The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by halimi6635, 2021-12-09 04:14:15

up c BUKU CENDERAMATA ANUGERAH GTR

up c BUKU CENDERAMATA ANUGERAH GTR

Isi Kandungan 1-2
3
1. Sekilas Pandang GTR Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia 4
2. Atur Cara Majlis 5
3. Ucapan Alu-aluan Presiden Kelab GTR 6
4. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Koperasi GTR
5. Ucapan Perasmian Oleh 7
8
Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan 9
6. Jawatankuasa Program 10
7. Senarai AJK Kelab
8. Senarai ALK Koperasi 11
9. Senarai Anugerah GTR 2021 12
10. Program GTR 13-14
15-16
10.1 Aktiviti GTR 17
10.2 Penglibatan GTR Bersama Kementerian 18-19
10.3 Pameran dan Expo
10.4 Projek Amal GTR 20-21
10.5 Kembara GTR 22-25
10.6 Siri Kursus GTR 25-29
11. Projek Korperasi GTR
11.1 Korban GTR 30
11.2 GTR Meat
11.3 GTR Burger
8. Penghargaan



Sekilas Pandang GTR

KELAB GENERASI TRANSFORMASI RUMINAN MALAYSIA BERHAD
(No. pendaftaran.: PPM-008-14-19022014)

KELAB GENERASI TRASFORMASI RUMINAN MALAYSIA (GTR) telah didaftarkan pada 19hb
Febuari 2014 dan mempunyai 4 Cawangan di Zon Utara, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan
Zon Sabah & Sarawak. Keahlian kelab kini hampir 10 ribu ahli yang terdiri daripada para
penternak ruminan seperti lembu, kambing, biri biri, rusa, kerbau dan lembu tenusu.

Kelab GTR menjalankan aktiviti sosial dalam kalangan penternak ruminan ini
sepanjang tahun bagi mengeratkan silaturrahim selain menjalankan program menambah ilmu
para penternak dengan pelbagai acara dan kursus. Selain itu, Kelab GTR juga sedaya upaya
menjalankan misi bantuan bencana banjir agar nasib para penternak dan ternakan mendapat
pembelaan sewajarnya. Kelab GTR juga semakin dewasa bagi mendepani pelbagai cabaran
isu semasa ketika ini yang sering melanda industry penternakan negara

KOPERASI KELAB GENERASI TRASFORMASI RUMINAN (M) BHD telah ditubuhkan
sejak 2015 lagi, namun baru saja mula diaktifkan mulai tahun 2020 dan semakin agresif
menjalankan aktiviti perniagaan pada tahun 2021 yang memberikan nilai jualan sehingga
lebih RM5 juta dari 3 cabang perniagaan iaitu GTR Meat, GTR Korban dan GTR Burger.

1. AKTIVITI GTR
Sepanjang 7 tahun penubuhan Kelab GTR ini sentiasa aktif menjalankan pelbagai aktiviti
berkaitan penternak tempatan namun agak perlahan pada 2 tahun kebelakangan ini akibat
PKP. Semua Zon GTR juga tidak ketinggalan mengadakan aktiviti di Zon masing masing dan
akan kembali diperkasakan pada tahun 2022 kelak.

2. PENGLIBATAN GTR DENGAN PIHAK KERAJAAN
Kelab GTR seringkali mewakili Persatuan Penternak Ruminan Malaysia dalam beberapa
jawatankuasa dan mesyuarat yang melibatkan dasar serta perkembangan industri ruminan
negara.

3. PAMERAN DAN EKSPO
GTR tidak pernah ketinggalan menjadi antara pemain utama setiap kali ada penganjuran
MAHA dan juga HPPNK sejak tahun 2014 lagi.

