The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshahida, 2023-06-04 01:05:21

E-Buletin ASASI Edisi 2

E-Buletin ASASI Edisi 2

Keywords: E-Buletin

E-BULETIN UNISHAMS E DISI 2 | DIS E M B E R 2 0 2 2 WADI KECEMERLANGAN UMMAH


UCAPANPENGARAH Alhamdulillah kesyukuran mutlak ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya, e-Buletin ASASI Edisi 2 2022 dapat dilancarkan dengan jayanya. Alhamdulillah. Sekalung penghargaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada sidang editorial atas kejayaan menerbitkan e-Buletin ASASI Edisi 2 yang menjadi penyambung kepada edisi pertama. Pelbagai aktiviti dan program sepanjang bulan Jun sehingga Disember 2022 dapat dirakam dan didokumentasikan di dalam e-Buletin ini. E-buletin ASASI secara umumnya merupakan wadah untuk berkongsi aktiviti, cerita dan nukilan kepada pembaca agar pembaca dapat mengenali Pusat Pengajian Asasi (ASASI) UniSHAMS dengan lebih dekat. Pusat Pengajian Asasi (ASASI) UniSHAMS yang telah ditubuhkan pada Mac 2009 sangat komited dalam membantu para pelajar bukan sahaja dari segi akademik dan sahsiah malah pelajar juga didedahkan dengan kemahiran-kemahiran insaniah lain yang diperoleh di luar kelas. Selain daripada itu, beberapa program berbentuk tanggungjawab sosial juga telah dirangka sebagai keprihatinan kami kepada masyarakat setempat disamping menyebar luas dan memperkenalkan program Asasi UniSHAMS kepada masyarakat luar. Akhir kalam, saya mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada sidang editorial dan pembaca e-Buletin ASASI Edisi 2. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan & keberkatan daripada Allah SWT. SIIRU ‘ALA BARAKATILLAH.. Nur Farhana binti Mat Dali P ENGARAH PUSAT P ENGAJIAN ASAS I UNI S HAMS Edisi 2 E-Buletin ASASI, 2 Nur Farhana


KENALI ASASI ASASI PENGURUSAN Menawarkan asas di dalam bidang Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin dan pengajian Al-Quran selama 1 tahun tempoh pengajian selain kursus bahasa Inggeris dan kursus-kursus lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. ASASI SAINS ASASI PENGAJIAN ISLAM Menawarkan asas di dalam bidang Sains seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik selama 1 tahun tempoh pengajian selain kursus bahasa Inggeris, bahasa Arab dan kursus-kursus lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Menawarkan asas di dalam bidang Kewangan, Pengurusan dan Ekonomi selama 1 tahun tempoh pengajian selain kursus bahasa Inggeris, bahasa Arab dan kursus-kursus lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Edisi 2 E-Buletin ASASI, 3


SPM 2021 PENGUMUMAN KEPUTUSAN E-Buletin ASASI, 4 Edisi 2 Pasti ramai yang berdebar menantikan keputusan SPM 2021 dan memikirkan perjalanan selepas SPM pula. Bagi memudahkan penerangan mengenai pilihan pelajar lepasan SPM, semua staf ASASI turun ke sekolah untuk bersama dengan mereka. Berkongsi pengalaman dan juga panduan buat mereka dapat menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.


14 JUN 2022 Warga Pusat Pengajian Asasi UniSHAMS mengucapkan Sanah Helwah buat Pengarah ASASI, Cik Nur Farhana (14 Jun) & juga Ustazah Nur Fadlina (12 Jun) MENTOR MENTEE 15 JUN 2022 MSR Program ini dianjurkan secara atas talian oleh mentee Puan Siti Nor Ain, iaitu pelajar-pelajar Asasi Sains 2021/Jun bertujuan untuk memberi pengisian rohani buat para pelajar ASASI. Bersempena pendaftaran pelajar baru ambilan 2022/Jun, beberapa siri taklimat dan pengisian dijalankan secara atas talian bertujuan untuk beramah mesra dengan pelajar baru. Ahlan wasahlan! E-Buletin ASASI, 5 Edisi 2 JUN2022


AMBILAN 2022/JUN KEMASUKAN KE KAMPUS PELAJAR 23 JULAI 2022: Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan pendaftaran kemasukan pada kali ini. Istimewa pada pendaftaran kali ini adalah semua family ASASI menyediakan sarapan buat para pelajar & waris dengan cara potluck@sumbangan makanan & minuman. Edisi 2 E-Buletin ASASI, 6


27 JULAI 2022 LAWATAN INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM & TAHFIZ AL-QURAN (ABADA) YAYASAN ABADA MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PUSAT PENGAJIAN ASASI SEMPENA MERAIKAN PELAJAR BARU AMBILAN JUN 2022 Edisi 2 E-Buletin ASASI, 7 JULAI 2022


PEMBELAJARAN DI ASASI SUASANA BILIK KULIAH DEWAN PEPERIKSAAN MAKMAL ASASI SAINS LUAR BILIK KULIAH Edisi 2 E-Buletin ASASI, 8


3 OGOS 2022 27 JULAI 2022 7 OGOS 2022 6 OGOS 2022 TAKLIMAT BIASISWA LZNK KEPADA PELAJAR ASASI TAJAAN ZAKAT KEDAH SESI 2022/JUN LAWATAN PELAJAR BARU KE PERPUSTAKAAN UNISHAMS TAKLIMAT AKADEMIK YANG DISAMPAIKAN OLEH PUAN SITI NOR AIN JEMPUTAN DEMONSTRASI SEMPENA STEM WEEK DI SMITI AT-TAQWA BERSAMA TEAM MEDIC UNISHAMS Seramai 23 orang pelajar ambilan 2022/Jun berjaya mendapat tawaran ini. Semoga anda semua menggunakan peluang yang diberikan dengan belajar bersungguh-sungguh. Edisi 2 E-Buletin ASASI, 9 OGOS 2022


