The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

flipbook_BUKU PROGRAM SEMINAR SN SITI ZAINON_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penyelidikan sastera, 2023-10-23 03:26:23

flipbook_BUKU PROGRAM SEMINAR SN SITI ZAINON_compressed

flipbook_BUKU PROGRAM SEMINAR SN SITI ZAINON_compressed

ANJURAN TEMPAT DIRASMIKAN OLEH TARIKH MASA


1


2 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama yang erat dalam kalangan pelbagai pihak. Penganjuran seminar ini merupakan satu usaha murni untuk mengetengahkan pemikiran dan falsafah yang mempunyai nilai tinggi, khususnya dalam karya-karya Sasterawan Negara. Pemilihan tema, “Siti Zainon Ismail: Kembara Seni Berpadu dalam Puisi dan Prosa” merupakan simbolik perjalanan panjang yang memaparkan pengalaman, kecekalan dan ketekunan tokoh mengarifi bakat yang dianugerahi dalam bidang penulisan seni sastera, budaya dan akademik. Sesungguhnya, kita amat bertuah kerana memiliki Sasterawan Negara yang bukan sahaja mempunyai ketokohan dalam kesusasteraan kebangsaan tetapi juga bijaksana dalam kebudayaan dan kesenian Melayu. Beliau sentiasa memperlihatkan kematangan, keintelektualan dan kemahiran yang tinggi dalam karya yang ditangani dengan kreativiti, ilmu pengetahuan, pengalaman dan pengamatan terhadap kehidupan dengan alam. Baginya, penghasilan karya bukanlah untuk dibangga-banggakan tetapi sebagai suatu rakaman sejarah, renungan dan warisan kepada generasi akan datang untuk mendidik masyarakat yang berbudaya tinggi. Sumbangan Siti Zainon Ismail terhadap perkembangan sastera dan budaya memberikan kesan yang berimpak tinggi kepada pembentukan peradaban bangsa dan negara. Justeru, kita dapat melihat kerancakan tokoh ini berkarya melalui usaha berterusan dalam penulisan puisi yang mengandungi tafsiran makna tersurat dan tersirat. Karya dan bimbingannya terhadap masyarakat di peringkat Malaysia dan antarabangsa sewajarnya dikaji untuk diteladani oleh semua pihak. Akhir kalam, saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak yang berganding bahu demi menjayakan Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail, terutama kepada para pengkaji dan penggiat sastera yang berkongsi ilmu dan buah fikiran untuk dimanfaatkan oleh peserta seminar dan masyarakat umum. Semoga usaha murni Dewan Bahasa dan Pustaka ini dilaksanakan dengan berterusan dan mendapat rahmat Allah SWT. Sekapur Sirih Seulas Pinang YB PUAN FADHLINA SIDEK MENTERI PENDIDIKAN


3 Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, Seminar Pemikiran Sasterawan Negara dapat dilaksanakan dan diteruskan kesinambungannya pada tahun ini dengan penganjuran Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, Siti Zainon Ismail berjaya mencipta nama sebagai peneliti sastera yang berwibawa. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau dikenali sebagai penulis wanita yang mampu menghasilkan pelbagai bentuk penulisan kreatif. Malah, kepenyairan dan bakat kreatif beliau dalam menghasilkan sketsa dan lukisan begitu istimewa. Selain itu, beliau juga terkenal sebagai pengkaji seni dan budaya serantau, khususnya seni rupa dan pakaian tradisional Melayu. Sejak tahun 1967 hingga kini, beliau berjaya menghasilkan penulisan dalam pelbagai genre seperti puisi, cerpen, novel, esei/kritikan, rencana, kajian sastera dan budaya Melayu. Pada tahun 2019, beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-14 atas jasa dan sumbangannya terhadap perkembangan sastera kebangsaan dan pencapaian pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kepekaan dan ketelitian beliau terhadap alam dan kemanusiaan dalam puisi yang dihasilkan merupakan satu ciri khas yang menjadi kekuatan beliau dalam pengucapan yang lembut dan romantis. Oleh hal yang demikian, penganjuran seminar ini bertepatan pada masanya dan seiring dengan usaha untuk mengangkat ketokohan beliau sebagai Sasterawan Negara. Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Penghargaan yang tidak berbelah bagi juga diucapkan kepada pembentang kertas kerja yang telah menghasilkan kajian tentang Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail. Sesungguhnya, Dewan Bahasa dan Pustaka amat menghargai sumbangan dan kerjasama ini. Semanis Kata Selembut Bicara SASTERAWAN NEGARA DATO’ DR. ANWAR RIDHWAN PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.


