The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nuklear Malaysia Luaskan Jaringan Komunikasi Strategik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-06-01 00:52:04

e-buletin April 2021

Nuklear Malaysia Luaskan Jaringan Komunikasi Strategik

buletin

@nukle armalays ia

NLuuakslekaarnMJaarlianygsiaa n

Komunikasi Strategik

Bil 4 / 2021

Agensi Nuklear Malaysia nuklearmalaysia Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) www.nuclearmalaysia.gov.my

Isi Kandungan

2 RAMADAN BUKAN SEKADAR PUASA
4 BTS ANJUR PERHIMPUNAN BULAN APRIL
6 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-36

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN AGENSI NUKLEAR

8 SIRI KUNJUNGAN HORMAT YBRS. KETUA
PENGARAH SEPANJANG APRIL 2021

10 NUKLEAR MALAYSIA MENERIMA
KUNJUNGAN HORMAT

12 GAMBAR LENSA

idditaonrg Penaung : YBrs. Dr. Ts. Siti A’iasah Hashim

Penyelaras : Habibah Adnan

Editor : Normazlin Ismail



Penerbitan : Wan Jazlina Wan Ahmat

Pereka : Mohd Idzwan Md Zin

Jurufoto : Nor Hasimah Hashim
Muhammad Hafidzudin Mahadzir

RaSmalaamdhan

1

Ramadan Bukan Sekadar Puasa
Wan Jazlina Wan Ahmat

Ramadan adalah bulan yang amat dinantikan oleh setiap umat Islam. Kita sentiasa berdoa
kepada Allah SWT supaya dilanjutkan usia agar dapat menemui Ramadan akan datang. Firman
Allah SWT: “Hai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (al-Baqarah 183)
Jelas sekali, puasa itu adalah ibadah yang membawa kesan besar kepada keimanan dan
ketakwaan seseorang. Ia suatu kewajiban yang mesti dilaksanakan untuk menghapus dosa dan
dilakukan puasa itu hanya kerana Allah SWT semata-mata sebagai bukti ketaatan kepada-Nya.
Melalui tempoh Ramadan sekali lagi dalam norma baharu ekoran daripada Pandemik COVID-19
ini adalah satu pengalaman buat semua. Mengambil iktibar daripada pengalaman tahun lalu, kita
seharusnya lebih bijak menyusun dan menguruskan perjalanan ibadah ini dengan lebih tenang
dan terancang.
Ibadah puasa bukan sekadar berlapar dan dahaga tetapi juga menjadikan kita lebih berdisiplin
tinggi dalam mengawal hawa nafsu. Tempoh sebulan ini sebenarnya tempoh sebagai latihan
menyucikan diri daripada perkara yang tidak mendatangkan manfaat yang boleh merosakkan
pahala serta amalan puasa tersebut.

Mata berpuasa

Puasa mata adalah dengan cara menahan penglihatan daripada melihat perkara-perkara yang
diharamkan, memejamkannya daripada perkara yang kotor dan keji dan menguncinya daripada
perkara yang dilarang oleh Allah.
Mata itu ibarat tingkap bagi hati dan pintu jiwa manusia. Hanya ada dua pilihan bagi mata,
sama ada untuk melihat kebaikan yang ganjarannya adalah pahala atau diarahkan melihat
kemungkaran sehingga menyebabkan dosa. Memilih untuk melihat sesuatu yang baik akan
dianugerahkan Allah kemanisan dalam beriman dan beramal.

2

Perut berpuasa

Perut pun berpuasa?
Ya, bukan sahaja kita menjauhi perut daripada diisi makanan dan minuman pada waktu berpuasa
tetapi juga menjauhi sesuatu yang diharamkan pada masa tidak berpuasa iaitu pada waktu
malamnya.

Allah berfirman berkenaan halal dan haram iaitu; “Wahai orang yang beriman makanlah daripada
yang baik-baik. (Al-Baqarah:172). Maksudnya makanan atau minuman yang halal tu sebenarnya
daripada yang baik sahaja untuk kesihatan.

