The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2024-01-09 03:47:01

e-buletin November 2023

PROGRAM CERAMAH KISAH NABI A.S. DAN PEMBEBASAN PALESTIN 1 Penaung : Dr. Muhammad Rawi bin Mohamed Zin Penyelaras : Habibah binti Adnan Editor : Normazlin binti Ismail Penerbitan : Syahkhairul Sani Pereka : Mohd Idzwan bin Md Zin Jurufoto : Nor Hasimah binti Hashim KANDUNGAN Zulhilmy bin Mohamad Latif BENGKEL “FNCA ON RADIATION SAFETY AND RADIOACTIVE WASTE MANAGEMENT PROJECT”, 8 10 SIDANG EDITOR 6 CERAMAH NILAI MURNI & PSIKOLOGI - PENGURUSAN BIJAK WANG DI KELAB NUKLEAR MALAYSIA 4 GAMBAR LENSA PERKONGSIAN ILMU SIRI 4 TAHUN 2023 ANJURAN AJK KM BAHAGIAN TEKNOLOGI PERUBATAN


PROGRAM CERAMAH KISAH NABI A.S. DAN PEMBEBASAN PALESTIN Oleh : Ummi Idayu Johari Bahagian Kebajikan, Kelab Nuklear Malaysia telah mengadakan program Ceramah bertajuk Kisah Nabi A.S. Dan Pembebasan Palestin. Program diadakan pada 15 November 2023 bermula 2.00 petang hingga 4.30 petang telah dirasmikan oleh Ts. Dr. Ishak bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Program Teknikal di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras G, Blok 11, Agensi Nuklear Malaysia. Program ini juga telah dihadiri oleh 123 orang dari warga NM. Program ini dijalankan bagi memberikan kesedaran kepada warga NM tentang kisah para anbiya dan juga kehidupan penduduk Palestin. Program ini juga diadakan bagi tujuan sokongan dan solidariti warga Nuklear Malaysia kepada rakyat bumi Palestin yang sedang dihentam oleh zionis Isarel laknatullah. Dalam pada itu, NGO luar dari Humanitarian Care Malaysia (MYCARE) juga telah dijemput untuk membuka pameran dan membuat sedikit jualan amal serta tabung untuk Palestin. Manakala ceramah pula disampaikan oleh Ustaz Khubaib bin Muhamad Asmadi. Sebagai tanda soladiriti terhadap bumi Palestin, kakitangan Nuklear Malaysia turut membawa mafla, headband dan berpakaian serba hijau pada hari itu.


CERAMAH NILAI MURNI & PSIKOLOGI - PENGURUSAN BIJAK WANG OLEH : MOHD HAFIZ ABD NASIR Kelab Nuklear Malaysia dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Agensi Nuklear Malaysia dan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BSM), telah berjaya menganjurkan satu Ceramah Nilai Murni & Psikologi bertajuk «Pengurusan Bijak Wang». Acara tersebut telah berlangsung pada 1 November 2023, bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras G, Blok 11. Ceramah yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari itu telah menarik penyertaan dari warga Kelab Nuklear Malaysia yang ingin mendapatkan pandangan dan pengetahuan baru dalam pengurusan kewangan. Penceramah program ini adalah Pn. Ida Izwah binti Mohd Sharif dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Kajang dan Tn. Hj Muhammad Hishamudin bin Muhamad Sohaimi dari Tabung Haji Cawangan Kajang. Kedua-dua penceramah berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang berguna dalam pengurusan kewangan dan memberikan penerangan berharga kepada peserta. Selain sesi ceramah, kaunter KWSP dan kaunter Tabung Haji turut dibuka sepanjang ceramah dijalankan. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada warga Kelab Nuklear Malaysia untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pengurusan dana dan pelaburan.


BENGKEL “FNCA ON RADIATION SAFETY AND RADIOACTIVE WASTE MANAGEMENT PROJECT”, Oleh: Nurul Wahida Ahmad Khairuddin Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WasTeC) telah dipilih untuk menganjurkan bengkel “FNCA on Radiation Safety and Radioactive Waste Management Project” yang bertempat di Agensi Nuklear Malaysia. Bengkel yang dianjurkan dengan kerjasama Forum for Nuclear Cooperation in Asia (FNCA) telah diadakan pada 7 - 9 November 2023 dan program selama 3 hari ini telah sempurna dirasmikan oleh Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan. FNCA adalah satu kerangka usahasama Asia yang diketuai oleh negara Jepun dalam usaha mempromosikan teknologi nuklear untuk kegunaan aman. Program di dalam bengkel ini merangkumi ceramah oleh pakar, pembentangan status semasa pengurusan sisa radioaktif di setiap negara anggota dan lawatan teknikal ke fasiliti pengurusan sisa radioaktif iaitu Loji Rawatan Effluen Aras Rendah (LLETP), Mobile Tool Kit Facility (MTKF), Kemudahan Penstoran Sementara, Kemudahan Penstoran Sementara II Bahan Radioaktif Terkedap Terpakai (DSRS) dan Kemudahan Pelupusan Lubang Gerek. Seramai 16 peserta dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Australia, Bangladesh, Mongolia, Filipina, Thailand dan Vietnam telah menyertai bengkel ini. Para peserta dapat meningkatkan pengetahuan teknikal, perundangan serta berkongsi teknologi dan pendekatan terkini yang digunakan dalam pengurusan sisa radioaktif khususnya di dalam bengkel ni.