4. PROJEK AMAL GTR
Misi membantu penternak ruminan sentiasa digerakkan apabila berlakunya bencana banjir
sepanjang tahun. Kini GTR telah menubuhkan Pasukan Civil Defence Emergency Team
(CDERT) Bersama pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penubuhan
Tabung Bantuan Ruminan Bersama Ikhlas.com

1

5. KEMARA GTR
Sebelum PKP melanda, Kelab GTR sentiasa mengadakan siri kembara di dalam dan luar negara
bagi meluaskan pandangan para penternak negara dan mencari peluang peluang baru yang
berkaitan dengan aktiviti perniagaan dan projek ahli
6. SIRI KURSUS GTR
GTR sentiasa menganjurkan pelbagai kursus berkaitan keusahawanan ruminan kepada ahli
dan para penternak terutamanya program GEGAR GTR yg Berjaya melahirkan begitu ramai
usahawan dlm pelbagai bidang ini.
7. GTR KORBAN
Koperasi GTR pada tahun ini telah berjaya menguruskan sejumlah 648 ekor lembu korban dan
mengedarkan 68,000 kg daging korban bagi pihak YBIM dan AEON seluruh negara.
8. GTR MEAT
Koperasi GTR berjaya mewujudkan 60 kedai daging atas talian melalui portal
www.gtrburger.my yang memberi peluang kepada ahli bagi mempelajari pengurusan kedai
daging tanpa memerlukan modal dan pengalaman.

Program ini bertujuan memasarkan daging segar tempatan yang juga telah mendapat
perhatian pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Pihak Suruhanjaya
Koperasi Malaysia yang telah menyalurkan bantuan Geran Promosi dan perlatan. Transaksi
jualan daging kini telah mencecah RM150ribu setiap bulan dan sasaran jualan sebanyak RM1
juta sebulan mulai tahun 2022 nanti.
9. GTR BURGER
Koperasi GTR berjaya mewujudkan Sistem Digital www.gtrburger.my bagi membimbing anak
muda GTR yg berminat untuk menjadi usahawan Burger. Dalam tempoh beberapa bulan
sahaja pada tahun ini telah membuka hampir 50 Gerai GTR Burger di seluruh negara sehingga
Sabah dan Sarawak. Sasaran pembukaan sebanyak 1000 gerai pada dalam tempoh 3 tahun
ini sebenarnya turut membantu memasarkan daging segar tempatan melalui patty burger
sebagai salah satu tujuan perniagaan ini.

2

ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG

9.00 pagi : Pendaftaran ahli Koperasi GTR
10.00 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi GTR Kali ke-2
10.30 pagi : Pendaftaran ahli Kelab GTR
11.00 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan Kelab GTR kali ke -6
12.30 tengah hari : Buffet Hi Tea

ATUR CARA MAJLIS MALAM ANUGERAH GTR
2021

6.00 petang : Pendaftaran dan kehadiran tetamu
7.30 malam : Kehadiran tetamu kehormat
8.00 malam : Bacaan doa
8.10 malam : Ucapan Presiden Kelab GTR

8.30 malam Tuan Haji Hussain bin Jaapar
: Ucapan Pengerusi Koperasi GTR
8.40 malam
Tuan Haji Nordin bin Mat
11.30 malam : Ucapan Perasmian

YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
: Makan malam
Persembahan Artis Jemputan
: Penyampaian Anugerah GTR 2021
: Penutup

3

Ucapan Alu-ALUAN Presiden Kelab GTR

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat yang telah
diberikan kepada kelab GTR selama ini. Kita dapat lihat penyatuan penternak-penternak kecil,
sederhana dan besar di bawah satu payung peringkat kebangsaan iaitu Kelab GTR.

Sejak mula gerak kerja kelab GTR, sambutan dan kerjasama yang diberikan sangat
menggalakkan. Semua aktiviti dan program menjadi mudah dan berjaya mencapai sasaran.
Tambahan lagi, kelab GTR sangat beruntung kerana mendapat pelbagai bantuan dan
peruntukan bajet dari pihak kerajaan terutamanya MAFI. Dengan peruntukan ini, pelbagai
aktiviti program berskala dan berimpak besar di peringkat kebangsaan telah dapat dijalankan.

Contohnya, peruntukan yang diberikan oleh MAFI untuk kelab GTR melaksanakan
program kursus dan latihan di setiap negeri yang memerlukan bajet besar dan komitmen
tinggi dari urus setia dan peserta-peserta. Alhamdulillah, kelab GTR berjaya melaksanakan
amanah besar ini.