4 Saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, sekali lagi kita dapat melaksanakan Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail di bawah kelolaan Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Zainon Ismail ialah tokoh yang tidak asing dalam kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian Melayu. Beliau bergerak seiring dengan tiga bakat seninya, iaitu seni sastera, seni lukis dan seni budaya. Hasil penulisan beliau khususnya dalam kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian ilmiah dan buku amat besar ertinya dalam memperkaya khazanah budaya bangsa. Penghasilan karya beliau bertepatan dengan tema seminar, iaitu “Siti Zainon Ismail: Kembara Seni Berpadu dalam Puisi dan Prosa”. Kreativiti Siti Zainon Ismail begitu terserlah dalam pelbagai bidang di peringkat Malaysia dan antarabangsa. Oleh itu, beliau mendapat pengiktirafan seperti Hadiah Sastera Malaysia sebanyak enam kali, Anugerah Cerpen (DBP-Maybank), Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award), Anugerah Gelar Teuku Cut Nyak Fakinah daripada Lembaga Adat dan Kebudayaan Aceh, Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah, Anugerah Budayawan Selangor dan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia, iaitu Anugerah Sastera Negara. Akhir kata, melalui seminar ini, diharapkan hasil penyelidikan oleh para pengkaji sastera dapat didokumentasikan untuk rujukan khalayak dan korpus seminar dapat disebarluaskan kepada masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kelestarian sastera kebangsaan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar Pemikiran Sasterawan Negara pada kali ini! Sekalung Budi Seindah Bahasa DR. HAJI HAZAMI JAHARI KETUA PENGARAH, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.


5 Seminar Pemikiran Sasterawan Negara merupakan wadah yang membicarakan dan memperlihatkan kekuatan pemikiran dalam karya Sasterawan Negara setelah tokoh tersebut menerima pengiktirafan tertinggi daripada Kerajaan Malaysia melalui Anugerah Sastera Negara. Seminar Pemikiran Sasterawan Negara telah diadakan sebanyak 13 kali seperti yang berikut: (i) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara S. Othman Kelantan (2004) (ii) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Keris Mas (2005) (iii) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang (2006) (iv) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Shahnon Ahmad (2007) (v) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said (2008) (vi) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Arena Wati (2009) (vii) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh (2010) (viii) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Abdullah Hussain (2011) (ix) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Noordin Hassan (2012) (x) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Anwar Ridhwan (2013) (xi) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Kemala (2015) (xii) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Baha Zain (2019) (xiii) Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Zurinah Hassan (2021) Pada tahun 2023, Seminar Pemikiran Sasterawan Negara diteruskan untuk penerima Anugerah Sastera Negara ke-14, iaitu Sasterawan Negara Prof. Datuk Dr. Siti Zainon Ismail. Latar Belakang Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Tujuan (i) Mendokumentasikan hasil penyelidikan daripada pengkaji tentang pemikiran Sasterawan Negara untuk dijadikan rujukan khalayak. (ii) Menyebarkan korpus seminar kepada masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kelestarian sastera kebangsaan melalui perbincangan yang tuntas oleh para pengkaji. (iii) Memperkasakan kesusasteraan kebangsaan melalui aktiviti wacana dan penghasilan kertas kajian. (iv) Mengetengahkan pemikiran dan falsafah yang tinggi nilainya yang terkandung dalam karya Sasterawan Negara.


6 1 NOVEMBER 2023 (RABU) 8.30 pagi : Pendaftaran/Minum Pagi 10.00 pagi : Ketibaan YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan : Nyanyian Lagu Negaraku : Lafaz Ikrar Rukun Negara : Bacaan Doa : Ucapan Alu-aluan oleh SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP : Ucapan Perasmian Seminar dan Pelancaran Buku oleh YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan : Ucaptama oleh Dr. Rosnah Baharudin : Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa 11.00 pagi : Sesi Pembentangan I (a) Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin (b) Prof. Madya Dr. Mawar Safie (c) Datuk Dr. Lim Swee Tin Pengerusi sesi: Encik Azimin Daud 12.30 tengah hari : Rehat/Makan Tengah Hari/Solat 2.00 petang : Sesi Pembentangan II (a) Prof. Madya Dr. Chew Fong Peng (b) Ts. Dr. Mohd Saipuddin Suliman (c) Dr. Kaithiri Arumugam (d) Tuan Haji Che Abdullah Che Ya Pengerusi sesi: Encik Shahrun Nizal Mohd Nor 4.30 petang : Minum Petang/Bersurai ATUR CARA SEMINAR PEMIKIRAN SASTERAWAN NEGARA SITI ZAINON ISMAIL BALAI SEMINAR TUN DR. HAMDAN SHEIKH TAHIR, ARAS 6, WISMA DBP, KUALA LUMPUR


