SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH
1477 -1488
KAJIAN KES SEJARAH :
TOKOH TERBILANG ZAMAN KESULTANAN
MELAYU MELAKA
BIODATA DIRI :
HADIRAH ANISAH BT SAFFIE
4 UUM
1
ISI KANDUNGAN : MS
1
BIL PERKARA 3
1. Biodata Diri. 4
2. Pengenalan. 5
3. Latar Belakang Tokoh. 6
4. Sumbangan Tokoh. 8
5. Lampiran. 9
6. Penutup.
7. Sumber Rujukan.
2
PENGENALAN :
Tokoh terbilang bermaksud individu yang mempunyai keistimewaan dan
memberikan sumbangan kepada kegemilangan sesebuah bangsa dan negara.
Sumbangannya di kenang sepanjang zaman.
Tokoh terbilang dalam Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada sultan
sebagai pemerintah dan kerabat diraja sebagai penyokong manakala pembesar
pula sebagai pelaksana pemerintah.
Tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka mempunyai keistimewaan
yang tersendiri. Begitu juga salah seorangnya iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah, di
mana satu-satunya sultan yang makamnya masih kekal hingga ke hari ini.
3
LATAR BELAKANG TOKOH :
Nama Penuh : Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Syah ibni
Sultan Mansur Shah.
Tarikh Lahir : Tahun 1455.
Nama Bapa : Sultan Mansur Shah.
Nama Ibu : Raden Galoh Cendera Kirana.
Gelaran : Marhum Berdarah Putih.
Jawatan : Sultan Melaka yang Ketujuh.
Pemerintahan : Kesultanan Zaman Melayu Melaka.
Kerabat : Kerabat Diraja Melaka.
Isteri : 1. Tun Senaja (anakanda Tun Ali dan Tun Kudu)
2. Tun Telani (anakanda Tun Perak)
Anak : 1. Raja Zainal
2. Raja Munawar.
3. Raja Hitam .
4. Raja Mahmud.
5. Raja Fatimah.
Tarikh Mangkat : Bulan Ramadan 1488.
Sebab Kemangkatan : Diracun.
Tempat Dimakamkan : Pagoh, Johor.
Keperibadian : 1. Berjiwa rakyat.
2. Serius menjaga negeri dan rakyat.
3. Memiliki ilmu agama yang luas.
4. Mengajar ilmu agama keapda pemerintah
jajahan takluknya.
5. Mentadbir dengan jujur,cekap dan amanah.
6. Adil dalam melaksanakan hukuman.
4
SUMBANGAN TOKOH :
1. Meluaskan jajahan takluknya dengan menjajah Aru.
2. Mengawal sepenuhnya Selat Melaka.
3. Mengawal aktiviti perdagangan dan jalan perairan di Selat Melaka.
4. Menjaga keamanan dan keselamatan negara.
5. Memperketatkan undang – undang Islam.
6. Menubuhkan majlis syura dan membawa masuk ramai alim ulama dalam
pemerintahannya.
5
LAMPIRAN :
MAKAM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH
PINTU GERBANG MAKAM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH
6
BATU NISAN MAKAM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH
7
PENUTUP :
Kesimpulannya, Sultan Alauddin Riayat Syah walaupun zaman
pemerintahannya tidak lama, namun baginda sangat menitiberatkan
keselamatan, kebajikan dan keamanan rakyatnya sekaligus negaranya. Baginda
yang berkeperibadian mengikut ajaran Islam sedaya upaya menunjukkan peribadi
yang sangat baik buat pembesar dan rakyatnya. Namun begitu, masih ada juga
sebahagian pembesarnya tidak menyukainya lalu mencari jalan untuk
menyingkirkan baginda dari istana.
Walau bagaimanapun, makam baginda adalah satu-satunya makam Sultan
Melaka yang masih kekal hingga ke hari ini sebagai tanda atau bukti bahawa
kegemilangan Sultan Melaka sebenarnya wujud di masa lalu, dan bukanlah cerita
dongeng semata-mata.
8
SUMBER RUJUKAN :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Alauddin_Riayat_Shah
https://www.slideshare.net/haslisahariono/kepimpinan-sultan-alauddin-riayat-
shah
https://www.google.com/search?q=sultan+alauddin+riayat+shah&hl=en-
US&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwj86LPgzenxAhVoxzgGHQ0fBPM
Q_AUoAXoECAEQAw&biw=1680&bih=939#imgrc=gVtjtTnVuPxixM
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=SULTAN+ALAUDDIN+RIAYAT+SYAH+%28
1455+1488%29
9