Kita sudah maklum program MAHA di MAEPS, Serdang yang dianjurkan MAFI. Kelab
GTR juga telah diberi peruntukan untuk terlibat sama dengan program MAHA ini untuk
merancakkan kehadiran pengunjung serta mengajar dan memberi maklumat kepada hadirin
dan bakal penternak. Booth pameran kelab GTR mendapat sambutan hangat oleh
pengunjung dan kelab mendapat maklumbalas yang memberangsangkan dari hadirin
mengenai aktiviti kelab GTR dan booth pameran kelab GTR di MAHA.

Akhir kata, saya menyeru semua penternak ruminan dan ahli kelab GTR supaya lebih
aktif berpersatuan. Berpersatuan amat penting untuk penternak dalam pelbagai manfaat.
Antaranya adalah kebajikan ahli dapat di bantu oleh persatuan dikala penternak menghadapi
kesulitan hidup dan malapetaka dengan haiwan ternakan. Ilmu penternakan juga dapat
ditambah melalui platform kelab.

Selamat maju jaya penternak ruminan Malaysia.

Tuan Haji Hussain bin Jaapar
Presiden
Kelab Generasi transformasi Ruminan Malaysia

4

Ucapan Alu-ALUAN Pengerusi Koperasi GTR

Bismillahirohmanirrohimmm

Saya memanjatkan sepenuh kesyukuran atas kesempatan dan peluang bagi kita semua
berkumpul hari ini dengan SOP pasca PKP dan namun kita masih lagi berada dalam fasa
pandemik ini.

Malam Anugerah GTR 2021 yang gilang gemilang ini adalah sempena dengan
Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kelab GTR kali ke-6 dan Koperasi GTR kali ke-2 yang diadakan
pada siang hari tadi dan pada malam ini kita berkumpul bagi meraikan rakan-rakan penternak
ruminan GTR yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Acara ini pada kami adalah sangat bermakna kepada komuniti penternak ruminan
negara yang telah mengharungi pahit getir selama dua tahun menghadapi situasi yang sangat
mencabar serta memberi tekanan yang bukan kepalang kepada semua pihak dari segi projek
penternakan dan perniagaan yang berkaitan ruminan.

Lanskap dunia pada hari ini telah berubah dari pelbagai faktor dan kami di GTR telah
menyusun langkah baru mentransformasikan industri ini dengan acuan yang kami bina
mengikut pengalaman dan kepakaran ahli Kelab dan Koperasi GTR yg telah bergabung sejak
tahun 2013 yang lalu.

Koperasi GTR telah mula aktif sepenuhnya pada tahun 2021 ini dengan beberapa
projek yang berkaitan dengan industri ruminan seperti projek GTR Meat, GTR Korban dan GTR
Burger yang mana telah memberi pencapaian yang sangat memberangsangkan dengan jualan
keseluruhan melebihi RM5 juta dan telah menyasarkan jualan RM15 juta pula pada tahun
2022 nanti.

Saya memohon sokongan padu semua pihak dari golongan penternak , penjawat
awam hingga ke pembuat dasar di peringkat Jabatan dan Kementerian agar terus dapat
bersatu padu dan menyokong program yang dianjurkan oleh GTR pada masa hadapan.

Terima kasih atas segalanya

GTR DI HATI
NORDIN MAT
PENGERUSI KOPERASI GTR (M) BHD

5

SEKAPUR SIREH

Salam Sejahtera

Pertamanya, saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Kelab dan Koperasi
Group Transformasi Ruminan (GTR) di atas penganjuran Malam Anugerah GTR Tahun 2021.

Industri ternakan ruminan di Malaysia merupakan satu industri yang penting sebagai
sumber protein negara dan menjadi salah satu industri utama agromakanan. Subsektor
ternakan diunjurkan akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada
Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) 6 % daripada RM17.15 bilion pada tahun 2021
kepada 28.98 bilion pada tahun 2030. Subsektor ini juga dijangka bakal menyumbang antara
32.38% hingga 36.40% kepada jumlah KDNK sektor agromakanan dari tahun 2021 hingga
tahun 2030. Sehingga kini, tahap sara diri (SSL) daging lembu/kerbau adalah pada 20.7%
manakala daging kambing/bebiri sebanyak 9.4%. SSL kedua-dua komoditi ini merupakan
antara yang terendah. Bagi memastikan rakyat mendapat bekalan daging segar yang
mencukupi, Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) telah mensasarkan tahap SSL
tersebut ditingkatkan kepada 50% pada tahun 2030.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Kerajaan telah merancang beberapa
program yang mampu memberi impak yang signifikan kepada industri ternakan negara.
Antaranya ialah Program Peningkatan Tenusu Negara, Program Peningkatan Ruminan, Rezeki
Ternak Ruminan & Unggas dan Program Taman Kekal Pengeluaran Ruminan. Manakala di
bawah Bajet 2022, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi Program
Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirung
Sawit bagi membolehkan 50,000 orang penternak kecil ruminan mendapatkan bekalan
makanan ternakan dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran.

