The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bulan Sukan Negara Peringkar Agensi Nuklear Malaysia 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-01-28 12:50:14

e-buletin Oktober 2019

Bulan Sukan Negara Peringkar Agensi Nuklear Malaysia 2019

buletin

@n uk l e a r m a l a y s ia
Bil 10/19

AGBEUNLSAI NNPUESRKU2ILK0NEA1GA9NKRANMTEAGLAARYASIA

Agensi Nuklear Malaysia www.nuclearmalaysia.gov.my nuklearmalaysia

ISI KANDUNGAN

U
L
A
N
A
N

Penaung Sidang
Penyelaras Editor
Editor
: YBrs. Dr. Mohd Abd Wahab Yusof
Penerbitan
Pereka : Habibah Adnan
Jurufoto
: Norm azlin Ismail
Wan Jazlina Wan Ahmat

: Syahkhairul Sani

: Mohd Idzwan Md Zin

: Nor Hasimah Hashim
Muhammad Hafidzudin Mahadzir

PERHIMPUNAN BULANAN 1
OKTOBER 2019

Rudarul Morhaya Ismail

KP Seru Wujudkan Suasana Harmoni Semasa Bekerja

Bersempena meraikan Sambutan 'World Mental
Health Awareness', Agensi Nuklear Malaysia
telah menganjurkan pelbagai program bagi
memeriahkan sambutan tersebut.

Oktober ini, Bahagian Teknologi Perubatan (BTP)
telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan
perhimpunan bulanan yang diadakan pada 30
Oktober 2019. Bertemakan “Minda Sihat Kualiti
Hidup Meningkat”, KP menekankan bahawa
betapa pentingnya penjagaan kesihatan mental
kepada semua anggota untuk mewujudkan
suasana kerja yang harmoni dan melahirkan
pekerja yang bijak mengendalikan tekanan agar
dapat melalui persekitaran yang lebih berkualiti
dan selesa.

Antara pengisian bermanfaat bersama-sama
majlis perhimpunan tersebut ialah dua aktiviti
utama iaitu ceramah kesihatan mental yang di
adakan di Bilik Seminar Blok 11 dan ujian saringan
kesihatan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)
untuk warga Nuklear Malaysia yang berminat.

KP turut menyeru warga Nuklear Malaysia agar
menjaga kesihatan dengan mengamalkan
pemakanan sihat dan melakukan aktiviti fizikal
seperti senaman secara berkala. Ini adalah salah satu langkah pencegahan yang dapat diambil
bagi mengelakkan diri dibelenggu dengan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan potensi
dan fokus untuk menjalankan tugas.

“The groundwork for all happiness is good health”

2 Misi Cegah Osteoporosis Melalui

Sukan Badminton

Ahmad Nazrul Abd Wahid

Bahagian Sukan Kelab Nuklear Malaysia telah
mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup
Nuklear di Airport Sport Complex. Program yang
bermula pada 8.00 pagi telah disertai oleh 59
peserta.

Bersempena dengan Hari Sukan Negara
yang dianjurkan pada setiap bulan Oktober,
jawatankuasa kelab mengambil inisiatif
menganjurkan pertandingan badminton yang
sememangnya telah menjadi rutin penganjuran
pada setiap tahun. Penyertaan pada tahun
ini bukan sahaja menarik minat daripada ahli
kelab, tetapi juga daripada bukan ahli. Empat
kategori telah dipertandingkan dalam acara ini
iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita,
beregu lelaki dan beregu wanita.

Umum mengetahui bahawa sukan badminton
sangat bermanfaat untuk mendapat kardio yang
besar berbanding sukan skuash dan tenis. Ia juga
merupakan sukan olahraga yang dapat melatih
kekuatan kaki. Sebanyak 15 peratus daripada
gerakan permainan badminton adalah gerakan
cepat seperti melompat dan berlari. Selain
itu, badminton juga meningkat kepadatan
tulang sekali gus dapat menjauhkan daripada
ancaman osteoporosis dan juga menjaga fungsi
jantung.

