limited edition ! STEPHENIANS' NEW LOOK tune in for magic inside!
E D I T O R Grecianie Arlyn Andrew Balqis Dayana bt Mohamad Darwis Mohammad Afiq Hafizie bin Saihpudin@Sahipudin Mohammad Irsyad Bin Chalana Mohamad Nurhafiz Bin Ahmad J U R U G AM B A R Balqis Dayana bt Mohamad Darwis Mohammad Afiq Hafizie bin Saihpudin@Sahipudin Mohammad Irsyad Bin Chalana Mohamad Aqmarul Fahmie Nufarisyah binti Badran Addini Hidayatul Wisda binti Ahmad Junaedi I L L U S T R A T O R Mohamad Nurhafiz Bin Ahmad
SEKAPUR SIREH 1-5 SIDANG REDAKSI MAKTAB 6 GALERI GURU DAN STAF 7-15 BADAN KEPIMPINAN PELAJAR 21/22 16-24 GALERI HOMEROOM 25-58 GALERI KELAS 59-73 GALERI UNIT BADAN BERUNIFORM 74-77 GALERI SUKAN DAN PERMAINAN 78-86 GALERI KELAB DAN PERSATUAN 87-94 MEMORI 2022 95-101 KARYA PELAJAR 102-117 pencapaian terbaik mrsm tmfs 2022 119-121 ANALISIS PENCAPAIAN SPM 2021 122 GRADUAn 2022 MRSM TMFS 123-137 Autograf 138 ISI KANDUNGAN
Majalah yang dihasillkan sudah tentu belum cukup untuk memberi gambaran keseluruhan tentang perkembangan MRSM sepanjang tahun 2022. Namun, hasilnya cukup untuk membuktikan bahawa maktab telah melalui fasa kecemerlangan dan kegemilangan yang merupakan kejayaan bersama semua warga maktab. bermula dengan visi dan misi untuk mencorakkan sebuah institusi pendidikan yang terusreleven dengan keperluan masyarakat , seluruh warga maktab berupaya merealisasikan moto MRSM. Moto 'Berdisiplin, Berilmu, Beramal' bukanlah hanya sebagai retorik semata-mata sebaliknya para pelajar MRSM hendaklahberusaha membuktikan tiga dasar yang digariskan akan terus menjadi pegangan. ABD MANAB BIN ABDUL MAJID Tahniah kepada sidang redaksi majalah maktab atas komitmen yang diberikan sepanjang proses menerbitkan majalah ini. Majalah maktab merupakan satu bentuk dokumen yang memaparkan program dan aktiviti pembangunan akademik, sahsiah dan bakat. Sidang redaksi dapat memperkasakan penerbitan majalah apabila mempu melestarikan bahasa melalui bakat penulisan dan mempamerkan kreativiti yang bermutu Era kecanggihan teknologi digital mutakhir ini yang didominasi medium media sosial antara faktor yang mencorak minat dan pemikiran generasi muda hari ini. Perkembangan ini merupakan satu cabaran untuk merealisasikan transformasi pelajar MRSM sebagai pemangkin ekonomi dan generasi berhemah negara. Budaya yang baik boleh diterap sekiranya berupaya untuk menggunakan pelbagai aplikasi dengan cara yang bermanfaat dan berkesan Akhir kata, terus berani untuk mencuba kerana inilah jalan meniju kejayaan, MARA akan terus komited dalam mempersiapkan para pelajar dengan ilmu, kepakaran dan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh eosistem IR 4.0 sesuai dengan tuntutan semasa dan masa depan. Selamat Maju Jaya! PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA 1
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, kita dapat menerbitkan majalah maktab edisi 2022. Sebagai pembuka bicara saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada sidang redaksi kerana berjaya menyempurnakan pembikinan majalah ini dengan jayanya. Saya juga ingin memberikan sekalung apresiasi buat sidang redaksi kerana telah memberi ruang kepada saya untuk merakamkan sekapur sirih di dalam majalah ini. Penerbitan majalah ini merupakan salah satu medium yang baik dalam menyimpan memori serta kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak maktab sepanjang sesi 2022/2023 samada kejayaan tersebut dari segi kurikulum, pembangunan sahsiah mahupun kokurikulum. Selain itu juga, majalah ini dapat mencungkil bakat dan kreativiti para pelajar dengan menghimpunkan karya-karya pelajar untuk tatapan para warga maktab. Tidak dinafikan, proses menyiapkan majalah maktab ini memerlukan komitment dan usaha yang bukan sedikit semata-mata untuk merealisasikan penerbitan majalah pada edisi kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan buat siding redaksi dan pengarang kerana bertungkus lumus menyiapkan majalah edisi 2022. Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga maktab. Ianya menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang dan gemilang. Akhir kalam, harapan saya kepada seluruh warga maktab, sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan selari dengan misi dan visi MARA. Semoga dengan segala kerjasama dan usaha yang dicurahkan,maktab dapat melahirkan pelajar yang memiliki modal insan yang tinggi dan sekaligus menjadi pusat pendidikan yang tersohor pada masa akan datang. Sekian, Terima Kasih. ROSLAN BIN HJ. MOHAMED SALLEH PENGETUA MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS 2
