The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafizah, 2022-09-25 03:03:53

IKATAN DAN SIMPULAN PANDU PUTERI

PANDU PUTERI SIMPULAN DAN IKATAN

SIMPULAN DAN IKATAN

PENDAHULUAN

➢ Kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan ikatan perlu dipelajari dan
dikuasai dalam pergerakan kepanduan. Seperti ahli pengakap, ahli Pandu
Puteri juga mempunyai sejarah penubuhan yang hampir sama. Ini kerana, ia
datang daripada ilham Lord Baden Powell.

➢ Banyak kemahiran yang diajar kepada pengakap turut diperturunkan bagi
Pandu Puteri termasuk dalam kemahiran ikatan dan simpulan.

➢ Kemahiran ikatan dan simpulan juga menjadi ukuran dan penilaian dalam ujian
yang ditetapkan oleh Pandu Puteri.

DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN

➢ Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad lamanya. Namun begitu,
adalah sukar untuk dikenalpasti siapakah pelopor kepada penggunaan
simpulan dan ikatan ini.

➢ Selain itu, adalah dipercayai bahawa penduduk Mesir telah menggunakan tali
sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu

➢ Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Dalam kehidupan
seharian, tali digunakan sepanjang masa, tempat dan keadaan seperti di
pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan juga kegiatan luar.

➢ Terdapat 4 jenis definsi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan
iaitu:
a) Simpulan (knotting)
b) Ikatan (lashing)
c) Sembat (splicing)
d) Mematikan hujung tali (whipping)

a) SIMPULAN
➢ Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.
➢ Ia juga turut digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana.
➢ Antara contoh simpulan yang biasa adalah seperti:
- Buku sila

1

- Tindih kasih
- Simpul himpit
- Lilit dua simpul

b) IKATAN
➢ Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk
membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya.
➢ Contoh ikatan ialah seperti berikut:
- Ikatan seraya
- Ikatan serong
- Ikatan silang gunting
- Lilit balak

c) SEMBAT
➢ Sembat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu
peralatan.
➢ Menyambung tali dengan menggunakan sembat adalah baik dan selamat
semasa digunakan.
➢ Contoh sembat adalah seperti:
- Sembat balik
- Sembat pendek
- Sembat mata

d) MEMATIKAN HUJUNG TALI
➢ Ahli dalam Pandu Puteri tidak akan menggunakan tali sebelum tali itu
dimatikan terlebih dahulu.
➢ Hal ini adalah bagi mengelakkan daripada tali itu terburai di hujungnya.
➢ Contohnya adalah seperti berikut:
- Lilit pemati biasa
- Lilit pemati selit
- Sembat balik

2

MODEL SIMPULAN DAN IKATAN

JENIS RAJAH KEGUNAAN
Buku Sila
➢ Ikatan buku sila
digunakan untuk
mengikat kain
pembalut luka,
menyambung tali
yang sama besar
saiznya dan untuk
mematikan ikatan
barang-barang.

➢ Kedua-dua punca atau
hujung tali tersebut
senang dibuka semula

Bunga Geti ➢ digunakan bagi
menyambung hujung
tal yang tidak sama
besar, misalnya tali
perahu dengan tali

kapal.

3

Simpul Tindih ➢ Simpul penyelamat.
Kasih ➢ Untuk menyelamatkan

Lilit seseorang dengan
Dua Simpul memasukkan tajul ke
sekeliling badan.
Lilit Pemati
Mudah Kegunaan:
➢ Mengikut hujung tali

ke gelung atau
mengelilingi tiang.

Kegunaan:
➢ Supaya hujung talai

tidak terlerai.
➢ Tali dapat digunakan

lebih lama dan tidak
cepat rosak.
➢ Tali sentiasa kemas
dan mudah disimpan.

4

Ikatan Kegunaan:
Pemukat ➢ Membuat gelung

Simpul Manuk/ yang tidak mudah
Cincin Ayam terlungsur.
➢ Menyambung dua tali.
Simpul Abah- ➢ Untuk menyelamat.
abah Cepat membuatnya
dan sukar
dilonggarkan.

➢ Mengikat tali ke tiang.
➢ Memula dan

mengakhirkan ikatan.
➢ Tidak mudah

mengelungsur.

➢ Membuat tanjul di

tengah-tengah tali.

➢ Untuk membuat

tangga.

5

6


Click to View FlipBook Version