PSVK3263 PENGENALAN PSV
E-PORTFOLIO
MUHAMMAD HAZIQ HAQIMIE BIN AZHAR (11G)
2021252340510
MUHAMMAD HAZIQ HAQIMIE BIN AZHAR
2021252340510
PSVK G
PISMP SEM 1
AMBILAN JUN 2022
~ Call me Haziq ~
1. PENGENALAN TERAPI SENI Lukisan
2. KEPERLUAN TERAPI SENI Kolaj
3. KONSEP TERAPI SENI Catan
4. PERKEMBANGAN TERAPI SENI Montaj
5. KAEDAH TERAPI SENI
Profesion perkhidmatan kemanusian
yang mempergunakan media seni, imej,
proses kreativiti seni dan tindak balas
klien/pesakit untuk menghasilkan produk
sebagai mencerminkan perkembangan
individu, kebolehan, personaliti, minat,
kerisauan dan pertelingkahan.
Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di
Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang
kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha
menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan
kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.
Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi
keperluanyang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang
berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat,
budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai
kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk
memastikan kepesatan pembangunan Negara kita, bukan saja ditajai oleh insan
yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang
mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap disamping kestabilan emosi.
Terapi seni merupakan salah satu terapi di mana pesakit atau
kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dapat melahirkan isi
hati mereka sendiri melalui idea serta gubahan yang mereka buat
dalam aktiviti seni visual. Salah satu keperluan dalam terapi seni
adalah untuk menyelesaikan konflik emosi yang di alami oleh kanak-
kanak pendidikan khas. Selain itu, meningkatkan kesedaran dan
semangat kendiri dalam diri setiap murid pendidikan khas juga
merupakan keperluan terapi seni dalam diri mereka.
Tidak terkecuali, keperluan terapi ini juga turut membina
kesedaran sosial dan mengubah tingkah laku sama ada secara
langsung atau pun tidak. Ada di antara mereka yang dapat di
ubah tingkah laku dalam jangka masa yang pendek dan ada
juga yang terpaksa mengambil masa yang panjang bagi
mengubah tingkah laku murid pendidikan khas ini. Ke semua
permasalah bergantung kepada tahap penyakit yang mereka
hadapi serta tahap keintelektual pemikiran mereka.
Akhir sekali, keperluan terapi seni ini juga turut membina
strategi penyelesaian masalah yang dapat difikirkan oleh guru
bagi meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran dalam
diri murid pendidikan khas dan tidak lupa juga murid
bermasalah ini juga dapat meningkatkan kemahiran
penguasaan hidu dalam deria mereka.
Konsep terapi seni adalah untuk Selain itu, konsep ini juga turut Konsep terapi seni juga
memberi bantuan rawatan tanpa mempengaruhi diri murid turut melibatkan proses
ubatan dan pembedahan dalam pendidikan khas dalam teraputik iaitu di mana ia
perlahan-lahan membantu
menyelesaikan permasalahan membentuk satu bentuk terapi
berkaitan cabang ilmu Pendidikan emosi dan tingkah laku dalam diri mereka mengawal
Seni Visual. kedua pula, Instrumen kecelaruan dalam minda
yang membantu pelajar mengatasi mereka. Hasil kerja daripada serta merupakan proses
kekeliruan serta mengawal emosi setiap pelajar dapat menzahirkan
dan tekanan dalam menghadapi seni yang membantu
luahan seni pesakit sama ada membaiki fizikal, mental
proses pengajaran dan melalui lakaran, lukisan atau
pembelajaran dalam kehidupan dan emosi pesakit.
binaan (sculptures) serta
seharian. membantu minda mereka memberi
tumpuan pada hasil seni.
Wujud sejak dari zaman dahulu kala dan usianya
adalah sejak kurun kemunculan manusia dari
zaman dahulu kala
Zaman pra-sejarah dengan imej haiwan di gua-gua,
simbol yang estetik menghiasi keranda masyarakat
Mesir serta lukisan-lukisan erotik yang wujud pada
zaman roman dan corak-corak dekor yang diguna
pakai pada baju-baju besi pahlawan Gladiator
sebagai perlindungan
Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai
instrumen pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi,
negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat,
Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan
kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah,
kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan
diiktiraf menjadi karier kategori profesional
Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris
dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah
menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan
dan catan suatu sumbangan yang amat berharga kepada proses terapi. Di
antara 1940an dan 60an, ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan
diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik sebagai
penasihat psikaitris atau penguasa perubatan.
Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam
perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan
tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint
Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan
Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.
Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya
‘Teori Perkembangan Kanak-kanak’ menulis tentang terapi
seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang
melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai
maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya
memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada
ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu
rupa. Victor Lowen Seld mengkaji beribu ribu lukisan yang
memberi pengertian yang tersurat dan tersirat.
Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi
mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan
psikologi terhadap pelajar pelajar.
Kaedah pelaksanaan terapi ini boleh dilakukan di dalam kelas
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Guru juga
boleh menerapkan unsur seni visual dalam pengajaran mereka
supaya pengajaran pada hari itu lebih menarik dan menyeronokkan.
Unsur terapi seni ini boleh di masukkan dalam langkah pengajaran
mereka sama ada dalam langkah dua atau tiga. Ia juga boleh di
jadikan salah satu aktiviti yang boleh menarik minat para pelajar
untuk terus mengikuti P&P guru tersebut.
Antara aktviti seni yang boleh dilakukan adalah seperti seni Lukisan,
Kolaj, Catan serta Montaj.
KAEDAH LUKISAN
KOLAJ
CATAN
MONTAJ
Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan
dengan garisan di atas permukaan rata dengan
menggunakan media kering atau menggunakan warna
paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur
garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas
untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga
adalah terhasil secara spontan mengikut gerak hati
atau perasaan pelukis itu.
PELAAKKSTIAVNIATIA/NLATENRGAKPAI HSENI
~LUKISAN~
Guru sediakan kertas
lukisan dan pensel untuk
para murid
Murid-murid cuba melakar apa yang ingin dilukis
secara spontan menggunakan pensel.
Hasil daripada lakaran spontan murid
Pekatkan di bahagian-bahagian yang bersilang agar nampak
bentuk lukisan mereka dan ini merupakan hasilnya.
Selepas selesai aktiviti, RUMUSAN
guru meminta para murid
untuk membentang dan Para murid dapat meluahkan apa yang
mengekspresikan lukisan terpendam melalui penghasilan karya mereka.
mereka di hadapan kelas. Mereka dapat mengasah lagi bakat dalam
melukis.
Guru pula dapat mengenali murid tersebut
dengan lebih mendalam berdasarkan lukisan
mereka.
Guru dapat memupuk daya kreativiti para
murid melalui seni.
Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong,
mengoyak, menggunting, menampal, menindih
bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D.
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan
kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis
kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
PELAAKKSTIAVNIATIA/NLATENRGAKPAI HSENI
~KOLAJ~
Guru menyediakan gambar yang hendak dilukis oleh semua murid dan alatan
untuk membuat kolaj seperti kertas lukisan, gam dan kertas warna.
Guru menyuruh murid untuk lukis semula gambar yang
dipaparkan di atas kertas yang diberikan menggunakan pensel
Guru memberikan arahan kepada murid untuk koyakkan kertas
warna sehingga menjadi kecil sebelum memulakan aktiviti kolaj
Kemudian, tampal kertas warna yang sudah dikoyak pada
setiap ruang gambar yang dilukis pada awal tadi dengan gam
Kemudian, inilah hasilnya selepas
mengisi setiap ruang gambar
tersebut dengan kertas warna
yang dikoyakkan tadi. Keputusan
akhirnya para murid dapat
melihat bentuk dan warna bunga
yang seakan-akan timbul.
Selepas selesai aktiviti, RUMUSAN
guru meminta para murid
untuk membentang dan Para murid dapat meningkatkan skil motor halus.
mengekspresikan lukisan Dengan memegang bende kecil dan halus,
mereka di hadapan kelas. menggunting dan menampal antara latihan yang
dapat melatih skil motor halus mereka.
Para murid dapat memantapkan fokus mereka
dalam penghasilan sesuatu karya mereka yang
tersendiri.
Guru pula dapat memupuk sikap sabar dan teliti
dalam diri para murid ketika melakukan aktiviti
kolaj ini.
Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas
permukaan rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke
atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau
alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan
perasaan, membuat interpretasi pandangan atau
merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu
sama ada yang nyata atau abstrak.
Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna
poster, warna air, cat akrilik, cat minyak, cat tempera
dan Fresko (Kapur plaster).
PELAAKKSTIAVNIATIA/NLATENRGAKPAI HSENI
~CATAN~
Guru akan menunjukkan terlebih dahulu contoh karya catan yang telah
siap dihasilkan kepada murid supaya murid mendapat gambaran mengenai
aktiviti yang bakal dilangsungkan.
Guru akan memperkenalkan warna dan meminta murid untuk menyebut
warna yang ada pada karya catan tersebut agar murid dapat mengenali
warna yang akan digunakan nanti.