Penglibatan para peserta dalam aktiviti sukan
ini secara tidak langsung dapat memberi
peluang kepada mereka untuk meningkatkan
keyakinan diri dan lebih fokus sekali gus dapat
mengurangkan stres dan memperuntukkan
masa untuk beriadah setelah sepanjang minggu
berada di pejabat. Secara tidak langsung,
hubungan komunikasi dan ukhuwah sesama
rakan sekerja juga dapat diwujudkan melalui
aktiviti ini.

Semua pemenang telah menerima hadiah
berbentuk wang tunai, piala dan hamper
beserta sijil penyertaan. Peserta-peserta lain
yang mengambil bahagian turut diberikan sijil
penyertaan oleh penganjur.

Misi Cegah Osteoporosis Melalui 3
Sukan Badminton

Ahmad Nazrul Abd Wahid

Tahniah kepada semua pemenang :

Perseorangan Lelaki
Juara: Mohamad Syahiran Mustaffa (BAS)
Naib. Juara: Mohd Fakrul Azman Mohd Sharif (BKP)
Ketiga : Cosmos George (BAB)

Perseorangan Wanita
Juara: Siti Salwa Mohammad Shirajuddin (BTS)
Naib Juara: Naurah Mat Isa (BTS)
Ketiga : Nurhayati Adam (BPA)

Beregu Lelaki
Juara: Sofian Ibrahim (BST)/Md Fakaruddin Ab Rahman (BTI)
Naib Juara: Mohd Yusof Hamzah (BTS)/Mohd Imran Sabar (BKJ)
Ketiga : Engku Mohd Fahmi Engku Chik (BTI)/Zaidi Ibrahim (BAS)

Beregu Wanita
Juara: Rokiah Sabri (BST)/Salmor Abdullah (UKF)
Naib Juara: Everina Nuri (BAB)/Norellia Bahari (BAB)
Ketiga: Siti Nasuha Md Saad (BKS)/Nur Shahriza Zainuddin (BKS)

4 Misi Cegah Osteoporosis Melalui

Sukan Badminton

Ahmad Nazrul Abd Wahid

“15 % gerakan badminton adalah
seperti melompat dan berlari.”

TEMPAT: Airport Sport Complex, Nilai

HIKE FOR HEALTH DI GUNUNG DATUK 5

Jacqueline Kones

TEMPAT: Gunung Datuk, Rembau

Terletak di Daerah Rembau, Gunung Datuk
merupakan puncak yang tertinggi di Negeri
Sembilan dan telah diwartakan sebagai
kawasan hutan simpan kekal. Berketinggian
885m dari paras laut menjanjikan pengalaman
yang menyeronokkan kepada para
pengunjung.
pemandangan di sekitar Daerah Rembau dan
sekitarnya dapat dilihat dari atas puncak
gunung. Selain daripada itu terdapat kesan di
atas batu menyerupai tapak kak i yang
kononnya milik Hang Tuah. Puncak Gunung
Datuk juga dikatakan telah digunakan oleh
Datuk Pepatih Nan Sebatang untuk
mengumpulkan Ketua-ketua Adat dan
mengisytiharkan gelaran serta nama
penyandang Datuk lembaga pada suatu
ketika dahulu.

Bahagian Kebudayaan dan Rekreasi, Kelab
Nuklear Malaysia telah menganjurkan program
'Hike for Health' Siri ke-2 untuk tahun 2019
bertempat di Gunung Datuk, Rembau pada
13 Oktober 2019. Aktiviti ini telah disertai oleh
20 orang peserta yang terdiri daripada
staf Agensi Nuklear Malaysia. Jarak
perjalanan dari agensi ke tapak permulaan
pendakian mengambil masa kira-kira 1 jam.