7 2 NOVEMBER 2023 (KHAMIS) 8.30 pagi : Pendaftaran 9.00 pagi : Sesi Pembentangan III (a) Puan Ruzaini Yahya (b) Dr. Rohaya Md. Ali (c) Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman (d) Puan Siti Salbiah Raduan (Tiras Raduan) (e) Encik Nor Muhamad Mat Zain Pengerusi sesi: Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khairi 10.30 pagi : Minum Pagi 11.00 pagi : Sesi Pembentangan IV (a) Prof. Madya Dr. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi (b) Dr. Ariff Mohamad (c) Dr. Shamsudin Othman (d) Dr. Syaidul Azam Kamarudin (e) Encik Zainal Palit (Zaen Kasturi) Pengerusi sesi: Dr. Faezah Muhayat 12.30 tengah hari : Sesi Penutupan Ucapan Penutupan oleh Tuan Haji Razali Che Mat, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan 1.00 tengah hari : Makan Tengah Hari/Bersurai Pengacara Majlis Perasmian : Puan Norhasmanalinda Mustapa Pengacara Majlis Sesi Seminar : Puan Fathenwan Wan Mohd Nor Puan Nur Liyana Aqilah Zulkefli Pembaca Doa Perasmian/Penutup : Encik Mohd Saiful Amri Zainal Abidin


Selayang


9 g Pandang


10 ARIFF MOHAMMAD (DR.) Ariff Mohamad, dilahirkan di Kampung Gajah, Perak. Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak Oktober 2006. Berlatar pendidikan dari Universiti Malaya (PhD), Universiti Putra Malaysia (Bacelor Education dan Master Sains) dan Maktab Perguruan Sri Pinang (Sijil Perguruan) bidang Pengajian Melayu, Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Dr. Ariff Mohamad telah menghasilkan tiga buku kumpulan puisi bertajuk Benih Hanyut (2015), Titik ke Titik, Hujan (2013) dan yang terawal Bebaskan Ekspresi (2003). Sebuah antologi puisi bertajuk Pilar-pilar Baiduri juga telah dihasilkan bersama-sama empat penyair lain. Selain itu, empat buah novel telah dihasilkan, iaitu Versi Aria (2003), Rita ‘20 (2005), Semenanjung Menangis (2013) dan …di Hujung Negeri (2015). Beliau turut menghasilkan kumpulan cerpen bertajuk Empayar, Intermezzo dan Oren dan E-mel dari Shinjuku. Dalam penulisan akademik, beliau telah menghasilkan penulisan buku Interpretasi dan Pedagogi Bahasa Melayu (2012) Memahami dan Menguasai Kesusasteraan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (2020) dan Makna Siratan dalam Novel Politik Melayu (2023) serta pelbagai penerbitan artikel telah dihasilkan juga bab dalam buku. Karya beliau diiktiraf dalam Pertandingan Menulis Skrip Telefilem (2001), Hadiah Novel Alaf Baru (2003), Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH (2013), Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil (2005, 2009), Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2014) dan Hadiah Sastera Darul Ridzuan (2014, 2016, 2018 dan 2022). Beliau ditauliah oleh DBP sebagai Munsyi Dewan (Sastera) pada 19 Disember 2022. CHEW FONG PENG (PROF. MADYA DR.) Chew Fong Peng memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1996), Sarjana Sastera (1997), dan Doktor Falsafah (2004) dalam bidang Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau ialah Pengerusi Pusat Penyelidikan Pendidikan Bahasa (CRiLE), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). Beliau mengajar Pendidikan Bahasa Melayu, Pendidikan Bahasa Cina, dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Beliau menerbitkan sembilan buah buku, 140 artikel dalam jurnal, 71 kertas kerja, 45 bab dalam buku, 21 buah buku terjemahan (bahasa Melayu-bahasa Cina) termasuk penulisan kreatif, 13 buku dan penulisan kreatif yang disunting. Beliau juga editor untuk buku penerbit antarabangsa, iaitu Taylor and Francis Group. Beliau memenangi pingat dalam akademik dan ekspo inovasi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UM (2008), dan anugerah “The World Outstanding Researcher” (2013). Beliau ialah penilai artikel untuk jurnal antarabangsa, iaitu Asia-Pacific Education Researcher, Asia BIODATA PENULIS DAN PEMBENTANG KERTAS KAJIAN


