E-BULETIN E D I S I 3 | M E I 2 0 2 3
ALUAN PENGARAH Puji dan syukur dipanjatkan kehadrat ilahi atas nikmat iman dan islam. Selawat dan salam buat junjungan tercinta Rasulullah S.A.W dan seluruh ahli bait. Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Ar-Rahman kerana berkat kasih sayang-NYA, Pusat Pengajian Asasi UniSHAMS berjaya menerbitkan e-buletin edisi ke3 tahun 2023. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada krew editor ASASI yang bertungkus-lumus menyiapkan e-buletin kali ini. E-buletin ASASI adalah salah satu wadah penyampai maklumat secara langsung tentang aktiviti dan program yang berlangsung sepanjang tahun sama ada yang melibatkan P&P ataupun lapangan. Besar harapan saya agar segala usaha Pusat Pengajian Asasi ini mampu menyumbang kepada kesinambungan generasi ASASI akan datang. Nur Farhana binti Mat Dali P ENGARAH PUSAT P ENGAJ IAN ASASI UNISHAMS EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 2 Nur Farhana
KENALI ASASI Pada segmen Kenali ASASI pada kali ini. jom kita berkenalan dengan barisan pensyarah yang berpengalaman luas dalam bidang masingmasing. EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 3 ASASI PENGAJIAN ISLAM ASASI PENGURUSAN ASASI SAINS
8 JUN 2023 EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 4 SPM 2022 PENGUMUMAN KEPUTUSAN TAHNIAH ATAS KECEMERLANGAN SPM 8 JUN 2023 Saat menanti keputusan SPM 2022 diumumkan pasti mendebarkan. Otak tidak berhenti memikirkan perjalanan selepas SPM pula. Bagi memudahkan penerangan mengenai hala tuju lepasan SPM, semua staf ASASI turun ke beberapa buah sekolah untuk bersama-sama memberikan pencerahan serta berkongsi pengalaman dan juga panduan buat mereka.
JADIKAN ASASI UNISHAMS DESTINASI KEMBARA ILMU ANDA! JOM EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 5 BILIK KULIAH DEWAN PEPERIKSAAN MAKMAL ASASI SAINS LUAR BILIK KULIAH
EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 6 JANUARI 2023 18 JAN 2023 -KEM PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2022 & PROGRAM OUTREACH BERSAMA UniSHAMS, SMK DATO' LELA PAHLAWAN Untuk slot ini, aktiviti dijalankan di Makmal Asasi Sains UniSHAMS (bangunan A6). Para pelajar telah didedahkan kepada pelbagai jenis mikroorganisma (parasit) dan sel dengan melihat di bawah mikroskop. Selain itu, taklimat berkenaan Asasi juga disampaikan oleh Penyelaras ASC, Madam Nurhidayah. Semoga anda jatuh cinta dengan Asasi Sains UniSHAMS!
EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 7 FEBRUARI 202312 FEB 2023 -Sekitar Pendaftaran & Majlis Taklimat Waris Sesi Kemasukan Februari 2023 di DTPHH UniSHAMS Terima kasih kerana memilih Asasi UniSHAMS. Datang dengan harapan, pulang membawa kejayaan!
SANTAI BERSAMA PUSAT PENGAJIAN ASASI EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 8 Welcome Speech & Taklimat Pusat Pengajian Asasi telah disampaikan oleh Ustazah Siti Rohani binti Abdul Rahman Taklimat Akademik telah disampaikan oleh Puan Siti Nor Ain binti Zainon Taklimat Mentor Mentee telah disampaikan oleh Ustazah Nor Shahida binti Mohd Shaker 15 FEB 2023 -Bersempena Minggu Silaturrahim (MSR) Pelajar Asasi Kemasukan Februari 2023 maka pada hari ini telah berlangsung program “SANTAI BERSAMA PUSAT PENGAJIAN ASASI”
22 FEB 2023 -Gotong-Royong Perdana kali pertama bagi tahun 2023. Para pelajar ASASI dipertanggungjawab untuk membersihkan dan menceriakan kawasan sayap kanan bangunan A2 dibantu oleh pimpinan PERINTIS. Makanan dan minuman turut disediakan untuk semua pelajar yang terlibat. “Kebersihan adalah separuh daripada iman” - Hadis Riwayat Muslim. EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 9 GOTONG-ROYONG PERDANA (GRP) SESI 2023/FEB
EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 10 1 MAC 2023 - Bertempat di Bilik Mesyuarat ASASI Penerima Anugerah FK 2021 Asasi Pengurusan (ASP) 1- Cik Nur Farhana binti Mat Dali 2- Puan Rohaizah binti Ismail Asasi Pengajian Islam (API) 1- Ustazah Nor Shahida binti Mohd Shaker 2- Ustazah Faridah Isa Binawae Asasi Sains (ASC) 1- Puan Nurhidayah binti Ahmad Hassan 2- Puan Siti Nor Ain binti Zainon Anugerah Program Terbaik Asasi Sains Anugerah Unit Terbaik Unit Mentor Mentee Anugerah Fail Terbaik Fail Induk Pusat Pengajian Asasi UniSHAMS MAC 2023 HARI KUALITI ASASI 2022 Syabas & Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga anugerah yang diterima memberi motivasi untuk terus mengekalkan kecemerlangan.
EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 11 Rangkuman sekitar Program Learn to Succeed bersama pelajar Asasi UniSHAMS [API & ASP Sesi 2023/Feb(1)] anjuran Kulliyyah Muamalat & Sains Pengurusan telah berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan. Pelajar didedahkan dengan tren masa kini terhadap situasi keperluan kepada pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan proses mentransformasikan diri serta minda agar lebih bersedia untuk menghadapi masa hadapan yang kian mencabar. PROGRAM LEARN TO SUCCEED ANJURAN KMS KHAS BUAT PELAJAR ASASI UNISHAMS
EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 12 10 & 11 MAC 2023 - Kejohanan Fasa 1 bagi tahun 2023 Syabas dan terima kasih diucapkan kepada para pelajar wakil ASASI yang telah menyertai dalam: 1. 2. & . Kalah & menang adat pertandingan. LIGA SUKAN KULLIYYAH (LSK) 2023
EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 13 21 MAC 2023- Syukur Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UniSHAMS & Yayasan ABADA. Pada pukul 3 petang di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, UniSHAMS. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang berusaha dalam menjayakan majlis ini. Semoga dengan terjalinnya kerjasama antara UniSHAMS dan Yayasan ABADA menjadi pembuka jalan kepada inisiatif yang lebih besar demi pembangunan kedua-dua pihak. MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA UNISHAMS & YAYASAN ABADA
SHANTOH RAMADAN ASASI CAKNA: SANTUNI ASNAF PROGRAM MIHRAB RAMADAN ASASI 3.0 EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 14 16 APRIL 2023 - Seramai 50 orang asnaf telah mendapat sumbangan yang terdiri daripada penduduk Kg Binjul Luar dan sekitar Kuala Ketil serta beberapa staf UniSHAMS yang terpilih. Terima kasih kepada pelajar dan staf ASASI, Muslim CARE dan Dana Kita serta penyumbang luar yang dermawan yang telah memberi sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan. APRIL 2023
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: الَّصاِئِم َشيًئا ْج ِر ُه اَل َيْنُقُص ِمن َأ َّن َأ ْج ِرِه، َغْيَر ُه ِمثُل َأ َمن َفَّط َر َصاِئًما َكاَن َل Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Naik kereta dari Bagan Singgah sebentar di Kuala Kedah Jangan malu jangan segan Silalah hadir mengambil juadah Duit beribu di dalam peti Tidak mampu membeli masa Juadah disedia seikhlas hati Jadi santapan berbuka puasa Bangun tidur masih mamai Tertidur kerana letih berpuasa Marilah kita beramai-ramai Berkongsi juadah berkongsi rasa IFTAR GIVEAWAYS PROGRAM MIHRAB RAMADAN ASASI 3.0 EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 15 Sumbangan
TADARUS AL QURAN PEMENANG KUIZ RAMADAN 1 HARI 1 HADITH PROGRAM MIHRAB RAMADAN ASASI 3.0 EDISI 3 | MEI 2023 Ringkasasn Aktiviti Asasi Unishams Scan & Sepanjang Ramadan kali ini, setiap hari dipenuhi dengan perkongsian bermanfaat iaitu Tadarus Al-Quran dan 1 Hari 1 Hadith secara live di FB Page Asasi Unishams yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar ASASI sendiri. Selain itu, pada akhir Ramadan, telah berlangsungnya Kuiz Ramadan yang juga dikendalikan oleh para pelajar Asasi Sains dan menerima penyertaan yang memberangsangkan. Tahniah kepada para pemenang! E-BULETIN ASASI | 16