Di sepanjang tempoh pandemik Covid-19, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai
strategi untuk membantu golongan penternak yang terjejas termasuk Skim Rezeki Ternak
Ruminan dan Unggas serta Program Peningkatan Pengeluaran Tenusu Negara. Sesungguhnya,
dalam usaha untuk memperkasa industri ruminan ini, Kerajaan tidak dapat melakukannya
tanpa kerjasama erat dengan pelbagai pihak termasuklah pemain industri, pihak swasta dan
NGO seperti Kelab dan Koperasi GTR. Oleh itu, saya menghargai dan mengalualukan usaha
yang telah dilaksanakan oleh kelab ini untuk merancakkan aktiviti ruminan negara dan secara
tidak langsung menjaga kebajikan ahli persatuan.

Besar harapan saya semoga peranan yang dimainkan oleh Kelab dan Koperasi GTR dan
para penternak lain dapat memperkukuhkan lagi tahap sekuriti makanan negara supaya lebih
berdaya tahan dan lestari. Saya juga menyeru agar semua pihak dapat memberikan kerjasama
kepada Kerajaan dalam memperkasakan salah satu subsektor agromakanan negara yang
pastinya akan memberi manfaat yang besar kepada negara.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Kelab dan Koperasi GTR dan
semua penternak ruminan di Malaysia.

YB DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE
Menteri Pertanian dan Industri Makanan

6

JAWATANKUASA PROGRAM

PENGERUSI : TUAN HAJI HUSSAIN BIN JAAPAR
TUAN HAJI NORDIN BIN MAT
NAIB PENGERUSI :
PUAN HAJAH MAHFIAH BINTI MUSTAFA
BENDAHARI : ENCIK MOHAMMAD AZHAN BIN JAMALUDIN
ENCIK JOE RYZAL
SETIAUSAHA : PUAN SITI FARAH NADIAH BINTI AHMAD
ENCIK ZAINAL BIN MOHD JAIS
SEKRETARIAT : ENCIK MOHD SHAKRAN BIN SHAMSUDIN
ENCIK ARIF MIRZA BIN MAHMOOD MIRZA
PENGURUS ACARA : TS. DR. YUSRI BIN ARSHAD

PENGURUS ANUGERAH GTR :

SAMBUTAN & PROTOKOL :

TAJAAN :

JEMPUTAN :

BUKU PROGRAM & :

MONTAJ

7

SENARAI AHLI JAWATANKUASA
KELAB GTR

PENGERUSI : TUAN HAJI HUSSAIN BIN JAAPAR

TIMBALAN PENGERUSI : TUAN HAJI NORDIN BIN MAT

SETIAUSAHA : PUAN HAJAH MAHFIAH BINTI MUSTAPA

BENDAHARI : ENCIK MOHD NAHRULHISHAM BIN MAHAMUD

AHLI JAWATANKUASA
1. CIK MELLISA ALINA BINTI YUSOFF
2. TUAN HAJI NOOR SALLEHIN BIN OTHMAN
3. ENCIK KAMARRUZAMAN BIN ABDUL JALIL
4. ENCIK MOHD FAISAL SYAHNI SABARUDDIN
5. ENCIK SALAM NGILO
6. DR VIJAYA JAYAM A/L KANAGAMY
7. DR MOHD AZID BIN KABUL
8. ENCIK QASEM WALID AL-HASAN
9. PUAN ROZITA@RAMLAH AZIZA BINTI SHAHAR
10. ENCIK MOHD NAJIB BIN JALIL
11. ENCIK SHAZREEL ANUAR BIN SHARIFUDIN
12. ENCIK AHMAD ZHARIF BIN ANUAR
13. ENCIK PRAGASH A/L KRISHNAN

