The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nuklear Malaysia Luaskan Jaringan Kerjasama Strategik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-06-01 08:21:38

e-buletin Mac 2021

Nuklear Malaysia Luaskan Jaringan Kerjasama Strategik

buletin

@nukle arm alays ia

NUKLEAR MALAYSIA LUASKAN

JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK

Bil 3 / 2021

Agensi Nuklear Malaysia nuklearmalaysia Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) www.nuclearmalaysia.gov.my

Isi Kandungan

2 NUKLEAR MALAYSIA LUASKAN
JARINGAN KERJA SAMA STRATEGIK

4 “WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN”
TEMA PERHIMPUNAN BULANAN

6 PERSIDANGAN TAHUNAN WiN
MALAYSIA KE-5

4 GAMBAR LENSA

idditaonrg Penaung : YBrs. Dr. Ts. Siti A’iasah Hashim

Penyelaras : Habibah Adnan

Editor : Normazlin Ismail
Wan Jazlina Wan Ahmat

Penerbitan : Wan Jazlina Wan Ahmat

Pereka : Mohd Idzwan Md Zin

Jurufoto : Nor Hasimah Hashim
Muhammad Hafidzudin Mahadzir

1

NUKLEAR MALAYSIA

LSKUTEASRRKJAANATJSAERAIGNMGIAKAN

Wan Jazlina Wan Ahmat

Kunjungan hormat YBrs. Ts. Dr. Siti A’iasah
binti Hashim, Ketua Pengarah Agensi Nuklear
Malaysia ke atas YAB Dato’ Seri Amirudin bin
Shari, Menteri Besar Selangor pada 5 Mac 2021
adalah untuk membincangkan hala tuju dan
peluang dalam kerjasama strategik terhadap
teknologi nuklear yang boleh digunapakai di
Negeri Selangor.
Menerusi kunjungan hormat ini juga pelbagai
pandangan, idea, sokongan dan cadangan
kerjasama pada masa akan datang telah
dibincangkan demi manfaat untuk rakyat
dan negara.
Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Sidek
bin Othman, Pengarah Kanan Program
Pengkomersilan dan Perancangan Teknologi,
Dr. Ishak bin Mansor, Pengarah Bahagian
Pengkomersilan Teknologi dan Dr. Mohd
Rodzi bin Ali, Pengarah Bahagian Teknologi
Perubatan.

2

3

“Wanita Bangkit
Mendepani Cabaran”

Tema Perhimpunan Bulanan

Wan Jazlina Wan Ahmat

Perhimpunan bulanan bagi bulan Mac diadakan pada 25 Mac 2021 secara hibrid. Bahagian
Keselamatan dan Kesihatan Sinaran (BKS) bertindak sebagai urus setia pada kali ini telah memilih
tema “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran” sempena sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021
sebagai menghargai semua wanita di Nuklear Malaysia.

Ketua Pengarah, YBrs. Ts. Dr Siti A’aisah Hashim dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah
kepada wanita berkerjaya yang menceburi dalam bidang nuklear. Motivasi ini diharapkan dapat
memantapkan sumbangan wanita dalam memacu perkembangan penyelidikan dalam bidang
sains dan teknologi bukan saja dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

4

Perhimpunan pagi ini julung kalinya diadakan secara hibrid iaitu gabungan perhimpunan fizikal
seramai 150 orang dan juga secara maya seramai 300 jemputan. Kerjasama yang diberikan oleh
warga Nuklear Malaysia sangat baik memandangkan negara masih lagi berada dalam Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memerlukan setiap individu berada dalam keadaan
yang selamat serta dapat menjalankan tugas dengan baik mengikut SOP yang ditetapkan.
Sebelum mengakhiri ucapan, KP turut menyeru warga Nuklear Malaysia untuk mendaftar penerimaan
vaksin melalui aplikasi MySejahtera bagi menyahut saranan Kerajaan yang mensasarkan 80% atau
26 juta untuk mendapatkan vaksin. Pendaftaran segera akan membantu program imunisasi ini
berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

5

WiPNERMSIDAANLGAANYTSAIHAUNKANE-5
Ruzalina Baharin

WiN Malaysia telah berjaya menganjurkan Persidangan Tahunan WiN Malaysia kelima pada 23-24
Mac 2021 dengan kerjasama Nuklear Malaysia, MNS, MARS dan MARPA. Anjuran kali ini diadakan
secara atas talian sebagai mematuhi keperluan SOP akibat daripada penularan pandemik
COVID-19. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI dalam ucapan
perasmiannya yang juga telah dilakukan secara maya menekankan peranan pegawai penyelidik
untuk sentiasa berkongsi dan menyebarkan kepentingan teknologi nuklear dan penyinaran.

Bertemakan Nuclear Technology: Providing Solutions for Challenges in Future Development, WiN
Malaysia berjaya mengumpulkan 23 kertas kerja, iaitu 16 pembentangan lisan dan selebihnya
melalui poster. Kertas kerja ini merangkumi topik persidangan yang berkisar kepada peranan
wanita dalam menjayakan sains dan teknologi, aplikasi sains nuklear dan teknologi, memerangi
COVID-19, penyinaran tidak mengion (NIR) juga keselamatan sinaran dan sekuriti nuklear.

Persidangan tahunan ini disertai lebih 180 orang. Perkongsian pengetahuan juga telah dijayakan
oleh para pembentang jemputan berprofil tinggi dalam bidang masing-masing. Puan Marina
Mishar, Ketua Seksyen Bahagian daripada IAEA, Vienna menyampaikan ucaptama bertajuk

6

Opportunities for Women in IAEA
Technical Cooperation berkisar
peluang wanita bekerja dengan IAEA
dalam kerjasama teknikal di Vienna.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM),
Puan Sharmila Mohamed Salleh pula
berkongsi pengalaman YIM dalam
membantu menaiktaraf peranan
wanita sebagai penyumbang inovasi
yang terkandung ucaptama beliau
yang bertajuk Women at the Centre of
Economic Recovery.

Selain itu, lima lagi pembentang
jemputan adalah Prof Dr Kwan Hoong
Ng (UM), Dr Muhd Noor Muhd Yunus
(Presiden MARS), Dr Noor Hasnah
Mohamed Khairullah (Naib Presiden
WiN Malaysia), Tuan Wan Hasamudin
Wan Hassan (MPOB) dan Cik Devi
Durgaashini A/P Ramesh (Presiden
NESS).

7

Gambar Lensa

Sesi Webinar, An Afternoon With WiN President

9 Mac 2021

8

Gambar Lensa
Last Punch Dr. Glam Hadzir
23 Mac 2021
9

Gambar Lensa

Majlis Penyerahan Benih Padi Nuklear NM152

18 Mac 2021

10

Gambar Lensa

Majlis Penyerahan Benih Padi Nuklear NM152

18 Mac 2021

11

Gambar Lensa

Program Demonstrasi Bot MPB 850

5 Mac 2021

12

Gambar Lensa

Program Demonstrasi Bot MPB 850

5 Mac 2021

13


Click to View FlipBook Version