Pendakian bermula pada pukul 7.40 pagi
mengikut laluan pendakian yang dianggarkan

6 HIKE FOR HEALTH DI GUNUNG DATUK

Jacqueline Kones

sejauh 2 km. Para peserta menikmati keindahan alam semula jadi di sepanjang perjalanan dengan
bunyi kicauan burung, udara yang segar, serta melihat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan
hidupan liar yang lain. Di samping itu, kekuatan mental dan fizikal para peserta turut diuji untuk
melalui laluan pendakian yang mencabar. Kepuasan jelas terpampang di wajah apabila tiba di
puncak.
Setiap kali aktiviti seperti ini diadakan, cabaran dan pengalaman berbeza akan dialami oleh semua
yang menyertainya. Namun ini merupakan satu pendedahan dan komitmen yang dilalui untuk
melihat bagaimana para peserta mendepani cabaran sekali gus mengaplikasikannya dalam
dunia tugas masing-masing. Aktiviti fizikal seperti mendaki ini bukan sahaja mencabar kekuatan diri
tetapi juga membina keyakinan ke arah memastikan kesejahteraan kesihatan fizikal dan mental
melalui program pendakian.

SUKAN DAN PSIKOLOGI 7

Marizan Mahmud
AKRAB Nuklear malaysia

Fizikal Sihat Mental Sihat meredakan banyak simptom-simptom
depresi seperti keletihan , ketegangan,
Mental sihat merujuk kepada keadaan marah dan kekurangan tenaga.
yang sejahtera di mana seseorang individu
menyedari tentang keupayaan diri, dapat Bagi individu yang mengalami panic
mengendalikan tekanan dengan baik,
bekerja secara produktif serta mampu disorder, PTSD dan penyakit berkaitan
menyumbang kepada masyarakat.
anxiety atau kebimbangan, senaman
Individu juga dilihat mampu berinteraksi
dengan persekitarannya secara positif. boleh membantu melepaskan
Jika kesihatan mental individu itu terjejas
maka ia juga boleh menyebabkan gejala ketegangan yang terpendam dan juga
fizikal y ang s aling b erhubung k ait. oleh
itu adalah penting untuk kita menyedari mengurangkan perasaan takut serta
bagaimana memelihara kesihatan mental
dengan baik. kerisauan.

Tekanan diri atau stress yang tidak Amalan Senaman Mewah Manfaat
dibendung adalah faktor penyumbang
kepada penyakit mental. Tidak dapat 1- Mengurangkan stres
dina ikan bahawa stres adalah lumrah Senaman dan aktiviti yang boleh
dalam kehidupan. Namun ianya perlu mengeluarkan peluh boleh meredakan
ditangani dengan cara positif. Terdapat tekanan fizikal d an m ental seseorang.
pelbagai faktor yang menyebabkan Senaman boleh meningkatkan sejenis
tekanan diri antaranya adalah masalah bahan semulajadi dalam badan iaitu
keluarga, masalah di tempat kerja, ‘norepinephrine’yang boleh menstabilkan
masalah kewangan, kesihatan, hubungan tekanan emosi dan fizikal seseorang.
antara manusia ataupun kematian orang
tersayang. 2 - Merangsang hormon ‘gembira’
Aktiviti senaman mengurangkan
Senaman memberi kebaikan kepada hormon stres seperti cortisol. Sebaliknya
kesihatan fizikal m anusia. A ktiviti fizikal melepaskan sejenis hormon ‘gembira’
seperti senaman ini dapat memberi satu iaitu ‘Endorfin’ yang boleh mewujudkan
hormon sihat yang dapat meningkatkan
potensi diri ke arah mendapatkan satu
persekitaran yang tenang dan sihat.