JURUAUDIT DALAMAN
1. Ts. DR. YUSRI BIN ARSHAD
2. ENCIK BAKRI BIN PAWERDI
3. ENCIK SITI FARAH NADIAH BINTI AHMAD

8

SENARAI AHLI LEMBAGA PENGARAH
KOPERASI GTR

PENGERUSI : TUAN HAJI NORDIN BIN MAT
SETIAUSAHA : PUAN HAJAH MAHFIAH BINTI MUSTAPA
BENDAHARI : ENCIK ASRI BIN OTHMAN

AHLI LEMBAGA KOPERASI
1. ENCIK MOHAMMAD AZHAN BIN JAMALUDIN
2. ENCIK ZAINAL BIN MOHD JAIS
3. ENCIK MOHD SHAKRAN BIN SHAMSUDIN
4. ENCIK ZULKEFLI BIN IBRAHIM
5. ENCIK ARIF MIRZA BIN MAHMOOD MIRZA
6. ENCIK DOUGLAS KABUL@MOHD AZID BIN KABUL

JURUAUDIT DALAMAN
1. TS. DR. YUSRI BIN ARSHAD
2. ENCIK BAKRI BIN PAWERDI
3. PUAN SITI FARAH NADIAH BINTI AHMAD

9

SENARAI ANUGERAH GTR
MAJLIS ANUGERAH PENTERNAK JAYA DAN

MAKAN MALAM GALA GTR 2021

ANUGERAH GTR 2021

STALL GTR BURGER TERBAIK
KEDAI GTR MEAT TERBAIK

AKTIVIS GTR TERBAIK

PENTERNAK MUDA GTR KATEGORI TERNAKAN LEMBU
PENTERNAK MUDA GTR KATEGORI TERNAKAN TENUSU
PENTERNAK MUDA GTR KATEGORI TERNAKAN KAMBING

PENTERNAK MUDA GTR KATEGORI TERNAKAN RUSA
PENTERNAK MUDA GTR KATEGORI PEMBAKA KAMBING

PENTERNAK MUDA GTR KATEGORI PEMBAKA LEMBU

LADANG NAPIER TERBAIK
PRODUK HILIRAN DAGING TERBAIK

PRODUK HILIRAN SUSU TERBAIK
PHOTO TERBAIK GTR

ANUGERAH KHAS PENTERNAK RUMINAN CEMERLANG GTR
ANUGERAH KHAS JIHAD PENTERNAK GTR
ANUGERAH KEPIMPINAN GTR 2021

10

PROGRAM GTR

AKTIVITI GTR 7. AGM GTR pusat dan ZON GTR setiap tahun
1. Penubuhan Kelab GTR 2013

2. Persidangan Industri Ruminan 2014 8. Persidangan Ruminan

3. Penubuhan Kelab GTR Zon Utara 2014 9. Persidangan lembu tenusu dan kambing

4. Penubuhan Kelab GTR Zon Selatan 2014 10. GTR bersama Institut Veterinari Malaysia

5. Penubuhan Kelab GTR Zon Sabah 2016 11. GTR bersama Kolej Pertanian Malaysia KPM

6. Pelancaran Koperasi GTR 2015

11

PENGLIBATAN GTR DALAM INDUSTRI RUMINAN PERINGKAT KEMENTERIAN
1. Ahli Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (MLPK
2. Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara

12

PAMERAN DAN EKSPO 4. MAHA 2018
1. MAHA 2014 5. HPPNK 2019
6. Food and Baverage Expo FABEX , Tokyo Jepun
2. MAHA 2016

3. HPPNK 2017

13

14

PROJEK AMAL GTR 6. Misi Bantuan Banjir Kedah
1. Misi bantuan banjir GTR 2013 7. Misi Bantuan Banjir Johor
2. Pembinaan Kandang OKU adik Muslim 2013 8. Misi banjir Sabah
3. Misi bantuan banjir 2014 Misi 4 hari 4 Negeri 9. Misi banjir Melaka
4. Pembinaan Rumah Ibu tunggal 2014 10. Tabung bantuan ruminan GTR
5. Misi banjir Pantai Timur