“Dan dihalalkan bagi mereka segala yang baik dan diharamkan bagi mereka segala yang buruk”
(Al-A’raf:157). Maksudnya yang Allah haramkan tu memang tak elok untuk badan, minda dan
kesihatan.

Lidah berpuasa

Satu amalan yang sebenarnya sukar bagi kita adalah untuk menjaga tutur semasa berpuasa.
Pahala puasa yang sempurna adalah daripada mereka yang berani untuk mendisiplinkan lidah
daripada berdusta, menipu, memaki hamun atau bercakap sesuatu negatif mengenai orang lain.
Nabi SAW bersabda, “Seorang muslim sejati adalah apabila orang Islam yang lain berasa aman
daripada lidah dan perbuatan tangannya.” Baginda SWT juga berkata kepada Mu’az, “Wahai
Mu’az tidaklah umat manusia itu dihumban ke dalam api neraka melainkan kerana lidah mereka.”

Telinga berpuasa

Telinga turut dikehendaki Allah supaya berpuasa daripada mendengar perkara yang sia-sia seperti
ucapan kotor, nyanyian melalaikan, perkara keji dan hina.

Hati berpuasa

Puasa hati adalah dengan menjauhkan hati daripada perkara yang merosakkan seperti syirik,
keyakinan yang sesat, penyakit waswas dan sifat-sifat tercela seperti hasad dengki, bakhil, bangga
dengan diri sendiri, riak dan sebagainya.
Allah berfirman: “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta
pertanggungjawabannya.” (Al-Isra’:36).

Menjadi mukmin sejati

Justeru, seseorang mukmin yang mujahadah dan istiqamahnya berada pada tahap yang tinggi
ini, pasti dapat menikmati kemanisan beribadah serta menikmati keindahan sebuah ketaatan.
Semoga kita sentiasa dapat memantapkan Ramadan dan meyakini bahawa setiap mukmin
yang berjaya mengawal ketidakpuasan hati akan berada dalam kebahagiaan, kelapangan dan
ketenangan hati yang hakiki untuk terus beramal ibadah kepada-Nya.

3

BTS Anjur Perhimp

Norliza Abd Mihat

Majlis Perhimpunan Bulanan Nuklear Malaysia bagi bulan April 2021 diadakan pada 20 April 2021
secara hibrid yang dihoskan oleh Bahagian Pemprosesan Sinaran (BTS). Perhimpunan ini merupakan
kali kedua yang dianjurkan secara hibrid dalam usaha bersama-sama membantu mengekang
penularan COVID-19.
Lebih menarik, perhimpunan bulanan ini bertemakan Hari Bumi bersempena dengan Sambutan
Hari Bumi yang diraikan pada 22 April setiap tahun. Hari Bumi adalah satu acara tahunan yang
disambut oleh masyarakat di 192 negara seluruh dunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran
serta melibatkan penyertaan orang awam dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar. Pada tahun 2021, tema sambutan Hari Bumi ialah Pulihkan Bumi Kita.
Ketua Pengarah Nuklear Malaysia (KP), YBrs. Dr. Ts. Siti A’iasah binti Hashim dalam ucapannya
menyatakan bahawa salah satu peringatan dan langkah kecil untuk diraikan sempena Hari Bumi
adalah dengan membuang pelitup muka di tempat sewajarnya demi menjaga kebersihan dan
memastikan virus COVID-19 ini tidak tersebar dengan mudah.

