The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2024-03-25 21:53:08

BUKU LAPORAN PUSPANITA CAWANGAN MOSTI TAHUN 2023

100


101


102 MAKLUM BALAS CADANGAN USUL YANG DITERIMA SEMASA MESYURAT AGUNG PUSPANITA MOSTI KE-40


103 NO. USUL MAKLUM BALAS 1. Jualan makanan melalui booth kecil-kecilan seperti barangan berharga RM 5 sempena bulan Ramadhan, Aktiviti Sukarelawan untuk ibu Tunggal atau yang tidak bekerja, Sambutan Hari Raya Anjuran PUSPANITA dan Pertandingan Tarian Tradisional Melayu/Cina & India. Perkara ini telah diperbincangkan, walau bagaimanapun ianya masih dalam perancangan untuk dilaksanakan pada tahun 2024. 2. Mengadakan aktiviti-aktiviti gaya hidup sihat seminggu sekali seperti Zumba, Tabata, Brisk Walk, atau Jogging; dan menganjurkan Program Amalan Pemakanan Sihat menerusi Cabaran Berat Badan Ideal dan perkongsian menu-menu sihat PUSPANITA MOSTI melalui Cawangan Kecil Jabatan Tenaga Atom telah menganjurkan Program Atom Walk bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada bulan Ogos 2023 yang lepas. Bagi tahun 2024 dicadangkan satu program Kesihatan diadakan secara berkala setiap minggu atau sebulan sekali. Contohnya program jalan-jlan santai menaiki Tangga Putrajaya atau berjalan di Persisiran Tasik Putrajaya. 3. Mengadakan lebih banyak aktiviti dan program yang membabitkan anak-anak sewaktu cuti persekolahan; dan mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang boleh memberi pengalaman sebenar seperti penjara atau tempat pemprosesan sesuatu produk. PUSPANITA MOSTI dengan kerjasama PUSPANITA KEBANGSAAN telah melaksanakan program PUSPANITA Go Digital: Eksplorasi Sains ke PSN pada bulan Disember 2023 yang melibatkan anak-anak ahli PUSPANITA MOSTI dan juga Kementerian yang lain pada cuti sekolah penggal kedua. Program yang melibatkan anakanak PUSPANITA akan diteruskan dan akan dikendalikan di bawah Biro Sains yang akan ditubuhkan kelak. 4. Mengadakan lawatan ke kilang coklat. PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Tenaga Atom telah


104 menganjurkan program lawatan ke Kilang Berryls pada bulan Feb 2023. Walau bagaimanapun aktiviti ini hanya dibuka kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil JTA. Di peringkat PUSPANITA Induk, program lawatan seumpama dicadangkan untuk dilaksanakan pada tahun 2024. 5. Pertandingan kecantikan dan badan yang sihat Cadangan ini ditangguhkan dan dicadangkan untuk dilaksanakan pada tahun 2024 tertakluk kepada sambutan bagi penyertaan program tersebut. 6. Lawatan ke negeri lain dengan kerjasama bersama PUSPANITA antara negeri PUSPANITA MOSTI telah melaksanakan program lawatan rasmi dan kunjung hormat ke atas PUSPANITA Kelantan pada 20 – 23 Oktober 2023. Dikesempatan itu juga PUSPANITA MOSTI turut melaksanakan program CSR Bersama penduduk setempat Pulai Sri Tanjung, Tumpat Kelantan dan juga Rumah Kanakkanak Mini, Kelantan. PUSPANITA MOSTI turut bercadang agar program seumpama ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang. 7. Penganjuran Karnival sukan MOSTI di antara Jabatan dan Agensi di bawah MOSTI yang melibatkan penyertaan ahli-ahli PUSPANITA. Ianya sebagai platform untuk mencungkil dan mencari bakat/wakil untuk penyertaan MOSTI dalam mana-mana pertandingan sukan Bagi tahun 2023, PUSPANITA MOSTI hanya berkesempatan melaksnakan Pertandingan Boling antara Cawangancawangan Kecil di bawah MOSTI. Pada tahun ini PUSPANITA MOSTI akan berkolebrasi dengan Kelab Kem. Sains dalam penganjuran pertandingan sukan yang melibatkan penyertaan daripada setiap jabatan/agensi di


105 bawah MOSTI. Melalui platform tersebut diharap bakat/wakil dapat dicungkil untuk mewakili PUSPANITA MOSTI. 8. Mohon ketetapan karnival sukan antara Kementerian berkaitan syarat penyertaan khususnya bukan dalam kalangan atlet sukan. Hal ini kerana ianya tidak adil bagi sesetengah Kementerian yang menghantar wakil peserta daripada kalangan wakil atlet sukan Malaysia Perkara ini telah diambil maklum oleh pihak PUSPANITA Kebangsaan. Syarat-syarat penyertaan wakil telah ditetapkan dikalangan ahli PUSPANITA yang bukan dikalangan atlet sukan yang mewakili negeri atau negara.


106 SEKALUNG PENGHARGAAN


107 PUSPANITA Cawangan MOSTI merakamkan penghargaan kepada semua ahlinya yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sama ada membantu dalam penganjuran program dan aktiviti mahupun terlibat dalam semua program dan aktiviti yang telah diadakan sepanjang tahun 2023. Tanpa sokongan ahli, persatuan ini tidak akan dapat melaksanakan peranannya sebagai platform bagi memperkasa Wanita yang hebat dari semua aspek. Sebarang Cadangan penambahbaikan adalah amat dialu-alukan dan teruslah menyokong persatuan ini. Sekian, terima kasih. PUSPANITA CAWANGAN MOSTI


Click to View FlipBook Version