PERKONGSIAN ILMU SIRI 4 TAHUN 2023 ANJURAN AJK KM BAHAGIAN TEKNOLOGI PERUBATAN OLEH: MANISAH BINTI SAEDON, DARYL BIN JESUS ARAPOC & NORHAFIZAH BINTI OTHMAN, , AJK KM BTP Sesi Perkongsian Ilmu Siri 4 tahun 2023 pada 9 November 2023 anjuran Ahli Jawatankuasa Knowledge Management (KM) Bahagian Teknologi Perubatan (BTP) kali ini agak istimewa kerana penceramah jemputan ialah Tuan Haji Zakaria bin Ibrahim yang akan bersara pada 11 November 2023 dan juga siri ini merupakan siri penutup untuk tahun 2023. Berbanding pada sesi siri 3/2023 yang telah berlansung pada 21 September 2023 yang menampilkan tiga orang penceramah iaitu Ts. Dr. Mohd Rodzi bin Ali, Encik Wan Hamirul Bahrin bin Wan Kamal dan Muhammad Abid bin Mohd Bakri, sesi kali ini hanya khusus untuk Tuan Haji Zakaria bin Ibrahim untuk berkongsi secara santai kronologi beliau yang telah bertugas sebagai penjawat awam selama 34 tahun 6 bulan 25 hari. Seramai 37 orang peserta dalam kalangan kakitangan BTP dan pelajar yang sedang mengikuti latihan industri di BTP telah hadir memenuhi bilik seminar. Tuan Haji Zakaria atau lebih popular dengan panggilan Pak Ya mula bertugas dalam perkhidmatan awam sebagai Pembantu Tadbir di Klinik Pergigian Daerah Kuala Lipis, Pahang (KKM) pada 15 April 1989. Kemudian, pada 1 Januari 1994 beliau bertugas di Pejabat Kesihatan Gua Musang, Kelantan sehingga 8 Mei 1994. Pada 9 Mei 1994, beliau mula bertugas sebagai Penolong Pegawai Sains di Unit Tenaga Nuklear (UTN) / Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) seterusnya sekarang dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia.


Kata Pak Ya, selama 29tahun 6 bulan 1 hari di unit Teknologi Pengeluaran Radioisotop, banyak ilmu dan pengalaman telah diperolehi. Antara perkongsian beliau adalah tentang pengalaman manis semasa menghadiri kursus IAEA Regional Basic Professional Training course : Radiation Protection, Mumbai, India pada 26 Oktober sehingga 18 Disember 1998 dan IAEA Fellowship: Radiation Medicine & Health : King Faizal Specialist Hospital & Research Centre, Riyadh, Saudi Arabia pada 21 April sehingga 20 May 2017. Selain itu, beliau juga merupakan Penyelia Sinaran (RPS), penceramah dalam slot teknikal untuk kursus Radiation Protection dan sangat aktif sebagai salah seorang AJK Kelab Sukan & Kebajikan Agensi Nuklear Malaysia. Sepanjang berkhidmat, beliau telah bertugas di bawah 6 orang pengurus unit pengeluaran dan 6 orang pengarah Bahagian Teknologi Perubatan. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah BTP, YBrs Ts. Dr. Mohd Rodzi bin Ali beliau telah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Zakaria atas khidmat jasa, dedikasi, semangat dan sumbangan beliau semasa berkhidmat di Agensi Nuklear Malaysia. YBrs. Dr. juga berharap agar semangat dan komitmen Tuan Haji Zakaria dapat menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada semua. Terima kasih, Pak Ya, atas sumbangan dan pengorbanan yang tak ternilai. Semoga kejayaan dan kebahagiaan menyertai langkah-langkah beliau dalam urusan seterusnya. Setiap yang bermula, akan berakhir Setiap yang hidup, akan ada kematian Setiap yang hilang, akan ada pengganti Setiap pertemuan, akan ada perpisahan, Semoga sesi perkongsian ilmu daripada Tuan Haji Zakaria Ibrahim memberi manfaat dan kebaikan kepada semua peserta yang hadir. “BERSARA DENGAN TENANG & BERKAT, ”BATAS KEHIDUPAN SUDAH DEKAT” - Zakaria Ibrahim, 2023 -


Bengkel Strategik dan Teknikal(Pulai Spring Gambar


l Akaun Amanah 08-10.11.2023 Resort, Johor) Lensa


Majlis Amanat Ketua Pengarah- Pelantikan Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa (BPA) 07.11.2023 (Pejabat Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia) Gambar Lensa


Penyerahan Surat Pelantikan Pengurus Kumpulan Pemprosesan Polimer dan Pembangunan Prototaip (BTS) 03.11.2023 (Pejabat Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia) Gambar Lensa


Gambar Majlis Perhimpunan Bulanan A17.11.2023 (DTI, Blok 11


Lensa Agensi Nuklear Malaysia Bil. 7 (BTS) 1, Agensi Nuklear Malaysia)


Click to View FlipBook Version