~ Larian Kemerdekaan ~ Pertandingan Busana ~ Pertandingan Foto ~ Tayangan Filem Bukit Kepong ~ Forum ~ Persembahan silat BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA SAMBUTAN PERINGKAT PUSAT PENGAJIAN ASASI Edisi 2 E-Buletin ASASI, 9


E-Buletin ASASI, 10 BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA SAMBUTAN PERINGKAT PUSAT PENGAJIAN ASASI Edisi 2 Secara julung kali Pusat Pengajian Asasi menganjurkan sambutan Bulan Kemerdekaan bermula dari 31 Ogos 2022 sehingga 21 September 2022. Pelbagai aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan, terima kasih atas kerjasama Unit Mentor Mentee, PERINTIS dan penyelaras program, Ustazah Nur Fadlina binti Mat Dali. Tahniah kepada para pemenang pertandingan busana dan pertandingan fotografi bertemakan kemerdekaan yang terdiri daripada pelajar ASASI sendiri... Tahniah!


SEPTEMBER 2022 14 SEP 2022 GOTONG-ROYONG PERDANA UNISHAMS JEMPUTAN KARNIVAL SIFAR KECICIRAN KE IPT OLEH YAYASAN TERENGGANU 12-13 SEP 2022 Edisi 2 E-Buletin ASASI, 11


ISTIADAT KONVOKESYEN KE-24: SIDANG 6-ASASI SUASANA 14 OKT 2022 - Setinggi-tinggi Syabas & Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dianugerahkan sijil Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan dan Asasi Sains. E-Buletin ASASI, 12 Edisi 2


30 OKT 2022 OKTOBER 2022 PENDAFTARAN PELAJAR ASASI SAINS AMBILAN 2022/OKT KE KAMPUS AKTIVITI PENGISIAN PELAJAR BAHARU Bersempena pendaftaran pelajar baharu ambilan 2022/Okt, beberapa aktiviti telah dirangka sebagai pengisian dan telah dijalankan secara atas talian. Diskusi kitab Ayyuhal Walad dan bengkel-bengkel kemahiran menjadi pilihan untuk pengisian kali ini. Edisi 2 E-Buletin ASASI, 13


AMBILAN 2022/OKT KEMASUKAN KE KAMPUS PELAJAR ASASI PENGURUSAN & PENGAJIAN ISLAM 26 NOVEMBER 2022: Alhamdulillah selesai sudah kemasukan para pelajar ke asrama. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Jazakumullahu khairan kathiran. Buat para pelajar yang dikasihi sekalian, selamat mengutip mutiara ilmu di UniSHAMS. UniSHAMS Wadi Kecemerlangan Ummah! E-Buletin ASASI, 14 Edisi 2


E-Buletin ASASI, 15 Edisi 2 MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN SUASANA 7 DISEMBER 2022 - Majlis pada hari ini diserikan lagi dengan penyampaian sijil Anugerah Dekan kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 1 sesi 2022/Jun (1) yang lalu. Syabas & Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat Anugerah Dekan.


E-Buletin ASASI, 16 Edisi 2 ANUGERAH DEKAN PENERIMA


E-Buletin ASASI, 17 Edisi 2 KEJOHANAN LIGA SUKAN KULLIYYAH (LSK) UNISHAMS 2022 Beberapa sukan telah dipertandingkan sepanjang LSK UniSHAMS 2022. Alhamdulillah, ASASI telah mendapat Johan dalam Kejohanan Petanque Berpasukan Lelaki ini. Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Amir Azri Bin Mohd Yusof (Asasi Pengajian Islam 2021/Dis), Abdul Hannan Syahmi Bin Osman (Asasi Pengurusan 2022/Jun) & Muhammad Hanif Bin Shahimi (Asasi Pengajian Islam 2021/Dis). TAHNIAH! Bagi para peserta ASASI dalam acara yang lain, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada anda atas usaha yang diberikan dalam LSK 2022 yang lalu. Semoga anda tidak berputus asa dan teruskan usaha demi mencapai kejayaan dlm bidang sukan yang diceburi.


E-Buletin ASASI, 18 Sidang Editorial e-Buletin ASASI Edisi 2 (2022) Nur Farhana binti Mat Dali Penasihat Siti Rohani binti Abdul Rahman Nurhidayah binti Ahmad Hassan Nor Shahida binti Mohd Shaker Ketua Editor Nur Fadlina binti Mat Dali Unit Artikel Siti Nor Ain binti Zainon Unit Fotografi Penolong Ketua Editor Harliza binti Bani Hashim Nurul Husna binti Othman Edisi 2


Meraikan Hari Lahir Famili ASASI sepanjang tahun 2022 E-Buletin ASASI, 19 Edisi 2


Lelah berjalan di tengah pekan, Singgah sebentar di warung Siti, Terima kasih kami ucapkan, Sudi baca e-buletin kami. Anak-anak pergi ke sekolah, Belajar menulis huruf latin, Kalau ada kata yang salah, Mohon maaf zahir dan batin. Dari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari padi, Hari mana bulan mana, Dapat kita berjumpa lagi.... E-Buletin ASASI, 20 Edisi 2


Asasi Unishams www.unishams.edu.my +604-415 5561 Pejabat Pusat Pengajian Asasi (ASASI) Tingkat 2, Bangunan A2, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman. [email protected] ASASI UniSHAMS pusatpengajianasasi_unishams Hubungi Kami


Ambilan Jun MOHON SEKARANG SUDAH DIBUKA


Click to View FlipBook Version