The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7606337, 2021-07-19 02:20:36

Lim Boon Yew KRS

Lim Boon Yew KRS

FLIPBOOK BUKU LOG
KADET REMAJA SEKOLAH

NAMA :LIM BOON YEW
KELAS :3AL-FARABI
KRS :KADET REMAJA

SEKOLAH

LOGO DAN MAKSUDNYA

 Kadet Remaja Sekolah Malaysia ialah sebuah pergerakan mirip
pengakap yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai
sepasukan pertubuhan belia.

SEJARAH KADET REMAJA
SEKOLAH MALAYSIA

 Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En.
Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan
Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali
sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan
beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA).
Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar
tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar
cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia ,
bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

 Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh
negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM
secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah
diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd
Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis
mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah
jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas
kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi
nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau
bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada
KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

OBJEKTIF PASUKAN

 meningkatkan kekompakan dan kerjasama
 meningkatkan keberkesanannya
 menjalankan tugasaan yang sangat rumit serta memiliki

banyak subtugas yang saling bersandaran
 Mencapai cita-cita diri
 Melatihkan diri dalam perjalanan yang mencapai cita-cita

CONTOH PAKAIAN KADET REMAJA SEKOLAH

LAGU KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kreatif,

Ke arah kecemerlangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,

Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,

Kekalkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.

KAWAD KAKI

 Kawad kaki ialah pergerakkan anggota badan seperti kaki
dan tangan untuk tujuan perbarisan. Untuk membentuk
seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia.Seterusnya, kawad kaki juga boleh membentuk anggota
kumpulan supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.Kawad
kaki untuk membentuk ahli pasukan yang mempunyai tahap
disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah.


Click to View FlipBook Version