan deposit sewa beli teksi, deposit van/ bas sekolah atau lori pikap (perniagaan). 4. Pendidikan - bantuan am persekolahan, pakaian, peralatan sekolah, tuisyen, bantuan am pelajaran IPT, persediaan IPT, intensif khas pelajar cemerlang. 5. Pembangunan ummah - bantuan kepada agensi kebajikan (NGO) dan institusi pendidikan, institusi tahfiz.


Bincangkan tentang fungsi dan peranan institusi berikut: 1. Perbankan Islam 2. Takaful 3. Ar-Rahnu


INSTITUSI PENDIDIKAN Bincangkan fungsi dan peranan institusi pendidikan berikut: ● Masjid ● Pondok ● universiti


INSTITUSI SIASAH Bincangkan fungsi dan peranan institusi: khilafah/ imamah Syura Hisbah


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik. Terima kasih! Anda ada soalan? Sila hubungi pensyarah kursus masing-masing


Click to View FlipBook Version