The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL KEPIMPINAN
(TOKOH PEMIMPIN JOHOR SEKOLAH MENENGAH 2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-61019336, 2021-04-27 05:23:30

Mohamed Khaled bin Nordin

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL KEPIMPINAN
(TOKOH PEMIMPIN JOHOR SEKOLAH MENENGAH 2021)

Keywords: buku skarp

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL KEPIMPINAN
(TOKOH PEMIMPIN JOHOR SEKOLAH MENENGAH 2021)

Norshuaizam bin Abdul Shukor
SMK Dato’ Abdul Rahman Andak

Simpang Renggam, Johor.

1

Biodata Diri

Nama Peserta : Norshuaizam Bin Abdul Shukor

Kelas : 5 Perakaunan

Alamat e-mel : [email protected]
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Andak

Alamat Sekolah : Jalan Parit Haji Hashim, 86200 Simpang Renggam, Johor

2

Isi kandungan Muka surat

Bil. Tajuk 4
6
1 Pendahuluan 8
2 Biodata tokoh pemimpin 11
3 Pendidikan tokoh yang dipi;ih 13
4 Sumbangan tokoh 14
5 Nilai yang boleh diambil 15
6 Penutup
7 Sumber rujukan

3

PENDAHULUAN

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang
lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan
pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan
mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan

Pemimpin adalah antara manusia yang mempunyai tanggungjawab yang begitu besar dalam
Islam. Dia secara langsung di dalam urusannya memikul amanah dan tugas yang berat kepada
rakyat yang dipimpinnya. Malahan seorang pemimpin juga akan dipertanggungjawabkan di
hadapan Allah terhadap kepemimpinannya.

Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau
aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat
dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Kejayaan kecemerlangan organisasi
bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan
menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

4

Seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat sewajarnya tidak meletakkan jurang dirinya
dengan rakyat atau orang-orang yang dipimpin dan perkara ini turut perlu difahami oleh orang-
orang atau pegawai-pegawai yang berada di sekeliling pemimpin sekali gus perlulah menjadi
penasihat yang jujur, amanah serta memahami tugas seorang pemimpin yang sebenar.
Seseorang itu perlu menerapkan dalam dirinya kecintaan terhadap agama dan umat seluruh
serta kesanggupan untuk berkorban apa sahaja demi rakyat.

Negeri Johor telah melahirkan ramai pemimpin yang luar biasa antaranya ialah Dato’ Onn
Jaafar, Tun Hussein Onn , Muhyiddin Yassin, Datuk Khaleed Nordin.

5

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar,Johor pada 30 November 1958. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Anak kepada pasangan Haji
Nordin Johari dan Hajah Marina Shukri

YB Dato' telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Rosni Omar tahun 1986.
Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.

6

7

PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH

Y.B. Dato' Seri Khalled Nordin dilahirkan pada 30 November 1958, beliau yang mudah mesra
dan dirapati oleh orang ramai mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Ledang, Muar, High
School Muar, English College Johor Bahru dan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda
Undang-Undang) dengan kepujian.

Datuk Seri Khaleed Nordin juga pernah bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar
sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar,Johor Bahru. Kemudiannya
melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-
Undang pada tahun 1982.

Beliau juga berkelulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, Universiti of Missouri,
Rolla, Amerika Syarikat, Hasni merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor dan juga
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor selain Ketua UMNO Bahagian Pontian
sejak tahun 2001.

Datuk Seri Khaleed Nordin mempunyai latar belakang sebagai jurutera perunding, anak
kelahiran Pontian itu mula melibatkan diri dalam politik seawal tahun 1990-an dengan jawatan
pertamanya sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian pada tahun 1993 hingga 2001.

8

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein ketika Hishammuddin menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2000 dan Ahli
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2004
Kerjaya Tokoh
Dato' Mohamed Khaled Nordin adalah seorang politikus Malaysia dan menjadi Menteri
Besar Johor dari 14 Mei 2013 sampai 10 Mei 2018.[1] Sebelumnya dia adalah Menteri
Pendidikan Tinggi (2004-2008). Dia juga merupakan wakil ketua UMNO Johor dan anggota
parlemen Pasir Gudang (P. 159).Sebelum memegang jawatannya sebagai Menteri Besar Johor,
Mohamed Khaled pernah berkhidmat di pelbagai kementerian seperti Menteri Pengajian
Tinggi (2008 sehingga 2013), Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2004 sehingga
2008) dan Timbalan Menteri Kerja Raya (1990 hingga 2004).

Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli
UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru
(1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995),
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri
(1998).YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau merupakan Presiden Belia Negeri
Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua

9

Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu
Majidee.

Beliau memulakan kerjayanya di PETRONAS sebagai Pegawai Undang-Undang pada
tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah
Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-
1987). Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Undang-Undang Petronas (1982 hingga 1983),
Mohamed Khaled, seorang peguam bertauliah bermula sebagai ahli biasa di dalam UMNO
pada tahun 1978.Mohamed Khaled juga merupakan Setiausaha Politik kepada Datuk Shahrir
Abd Samad selama tiga tahun ketika Shahrir menjawat Jawatan Menteri Wilayah Persekutuan
(1984 hingga 1986) dan Menteri Kebajikan Masyarakat (1986 hingga 1987).

