The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurhafizah Yaacob, 2022-09-28 02:07:18

TEKS UCAPAN 1

TEKS UCAPAN 1

TEKS UCAPAN
YBRS. TUAN HAJI MISRI BIN MISTAMA

TIMBALAN PENGARAH,
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN MALAYSIA.

SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
PERTANDINGAN STEM EVOLUTION
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2022
PADA HARI KHAMIS, 29 SEPTEMBER 2022 PUKUL 10.00 PAGI

DI DEWAN HAMKA
SBP INTEGRASI JEMPOL,
BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN.

1

SALUTASI
Saudara/Saudari Pengacara Majlis;
Yang Berusaha Tuan Norazhar bin Mohd Shah,
Pengetua SBP Integrasi Jempol;
Yang Dihormati En Putra Bin Hashim
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jempol Dan Jelebu
Ketua-Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Sembilan
Barisan Pengetua Dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan,
Guru-Guru Pengiring,
Para Pemenang Karnival STEM Evolution Peringkat Negeri Yang
Diraikan dan tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi;

2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.

KATA PEMBUKA

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta’ala
kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izinNya, maka saya dapat
bertemu dengan hadirin sekalian dalam majlis pada petang ini.

2. Terlebih dahulu, saya begitu berbesar hati dengan kehadiran para
tetamu dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan
Daerah Jempol Jelebu dan sekolah-sekolah ke SBP Integrasi Jempol
Karnival STEM Negeri Sembilan 2022.

3. Sesungguhnya JPNS sentiasa komited untuk konsisten mendukung
agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasa
komponen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

4. Justeru, pelbagai inisiatif telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi
membantu sekolah-sekolah rendah dan menengah di Negeri
Sembilan untuk menyuntik minat, membangunkan potensi dan
memperkasa daya saing para pelajar dalam subjek-subjek berkaitan
STEM.

5. Hal ini amatlah penting dalam konteks konsistensi bekalan calon-
calon cemerlang yang berpotensi untuk ditawarkan ke program-
program akademik bersifat kejuruteraan, sains, teknologi dan
pengurusan di university kelak.

3

6. Maka, kelestarian bekalan calon-calon ini sangat bergantung kepada
inisiatif dan rangsangan awal kepada anak-anak didik tersebut melalui
pelbagai platform, dan ini termasuklah Karnival STEM ini.

4

KERJASAMA STRATEGIK SBP INTEGRASI JEMPOL-JPNS

Tuan-tuan dan puan-puan,

7. Pertandingan STEM Evolution Peringkat Negeri Sembilan 2022
merupakan rangkuman Karnival STEM dan STEM Online Challenge
yang merupakan salah satu pertandingan rasmi Kementerian
Pendidikan Malaysia.

8. Oleh itu, pelbagai pertandingan telah dianjurkan bagi membentuk dan
melahirkan modal insan yang mahir di dalam bidang teknologi masa
hadapan yang menjadi teras dalam Industri 4.0. Dunia kini berdepan
Industri 4.0 yang memerlukan generasi berpengetahuan tinggi dan
berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi baharu lebih kompleks.
Dunia VUCA juga memerlukan generasi yang berdaya tahan dan
bukan saja menjadi pengguna teknologi, malah memulakan atau
mencetuskan teknologi.

9. Pertandingan-pertandingan seperti Young STEMist Innovation &
Invention Conference, Young Innovator’s Fair, Bridge Building
Competition, STEM Decathlon Challenge, Drone Challenge, Young
Roboticist Challenge, 3D Design Challenge, STEM Online Quiz,
STEM Talent Show, STEMPreneur, Scientific Poster Competition,
Novice Web Builder Challenge, dan Junior Animation Challenge telah
dijalankan secara individu dan berkumpulan mengikut tema
Sustainable Development Growth (SDG) atau Matlamat
Pembangunan Mampan melalui format pertandingan seperti slaid
pembentangan, laporan projek, video pembentangan, poster dan
sebagainya telah dapat memenuhi 17 matlamat yang digariskan oleh
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk dicapai pada tahun

5

2030 sebagai agenda pembangunan dan pemaslahatan manusia dan
alam sekitar.
10. Hal ini bagi tujuan literasi pengetahuan, kesedaran pendidikan dan
transformasi sikap secara kreatif dan interaktif.

6

CABARAN MASA HADAPAN

Tuan-tuan dan puan-puan,

11. Saya amat sukacita kerana Karnival STEM Negeri Sembilan 2022 ini
telah berjaya menarik penyertaan individu dan kumpulan daripada
murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah serta tidak lupa
pada guru pembimbing yang telah membantu anak didik dalam
menjayakan penyertaan dalam pertandingan yang telah dianjurkan.

12. Maka, cabarannya kini ialah untuk kita sama-sama memikirkan
bentuk, sifat dan rupa program berkaitan STEM yang sesuai dan
lestari bagi kumpulan-kumpulan sasar yang khusus dengan kaedah
penyampaian yang mudah difahami serta konsep saintifik yang
praktikal.

13. Pendekatan sedemikian bukan sahaja signifikan dalam konteks
menarik minat anak-anak didik kita untuk meneroka peluang
pendidikan dan menceburi bidang pekerjaan berkaitan STEM, tetapi
turut kritikal dalam menyedarkan golongan ibu bapa dan penjaga
untuk memberi dorongan dan galakan berterusan kepada anak-anak
mereka.

14. Cabaran inilah pada hemat saya yang perlu kita sama-sama uruskan
dan JPNS sentiasa terbuka untuk membincangkan langkah-langkah
intervensi khusus yang boleh dilaksanakan secara kolektif.

7

KATA PENUTUP DAN LAFAZ PERASMIAN
Tuan-tuan dan puan-puan,

15. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi ucapan syabas dan penghargaan kepada rakan-rakan dari
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah
Jempol Jelebu dan SBP Integrasi Jempol, sekolah-sekolah pengelola
pertandingan atas komitmen dan dedikasi mereka untuk menjayakan
pelaksanaan karnival ini.

16. Saya positif untuk menyaksikan kesinambungan sinergi SBP Integrasi
Jempol dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk edisi-edisi
karnival ini yang seterusnya. Dengan komitmen dan dedikasi yang
sedia wujud, saya yakin hal ini bukanlah mustahil untuk direalisasikan.

17. Justeru, dengan harapan tersebut dan berkat lafaz yang mulia
Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
penutupan Karnival STEM Peringkat Negeri Sembilan 2022.
Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah ,
Assalamualaikum warahatullahi wabarakatuh.

8


Click to View FlipBook Version