The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL KEPIMPINAN
(TOKOH PEMIMPIN JOHOR SEKOLAH MENENGAH 2021)
DR. MASZLEE BIN MALIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-61019336, 2021-04-27 05:27:11

PENGGERAK GENERASI MUDA

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL KEPIMPINAN
(TOKOH PEMIMPIN JOHOR SEKOLAH MENENGAH 2021)
DR. MASZLEE BIN MALIK

Keywords: buku skrap

PENGGERAK GENERASI
MUDA

-DR. MASZLEE BIN
MALIK-

Biodata Diri

Nama Peserta : Nur Aina Syakirah Binti Ahmad

Kelas : 5 ST

Alamat e-mel : [email protected]
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Andak

Alamat Sekolah : Jalan Parit Haji Hashim, 86200 Simpang Renggam, Johor

Isi Kandungan

Bil. Tajuk Slaid

1. 4
Pendahuluan 5
6
2. 7
Biodata tokoh pemimpin 9
10
3. 11
Pendidikan tokoh yang dipilih 12

4.
Kerjaya tokoh

5.
Sumbangan tokoh

6.
Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi
sekarang

7.
Penutup

8.
Sumber rujukan

Pendahuluan

Sebelum kita menjelajah lebih mendalam tentang individu hebat ini , kita perlu
tanya diri sendiri , adakah kita kenal dengan individu tersebut , atau ini kali pertama
kita mendengar namanya ? Maka, marilah kita lihat dan fahami apa itu sebenarnya
individu yang dikatakan pemimpin. Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, pemimpin
Didefinisikan sebagai orang yang memimpin atau pedoman. Telah lahir ramai pemimpin
yang berasal daripada Johor antaranya ialah, Dato’ Onn Jaafar, dan Tun Hussein Onn.
Pelbagai sumbangan yang telah mereka lakukan untuk kelansungan generasi sekarang
dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kebajikan dan politik. Tetapi mereka ini
merupakan pemimpin terdahulu, jangankan kita lupa akan pemimpin-pemimpin kini yang
bijak, berwibawa dan hebat. Namun begitu, zaman yang semakin maju dan moden
seperti cendawan tumbuh selepas hujan membuatkan generasi muda kini rasa bahawa
kepentingan untuk tampil kehadapan berdiri teguh menanggung beban sebagai seorang
pemimpin semakin hilang kerana mereka lebih suka untuk goyang kaki dan mengharap
orang lain yang menjadi pemula. Akhir kata, marilah sama-sama kita kenal lebih
mendalam tentang tokoh ini sejurus menanam rasa sayang terhadap negara serta
mendidik generasi sekarang.

Biodata Tokoh Pemimpin

Nama penuh beliau Dr. Maszlee bin Malik. Beliau dilahirkan pada 15 Julai
1947 di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Beliau merupakan keturunan Cina Hakka di
sebelah ibunya manakala bapanya berketurunan melayu. Beliau pernah bersekolah di
Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR)(2), dan menyambung pengajiannya di
Maktab Sultan Abu Bakar. Pada tahun 1989 beliau kemudian menyertai Madrasah Al-
Quran Waddin dan seterusnya ke Maahad Johor. Beliau telah mendapat empat orang
cahaya mata bersama pasangannya, Dr. Hamidah Mat.

Pendidikan Tokoh yang Dipilih

Dr. Maszlee bin Malik telah menamatkan ijazah kedoktorannya dalam
sains politik dari Universiti Durham dengan tesis kedoktorannya yang bertajuk
“Membina Arkitek dan Merumuskan Artikulasi Tadbir Islam: Satu Percubaan dalam
Epistemologi Islam. Selepas itu, beliau dipilih untuk mengajar di Universiti Islam
Anratabangsa Malaysia (UIAM) sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul
al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemuniasaan. Beliau juga aktif dan
terlibat secara lansung dengan pertubuhan-pertubuhan seperti berikut:

- Ahli Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)
- Penasihat ahli Lembaga kepada beberapa NGO dan badan Pendidikan seperti
Teaching of The Need (TFTN) , Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids
(ORKIDS), pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre dan Lembaga Pusat
Pendidikan Al-amin.
- Penaung kepada Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City
Malaysia
- Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia

Beliau juga sangat terkenal sebagai moderator debat dan wancana politik
serta penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan Gerakan Islam
Kontemporari

Kerjaya Tokoh

Dr. Maszlee bin Malik telah menyertai parti komponen utama Pakatan
Harapan (PH), Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Mac 2018 dan
mengalahkan penyandang Liang Teck Meng untuk Kawasan Simpang Renggam pada
pilihan raya umum ke-14.

