NADA1
NUKLEAR MALAYSIA
VW 9/18
Sidang Editor
Penaung:
YBrs. Dr. Mohd Abd
Wahab Yusuf
Penyelaras :
Habibah Adnan
Editor :
Normazlin Ismail
Nor Azlina Nordin
Penerbitan:
Syahkhairul Sani
Pereka
Mohd Idzwan Md Zin
Jurufoto:
Nor Hasimah Hashim
Mustafa Kamil Mokhtar
TAHNIAH : KETUA PENGARAH AGENSI NUKLEAR KE-8
MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI & SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN
PROJEK MSI SELESAI MASALAH TERNAKAN PATIN
HARI KOKURIKULUM SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD
NUKLEAR MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN DARI MASTIC
MISI PAKAR IAEA KE NEGARA NEPAL
WOMEN in NUCLEAR : 3RD ANNUAL CONFERENCE 2018
BTI JUARA KESELURUHAN HARI KM
USM KUNJUNGI NUKLEAR MALAYSIA
AVISENA LAWAT NUKLEAR MALAYSIA
PELAJAR UNISZA LAWAT REAKTOR
KURSUS SAFE HANDLING FORKLIFT
MEDIA BPM
AKTIVITI AKAN DATANG
2 TAHNIAH : KETUA PENGARAH
PROGARGAEMNSKI ENRUJKALSEAARMMAABLEARYSSIAAMKAELIAKPSAIMN
1 Nur Aishah Zainal
NOR AZLINA NORDIN
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Mohd Abd Wahab bin Yusof
yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
yang kelapan berkuatkuasa 12 September 2018 menggantikan Datuk Dr Mohd Ashhar Hj
Khalid yang telah bersara wajib dalam perkhidmatan awam.
Beliau yang berusia 58 tahun ini berasal daripada Kampung Salak Tengah, Sepang,
Selangor dan berpengalaman luas dalam bidang keselamatan nuklear dan sinaran serta
pengurusan sisa radioaktif. Memulakan kerjaya sebagai pegawai
penyelidik di Nuklear Malaysia pada tahun 1984 dan berkhidmat
hampir 34 tahun.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains
Nuklear dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah
Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar serta Doktor
Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University of
Nottingham, United Kingdom.
Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah menjalankan beberapa
misi pakar ke Filipina, Maghribi dan Vienna,Austria di bawah
kelolaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Kepakaran
dan pengalaman beliau yang luas memberi peluang kepadanya
apabila ditempatkan di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
(AELB) dari 1985 hingga 2001 sebagai Pengarah Penilaian,
Pengarah Penguatkuasaan selain menjalankan tugas Ketua
Pengarah AELB.
Semoga Nuklear Malaysia akan terus maju di bawah
pentadbiran Ketua Pengarah yang baharu. TAHNIAH!
MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI & SAMBUTAN 3
MHAISRKI KI EABMAANSGRSEABANAM20A1S8AJREK MARGORP
2
RUDARUL MORHAlaYnAiaISZMhAahILsiA ruN
Majlis Perhimpunan Bil. 4 Agensi Nuklear Malaysia & Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia
yang ke-61 peringkat agensi telah disambut meriah pada 4 September lalu. Dengan
kehadiran warga Nuklear Malaysia lebih daripada 250 orang, majlis dimulakan dengan
nyanyian lagu Negaraku, lagu Nuklear Malaysia dan lagu Perkhidmatan Awam. Majlis
diteruskan dengan lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh barisan pegawai
Nuklear Malaysia yang baharu. Usai ikrar, hadirin dipersembahkan dengan tayangan
montaj pengenalan fungsi Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) serta tayangan berita-
berita semasa dan pencapaian Nuklear Malaysia sepanjang tahun 2018. Ucaptama telah
disampaikan oleh Dr. Abdul Muin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Program
Perkhidmatan Teknikal) merangkap menanggung tugas Ketua Pengarah Nuklear Malaysia.
Memetik ucapannya, beliau menyeru kepada semua warga Nuklear Malaysia sempena
Malaysia Baharu semangat bekerja perlu turut diperbaharui dengan usaha untuk berinovasi,
kreatif, berdaya saing demi mencapai hasil kerja yang lebih berkualiti.