Rawatan Mental Melalui Senaman

Para profesional dalam bidang kesihatan
mental sering mencadangkan senaman
adalah sebahagian rawatan untuk
penyakit mental tertentu. Senaman boleh

8 SUKAN DAN PSIKOLOGI

Marizan Mahmud

perasaan bahagia dan keghairahan. 7 - Meningkatkan keupayaan otak
Kajian telah membuktikan senaman juga
3 - Meningkatkan keyakinan diri mampu meningkatkan tahap protein
Secara umumnya, aktiviti fizikal i ni boleh sintesis otak (dikenali sebagai BDNF) di
meningkatkan keyakinan diri seseorang. dalam badan yang dipercayai boleh
Senaman boleh membantu kawal meningkatkan keupayaan seseorang untuk
berat badan, mencantikan badan, dan membuat keputusan dengan bijak, lebih
menjadikan wajah dan senyuman sentiasa tinggi daya pemikiran dan pembelajaran
berseri.
8 - Meningkatkan daya ingatan
4 - Sumber sokongan sosial Aktiviti fizikal yang kerap dan
Sokongan sosial amatlah penting, konsisten dapat meningkatkan daya
kebanyakan aktiviti izikal boleh menjadi ingatan dan keupayaan pembelajaran
aktiviti sosial, sama ada menyertai seseorang. Apabila seseorang itu
kelas aerobik atau aktiviti luar yang semakin kerap mengeluarkan peluh,
menyeronokkan dan lebih bebas seperti sel-sel otak juga semakin dijana untuk
‘rock-climbing’, memanah, berkayak, meningkatkan daya ingatannya.
atau sekurang-kurangnya berlari-lari anak
di taman sambil menikmati keindahan 10 - Meningkatkan rasa tenang dan relaks
alam. Bergerak aktif sebelum 5-6jam sebelum
waktu tidur akan meningkatkan suhu badan
5 - Meningkatkan keupayaan kognitif dan apabila suhu badan kembali kepada
manusia normal, ia akan memberi isyarat kepada
Aktiviti kecergasan dan senaman badan untuk berehat dan tidur.
sedikit sebanyak boleh mengurangkan
risiko penyakit Alzheimer kerana aktiviti 11 - Meningkatkan daya kreativiti
kecergasan ini dapat membantu daya Aktiviti kecergasan yang dilakukan di luar,
kognitif seseorang. Senaman dan aktiviti berinteraksi dengan alam semula jadi akan
kecergasan antara umur 25-45 tahun akan lebih meningkatkan kreativiti seseorang
merangsang bahan kimia semulajadi juga.
dalam otak yang akan menyokong
keupayaan kognitif untuk jangka masa
panjang.

6 - Mengurangkan kemurungan
Aktiviti kecergasan boleh merembeskan
hormon dan bahan kimia semulajadi
di dalam badan dan otak untuk
mengurangkan tekanan manusia sama
ada fizikal a taupun m ental. J adi secara
umumnya ia mampu mengurangkan
masalah kemurungan ini.

SUKAN DAN PSIKOLOGI 9

Marizan Mahmud

12 - Meningkatkan produktiviti perlu dititikberatkan kerana ia saling
Kajian menunjukkan pekerja yang mengambil berhubungan antara satu sama lain.
masa untuk bersenam secara teratur akan Kesihatan yang baik mampu melahirkan
lebih produktif dan mempunyai lebih banyak individu yang proaktif dan berdaya saing
tenaga daripada mereka yang sebaya. sekali gus memberi impak positif kepada
masyarakat sekeliling.