TAKLIMAT PERSEDIAAN KE IJAZAH SARJANA MUDA SUASANA DEWAN EKSPERIMEN EDISI 3 | MEI 2023 E-BULETIN ASASI | 17 17 MEI 2023 - Terima kasih diucapkan kepada para pegawai/pensyarah dari Kulliyyah Muamalat & Sains Pengurusan, Kulliyyah Bahasa Arab, Kulliyyah Usuluddin & Sains Al-Quran & CIFER yang telah sudi hadir dan meluangkan masa memberi pencerahan tentang hala tuju program pilihan pelajar ASASI khususnya. Semoga dengan penerangan yang diberikan membantu pelajar Pusat Pengajian Asasi UniSHAMS untuk membuat pilihan yang tepat bagi diri masing-masing. MEI 2023
EDISI 3 | MEI 2023 JEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI 1444H/2023M MEMENUHI 18 MEI 2023 - Majlis Silaturrahim Aidilfitri 1444H/2023M Bertempat di Institut Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran (ABADA), Pengarah Pusat Pengajian Asasi Unishams, Cik Nur Farhana bersama-sama Ustazah Siti Rohani & Ustazah Shahida mewakili ASASI UniSHAMS telah memenuhi jemputan ke jamuan raya yang diadakan oleh pihak Yayasan ABADA. Terima kasih atas jemputan Untuk makluman, pihak UniSHAMS telah menandatangani MoU antara UniSHAMS & Yayasan ABADA pada 21 Mac 2023 YAYASAN ABADA E-BULETIN ASASI | 18
EDISI 3 | MEI 2023 PROGRAM ASASI CAKNA: TAUTAN KASIH ANAK YATIM Program bawah kursus Halaqah [API] ini telah diselia oleh Ustazah Nur Fadlina binti Mat Dali. Kem Bestari Solat telah dijalankan untuk anak-anak Rumah Budi Yan yang berkongsi tentang cara solat, wuduk dan sebagainya secara teori dan praktikal. Semoga program seperti ini memberi manfaat kepada para peserta. 20 MEI 2023 - Bertempat di Rumah Budi Yan, Kedah, melibatkan pelajar Asasi Pengajian Islam, Kumpulan B semester 3 sesi 2023/Feb(1). Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. E-BULETIN ASASI | 19
EDISI 3 | MEI 2023 Sidang Editorial e-Buletin ASASI Edisi 3 (2023) Sidang Editorial e-Buletin ASASI Edisi 3 (2023) Penasihat Nur Farhana binti Mat Dali Nur Fadlina binti Mat Dali Nor Shahida binti Mohd Shaker Nurhidayah binti Ahmad Hassan Ketua Editor Penolong Ketua Editor Siti Nor Ain binti Zainon Siti Nurul Husna binti Othman Siti Rohani binti Abdul Rahman Harliza binti Bani Hashim Unit Fotografi Unit Artikel E-BULETIN ASASI | 20
EDISI 3 | MEI 2023 Bapa petani menanam duri Sawah dipetak setiap pagi Perpisahan ini tak terhindari Semoga kelak berjumpa lagi. Kuda poni berlari-lari Datang raja sama permaisuri Jumpa lagi di lain hari Dengan semangat berseri-seri. E-BULETIN ASASI | 21
Hubungi Kami Pejabat Pusat Pengajian Asasi (ASASI) Tingkat 3, Bangunan A2, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman. Asasi Unishams pusatpengajianasasi_unishams ASASI UniSHAMS www.unishams.edu.my +604-415 5561 [email protected]
AMBILAN OKTOBER 2023 KINI DIBUKA
BIASISWA UNISHAMS
KEMANA SELEPAS ASASI?
Penat berlari akibat dikejar Angsa mengejar tiada henti Marilah adik mari belajar Jadikan ASASI pilihan di hati Pergi ke kedai membeli cuka Turut dibeli sepaket arang Ambilan Oktober kini dibuka Marilah adik mohon sekarang Bulan Ogos berlalu pergi Diganti dengan bulan September Janganlah adik menjadi rugi Rebutlah peluang Ambilan Oktober