iii) MAD LAZIM HARFI Mad Lazim Harfi : mad yang berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu huruf. Terdapat pada 14 huruf di awal atau dipembuka 29 surah. Dibaca mengikut ejaaannya satu persatu dgn dipelihara segala hukum tajwid yg terdapat di dalamnya. Sebagai garis panduan, Huruf-huruf tersebut dibaca dengan 3 kaedah seperti berikut: Pertama: Tidak ada mad (pemanjangan suara) bagi huruf Alif (dibaca dengan bunyi “Alif”sahaja). Kedua : 5 huruf berikut dibaca sepanjang 2 harakat: Ketiga: 8 huruf berikut yg bertanda panjang atasnya dibaca sepanjang 6 harakat: Contoh ayat yang mengandungi Huruf Muqotho’ah adalah: Huruf berwarna merah dibaca dengan 2 harakat & berwarna biru 6 harakat. 6 harakat 2 harakat
iv) Mad Lazim Mukhaffaf Harfi dibaca ringan tanpa tasydid Mad ini adalah Mad Thobi'i dan Mad Lin yang bertemu sukun yang terjadi pada rangkaian huruf-huruf Muqotho’ah. Durasi bacaannya adalah 6 ketukan. Contoh Mad Lazim Mukhaffaf Harfi adalah: Huruf-huruf Mad Lazim Mukhaffaf Harfi ditampilkan dgn warna biru. Cara mambaca Mad Lazim Mukhaffaf Harfi v) Mad Lazim Harfi Muthaqqal Mad ini terjadi apabila huruf mad bertemu huruf berbaris sukun pada permulaan surah. Sebutan huruf selepas huruf mad diidghamkan (dimasukkan) ke dalam huruf berikutnya. Mutsaqqal (ertinya diberatkan atau dibaca berat) merujuk kepada bacaan idgham atau berat, iaitu jika hurufnya diidghamkan (dimasukkan) pada huruf sesudahnya, lihat contoh: Catatan : • Huruf "lam" dibaca dengan memasukkan huruf mim. Cara membacanya "laaaaamm". Sedangkan huruf "mim" yang dibaca "miiiiiim" termasuk dibaca mukhaffaf seperti point kedua di bawah.
• Biasanya hukum bacaan 6 harakat ini ditanda dengan (~) atau fathah melengkung di atas hurufnya. • Cara mudah untuk kenalpasti hukum ini, ialah apabila terdapat huruf م selepas huruf ل atau س pada setiap gabungan huruf di awal surah. Bacaan 6 harakat itu ditanda dengan (~) ___________________________________________________________________ HURUF-HURUF RINGKAS DALAM AL-QURAN 1. Satu Huruf • Huruf Sod - iaitu permulaan Surah Sod (38:1) • Huruf Nun - iaitu permulaan Surah Al-Qalam (68:1) • Huruf Qaf - permulaan Surah Qaf (50:1) 2. Dua Huruf • Huruf Tho Ha - iaitu permulaan Surah Tho Ha (20:1) • Huruf Tho Sin - iaitu permulaan Surah An-Naml (27:1) • Huruf Ya Sin - iaitu permulaan Surah Yasin (36:1) • Huruf Ha Mim • a. permulaan Surah Ghafir (40:1) • b. permulaan Surah Fussilat (41:1) • c. permulaan Surah Al-Syura (42:1) • d. permulaan Surah Al-Zukhruf (43:1) • e. permulaan Surah Ad-Dukhan (44:1) • f. permulaan Surah Al-Jathiyah (45:1) • g. permulaan Surah Al-Ahqaf (46:1) 3. Tiga Huruf
• Huruf Alif Lam Mim • a. permulaan Surah Al-Baqarah (2:1) • b. permulaan Surah Ali Imran (3:1) • c. permulaan Surah Al-'Ankabut (29:1) • d. permulaan Surah Al-Rom (30:1) • e. permulaan Surah Luqman (31:1) • f. permulaan Surah Al-Sajdah (32:1 ) • Huruf Alif Lam Ro • a. permulaan Surah Yunus (10:1) • b. permulaan Surah Hud (11:1) • c. permulaan Surah Yusuf (12:1) • d. permulaan Surah Ibrahim (14:1) • e. permulaan Surah Al-Hijr (15:1) • Huruf Tho Sin Mim • a. permulaan Surah Asy-Syu'ara' (26:1) • b. permulaan Surah Al-Qasas (28:1) • Huruf 'Ain Sin Qaf - iaitu permulaan Surah Asy-Syura (42:2) 4. Empat Huruf • Huruf Alif Lam Mim Sod - iaitu permulaan Surah Al-A’raf (7:1) • Huruf Alif Lam Mim Ro - iaitu permulaan Surah Ar-Ra'd (13:1) 5. Lima Huruf • Huruf Kaf Ha Ya ‘Ain Sod - iaitu permulaan Surah Maryam (19:1)
﷽ SENDIRI BERAMAI
ANTARA KELEBIHAN MEMBACA & MENGHAFAL AL QURAN ِّ ِّه ص َحاب ِّقيَا َم ِّة َشِّفيعًا ألَ تِّي يَ و َم ال يَأ ه َّ ِّن إ رآ َن فَ ءوا ال ق َر ا َل: اق قَ Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah al-Quran; sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.(Hadith Riwayat Muslim) Sabda Rasulullah SAW lagi: “Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang mempelajari dan mengajar al-Quran” dan “Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan berkata: "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjungi, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Dr W E WAN HASSAN 15 Muharram 1440/26 September 2018 PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih khusus kepada:- 1. Almarhum Ayahanda saya Haji Wan Embong 2. Almarhum Ustaz Datuk Dr Haji Abdul Aziz Hanafi 3. Almarhum Ustaz Haji Abdullah Abdul Rahman 4. Ustaz Haji Azahari Othman Al Hafiz 5. Ustaz Haji Salleh Sani Harun Al Hafiz 6. Ustaz Haji Hassan Fadzli Al Hafiz 7. Ustaz Haji Ismail Mohamad Al Hafiz 8. Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah dan
9. Ustaz Dr Haji Mohd Lukman Ibrahim Al Hafiz Yang telah membimbing saya belajar membaca, mendalami ilmu tajuid Al-Quran, bertalaqqi (di hadapan) dan musyafahah (terus dari mulut mereka) dan InsyaAllah sanadnya sampai kepada Rasulullah SAW. Saya menyusum sepuluh jari menadah kelingit berdoa dan terus berdoa sehingga akhir hayat semoga Allah melimpahkan ganjaran yang tak terbilang kepada mereka termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan mereka. Allahuakbar. Ya Allalh jadikanlah Al-Quran ini sebagai teman hidup kami di dunia yang fana ini, di dalam kubur sebagai teman yang rapat mesra dan di hari kiamat nanti sebagai pendinding musibah masyar dan neraka jahanam; menjadi penyuluh dan pembantu untuk melintas titian sirat dalam sekelip mata ke syurga. Amin, Ya Raballamin. Almarhum Ayahanda saya Haji Wan Embong Almarhum Ustaz Datuk Dr Haji Abdul Aziz Hanafi
Ustaz Hj Azahari Othman Al Hafiz Ustaz Hj Salleh Sani Harun Al Hafiz Ustaz Haji Hassan Fadhli Al Hafiz Ustaz Haji Abdul Halim Bin Abdullah
Ustaz Dr Haji Mohd Lukman Ibrahim Al Hafiz