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang redaksi kerana memberi ruang kepada saya untuk mempotretkan sekapur sireh di dalam majalah ini. Saya ingin merafakkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas kejayaan penghasilan majalah maktab bagi sesi 2022/2023. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens atas kejayaan menerbitkan majalah maktab pada kali ini. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,a mengharapkan majalah ini mendokumentasikan semua kejayaan dan memori maktab sentiasa tersimpan dengan baik untuk rujukan akan datang. Saya berdoa semoga Mrsm Tun Mohammad Fuad Stephens sentiasa beroleh kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum dan menjadi sebuah maktab yang berprestasi tinggi. Sekali lagi tahniah dan syabas saya ucapkan. Sekian, terima kasih Kejayaan penerbitan majalah sekolah 2022 ini merupakan sambungan tradisi yang bermula sejak penubuhan maktab pada tahun 2013 dan memberikan makna yang besar kerana menerusi majalah ini, kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman warga maktab sepanjangberada di maktab. Daripada penerbitan majalah ini dapat membentuk anak-anak, terutamanya daripada AJK sidang redaksi untuk menjadi lebih kreatif dan seterusnya menjadi anak-anak yang cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Bukan itu sahaja, kandungan majalah maktab turut merangkumkan karya-karya pelajar serta memori kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak maktab dan pelajar-pelajarnya sepanjang tahun 2022/2023. WAN HURANI BINTI OSMAN YDP MUAFAKAT MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS 3
Assalamualaikum w.b.t. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada sidang redaksi kerana memberi ruang kepada saya untuk berbicara sepatah dua kata di dalam majalah kebanggaan kita ini Sudah 9 tahun sekolah kita berdiri dengan megah. Sepanjang tempoh ini, pelbagai perubahan telah berlaku. Saya sedar bahawa dalam usaha mendidik kami, guru-guru sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Segala pengalaman pahit manis ini ditempuhi bersama dengan penuh kesabaran hanya semata-mata ingin melihat anak-anak didik mereka berjaya pada masa hadapan. Malah, ada kalanya mereka berperanan sebagai ibu bapa kami sehinggakan mereka sentiasa mencuri masa rehat mereka semata-mata ingin mendidik dan memotivasikan kami. Oleh itu lengkapkanlah diri dengan akhlak serta keperibadian yang mulia dan sentiasa berusaha menjadi pelajar yang terbilang. Hubungan yang erat antara para pendidik dan pelajar harus dipupuk dan dikekalkan supaya dapat meningkatkan prestasi diri hingga mencapai apa yang diingini. Ingatlah sahabat sekalian, kita merupakan generasi baharu yang bakal mencorakkan kemakmuran dan kemajuan negara. Oleh itu, janganlah kita bagai melepaskan batuk &di tangga dengan aktiviti atau agenda yang tidak bermanfaat kerana kelak diri kita yang mendapat padahnya. Akhir kata, hormatilah guru dan dengarlah nasihat mereka. Sebagai Ketua Badan Wakil Pelajar sesi 2021/2022, saya ingin memohon kemaafan sekiranya pernah mengguris hati sesiapa pun secara tidak sengaja. Diharapkan agar para pelajar pada masa kini dan hadapan dapat memacu maktab kita ke arah yang lebih baik serta mampu membawa kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah, sukan mahupun kepimpinan. Selamat maju jaya dan selamat menuntut ilmu! KHAIRUL FAHMI BIN AHMAD KETUA BADAN WAKIL PELAJAR MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS 4