13 - Memberi inspirasi kepada orang lain Mental yang sihat membantu untuk
Apabila seseorang itu melakukan rutin mengharungi cabaran kehidupan
senaman yang teratur, ia mampu secara hemah dan mengetahui cara
meningkatkan keyakinan seseorang malah berkesan menangani tekanan dengan
mampu melakukan tugasan lain juga dengan baik. Pendekatan dengan melakukan
sempurna. Hal ini mampu memberikan senaman secara konsisten bukan
inspirasi kepada orang sekeliling dan merasa sahaja mengurangkan stress tetapi juga
kagum dengan keyakinan diri tidak mengira mencabar kebolehan pemikiran dan
umur, pangkat dan latar belakang emosi untuk sentiasa terjerumus dengan
kebaikan dan mampu memberikan
14 - Menghindar pemikiran negatif kesejahteraan kepada diri dan
Aktivitifizikal mengelakkandaripadapemikiran masyarakat sekitar untuk menjadi jauh
negatif serta tidak terlalu memikirkan masalah. lebih baik dari sebelumnya. .

Menuju Kesejahteraan Dalam Kehidupan Sumber rujukan :

Kesihatan fizikal yang baik bermakna Bahan terbitan Jabatan Kesihatan Negeri
kesihatan mental juga baik. Kedua-duanya Selangor,
Bahan promosi Pejabat Kesihatan daerah
Hulu Langat
Sumber Internet
Buku Counselling and Psychoteraphy

10 Riverprotec Menangi Geran
Penyelidikan RM50K

Mohd Faizal Bin Abd Rahman
wan jazlina wan ahmat

Menuju ke arah dunia sains universal yang kreatif dan inovatif,
peranan penyelidikan yang mencari penyelesaian masalah dan
inovasi dapat mengukuhkan hubungan dan memberi manfaat
kepada masyarakat merentas segala sempadan.

Bertepatan dengan objektif tersebut, maka penganjuran Ekspo
Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Negeri Selangor 2019
diadakan di MITEC, Kuala Lumpur. Penganjurannya bukan
sahaja telah membuka peluang kepada para penyelidik untuk
mengetengahkan hasil pembuktian penyelidikan berinovasi
malah sekali gus mengangkat penyelidikan Malaysia setaraf
dengan antarabangsa.

Encik Mohd Faizal bin Abdul Rahman, Pegawai Penyelidik
Kumpulan Pemprosesan Polimer dan Pembangunan Prototaip,
Agensi Nuklear Malaysia dinobatkan sebagai Johan Kluster Sains
Hayat dalam penganjuran tersebut. Turut sama memenangi

Riverprotec Menangi Geran 11
Penyelidikan RM50K

Mohd Faizal Bin Abd Rahman
wan jazlina wan ahmat

anugerah ialah Dr. Shaiful Azuar
Mohamad dan Dr. Mek Zah
Binti Salleh yang masing-masing
memenangi tempat kedua dan
kelima bagi kategori yang sama.
Penyampaian hadiah telah
disampaikan oleh YAB. Tuan
Amirudin Shari, Dato’Menteri
Besar Selangor.

Riverprotec merupakan satu
penyelidikan sistem perlindungan
geoteknikal yang baharu untuk
melindungi atau mengurangkan
hakisan tanah di kawasan tebing
sungai, pantai dan lain-lain
jenis tebing. Reka bentuk hidro-
dinamik produk yang inovatif ini
menggabungkan fungsi saling kait (interlocking) untuk membentuk dinding perlindungan
terhadap hakisan dan fleksibiliti pemasangan baik yang boleh mengikuti lengkungan dan
bentuk sungai.

Riverprotec dibina daripada bahan biokomposit yang terdiri daripada serat sisa
perladangan komoditi dan industri perkayuan sebagai komponen pengukuhan utama
yang boleh dikitar semula dan juga mesra alam. Keistimewaan bahan biokomposit ini
mempunyai rintangan penyerapan air dan ketegaran yang tinggi serta kekuatan dan
ketahanan terhadap serangan persekitaran yang keras yang memanjangkan hayat
penggunaannya di lapangan.