4

unan Bulan April

KP turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga Nuklear Malaysia yang telah membuat
pendaftaran sebagai penerima imunisasi sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
dilancarkan pada bulan Februari 2021. Beliau berharap, anggota yang belum berbuat demikian
dapat membuat pendaftaran secepat mungkin sebagai tanda tanggungjawab yang digalas
dalam usaha melindungi diri dan orang sekeliling daripada jangkitan COVID-19.
Selain itu, KP turut menyeru agar warga Nuklear Malaysia menjadikan sambutan Hari Bumi ini
sebagai satu platform untuk memperkenal dan mempergiat penyelidikan berasaskan teknologi
nuklear untuk kelestarian alam termasuk kajian menangani kesan perubahan cuaca seperti kajian
yang dijalankan di BTS iaitu teknologi sinaran sebagai kaedah rawatan pencemaran air dan
udara. Ini secara tidak langsung, dapat memupuk penghargaan terhadap persekitaran bumi dan
meningkatkan kesedaran untuk melindungi bumi dan alam sekitar.
“Look deep into nature, you will understand everything better” – Albert Einstein

5

MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KALI KE-36
KELAB SUKAN DAN
KEBAJIKAN AGENSI
NUKLEAR MALAYSIA

Norzehan Ngadiron

YBrs. Ts. Dr. Siti A’iasah Hashim, selaku Penaung
Kelab Sukan dan Kebajikan Agensi Nuklear
Malaysia telah hadir dan merasmikan Mesyuarat
Agung kali ke-36 yang telah diadakan pada 12
April 2021 bagi membentang dan mengesahkan
Minit Mesyuarat Agung yang lepas, perkara
berbangkit, membentangkan dan meluluskan
Laporan Akiviti dan Kewangan bagi dua tahun
(2019 dan 2020). Majlis ini juga adalah untuk
membuat pemilihan jawatankuasa baharu bagi
sesi 2021/2023.

Dalam ucapannya, Dr. Siti A’iasah merakamkan
harapan agar kelab ini dapat disertai oleh lebih
ramai warga Nuklear Malaysia. Penyertaan
anggota yang ramai merupakan satu langkah
yang penting bagi menjamin kesinambungan
aktiviti yang dirancang oleh kelab dapat
dilaksanakan dengan lebih proaktif dan memberi
pulangan manfaat kepada semua.
Selain itu, peranan kelab juga adalah untuk
menjaga kebajikan sesama anggota dan
mengenali rakan sekerja di samping bertukar-
tukar pengalaman dan kepakaran dalam bidang
masing-masing.

Nuklear Malaysia mengucapkan tahniah dan
syabas kepada Pengerusi Kelab Sukan dan
Kebajikan Agensi Nuklear Malaysia dan seluruh
jawatankuasanya serta ahli-ahli kelab atas
kerjasama yang diberikan dalam penganjuran
mesyuarat ini dan segala sumbangan yang telah
dicurahkan bagi memastikan program dan aktiviti
anjuran kelab sentiasa mendapat perhatian dan
memberi manfaat kepada semua ahli.

6

7

Siri Kunjungan Hormat YBrs. Ketua Pengarah
Sepanjang April 2021

Norliza Abdul Mihat

1 April 2021 – PROGRAM TEMU BUAL
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia telah
muncul sebagai tetamu dalam Slot Temu bual di
SELANGOR.fm, RTM sempena Minggu Sains Negara
2021 bertemakan “Sains Untuk Kesihatan” yang
berlangsung pada 1 hingga 7 April 2021. Beliau
turut berkongsi objektif penganjuran serta pengisian
program sepanjang seminggu.

2 April 2021 – Kunjungan Hormat Delegasi Nuklear
Malaysia Ke Atas Ketua Pengarah Lembaga
Perlesenan Tenaga Atom (AELB)
Memulakan siri kunjungan hormat ini, YBrs. Ts. Dr. Siti
A’iasah Hashim, serta delegasi Nuklear Malaysia
yang lain telah mengadakan Kunjungan Hormat ke
atas YBrs. Tuan Haji Mohd Pauzi Mohd Sobari, Ketua
Pengarah AELB pada 2 April 2021. Objektif lawatan
ini adalah bagi membincangkan hala tuju dan
peluang dalam kerjasama strategik yang berasaskan
teknologi nuklear secara berterusan antara pihak
AELB dan Nuklear Malaysia.