11 Pacific Journal of Education, SAGE Open, Frontiers in Psychology, Frontiers in Education, International Journal of English & Literature (IJEL), British Journal of Education, Society and Behavioral Science (BJESBS), dan Educational Research and Reviews (ERR) selain beberapa jurnal tempatan seperti Pertanika: Journal of Social Sciences and Humanities, GEMA Online dan Kemanusiaan. CHE ABDULLAH CHE YA Che Abdullah Che Ya lahir pada 19 Jun 1966 di Kampung Bertam Baharu, Gua Musang, Kelantan. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kesusasteraan Bandingan pada tahun 1988 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau terlibat sebagai penulis buku Persuratan Melayu dari Lontar ke Layar (2001), Persuratan Melayu Pemerkasaan Warisan Bangsa (2003), Kajian Bandingan Novel Sebelum Merdeka Malaysia, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam (2007). Beliau banyak menulis tentang hubungan sastera dengan politik dalam kesusasteraan Malaysia, Indonesia dan Brunei pada tahun 2004 hingga 2006. Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah Kesusasteraan Moden (Novel dan Kritikan) di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). KAMARIAH KAMARUDIN (PROF. MADYA DR.) Kamariah Kamarudin memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Sastera Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Doktor Falsafah Universiti Malaya (UM). Buku yang dihasilkan beliau, Takdir Bukan Hukuman (1992), Tiada Noktah Kasih (1996), Tanda Sebuah Kurnia (1998), Sebuah Syakirah (2001), Kau Yang Kusayang… (2004), Kumpulan Cerpen Mencari Kamil (2008), Kumpulan Cerpen Catatan Cinta Anakanda Bonda (2013), Berapa Harga Segulung Ijazah-Inspirasi Buat Bakal Mahasiswa dan Mahasiswa (2009), Takmilah dalam Novel Melayu (2011), Novel Melayu dalam Pelbagai Perspektif (2014), Takmilah, Semiotik dan Intertekstualiti dalam Sastera Melayu (2016), Antologi Cerpen Bingkisan Puteri 3 Negeri (2019), Apabila Profesionalisme Menulis Titik Temu Sastera dan Sains (2020) dan Antologi Karya Kreatif Gema Sukma Akademia (2023). Ahli Jawatankuasa Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2012 – 2017. Pemenang Hadiah Sastera Darul Iman (HASDI) 2013, 2015, 2017, 2019 dan 2021. Penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) 2016 dan Anugerah Akademik Negara Seni dan Kreativiti (Penulisan Kreatif) 2019. Kini merupakan Profesor Madya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Penyelidik Bersekutu di Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS).


12 KAITHIRI ARUMUGAM (DR.) Kaithiri Arumugam dilahirkan pada 22 April 1979 di Butterworth, Pulau Pinang. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Pengajian Bahasa Melayu) dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sastera (Pengajian Bahasa Kontemporari) dari Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari) juga dari Universiti Utara Malaysia. Pada tahun 2022, beliau telah ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa) dan Munsyi Dewan (Sastera). Kini, beliau berkhidmat sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Enam di SMK Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan penulis buku rujukan bagi mata pelajaran bahasa Melayu sejak tahun 2015 hingga sekarang. Beliau aktif menulis esei tentang sastera dengan memberi tumpuan kepada kesusasteraan kanak-kanak dan remaja. Beliau pernah menerbitkan beberapa artikel dalam jurnal tempatan dan juga bab dalam buku. LIM SWEE TIN (DATUK DR.) Lim Swee Tin dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952. Pada tahun 1988, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang dalam Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama, dan minor Kesusasteraan Melayu. Beliau memperoleh Ijazah Bacelor Pendidikan pada tahun 1992 dan ijazah sarjana pada tahun 1999. Lim Swee Tin memenangi Sayembara Cerpen ESSO – GAPENA III dan VI (1982 dan 1985) melalui cerpen berjudul “Tapah” dan “Gok”; Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra II (1983) melalui kumpulan puisi Akrab yang memuatkan 50 buah puisi; Hadiah Sastera Utusan – Public Bank (1986, 1989 1990, 1992, 1994, 1999); Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1982/83) melalui sajak “Berjalan-jalan di Sini”, Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1986/1987) melalui sajak “Sejarah” dan (1988/1989) melalui sajak “Sewaktu melintasi Kundasang”. Beliau juga memenangi Hadiah Cerpen – Maybank – DBP ke-3 melalui cerpen “Cahaya Lain di Wajah” dan Hadiah Cerpen Maybank – DBP ke-4 melalui cerpen “Setelah Kabus Dinihari”. Pada tahun 1990, beliau memenangi hadiah kedua Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi sempena 100 Tahun Kuala Lumpur melalui puisi “Kuala Lumpur: Kota Sarang Labah-labah”. Beliau juga memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO – GAPENA (1989) dan Hadiah Puisi Bosnia – PENA, Berita Harian, Utusan Melayu (1994). Beliau menerbitkan 10 buah kumpulan puisi (empat daripadanya ialah puisi remaja), lima buah novel remaja, lima buah buku kreatif umum, dan lebih enam puluh buah antologi bersama. Beliau juga menyelenggara sebuah antologi puisi penulis bukan Melayu. Beliau menerima S.E.A. Write Award di Bangkok pada tahun 2000.