12 Riverprotec Menangi Geran

Penyelidikan RM50K

Mohd Faizal Bin Abd Rahman
wan jazlina wan ahmat

Kejayaan Penyelidikan Riverprotec

1. Johan Keseluruhan Kluster Sains Hayat, Ekspo Penyelidikan, Pembangunan
dan Inovasi Negeri Selangor (Geran penyelidikan RM50,000.00), 2019

2. Johan Kluster Sains Hayat (Industri), Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan
Inovasi Negeri Selangor (RM10,000.00), 2019

3. 'Malaysian Good Design Award 2018', Majlis Rekabentuk Malaysia, MITI
4. Pingat Emas, 'Defence, Security and Sustainability Exposition', UPNM, 2019
5. Budding Scientist, Agensi Nuklear Malaysia 2011
6. Al-Khawarizmi Award, Ekspo Inovasi Islam, USIM 2012
7. Pingat Emas, Ekspo Inovasi Islam, USIM 2012
8. Pingat Emas, Hari Inovasi Nuklear Malaysia, 2011
9. Pingat Perak, 'Malaysian Technology Expo' 2012
10. Pingat Perak, 'Water Innovation Award', 2013

Riverprotec Menangi Geran 13
Penyelidikan RM50K

Mohd Faizal Bin Abd Rahman
wan jazlina wan ahmat

TEMPAT: MITEC, Kuala Lumpur

Biodata
Nama: Mohd Faizal Bin Abd Rahman
Kelulusan Tertinggi:
Sarjana Kejuruteraan Polimer (UTM) 2010
Penglibatan Profesional/Ikhtisas:
Setiausaha Persatuan Industri Komposit

14 LARIAN NUKLEAR MALAYSIA 2019

Mohd Suhaimi Jusoh@Yusoff

Bersempena Bulan Sukan Negara (MySC19) , Bahagian Sukan Kelab Nuklear Malaysia
dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Larian Nuklear
Malaysia. Program yang bermula pada 8.30 pagi bermula dari Blok 11 Kompleks Utama
ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Dr Mohd Abd Wahab Yusof.
Jarak larian dianggarkan sejauh 3km ini terbuka kepada empat kategori pertandingan.
Setiap kategori peserta diasingkan mengikut warna baju yang julung kalinya ditempah
oleh kelab sukan bagi lebih menyemarakkan semangat kesukanan pada hari tersebut.
Jumlah penyertaan pada tahun ini juga dilaporkan telah bertambah dua kali ganda
daripada penganjuran pada tahun sebelum.

LARIAN NUKLEAR MALAYSIA 2019 15

Mohd Suhaimi Jusoh@Yusoff

16 LARIAN NUKLEAR MALAYSIA 2019

Mohd Suhaimi Jusoh@Yusoff

Bagi peserta larian tempat pertama hingga kelima, telah menerima hamper, pingat dan
sijil penyertaan.
Manakala tempat keenam hingga sepuluh menerima pingat dan sijil penyertaan. Bagi
peserta yang menyertai program ini turut menerima sijil penyertaan sebagai tanda
penghargaan kerana menyokong usaha kelab bagi melancarkan program larian pada
tahun ini. Tambah menarik pada penganjuran kali ini, pihak pengurusan atasan agensi
telah bermurah hati menaja 20 hadiah bagi cabutan bertuah pada pagi tersebut.
Wakil peserta larian, Encik Mohd Sha Affandi memberitahu , “ Penganjuran kali ini sangat
menarik lebih-lebih lagi setiap peserta memakai baju sukan pelbagai warna dan aktiviti
seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan semangat kesukanan malah mampu menjadi
amalan harian selepas tamat waktu bekerja, ujarnya.”

TEMPAT: KOMPLEKS UTAMA, AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

PROGRAM OUTREACH MEDIUM PEMASARAN ILMU 17
SAINS

Norzehan Ngadiron
Mohd Sha Affandi Md Aripin
NASAAI MASNGUT

Program Jangkau Luar (Outreach Program) merupakan satu ‘trademark’ bagi Nuklear
Malaysia untuk mendekati dan memasarkan pengetahuan sains kepada masyarakat
khususnya para pelajar sekolah. Ia merupakan medium yang boleh memberi kesan positif
melalui beberapa program yang dianjurkan.