Pada tahun 1998 beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru
sehingga 2003 dan berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Johor, beliau
dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Tebrau (Januari 2004).

10

SUMBANGAN TOKOH

Terdapat banyak sumbangan yang buah fikiran yang telah dilaksanakan oleh mantan
Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin sewaktu memerintah
negeri Johor. Negeri tersebut mencatatkan perkembangan ekonomi yang sangat
memberangsangkan dan menerima limpahan ekonomi ke seluruh negeri tersebut.Berikut
adalah 4 sumbangan terbesar beliau sewaktu berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor;

1. Pertama, perkembangan ekonomi yang meningkat setiap tahun semenjak menjawat
jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 2013. Ketika itu, nilai KDNK negeri Johor
adalah sebanyak RM 87.9 billion dan meningkat kepada RM 104.48 billion pada
tahun 2016. Purata peningkatan KDNK sepanjang tempoh ini adalah 5.9% dan nilai
ini lebih besar daripada purata peningkatan KDNK Negara Malaysia iaitu sebanyak
5.1% dalam tempoh yang sama.

2. Kedua, beliau menjadikan Johor destinasi pelaburan terbesar dalam sektor
pembuatan. Nilai terkumpul dari tahun 2013 hingga 2017 adalah sebanyak RM 114.9
billion dalam sektor ini. Jumlah pelaburan terbesar pernah dicatatkan pada tahun
2015 iaitu sebanyak RM 31.3 billion. Kesan ini memberi limpahan ekonomi kepada
rakyat Johor terutamanya dalam peluang pekerjaan dalam sektor tersebut.

10

3. Ketiga, beliau menyediakan program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) kepada
rakyat Johor. Johor antara salah satu negeri yang menerima pelaburan dalam sektor
hartanah terutama di kawasan Iskandar Puteri. Kebanyakan harga rumah di kawasan
tersebut bersifat ‘mampu tengok’. Justeru, Dato’ Khaled menyediakan pakej RMMJ
kepada rakyat Johor. Sebanyak 100,000 buah unit rumah disasarkan telah siap dibina
pada tahun 2023 dan 16,010 buah rumah telah pun siap dibina. Baki sebanyak 83,990
buah unit rumah akan disiapkan menjelang tahun 2023. RMMJ menawarkan 3 pakej
rumah yang berharga dari RM 42,000 hingga RM 150,000.

4. Keempat, beliau telah berjaya meningkatkan tanah rizab Melayu sehingga 30%
daripada keluasan negeri Johor. Pada tahun 2012, jumlah kawasan tanah rizab
Melayu di Johor adalah sebanyak 294,000 hektar atau 16% daripada keluar negeri
tersebut. Pada tahun 2017, keluasan tanah rizab Melayu telah ditingkat sebanyak
555,918 hektar atau 30% daripada kawasan negeri tersebut.

Jelas sekali, sumbangan Dato’ Khaled Nordin sangat besar kepada negeri Johor sewaktu
menjawat jawatan Menteri Besar negeri tersebut. Diharapkan pencapaian beliau dapat
diteruskan dan menunjuk peningkatan dalam pemerintahan parti terbaru ini.

11

NILAI YANG BOLEH DIAMBIL

Johor memerlukan kepimpinan tertinggi yang bukan sekadar berwibawa tetapi mahir
mentadbir dan mempunyai kejelasan visi bagi memajukan Johor dan rakyatnya.Datuk Seri
Khaled juga percaya kepada penyelidikan tiada bermakna jika tidak dapat dimanfaatkan oleh
masyarakat dan negara. Walaupun kebanyakan ahli akademik merasakan penyelidikan
fundamental atau penerokaan ufuk ilmu penting untuk melonjak kesarjanaan, beliau mampu
berhujah bahawa kedua-dua keperluan ini bukan tuntutan yang terpisah.

Khaled sentiasa menekankan peri pentingnya membangun modal insan yang berilmu
dan berkemahiran tinggi. Dalam amanat terakhirnya, beliau mengingatkan kepada pemimpin
akademik mengenai masyarakat mengharapkan apabila pelajar tamat pengajian, mereka
seharusnya telah bersedia dengan akhlak yang mulia, serta ilmu dan kemahiran yang tinggi
sehingga dapat terus diserap masuk ke dunia pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang
lumayan.

12

PENUTUP

Intihannya, tugas sebagai seorang pemimpin bukanlah satu tugas yang mudah, oleh itu kita
mesti menghormati beliau dengan cara menghargai usaha-usaha yang telah dilakukan.Kita

sebagai golongan belia haruslah mengambil nilai yang baik pada pemimpin kita untuk
dipraktikkan dalam kehidupan seharian.Sebagai seorang pemimpin juga perlu mengetahui

tugas yang perlu dilakukan dengan sebaiknya kerana kuasa yang besar datangnya
tanggungjawab yang besar.

13

SUMBER RUJUKAN

Internet
• https://en.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Khaled_Nordin
• https://mytwocents.asia/4-sumbangan-kerajaan-negeri-johor-sebelum-ini/

• https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Why don’t you get a LJMU fake diploma/degree, buy fake UK diploma?
Next Book
Jom Baca Bersama 10 minit