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Salam Sejahtera, Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penerbitan majalah maktab pada sesi kali ini kerana memberikan peluang kepada saya untuk menitipkan sedikit coretan sebagai tokoh pelajar SPM 2021. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pendidik Maktab Rendah Sains Mara Tun Mohammad Fuad Stephens yang telah memberikan seluruh tenaga dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar di maktab ini. Saya juga ingin menitipkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan saya sehingga mampu berdiri teguh hingga ke hari ini. Sejujurnya, saya tidak menyangka bahawa saya mampu diberikan anugerah sebesar ini selaku seorang pelajar MRSM. Namun begitu, takdir telah tertulis oleh ilahi, tak ada yang mampu mengubah kehendak-NYA. hampir menyerah kalah dalam menuntut ilmu. Saya juga pernah berada di tahap tersebut namun saya menyeru agar rakan sekalian tidak berputus asa. Tugasan yang terlalu banyak? Masa peperiksaan semakin suntuk? Tidak memahami subjek yang dipelajari? Tidak kira apa jua alasanya, percayalah semua masalah ini ada solusinya. Adakah kita mahu melihat air mata kegembiraan mengalir Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, dari mata ibu bapa kita? Ingat segala usaha yang kita lakukan harini akan dibalas dengan kemanisan kejayaan. Di samping mengejar kecermelangan dalam bidang akademik, salah satu komponen yang terpenting sebagai seorang pelajar adalah memori bersama rakan perjuangan. Jikalau ditanya bilakah kenangan yang paling terindah dalam hidup saya? Saya pasti akan menjawab kenangan ketika berada di MRSM. Segala memori ketika berada di MRSM ini pasti akan sentiasa terpahat di minda kita sehingga dewasa kelak. Oleh itu, apa yang saya ingin nasihatkan kepada semua rakan sekalian untuk mencipta memori pada ketika ini. Selain itu, komponen yang penting dalam meraih kejayaan juga adalah keberkatan daripada orang tua dan pendidik. Mungkin perkara ini diaggap sebagai ‘cliché’ namun bagi saya inilah sebenarnya punca kejayaan sebagai seorang pelajar. Jadikan amalan memohon maaf kepada para pendidik sebagai budaya di MRSM TMFS. Akhir kata, saya mengucapkan semoga berjaya kepada seluruh pelajar dalam jihad menuntut ilmu ini. Jadilah seorang pelajar yang berilmu agar mampu memberikan sesuatu kepada masyarakat. Namun perkara yang paling penting dalam pembentukan diri seorang pelajar ialah akhlak kita kepada orang di sekeliling. Sekiranya, kita mempunyai ilmu namun tidak mempunyai akhlak yang baik maka tidak ada nilai sebagai seorang pelajar kerana akhlak itulah yang akan menentukan nilai kita sebagai seorang pelajar. Sekian, terima kasih. Pertama sekali, saya ingin mengingatkan rakan dalam perjuangan menuntut ilmu untuk meletakkan pembelajaran sebagai fokus utama ketikaerada di MRSM. Saya percaya rakan sekalian pernah berada di suatu keadaan sehingga MUHAMMAD FAHMI BIN ABD SALIM TOKOH PELAJAR MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS 2021 5
USTAZ AMIN MISS ATIQAH MISS NURUL USTAZ SYAABAN MISS HAZIAH SIR AMAN MISS CHIN MISS AMALIN AFIQ IRSYAD ARLYN HAFIZ BALQIS 6
7
8
9
10
11
JABATAN SAINS 12
JABATAN MATEMATIK 13
14 JABATAN BAHASA
JABATAN SAINS SOSIAL 15
' BADAN WAKIL PELAJAR
' 16
LEMBAGA DISIPLIN MAKTAB (LDP) 17
JABATAN PENGURUSAN ASRAMA (JPA) 18
BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR) 19
PEMBIMBIMG RAKAN SEBAYA (PRS) 20
PENGAWAS PUSAT SUMBER PELAJAR (PPSP) 21
ENGLISH MOTIVATIONAL COMITTEE (EMC) 22
AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK) 23
PERSATUAN USAHAWAN MUDA (PUM) 24
Galeri Homeroom
nadeleine tingkatan 1 est 2022
AMAZING 1 BRILLIANT 1 25
CREATIVE 1 DYNAMIC 1 26
ELITE 1 FUTURISTIC 1 27
GENEROUS 1 HONEST 1 28
INDEPENDENT 1 JUBILANT 1 29
KIND 1 LOYAL 1 30
VANGUARD TINGKATAN 2 est2021
AMAZING 2 BRILLIANT 2 31
CREATIVE 2 DYNAMIC 2 32
ELITE 2 FUTURISTIC 2 33
GENEROUS 2 HONEST 2 34
INDEPENDENT 2 JUBILANT 2 35
KIND 2 LOYAL 2 36
MAGNIFICENT 2 37
philantrophy tingkatan 3 est2020
AMAZING 3 BRILLIANT 3 38
CREATIVE 3 DYNAMIC 3 39
ELITE 3 FUTURISTIC 3 40