13 MAWAR SAFIE (PROF. MADYA DR.) Mawar Safei merupakan Profesor Madya bidang kesusasteraan bandingan dan kreativiti dalam Program Persuratan Melayu, Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BITARA Melayu), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengetuai Kluster Warisan Melayu (2020- 2023) di institusi yang sama. Beberapa tulisan akademik dan kreatif (cerpen) beliau terbit dalam akhbar, jurnal, majalah dan mendapat pengiktirafan kebangsaan dan serantau. Antara buku yang dihasilkan termasuklah Narasi Musim Wabah: Antologi Cerpen Covid (Penerbit UKM, 2021), Narasi dari Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya (DBP, 2021) dan Apabila Profesional Menulis: Titik Temu Sastera dan Sains (Penerbit UKM, 2021). Mawar merupakan penerima Anugerah Akademik Negara (2018) dan S.E.A Write Award (2018). Mawar pernah dilantik sebagai Profesor Pelawat di Universitas Negeri Yogjakarta (2020) dan Penulis Tamu di Nanyang Technological University (2023) dalam Asia Creative Writing Program (ACWP). MOHD SAIPUDDIN SULIMAN (TS. DR.) Mohd Saipuddin Suliman menerima Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada tahun 2016. Pada Januari 2021, beliau dilantik sebagai Pemangku Dekan di Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Southern University College, Johor. Kini beliau berkhidmat sebagai Ketua Jabatan di Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Minat penyelidikannya meliputi beberapa aspek merentasi pelbagai bidang seperti sastera moden, kritikan sastera, linguistik, logistik dan penulisan kreatif. Beliau juga merupakan ahli Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT), United Kingdom dan Persatuan Penulis Nasional (PENA), Malaysia. Beliau menerima beberapa pengiktirafan penting dalam kerjayanya termasuk Anugerah Ikon Kerjaya STAR 2019, Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan 2019 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023. NIK RAFIDAH NIK MUHAMAD AFFENDI (PROF. MADYA DR.) Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi ialah pensyarah dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor. Memperoleh Ijazah Bacelor Sastera pada tahun 1998, Master Sastera pada tahun 2000 dan PhD pada tahun 2005. Beliau pernah bertugas sebagai penulis Perisian Projek Multimedia bahasa Melayu untuk Sekolah Bestari, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pensyarah Sambilan di Universiti Putra Malaysia (UPM).