4 PROJEK MSI SELESAI MASALAH TERNAKAN PATIN
PROGRAM KERJASAMA BERSAMA IKSIM
3 2NuMr OAiHshAaMhAZDainRaAlDZUAN OTHMAN
Projek Inovasi Sosial (MSI) Fasiliti Tangki Modular
Terkawal di bawah Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
(MESTECC) dijangka mampu menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh pengusaha ikan patin di dalam
sangkar, kata Dr. Norihan Mohd Salleh, Pengarah
Eksekutif Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di
majlis penyerahan projek tersebut pada 4 September
di Benta, Pahang.
Menurut beliau lagi, teknologi baharu ini hasil
kerjasama NIBM-ABI dan Nuklear Malaysia adalah
sebagai alternatif kepada kaedah sangkar ikan yang merupakan industri yang sangat
aktif di sekitar daerah Lipis, Temerloh, Pekan dan lain-lain daerah di negeri Pahang.
Majlis penyerahan fasiliti tangki modular ini disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Ramzah
Dambul, Timbalan Ketua Setiausaha (STI) MESTECC kepada Dato’ Sri Ir. Hj. Mohd Soffi bin
Tan Sri Abd. Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi
Negeri Pahang. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Azman bin Abd Razak, Ketua Pegawai Inovasi,
NIBM, Dr. Norihan Mohd Salleh, Pengarah Eksekutif Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI)
dan Dr. Abdul Muin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Nuklear Malaysia.
Dato’ Sri Ir. Hj. Mohd Soffi yang juga ADUN Benta, menyampaikan penghargaan
beliau kepada MESTECC dan agensi yang terlibat dalam pemindahan teknologi
penternakan ikan patin menggunakan tangki modular terkawal yang akan digunakan
oleh komuniti penternak di Benta. Beliau juga berharap dengan wujudnya kemudahan
ini komuniti penternak dapat mengeluarkan ikan patin secara mampan sepanjang tahun
seterusnya dapat memacu pendapatan mereka.
HARI KOKURIKULUM SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD 5
MISKI AMASREB AMASAJREK MARGORP
MOHD SHA AFFANlaDnIiaMZ DhaAhRsiIAPIrNuN 4
Unit Kokurikulum, SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak telah menganjurkan
Hari Kokurikulum yang telah berlangsung pada 5 September yang lepas di Dewan Utama
sekolah. Hari Kokurikulum ini diadakan bagi memberi pendedahan dengan ilmu yang
tidak dapat dipelajari secara formal. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran
kepada murid-murid supaya aktif bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, malahan juga
menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu, Ahli Parlimen
Batu Gajah. Program ini juga turut dihadiri oleh En. Suhaimi Bin Hamzah, Setiausaha Bahagian
PSTI, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC),
Dr. Mior Hamdan Bin Haji Ghazali, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan dan En.
Hafis Noordin Bin Mat Nor, Yang Dipertua PIBG, SMK Toh Indera Wangsa Ahmad.
Nuklear Malaysia diwakili oleh En. Muhammad Khairul Ariff Bin Mustaffa dan En. Abi Mutaqqin
Bin Jalal daripada Pusat Teknologi Reaktor (PTR), Bahagian Sokongan Teknikal (BST). Mereka
menampilkan perkembangan teknologi reaktor dan aplikasi sinaran kepada pengunjung
yang hadir. Agensi di bawah MESTECC yang turut terlibat sama dalah Bahagian PSTI, Pusat
Sains Negara, Planetarium Negara, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak dan National
Metrology Institute of Malaysia (NMIM). Turut menyertai adalah Pusat Nanoteknologi
Kebangsaan (NNC), Jabatan Meteorologi Malaysia, Agensi Remote Sensing Malaysia dan
juga Agensi Taman Teknologi Malaysia.
Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu pameran, sesi
perkongsian ilmu, hands-on activity dan sebagainya.
6 NUKLEAR MALAYSIA
PROGRATEMRKIMEARKJUANSJAUMNAGABNERASUADMITAMIAKSSTIIMC
5 Nur Aishah Zainal
MOHD SHA AFFANDI MD ARIPIN
Nuklear Malaysia menerima kunjungan empat orang pegawai daripada Pusat Maklumat
Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam
Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 6 September lalu. MASTIC telah menerbitkan
Direktori Peralatan Saintifik MESTECC 2018 yang mengandungi sebanyak 554 peralatan
saintifik yang sedia dikongsi bersama pengguna lain mengikut terma dan syarat yang
ditetapkan oleh agensi pemilik.
