The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH BERMULANYA PANDU PUTERI DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafizah, 2022-09-25 03:26:52

SEJARAH BERMULANYA PANDU PUTERI DI MALAYSIA

SEJARAH BERMULANYA PANDU PUTERI DI MALAYSIA

SEJARAH BERMULANYA PANDU PUTERI DI MALAYSIA

_________________________________________________________________________________

1917
Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan
Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik
King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan
dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik
sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.

_________________________________________________________________________________

1919
Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang.

_________________________________________________________________________________

1921
Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak.

_________________________________________________________________________________

1920an
Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala
Lumpur.

_________________________________________________________________________________

1923
Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang

_________________________________________________________________________________

1924
Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924

_________________________________________________________________________________

1925
Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan.
Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.

_________________________________________________________________________________

1928
Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan
Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk
sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua
ribu ringgit.

_________________________________________________________________________________

1932
Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan
Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.

_________________________________________________________________________________

1934
Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan
lawatan ke Malaya.

_________________________________________________________________________________

1937-1946
Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan
yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.

_________________________________________________________________________________

1947
Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha
menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu
Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam
perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.

_________________________________________________________________________________

1948-1960
Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.

_________________________________________________________________________________

1957
Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara
mula digunakan.

_________________________________________________________________________________

1960
PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens,
Greece.

_________________________________________________________________________________

1962
PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu
Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.

_________________________________________________________________________________

1964
Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.

_________________________________________________________________________________

1967-1976
Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan
Jubli Emas.

_________________________________________________________________________________

1969
Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian
Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,
Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.

_________________________________________________________________________________

1977-1986
Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil
Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan
Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada
TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula
digunakan di seluruh negara.

_________________________________________________________________________________

1986
PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.

_________________________________________________________________________________

1987-1996
Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70
Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan
rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel
dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet
Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri
guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf
dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round
Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.

_________________________________________________________________________________

1997
Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.

_________________________________________________________________________________

1998

Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.

_________________________________________________________________________________

1999
Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan
peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.

_________________________________________________________________________________

2000
8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac
Intyre.

Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange
Programme with China.

Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam
Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A
Better World) 11 negara mengambil bahagian.

20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;
‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young
Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)

_________________________________________________________________________________

2001
7-12 September – Kem Integrasi 2001:
Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan
telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand

_________________________________________________________________________________

2002
April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.

_________________________________________________________________________________

2003
Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar
Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak
Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan

berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).

Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.

Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

_________________________________________________________________________________

2004
Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu
dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai
49 ahli berjaya ke Puncak.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk
projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation,
WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation
selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.

Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300
km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit
kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Cawangan Terengganu.

Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of
Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".

_________________________________________________________________________________

2005
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur
International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil
bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut
diadakan di acara ini.

Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh
Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu
Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana
HIV/AIDS berjaya dihasilkan.

16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia
Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai
oleh 190 orang peserta dari 12 negara.

17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai
Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat
Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober -
YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.

_________________________________________________________________________________

2006

Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

Nama Lama Nama Baru

Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri
Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.

13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina
Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme

Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta

pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua
Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama

dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian

Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri

Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180
km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan

Terbanyak.

9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis
Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.

9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan

Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah
binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen
Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.

_________________________________________________________________________________

2007
Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan
untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.

19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah

sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara.

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan
Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9.

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd
Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan
dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan
sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan
Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan
Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil
bahagian.

7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM.

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru
PPPM.

9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan
bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri.

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

_________________________________________________________________________________

2008
19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai
Petani, Kedah.

6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-
33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011.

17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu
Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives,
Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom.

_________________________________________________________________________________

Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti,
bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan
dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai
program baru

Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan
Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan
gigih. Melalui Kursus Membina Imej Pandu Puteri untuk Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu
Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha
meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.


Click to View FlipBook Version