14 RAJA RAJESWARI SEETHA RAMAN (DR.) Raja Rajeswari Seetha Raman dilahirkan pada 19 Ogos 1961 di Kuala Kurau, Perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastera dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya (UM). Beliau merupakan pensyarah bebas, pengkaji, penterjemah bertauliah dan penyair dwibahasa. Bidang kepakaran beliau ialah Kesusasteraan Melayu, kritikan sastera dan penterjemahan kreatif. Dalam bidang penulisan kreatif, beliau pernah menerima 16 hadiah dan anugerah pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Puisinya diterjemahkan ke dalam 40 bahasa dunia. Perjalanan seninya dijadikan dokumentari oleh Filem Negara Malaysia (FINAS) pada tahun 2009 dan 2012. Pada tahun 2014, beliau mendapat penghormatan sebagai Ikon Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dan pada tahun 2020 sebagai Women of the Year oleh Malaysian Women at Work (MWAW). Dalam penterjemahan, beliau menerima pingat penghargaan The Peacock Opinion (2022) daripada Kerajaan India atas pencapaian cemerlang dalam penterjemahan dan sastera dunia. Antara koleksi bukunya termasuklah Mekar Bunga (2006), Bahasa yang Sama (2018), Wind of Hope (2023) dan buku terjemahan Diari Abadi (2016) dan 6 Penyair Bangladesh (2016). Beliau juga penterjemah puisi untuk majalah digital POINT Editions di Sepanyol sejak tahun 2018 sehingga kini. Beliau berpengalaman sebagai guru dan pensyarah sehingga bersara dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai pada tahun 2017. ROHAYA MD. ALI (DR.) Rohaya Md. Ali dilahirkan pada 6 Jun 1974 di Alor Setar, Kedah. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Dengan Kepujian); Major dalam Pengajian Media (Penerbitan dan Kewartawanan) dan minor dalam Pengajian Melayu dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Kesusasteraan Melayu (dalam bidang Filologi Melayu), Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kesusasteraan (Sastera Kanak-kanak/Tradisional/Adaptasi) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Bidang kajian beliau meliputi Sastera Kanak-kanak, Sastera Tradisional dan Moden dan Sastera Digital/Media Baharu. Beliau terlibat dalam penyeliaan pelajar ijazah tinggi, pemeriksa tesis dalam dan luar, pembentangan seminar di dalam dan di luar negara, penerbitan buku, bab dalam buku, jurnal berindeks, prosiding, dan artikel dalam majalah dan akhbar. Pernah menyandang tugas Felo Penyelidik di Goethe Universitat of Frankfurt Am Main, German Februari 2023 – Oktober 2023. Kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Unit Bahasa, Sastera dan Budaya, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah.


15 ROSNAH BAHARUDIN (DR.) Rosnah Baharudin dilahirkan pada 10 November 1951 di Negeri Sembilan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Sarjana Falsafah (M. Phil) dari University of Kent at Centerbury, England dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya. Beliau berkhidmat sebagai pensyarah sebelum dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya. Beliau berkhidmat di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau aktif menulis esei tentang sastera dan wanita. Buku beliau yang terbit ialah Belahan Jiwa; Wanita dalam Novel A Samad Said (2000) terbitan DBP dan Wacana Wanita Melayu dan Sastera (2003) terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, Rosnah Baharudin bersama Mawar Safie, menulis Zaharah Nawawi dalam Kritikan (2008) terbitan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Biografi A. Samad Said: Memberi Hati Nurani (2012) terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. RUZAINI YAHYA Ruzaini Yahya dilahirkan di Serom, Tangkak, Johor. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1992 dan Ijazah Sarjana pada tahun 2002 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau berkhidmat sebagai guru di SMK(P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor. Antara karya beliau termasuklah Titik Pertemuan dan Membakar Mentari yang merupakan kumpulan cerpen dewasa dan remaja terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Novel Tawanan Komander Caucasus yang merupakan hasil Sayembara Novel Sains Fiksyen anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Utusan Melayu Publications terpilih sebagai teks KOMSAS mulai 2017. Beliau memenangi beberapa anugerah seperti Hadiah Sastera Darul Takzim ke-3 pada 2001, Hadiah Tinta Selatan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan pada 2006 dan terkini menerima Anugerah Sastera Johor kali ke-13 tahun 2023 dalam dua kategori, iaitu puisi dan cerpen eceran.


16 SITI SALBIAH RADUAN (TIRAS RADUAN) Siti Salbiah Raduan @ Tiras Raduan dilahirkan pada 12 Januari 1963 di Pontian, Johor. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM), Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan dan Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sarjana Sains Maklumat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Tauliahan Ikhtisas sebagai Pengurus Pengetahuan daripada Knowledge Management Institute, Washington DC. Dalam bidang penulisan, beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 4 kali, Hadiah Sastera Johor Darul Takzim 3 kali, Memenangi Sayembara Penulisan ITBM-Pena2, kategori Kumpulan Cerpen (2015) dan Anugerah Persuratan Selatan Kategori Buku Kumpulan Cerpen dan Desain Kulit Terbaik (2021). Tiga buah puisinya terpilih masuk dalam Antologi Puisi Grafiti Gratitude terbitan Yayasan Multimedia Sastra, Bandung, Indonesia (2001). Berpengalaman sebagai Penolong Pendaftar, Pustakawan, Pengarah dan Pengurus Besar ketika bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) dan Halal Development Corporation (HDC). Kini sebagai perunding dan jurulatih bebas bidang KM. SHAMSUDIN OTHMAN (DR.) Shamsudin Othman dilahirkan di Tangkak, Johor. Beliau melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam (1985-86), Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1987-1989), Institut Bahasa, Kuala Lumpur (1994) dan Universiti Malaya (UM), (Kelas Pertama - 1998) sehingga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2011 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM). Beliau pernah memenangi lebih daripada 30 anugerah dalam pelbagai sayembara sastera peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), Anugerah Sastera BH-ITBM, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU), Anugerah Sastera Darul Ta’zim (ASD) dan lain-lain. Pada tahun 2012, beliau dianugerahkan Anugerah Fellowship Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) kategori Seni dan Kreativiti. Kini bertugas sebagai seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Antara karya yang telah diterbitkan ialah kumpulan puisi berjudul Taman Percakapan (DBP: 2006), Tanah Nurani (PIB: 2009), Taman Maknawi (ITBM: 2013), Taman Insaniah (DBP: 2015), Kudus Kesturi (ITBM: 2015), Apresiasi Sastera (DBP: 2014), Kesusasteraan Melayu Komunikatif (Oxford Fajar: 2016), Islam dalam Kebudayaan Melayu (OUM: 2015) dan lain-lain.