Sebagai makluman, MASTIC sedang dalam persediaan untuk mengumpul laporan perkongsian
peralatan saintifik jabatan dan agensinya bagi tujuan pelaporan semasa Mesyuarat KPI
Pelan Strategik Kementerian. Sehubungan itu, Nuklear Malaysia telah di pilih untuk sesi
perbincangan awal bagi penyediaan pelaporan perkongsian peralatan saintifik tersebut.
Delegasi MASTIC turut dibawa melawat ke kemudahan makmal SSDL dan makmal RAS
yang merupakan lokasi terletaknya beberapa alat saintifik yang diaudit.
MISI PAKAR IAEA KE NEGARA NEPAL 7
MISKI AMASREB AMASAJREK MARGORP
AHMAD BAZLIE AlBaDniUaZL KhaAhDsIiAR ruN 6
Pihak IAEA melaksanakan Misi Pakar Kerjasama Teknikal (IAEA TC Expert Mission) ke negara
Nepal di bawah tajuk NEP 9005: Strengthening Radiation Safety Through Regulatory
Infrastracture, Occupational and Medical Exposure Control”. Bagi menjayakan misi ini
pihak IAEA telah menghantar tiga orang pakar iaitu dua orang pegawai Nuklear Malaysia
iaitu Dr. Wan Saffiey Wan Abdullah (Pengarah Kanan Program Pengurusan ) dan En. Ahmad
Bazlie Abdul Kadir (Pegawai Penyelidik, BKS) dan seorang lagi pakar lagi dari negara Jepun
iaitu En. Yasuhiro Kaguchi (Chiyoda Technol) untuk mengendalikan kursus “National Training
Course on General Radiation Protection and Dosimetry” pada 10 hingga 14 September
2018 bertempat di Nepal Academy of Science Technology (NAST) di Kathmandu Nepal.
Seramai 30 peserta dari seluruh Nepal telah dipilih untuk menyertai kursus anjuran IAEA ini.
Pemilihan peserta ini berdasarkan penglibatan mereka sebagai pengguna lencana TLD
dan juga sebagai pekerja sinaran di Nepal. Kursus ini merangkumi ceramah mengenai
perlindungan sinaran pekerjaan dan dosimetri. Pakar IAEA juga mengadakan demostrasi
praktikal penggunaan alat pembaca TLD bagi pemantauan dedahan pekerja sinaran.
Pada kesempatan ini pihak penganjur NAST turut membawa Pakar IAEA yang terlibat
melakukan lawatan teknikal ke Shahid Dharma Bhakta National Transplant Center, Di
Bhaktapur, Nepal bagi melihat operasi penggunaan mesin CT scan dan mesin sinar-X di
kemudahan berkenaan serta pelaksanaan pemakaian lencana TLD yang dipakai oleh
pekerja sinaran di organisasi tersebut. Secara keseluruhan kursus yang dianjurkan oleh IAEA
ini diharapkan dapat mempertingkatkan kefahaman pekerja sinaran di Nepal tentang
kepentingan perlindungan sinaran.
8 WOMEN in NUCLEAR (WiN) :
PROGRAM3KREDRAJNANSUAAMLACOBENRFESRAEMNACEIK2S0I1M8
7 Nur Aishah Zainal
NOR AZLINA NORDIN
Bertemakan “Meraikan Sumbangan Wanita dalam
Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)” sempena penganjuran
3rd Annual Conference Women in Nuclear (Malaysia)
telah diadakan di Nuklear Malaysia pada 19 hingga 20
September.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada
Pengerusi WiN Malaysia, Dr Noor Hasnah Mohamed
Khairullah. Dalam ucapannya, beliau bersyukur kerana
penganjuran konferens pada kali ini dipertemukan
dengan empat orang wanita terkenal dalam STI
sebagai pembicara utama untuk berkongsi pemikiran
dan kebijaksaan bersama-sama kita. Selain itu,
peserta konferens dapat bertukar-tukar idea yang berinformatif dan pandangan melalui
perkongsian persembahan oral dan poster sepanjang konferens ini.
Konferens kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Dr. Zulkifli
Mohamed Hashim, Timbalan Ketua Pengarah (Program Penyelidikan dan Pembangunan
Teknologi), Agensi Nuklear Malaysia. Ucapnya, Nuklear Malaysia sentiasa memberi
sokongan kepada WiN dalam mengenengah dan mengiktiraf penyertaan wanita dalam
sains nuklear, teknologi dan inovasi. Semoga konferens ini dapat dijadikan platform untuk
mengembang dan berkongsi pengetahuan melalui persembahan dan perbincangan
terutama berkaitan teknologi nuklear.