HIJAU
PUTIH
COKLAT
KUNING MERAH
Guru akan mengedarkan warna, berus dan kertas lukisan yang
mempunyai lakaran sebuah rumah kepada semua murid.
Guru menunjukkan cara-cara demonstrasi membuat catan iaitu
mewarnakan lukisan dengan betul dengan menggunakan warna yang sesuai.
Akhir sekali, guru meminta murid untuk
mewarnakan lakaran gambar mengikut
kreativiti murid di mana murid akan
dapat meluahkan perasaan mereka
mengenai kehidupan mereka di rumah
sama ada mereka gembira ataupun
sebaliknya.
Berikut merupakan hasil catan
yang sudah siap daripada murid
yang meluahkan perasaan mereka
dalam catan ini. Mereka mewarna
lukisan ini mengikut kreativiti
dan emosi mereka yang tersendiri
agar dapat mengekspresikan diri
mereka.
Selepas selesai aktiviti, RUMUSAN
guru meminta para murid
untuk membentang dan Para murid dapat meluahkan apa yang
mengekspresikan lukisan terpendam melalui penghasilan karya mereka.
mereka di hadapan kelas. Mereka dapat mengasah lagi bakat dalam
mewarna.
Guru pula dapat mengenali murid tersebut
dengan lebih mendalam berdasarkan hasil
karya mereka.
Guru dapat memupuk daya kreativiti para
murid melalui seni.
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan
gambar dari pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk
menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan lain-lain. Aktiviti
montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan
mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar
(mozek) boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj.
Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
Teknik super impose, image editing photographydigunakan dengan
menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Tema bagi aktiviti
menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam
benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna
kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.
PELAAKKSTIAVNIATIA/NLATENRGAKPAI HSENI
~MONTAJ~
Guru memperkenalkan aktiviti montaj kepada murid dengan memberikan sedikit
penerangan tentang aktiviti montaj. Kemudian, guru menunjukkan contoh
montaj yang menarik yang telah siap dihasilkan kepada murid.
Guru memberikan penerangan mengenai bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan montaj
Guru menunjukkan cara-cara demonstrasi membuat montaj iaitu dengan
cara memotong dan menampal gambar pada kertas lukisan.
Akhir sekali, guru meminta murid untuk menghasilkan montaj dengan
ikut kreativiti mereka yang tersendiri.
Ini merupakan hasil yang
sudah siap daripada
cantuman setiap gambar
yang dipotong oleh murid
bersama bimbingan guru.
Selepas selesai aktiviti, RUMUSAN
guru meminta para murid
untuk membentang dan Para murid dapat mengalami perkembangan
mengekspresikan lukisan psikomotor kerana dapat menggunakan otot
mereka di hadapan kelas. tangan dan pancaindera mereka secara
teratur dan sistematik bagi menyusun dan
menampal gambar bagi menghasilkan sesuatu
montaj.
Murid juga dapat meningkatkan daya kreativiti
mereka dalam penghasilan sesuatu karya.
Kesimpulannya, banyak aktiviti yang dapat dijalankan untuk terapi seni. Seperti yang telah
dinyatakan di atas terdapat 4 bidang yang boleh diaplikasikan di dalam terapi seni iaitu bidang
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir
sekali mengenal kraf tradisional. Melalui aktiviti seperti ini juga dapat mengurangkan tekanan
perasaan murid, memberi peluang murid untuk merasa seronok semasa sesi pembelajaran,
memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan karya sendiri dan juga memberi peluang
kepada murid untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka. Kelebihan terapi seni untuk guru pula
ialah, guru dapat mengesan masalah dalam diri murid. Contohnya jika murid merasa marah, guru
boleh melihat warna yang digunakan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan yang
diberikan. Selain daripada itu, guru dapat mengenali murid dengan lebih mendalam melalui terapi
seni, contohnya warna yang diminati oleh murid, siapa yang disayangi oleh murid, latar belakang
hidup murid dan lain – lain lagi. Oleh itu, banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti
terapi bukan sahaja untuk guru malahan untuk murid.
Pkhas, C. (2022, September 20). TERAPI SENI. Retrieved September 20, 2022,
from http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/04/terapi-seni.html
Wahab, N. I. A. (n.d.). Terapi seni. Retrieved September 20, 2022, from
https://www.slideshare.net/izzatinurr/terapi-seni
TERAPI SENI. (n.d.). Retrieved September 20, 2022, from
http://specialneeds2014.blogspot.com/p/terapi-seni.html
Azlan, U., & Profile, V. M. C. (n.d.). Terapi Seni Visual. Retrieved September 20,
2022, from http://nyampendidikankhas.blogspot.com/p/terapi-seni-visual.html
> TERIMA KASIH <