Selain itu, beliau telah mendapat kerusi di dalam parlimen sebagai
Menteri Pendidikan Malaysia pada 21 Mei 2018 dan telah meletakkan jawatannya
pada 2 Januari 2020.

Kini beliau menjadi Ahli Parlimen Bebas untuk membantu rakyat
Malaysia yang terkesan dengan COVID-19 atas kapasitinya. Selain itu juga beliau
meneruskan usaha dalam gerakan perubahan Pendidikan sebagai Ahli Parlimen
Bebas dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi kerja kemanusiaan.



Sumbangan Tokoh

1. Mengembalikan cinta terhadap Pendidikan
- 75 buah sekolah ditambah kelas OKU dengan penambahan 526 kelas
- 51,191 pelajar B40 mendapat laluan khas ke Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA)

dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- RM68.1 juta biasiswa untuk 31,64 pelajar B40
- 4,369 murid cicir Kembali ke sekolah
- 2,636 anak tanpa dokumen mendaftar sekolah
- 50% beban guru diringankan

2. Kualiti Pembelajaran dan Pengajaran
- 10,208 sekolah nikmati kelajuan minimum Internet 30mbps dan 100mbps (fiber)
- Peningkatan QS Ranking Universiti
- 90% sekolah daif siap

3. Autonomi dan Akauntabiliti
- RM445 juta geran penyelidikan untuk pendidikan tinggi
- Penetapan Hari Akademia pada 5 oktober

4. Malaysia Membaca
- Pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO

Nilai kepentingan tokoh yang boleh dicontohi oleh generasi
sekarang

Antara nilai yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang ialah berpengetahuan
luas, lihat saja pada biodata Dr. Maszlee bin Malik beliau merupakan seorang yang yang
bijak dalam pelbagai bidang terutamanya politik.

Selain itu juga beliau merupakan seorang yang prihatin kerana beliau membantu
pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk menyambung pelajaran dengan menyediakan
biasiswa serta turut membantu mendaftarkan pelajar yang tidak mempunyai dokumen untuk
ke sekolah. Ini menunjukkan beliau amat mementingkan pendidikan generasi-generasi muda.

Nilai seterusnya ialah, beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa
kerana beliau menjaga kepentingan rakyat Malaysia sebagai Ahli parlimen bebas tanpa
mengendahkan bantahan orang lain apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri
Pendidikan.

Penutup

Sebagai penutup, kita sebagai generasi muda yang kurang berpengalaman
dalam memimpin mestilah cuba sedaya upaya dalam memupuk nilai-nilai yang ada
pemimpim-pemimpin kita yang lebih makan garam berbanding kita. Apabila kita
menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab orang yang dipimpin oleh kita
akan berasa puas hati dan sesebuah organisasi tersebut dapat berjalan dengan lancar,
efisien dan teratur. Oleh itu, penting bagi setiap anak-anak muda kini untuk
menerapkan kualiti-kualiti yang patut ada dalam diri seorang pemimpin ke dalam diri

individu masing-masing.

Sumber Rujukan

◦ Internet
- https://ohbulan.com/latar-belakang-menteri-pendidikan-malaysia-yang-baru-

patutlah-tun-m-pilih-dr-maszlee
- https://www.thevocket.com/antara-pencapaian-dr-maszlee-malik-sepanjang-

bergelar-menteri-pendidikan/
- https://en.m.wikipedia.org/wiki/Maszlee_Malik
- https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/427465/dr-maszlee-terkejut-

dilantik-menteri-pendidikan


Click to View FlipBook Version
Previous Book
TOKOH PEMIMPIN NEGERI JOHOR.......
Next Book
Sultan Sir Abu Bakar