Empat wanita hebat yang berkongsi pengalaman dan pandangan mereka ialah Dr.
Mahaletchumy Arujanan (Why Media and Science Communication Matters to Women in
STI?), Puan Hazami Habib (Society Calls for Science, Science Calls for Women), Prof. Dr.
Che Husna Azhari (Walking One More Mile: A Personal Narrative of Work-Life Balance) dan
Datuk Fadilah Baharin (Women in STI Towards Quality of Life).
Sebanyak 18 kerja kerja berkaitan STI telah dibentangkan sepanjang konferens dua hari
berlangsung dan penyertaan 14 buah poster.
BTI JUARA KESELURUHAN HARI KM 2018 9
MISKI AMASREB AMASAJREK MARGORP
NASAAI MASNGUTlaniaZ hahsiA ruN 8
Bahagian Teknologi Industri (BTI) telah mengungguli Hari KM 2018 apabila tampil sebagai juara
keseluruhan bagi Hari KM 2018 yang diadakan pada 26 September 2018. Hari Pengurusan
Pengetahuan (KM) merupakan acara dwitahunan dengan objektif merancakkan lagi aktiviti KM
di Agensi Nuklear Malaysia.
Hari KM 2018 menyaksikan kehadiran lebih 120 orang hadirin yang turut menyertai beberapa
aktiviti sepanjang Hari KM tersebut berlangsung. Antara aktviti dan pertandingan yang diadakan
adalah pertandingan poster bahagian, Sharepoint Battle, ceramah, Kuiz KM dan cabutan
bertuah. Dr Mohd Abdul Wahab Yusof, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia berkata dalam ucapan
perasmiannya, program seperti ini amatlah wajar dilaksanakan bagi institusi penyelidikan yang
berpaksikan kepada pengetahuan seperti Nuklear Malaysia. Turut hadir bersama adalah semua
barisan kepimpinan tertinggi Nuklear Malaysia yang dilantik baru-baru ini.
Program turut diserikan dengan perkongsian amalan KM terbaik oleh Sr. Roznita Othman daripada
Jabatan Kerja Raya (JKR) yang turut menyelitkan elemen permainan dalam penyampaian
ceramah beliau.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi Hari KM 2018:
10 USM KUNJUNGI NUKLEAR MALAYSIA
PROGRAM KERJASAMA BERSAMA IKSIM
9 NuMrOAHishDaShHZAaiAnaFFl ANDI MD ARIPIN
Universiti Sains Malaysia (USM)Kubang Kerian, Kelantan dengan seramai 40 orang pelajar
Program Sinaran Perubatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Nuklear
Malaysia pada 27 September 2018. Lawatan sehari ini memberikan pendedahan kepada
mereka berkenaan fungsi Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP). Selain itu, mereka juga telah
diberikan penerangan pengenalan berkaitan Nuklear Malaysia seperti fungsi, produk dan
perkhidmatan.
Kumpulan ini juga turut berpeluang untuk melihat sendiri aktiviti yang dijalankan di Loji
Sinagama dan diberikan penerangan berkenaan sinaran tidak mengion. Selain itu, para
pelajar turut melawat Makmal Gamma Sek di Bahagian Agroteknologi dan Biosains (BAS).
Lawatan sambil belajar ini memberikan impak positif kepada mereka kerana penerangan
yang diberikan disampaikan oleh Pegawai Nuklear Malaysia yang cukup berpengalaman
dan berpengetahuan luas dalam bidang tersebut.
AVISENA SPECIALIST LAWAT NUKLEAR MALAYSIA 11
MISKI AMASREB AMASAJREK MARGORP
MOHD SHA AFFANlaDnIiaMZ DhaAhRsIiAPIrNuN 10
Nuklear Malaysia telah menyantuni lawatan perpaduan daripada Avisena Specialist
Hospital pada 26 September 2018 (Rabu). Delegasi tersebut terdiri daripada Jawatankuasa
Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) seramai 17 orang. Selain diberikan taklimat umum
mengenai Nuklear Malaysia, mereka juga telah mendengar perkongsian pengetahuan
berkenaan keselamatan sinaran oleh En. Muhamad Zahidee Taat, Pegawai Penyelidik
daripada Bahagian Keselamatan & Kesihatan Sinaran (BKS) Nuklear Malaysia. Delegasi
juga telah dibawa melawat ke Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) sebagai acara utama mereka.