8

3 Hingga 4 April 2021 - Lawatan Kerja KPNM Ke
Kelantan
YBrs. Ts. Dr. Siti A’iasah Hashim meneruskan siri
kunjungan sempena lawatan kerja beliau bersama
barisan pengurusan atasan ke Kelantan. Antara
tempat tersebut ialah Tapak Projek MYST (Projek
Cendawan) di Kompleks Cendawan KOKULAC,
Tapak Projek Kajian Air dan Tanah untuk kajian rintis
sebelum perlombongan Rare Earth di Tanah Merah,
Kelantan dan Kunjungan Hormat ke atas YAB Menteri
Besar Kelantan di Kota Bharu. Pertemuan ini disifatkan
sebagai jaringan kerjasama berterusan bagi
pemantapan usaha Nuklear Malaysia melestarikan
teknologi nuklear kepada industri.

27 April 2021 - Kunjungan Hormat Delegasi Nuklear Malaysia Ke Atas Ketua Pengarah
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Kunjungan hormat ini diteruskan dengan membawa YBrs. Dr. Ts. Siti A’iasah Hashim bersama
delegasi Nuklear Malaysia bertemu YBrs. Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Ketua Pengarah
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Antara isu yang dibincangkan sepanjang sesi tersebut
adalah mengenai hala tuju dan peluang dalam kerjasama strategik yang berasaskan teknologi
nuklear secara berterusan antara Nuklear Malaysia dan MPOB.

9

30 April 2021 – Kunjungan Hormat Delegasi Nuklear Malaysia Ke Jabatan Pertanian Malaysia
Delegasi Nuklear Malaysia diketuai oleh YBrs. Ketua Pengarah menamatkan siri kunjungan pada
bulan April ke atas YBhg. Datuk Mohd Nasir bin Warris, Ketua Pengarah Pertanian di Putrajaya.
Kunjungan ini adalah untuk melebarkan jaringan kerjasama strategik mengenai hala tuju dan
peluang yang boleh dimeterai antara Nuklear Malaysia dan Jabatan Pertanian Malaysia bagi
memanfaatkan teknologi nuklear dalam pertanian sebagai salah satu pemacu kemajuan teknologi
pertanian negara.

Nuklear Malaysia Menerima Kunjungan Hormat

16 April 2021 - Kunjungan Hormat Delegasi BERNAS
Nuklear Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada syarikat Padi Beras Nasional Berhad
(BERNAS) yang diketuai oleh Pengarah Urusan Syarikat, Encik Ismail Mohamed Yusoff. Objektif
lawatan ini adalah untuk membincangkan peluang kerjasama strategik antara pihak Nuklear
Malaysia dan BERNAS. Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat antara
Nuklear Malaysia dan BERNAS pada masa yang akan datang.

10

21 April 2021 - Kunjungan Hormat Delegasi Argentina
YBrs. Ts. Dr Siti A’iasah binti Hashim berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada H.E
Manuel Balaguer Salas, Kedutaan Argentina. Kunjungan beliau ke Nuklear Malaysia adalah untuk
mengetahui peranan dan fungsi yang dimainkan oleh Nuklear Malaysia di samping meneroka
peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara Nuklear Malaysia dan Republik Argentina
pada masa akan datang bagi manfaat kedua-dua negara.

11

Gambar Lensa

Majlis Amanat Ketua Pengarah Bil.1 Tahun 2021
01.04.2021 (Bilik Persidangan, Blok 11

12

Gambar Lensa

Majlis Amanat Ketua Pengarah Bil.1 Tahun 2021
01.04.2021 (Bilik Persidangan, Blok 11

13

Gambar Lensa

Majlis Penyerahan Surat Pelantikan TKP(PPT)
dan TKP(T) 20.04.2021 (Bilik Majlis, Blok 11

14

Selamat Menyambut

17 RAMADAN 1442H / 2021

15


Click to View FlipBook Version