17 ZAINAL PALIT (ZAEN KASTURI) Zaen Kasturi adalah nama pena bagi Zainal bin Palit. Beliau dilahirkan pada 16 Oktober 1964 di Kampung Ladang, Kuala Sungai Baru, Melaka. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama di Universiti Malaya (UM) sehingga mendapat Sarjana Muda Sastera dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif. Beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Budaya dan Bahasa di Asia Tenggara dan Nusantara dari The University of London, England. Beliau menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (kemudiannya bertukar menjadi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil), Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO – GAPENA, Hadiah Cerpen DBP – Maybank, Hadiah Puisi DBP – DBPKL bersempena 100 tahun Kuala Lumpur. Puisi beliau berjudul “Ke Ruang Katarsis” dan “Kacipan Nafas Pertama” memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA, 1989. Pada tahun 1990, tiga cerpen beliau “100 Matahari”, “Sajak Lumpur kepada Kuala” dan “Sajak Kuala kepada Lumpur” telah memenangi Hadiah DBP – DBKL. Puisi “Ingatan kepada Kawan” memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1998/1999). Pada tahun 2007, puisi yang berjudul “Denyut Murba” memenangi Hadiah Utama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil manakala “Ingatan kepada Kawan XX”, memenangi hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil. Cerpen beliau “Sat Malangkaii” dan “Yuda” memenangi Hadiah Sastera Malaysia (1988/1989, 1992/1993). Tiga cerpen Zaen, “Bulan”, “Saujana Watas Yojana” dan “Zen dengan Pedangnya” memenangi Hadiah Cerpen DBP – Maybank bagi tahun 1992. Cerpen “Dari Suatu Tikungan Lorong” (2007) dan “Akhir Parak Siang” (2009) masing-masing memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil. Pada tahun 2010, Zaen Kasturi dinobatkan sebagai penerima S.E.A. Write Award.


18 Saifullizan Yahaya • Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Berkelulusan Ijazah Sarjana Sastera, UPM. • Penulis dan pengkritik sastera. Syaidul Azam Kamarudin (Dr.) • Perancang Bahasa, Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Kesusasteraan Melayu, UPM. • Pengkaji sastera. Shahrun Nizal Mohd Nor • Perancang Bahasa, Bahagian Buku Sekolah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Berkelulusan Ijazah Sarjana Kesusasteraan Melayu, UKM. • Pengkaji dan pengkritik sastera. Nor Muhamad Mat Zain • Perancang Bahasa, Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Berkelulusan Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu), UPM. • Penulis dan pengkritik sastera. PENULIS KERTAS KERJA IRINGAN


19 Penaung: Dr. Haji Hazami Jahari Ketua Pengarah DBP Penasihat I: Tuan Haji Md Johari Hasan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Penasihat II: Tuan Haji Razali Che Mat Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan Pengerusi: Encik Saifullizan Yahaya Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera Timbalan Pengerusi: Dr. Syaidul Azam Kamarudin Setiausaha: Encik Mohd Hadi Roslan Timbalan Setiausaha: Puan Nor Adilah Abu Bakar JAWATANKUASA INDUK


20 Jawatankuasa Pembentangan dan Pelaporan : Pengerusi: Encik Mohd Hadi Roslan Ahli: Puan Siti Haslina Subaker Puan Suzanti Abd Aziz Puan Sufi Noryani Supian Encik Mohd Hapizan Abdullah Puan Nurul Hidayah Yusof Puan Nor Adilah Abu Bakar Jawatankuasa Pengurusan Acara : Pengerusi: Encik Nor Muhamad Mat Zain Ahli: Puan Fathenwan Wan Mohd Nor Jawatankuasa Promosi dan Publisiti Pengerusi: Puan Roziah Md Yunus Ahli: Encik Rusdi Abd Rahman Puan Nor Hasmanalinda Mustapa Puan Siti Haslina Subaker Encik Rusdi Mat Rakib Puan Nor Safawati Sabari AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