Oktober ini, program outreach masih giat dilaksanakan walaupun sudah berada di
penghujung tahun sebelum menjelang 2020. Ia melibatkan 140 pelajar sekolah rendah
dan 390 orang pelajar sekolah menengah yang berada di bandar. Manakala 400 orang
pelajar sekolah menengah di kawasan luar bandar.

NUKLEAR MALAYSIA SERTAI HARI
TERBUKA PUTRAJAYA

PUTRAJAYA , 5 OKTOBER 2019 - Buat
julung kalinya Hari Terbuka Putrajaya
diadakan serentak bagi mengukuhkan
integrasi Perbadanan Putrajaya (PPj)
bersama komuniti serta memberi peluang
kepada semua kementerian menawarkan
perkhidmatan kepada rakyat.

Program yang menawarkan lebih 200
perkhidmatan daripada 23 kementerian
serta 101 agensi kerajaan bermula pada

PROGRAM OUTREACH MEDIUM PEMASARAN ILMU

18 SAINS
Norzehan Ngadiron
Mohd Sha Affandi Md Aripin
NASAAI MASNGUT

jam 9 pagi hingga 6 petang.Nuklear
Malaysia tidak melepaskan peluang
untuk bersama-sama berada di
ruang lobi C5, Kementerian Tenaga,
Sains, Teknologi , Alam Sekitar dan
Perubahan Cuaca (MESTECC) untuk
berkongsi kepakaran mengenai sinaran
tak mengion (NIR) serta aplikasi teknologi
nuklear dalam bidang pertanian.

Kejayaan penganjuran ini dapat
membuka peluang kepada masyarakat
mendekati dan memahami peranan
setiap kementerian dan agensi,
khususnya Nuklear Malaysia. Ia
dilihat sebagai satu platform jalinan
hubungan erat dengan masyarakat
terutama untuk memberi perkhidmatan
dan penyampaian maklumat yang lebih
berkesan melalui komunikasi dua hala.

TEMPAT: MESTECC.

BENGKEL PENGUKURAN SINARAN ALAM SEKITAR

SEREMBAN , 9 oKToBER 2019 - Seramai
200 orang pelajar dari Sekolah Menengah
Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban,
Negeri Sembilan telah menyertai Bengkel
Pengukuran Sinaran Alam Sekitar.

Bengkel ini diadakan sempena Program

STEM dengan kerjasama Jabatan

Pendidikan Negeri Sembilan (JPN),

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

dan Nuklear Malaysia. Antara

objektifnya adalah untuk memberi

kesedaran kepada pelajar tentang

kewujudan sinaran semula jadi berlatar

belakangkan persekitaran,

mengenalpasti unit bagi sinaran dan pendedahan kepada penggunaan alat mengukur

sinaran meter tinjau. Penceramah bagi program ini terdiri daripada Pegawai Penyelidik

daripada Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran (BKS) dan Bahagian Teknologi

Perubatan (BTP).

PROGRAM OUTREACH MEDIUM PEMASARAN ILMU 19
SAINS

Norzehan Ngadiron
Mohd Sha Affandi Md Aripin
NASAAI MASNGUT

TEMPAT: Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban

BENGKEL SINARAN @ NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 16 oKToBER 2019 – Jalinan kerjasama

erat antara Agensi Nuklear Malaysia dengan

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPN) dan

Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM)

Negeri Sembilan telah membawa kepada

kejayaan mengendalikan satu sesi

perkongsian ilmu menerusi Bengkel Sinaran

Untuk Kumpulan Pembantu Makmal Sekolah

Menengah di Negeri Sembilan Siri 1/2019 di

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang,

Seremban, Negeri Sembilan.