12 LAWATAN ILMU UniSZA REAKTOR
PROGRAM KERJASAMA BERSAMA IKSIM
11 NuMr OAiHshDahSHZAaiAnaFFl ANDI MD ARIPIN
Seramai 28 orang pelajar Diploma Radiografi dan tiga orang pensyarah
daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu telah
mengadakan lawatan ilmu ke Nuklear Malaysia pada 27 September
2018 . Delegasi ini juga berpeluang untuk melihat sendiri Reaktor TRIGA
PUSPATI (RTP) dan diberikan pendedahan berkaitan fungsinya. Selain itu
juga, mereka turut dibawa melawat ke Makmal SSDL serta Loji Sinagama.
KURSUS SAFE HANDLING FORKLIFT 13
MISKI AMASREB AMASAJREK MARGORP
RUZELAWATIE RUlaSLnIia&Z NhaOhRsZiAALruINNA MUHAMMAD 12
Pada 25 hingga 27 September 2018 telah
diadakan Kursus Safe Handling Forklift
(Truck Angsun) – SHFT bagi calon baharu.
Kursus selama tiga hari di Blok44 dan
Sinagama (amali) bagi mendapatkan
lesen memandu forklift untuk kegunaan
di beberapa bahagian dalam Nuklear
Malaysia yang menggunakan forklift.
Kursus adalah anjuran Bahagian
Pembangunan Sumber Manusia yang
diurus oleh urus setia Puan Norzalina
Muhammad dan Cik Ruzelawatie Rusli.
Tenaga pengajar daripada NIOSH
(National Institue of Occupational Safety
and Health), Bangi iaitu Encik Rajab.
Peserta kursus seramai 10 orang terdiri
daripada kakitangan di bahagian BAS
(WasteC), BST, BTS, Raymintex, PAT/BTI
dan PDC/BST.
Terdahulu, pada 19 September 2018
telah diadakan juga Kursus Safe
Handling Forklift (Truck Angsun) bagi
refresher yang telah tamat tempoh lesen
mengendalikan forklift dan mereka perlu
menjalani berkursus dan mengambil ujian
selama satu hari yang dikendalikan oleh
pihak NIOSH di bilik Tungsten blok 44.
Ceramah disampaikan oleh Encik Rasidi
Ahmad daripada NIOSH, Bangi. Seramai
16 orang refresher mengikuti kursus ini.
MEDIA BPM
14
13 PROGRAM KERNuJrAASisMAhaUMhSNATZOAaRFBinAHEaKlARASSMIMAILAMHMAOHIAKKSHHSTIAIMMR
Skip Navigation LinksIAEA RTC On Initiation Post Graduate
Medical Physicx Academic Programme 03-07.09.2018 (Tamu
and Suite Hotel, KL)
Majlis Amanat Keputusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Bil2 06.09.2018
(Bilik Persidangan, Blok 11, Nuklear Malaysia)
MEDIA BPM 15
MMNOIUSRSKTHAIAFASAIMMKAAAMHSIRHL AlEMaSnBOHiaKIAZMHMhTaAAhRsSiAArJuRNEK MARGORP
14
Kunjung Hormat Delegasi SEDIA 20.09.2018 (Bilik Majlis,
Blok 11, Nuklear Malaysia)
Kunjung Hormat Reltech Venture Sdn Bhd 25.09.2018
(Bilik Majlis, Blok 11, Nuklear Malaysia)
16 MEDIA BPM
PROGRAM KERJASAMA BERSAMA IKSIM
15 Nur AishahNZOaRinaHlASIMAH HASHIM
MUSTAFA KAMIL MOKHTAR
Latihan Menembak Tahunan UKF 25.09.2018 (Lapang
Sasar Mantin, N. Sembilan)
Memorandum of Agreement (MOA) ANM-Syarikat
Vision One (Acoustic Emission Instrumentation)
25.09.2018 (Blok 60, Nuklear Malaysia)
JUARA FOTO MERDEKA 2018 17
MISKI AMASREB AMASAJREK MARGORP
TAHNIAH BKT laniaZ hahsiA ruN 116
1718 PNRMUOEKGNLREGAAURMRAMKNAEGLRNAKuJYArASANISiAsPAhMEaMhNEAZGNaGYBinOUEaKlNROASNAAGNMKPALEIAMKSPSTEIIMNK
MAKISTKIVIITAIMAAKSARNEDBATAAMNAGSAJREK MARGORP 19
laniaZ hahsiA ruN
18