21 Jawatankuasa Buku Cenderamata : Pengerusi: Encik Shah Rizal Azwan Ghazali Ahli: Encik Mohd Fesal Muhammad Puan Siti Haslina Subaker Puan Ain Amira Adnan Puan Nur Syafiqah Muzaffar Jawatankuasa Tempat, Pengangkutan dan Teknikal : Pengerusi: Encik Hasmadi Mohd Ali Ahli: Encik Mohd Firdaus Poudzi Encik Zaidi Saad Encik Mohammad Izwan Ismail Puan Nooramira Ardila Abd Wahab Encik Azahar Mat Joror Encik Mohd Syafiq Md Ismail Encik Ahmad Safri Abdul Rani Encik Jamil Anuar Encik Mohammad Nizar Adnan Encik Muhammad Syarifuddin Johal Encik Sutan Ahmad Nazri Ilias Encik Zami Adam Ramlee Encik Muhammad Azri Abd Khalil


22 Jawatankuasa Undangan, Pendaftaran dan Cenderamata : Pengerusi: Puan Nurul Hidayah Yusof Ahli: Puan Siti Haslina Subaker Puan Afiqah Harithuddin Puan Nor Diana Abdul Hawari Jawatankuasa Sambutan dan Protokol : Pengerusi: Encik Sharrul Rizal Hashim Ahli: Dr. Syaidul Azam Kamarudin Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khairi Puan Fadhilah Ab. Bahar Puan Afiqah Harithuddin Encik Muhamad Rafiq Abdul Rahman Jawatankuasa Jamuan : Pengerusi: Puan W Zalina Rajali Ahli: Puan Nor Adilah Abu Bakar Encik Azahar Mat Joror


23 Jawatankuasa Pameran : Pengerusi: Encik Salim Md Zin Ahli: Encik Mohd Hiezam Hashim Encik Mohd Ikmal Ilias Jawatankuasa Keselamatan : Pengerusi: Encik Rusman Yaacob Ahli: Encik Aidi Paiman Puan Siti Mariam Adris Jawatankuasa Jualan Buku dan Pelancaran Buku : Pengerusi: Encik Saifudin Abu Bakar Ahli: Puan Fairuz Yaacob Puan Nur Hazirah Mohammad Fuad Puan Murnilah Rashid Encik Naim Mohd Khalid Encik Mohd Hizaimi Senin


24 YB Puan Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan YBhg. Sasterawan Negara Prof. Datuk Dr. Siti Zainon Ismail dan keluarga YBhg. Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP YBrs. Dr. Haji Hazami Jahari Ketua Pengarah DBP Tuan Haji Md Johari Hasan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP Encik Zulfa Hamzah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP Tuan Haji Razali Che Mat Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP Perpustakaan Negara Malaysia Sasterawan Negara Media cetak Media elektronik Para pembentang kertas kerja Para peserta seminar Ahli jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail. Menjunjung Budi Dari Daik pulang ke Daik, Sehari-hari berkebun pisang; Budi baik dibalas baik, Dalam hati dikenang orang.


25 Mendung petang Kusahut sapamu rawan. Guruh menggegar rimba gerimis menggiris pakis anak sungai tak lelah menghilir bukan kejam langit menghambur amarah tapi laut berdebur ke hati mengitari surat amanat berlayangan dikejari ribut utara tak jenuh tangkai teratai mengaut robekan kenangan abjad berdiri meliuk tidakkan jemu mengulang baca. Itulah kaligrafi ruh nurani setia bicara dari pagi ke senja. Siti Zainon Ismail 7 Februari 2012 Surat Amanat


26 Cahaya berbinar ingatan berpancar kenangan menjalar ucap Qalbu, sabar! Ada cahaya lebih cahaya di dalamnya zaitun membakar kaca cinta cahaya dari rumah-Nya! Berlapis berpendar puji-Mu pagi dan senja fatamorgana kulepaskan hanya delima mengenal ikatan permata qalbu bertakhta. Siti Zainon Ismail 5 Januari 2012 Qalbu Cahaya


27 Buku Siri Kajian Pemikiran Sasterawan Negara DBPNiaga


28 Nukilan Rasa


Click to View FlipBook Version