Seramai 50 orang kakitangan makmal telah
berpeluang mengikuti bengkel ini dengan
pelbagai pengisian menarik antaranya ceramah
Pengenalan Agensi Nuklear Malaysia, Teknologi
Nuklear dan Aplikasinya, Keselamatan Sinaran,
Aktiviti Eksperimen Kebuk Awan, Pengukuran
Sinaran dan Simulasi Peralatan Perlindungan
Sinaran. Bengkel ini diselaraskan oleh Pegawai
Penyelidik daripada Bahagian Sokongan
Teknikal (BST) dan Pegawai Penerbitan daripada
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

TEMPAT: SMK Bukit Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan.

PROGRAM OUTREACH MEDIUM PEMASARAN ILMU

20 SAINS

Norzehan Ngadiron
Mohd Sha Affandi Md Aripin

NASAAI MASNGUT

TEMPAT: SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan

PROGRAM STEM DEDAH ILMU PENGUKURAN SINARAN

lABU, 16 oKToBER 2019 – Seramai 200 orang pelajar dari Sekolah Menengah Agama
persekutuan labu, Negeri Sembilan telah menyertai Bengkel pengukuran Sinaran Alam
Sekitar.
Bengkel ini diadakan sempena Program STEM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan (JPN), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Nuklear Malaysia.
Matlamat program adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang
kewujudan sinaran semulajadi latar belakang di persekitaran kita, mengenalpasti unit
bagi sinaran dan pendedahan kepada penggunaan alat mengukur sinaran iaitu
meter tinjau. Penceramah bagi program ini terdiri daripada Pegawai Penyelidik daripada
Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran (BKS) dan Pegawai Penerbitan daripada
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

PROGRAM OUTREACH MEDIUM PEMASARAN ILMU 21
SAINS

Norzehan Ngadiron
Mohd Sha Affandi Md Aripin
NASAAI MASNGUT

TEMPAT: SMK Panchur, Seremban

PROGRAM NUCLEAR BEST FRIEND FOREVER (NUCLEAR BFF)

SEREMBAN , 22 oKToBER 2019 - program yang diadakan di SMK panchur, Seremban ini
merupakan satu program Kesedaran Teknologi Nuklear dan Sinaran yang mensasarkan
penyampaian maklumat kepada pelajar sekolah. Pada tahun 2019, pasukan 'Nuclear
BFF' banyak menjelajah ke sekolah-sekolah terutamanya di Negeri Sembilan, beberapa
sekolah di Negeri Selangor dan Daerah Rompin.

Pelbagai pengisian menarik disajikan kepada pelajar dan guru yang mengikuti program ini
antaranya, ceramah sinaran, kuiz dan permainan sains khusus untuk pelajar PPKI.

PROGRAM OUTREACH MEDIUM PEMASARAN ILMU

22 SAINS
Norzehan Ngadiron
Mohd Sha Affandi Md Aripin
NASAAI MASNGUT

TEMPAT: SMK SENALING, KUALA PILAH
PERKONGSIAN ILMU DI SMK SENALING, KUALA PILAH

KUALA PILAH , 23 OKTOBER 2019 - Nuklear Malaysia dengan kerjasama Fakulti Sains dan
Teknologi, USIM, dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menghimpunkan seramai
150 orang pelajar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan .
Program yang bertemakan ‘Satu Minggu Satu Sekolah’ bukan sahaja dapat menarik minat
para pelajar, tetapi juga para guru untuk turut serta. Antara aktiviti yang dijalankan pada
hari tersebut adalah ceramah sinaran dan teknologi nuklear, aktiviti pengukuran sinaran
persekitaran, serta demonstrasi gas helium, nitrogen dan hidrogen.

sudut lensa 23

Majlis Persaraan Tuan Haji Ahmad Sahali bin Mardi (BKT)

24

sudut lensa

4TH AWARENESS SEMINAR ON THE COMPREHENSIVE NUCLEAR TEST BAN TREATY (CTBT)


Click to View FlipBook Version