15

16

KEMBARA GTR 6. Program Kolaborasi GTR bersama
UNIVERSITI QUEENSLAND
1. Kembara GTR ke Ladang CHOKCHAI, 7. Kembara GTR ke Hokkaido, Japan
Thailand 8. Kembara GTR ke MALANG, INDONESIA
2. Kembara GTR ke KASETSART UNIVERSITY 9.
3. Kembara GTR ke AUSTRALIA 10. Kursus Pembuatan Cream Cheese di
4. Kembara GTR ke Bandung, Indonesia Hokaido, Japun
5. Kembara GTR ke Ladang PAKCHONG

17

SIRI KURSUS GTR 6. Kursus hiliran bawah – pemprosesan
susu dan daging
1. 24 siri GEGAR Kursus Ruminan seluruh 7. Kursus mutton panggang
Negara 2016
2. 5 siri GEGAR 2.0 Inkubator Ruminan 8. urusuntik AI dan mobile team GTR 2018
Negara 2017 9. Kursus membuat keju mozzarella
3. Kursus keju, yogurt dan manisan arab
4. Kursus pengurusan Napier dan
pemprosesan silaj
5. Kursus keju, yogurt dana ais krim

18

19

Korban GTR
Kerjasama erat antara Koperasi Kelab GTR dengan pihak NGO Yayasan Budi Ihsan Malaysia
serta korporat seperti AEON dan Malakat Mall dalam menjayakan program korban 1442H
mengikut SOP / norma baru.

20

21

Projek GTRmeat

Koperasi GTR Malaysia Berhad melalui gtrmeat.my berazam
menjadi peneraju dalam sektor pembekalan daging halal runcit
dengan menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan
kepada pengguna di seluruh negara.

Pewujudan One Stop Centre sebagai langkah
penyelesaian isu-isu berbangkit dan juga untuk menjamin
kesinambungan kecemerlangan prestasi terkini Koperasi Kelab
GTR Malaysia.

Berfungsi sebagai satu pusat Bermula pada 24 Januari 2021
Sehenti dalam mengedarkan Sebagai saluran penjualan
Produk daging tempatan Produk daging secara online.

22

Geran Galakan Pemasaran oleh pihak
Kementerian telah dimanfaat sepenuhnya
oleh koperasi untuk menjenamakan daging
tempatan dalam bentuk premium dan
juga jualan burger bagi membantu para
penternak.

PORTAL ONLINE – gtrmeat.my

23

Contoh paparan kedai online dalam portal gtrmeat.my yang menunjukkan pelbagai maklumat
penting seperti papan tanda kedai tersebut, nama stokis, produk terlaris dan juga lokasinya.

24

6.5. Projek GTRburger
Projek GTRburger dilancarkan oleh Koperasi GTR untuk melatih dan membimbing penternak
ruminan menjadi usahawan berdaya maju dengan produk hiliran burger. Tawaran pemilik
warung burger ini tidak terhad kepada penternak sahaja, malah ia terbuka kepada sesiapa
sahaja yang berminat dan wajiblah mengikut syarat dan terma serta peraturan SOP oleh
Koperasi GTR.

Sistem rantaian bekalan dan pemasaran sistematik dan lengkap ini menggunakan
platform atas talian gtrburger untuk merekod dan memantau prestasi usahawan gtrburger.

25

Burger wagyu adalah tarikan utama gtrburger disamping pelbagai jenis burger yang bermutu
tinggi yang lain.

Patty yang berkualiti diproses dan dikilangkan sendiri oleh GTR

26

Sesi taklimat teori dan latihan praktikal disediakan buat bakal usahawan GTR Burger

PLATFORM ONLINE – gtrburger.my
27

PRESTASI DAN STATUS TERKINI – SAMBUTAN HANGAT
28

29

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Pertubuhan Peladang Kuala Langat
Desa Selatan Beef
Ternakan N&A Wawasan
Farm Fresh
Semua Ahli Jawatan Kuasa Kelab GTR
Semua Ahli Lembaga Koperasi GTR
Semua Ahli GTR

30


Click to View FlipBook Version