The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-02-07 10:20:15

Nada Nuklear Oktober 2017

Selamat Hari Deepavali

1

WV W10VW/81V/71170 /17

Sidang Editor

Penaung:
YBrs. Dr Mohd Ashhar
Hj. Khalid
Penyelaras :
Habibah Adnan
Editor Kanan:
Normazlin Ismail
Penerbitan:
Nur Aishah Zainal
Syahkhairul Sani
Editor:
Nor Azlina Nordin
Pereka
Mohd Idzwan Md Zin
Jurufoto:
Nor Hasimah Hashim
Rosdin Sabni

Program NICE menarik ribuan pengunjung
NICE 2017: Aktiviti menarik disajikan
MASKOT Upin Ipin meriahkan NICE 2017
Radiasi menerusi kebuk awan
Pelancaran Ekspo NICE 2017
Sekitar Ekspo NICE 2017
Kunjungan hormat CEO MNPC
MAPPA XV
TN50 Tuaran Sabah
Lawatan kerja Ketua Pengarah
Kursus penyediaan Bioliquifert
Pengiktirafan benih cendawan Volvariella
Kongres biak baka tumbuhan antarabangsa
Seminar latihan INIS
Pertandingan inovasi JBPM 2017
Taklimat pengurusan aset tak ketara kerajaan
Lawatan MAHB ke Nuklear Malaysia
Larian tertutup Nuklear Malaysia

2

PRSOEGKRITAAMR NMIPACEJENL2IGS0U1PN7EJMRUHENNIGMAPRUIKNARNIBPUAAGNI & 2
SAMBUTAN AIDILFITRI
Nur Aishah Zainal

Bersempena dengan program National Innovation and Economy Creative (NICE) Expo
2017, Nuklear Malaysia turut serta mempromosikan program tersebut bagi menarik
ribuan pengunjung untuk hadir. Program tersebut telah berlangsung di tiga buah
lokasi iaitu bertempat di Technology Park Malaysia (TPM), Pusat Sains Negara (PSN)
dan Planetarium Negara.Penganjuran NICE 2017 bertujuan untuk menyemarakkan
dan membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kalangan rakyat selaras
dengan teras TN50.

Program ini juga bermatlamat untuk menggalakkan bidang pengkomersialan
berasaskan inovasi dan ekonomi kreatif serta meningkatkan daya saing negara dalam
bidang STI. Nuklear Malaysia bergiat secara aktif dengan membuat promosi program
NICE 2017 di media sosial dan laman sesawang rasmi agensi ini.

Dalam masa yang sama Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr Mohd Ashhar Hj.
Khalid turut mempromosikan program ini menerusi media elektronik di Radio Bernama.
NICE 2017 pada 12 hingga 16 Oktober 2017 ini telah dapat menarik kira-kira 300,000
orang pengunjung.

3

3 NICE 2017: AKTIVITI MENARIK DISAJIKAN
RIANG RKIAEPSAADMABPUETNAGNUANIJDUILNFGITRI
Nur Aishah Zainal

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada semua
pengunjung bersempena dengan program National
Innovation and Economy Creative Expo 2017 (NICE
2017). Aktiviti menarik yang bersifat interaktif dan
berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI) itu
turut diadakan di tiga buah lokasi berasingan iaitu
bertempat di Technology Park Malaysia (TPM),
Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara.

Program yang bermula pada 12 Oktober dan
berakhir pada 16 Oktober 2017 itu menampilkan
kemunculan istimewa maskot Upin & Ipin serta
Didi & Friends. Lebih 15 jenis aktiviti dirangka dan
disediakan kepada pengunjung yang hadir.
Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti
SciFest,
Cluster
Technology, Robot Battle, KL Science Fiction,
Innovation Lab, Drone Racing GP, Makers@NICE
dan sebagainya.

Pengunjung juga berpeluang untuk menyertai
pelbagai aktiviti menarik di tiga buah lokasi
tersebut sebagai langkah pertama untuk
mengenali dunia STI. Perkhidmatan bas ulang
alik juga disediakan kepada pengunjung untuk
memudahkan pergerakan ke tiga buah lokasi
tersebut.

4

MASKOT UPIN IPIN MERIAHKAN NICE 2017 4
Nur Aishah Zainal

Kemunculan maskot Upin & Ipin menggamitkan
suasana program NICE 2017. Maskot Upin & Ipin
dari syarikat Les' Copaque Production itu berjaya
menjadi daya tarikan utama pengunjung
yang hadir dalam program tersebut. Selain itu,
booth Nuklear Malaysia turut menjadi perhatian
pengunjung yang hadir.

Pelbagai aktiviti berserta hadiah cabutan
bertuah juga disediakan kepada pengunjung
yang datang melawat booth Nuklear Malaysia.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi
(MOSTI), YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad
Diah turut tidak ketinggalan berkunjung ke booth
Nuklear Malaysia.

Seiring dengan hasrat kerajaan ke arah
Transformasi Nasional 2050 (TN50), NICE 2017
menyediakan pelbagai program menarik dan interaktif. Program yang disediakan
adalah berasaskan kepada fokus lima kluster iaitu Kluster Teknologi, Kluster ICT,
Kluster Edutainment, Kluster Wellness dan Kluster Knowledge.

Program NICE 2017 melibatkan kerjasama daripada pelbagai sektor kerajaan, swasta
dan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Berdasarkan kepada sambutan yang diterima
daripada pengunjung, ekspo sains, teknologi dan inovasi terbesar negara itu berjaya
meningkatkan minat terhadap STI, pembudayaan kreativiti serta inovasi dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

5

5 RIARNAGDIRAISAI SMAEMNBEURUTASNI KAEIDBIULKFIATWRIAN
Nasaai Masngut

Ekspo NICE 2017 terus

menggamit pengunjung

dengan pameran Cloud

Chamber ataupun kebuk

awan yang dibawakan

oleh Bahagian Pengurusan

Maklumat (BPM) Nuklear

Malaysia. Melalui kebuk awan

ini, pengunjung berpeluang

untuk menyaksikan sendiri

pergerakan yang dihasilkan

olehsinaranyangberpandukan

kepada prinsip pembentukan

jejak kapal terbang di awan.

Umumnya, sinaran tidak boleh
dilihat melalui mata kasar, namun kehadirannya boleh dikesan dengan menggunakan
kebuk awan ini. Pihak BPM telah menyediakan 2 orang petugas iaitu En Mohd Hafizal
Yusof dan En Nasaai Masngut bagi memberi penerangan kepada orang awam tentang
mekanisma pembentukan dan rasional di sebalik pemerhatian pengunjung di dalam
kebuk awan tersebut.

Melalui pameran kebuk awan ini, pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk
menyuarakan pelbagai persoalan serta mitos bagi mendapatkan maklumat yang tepat
mengenai sinaran di dalam kehidupan seharian mereka. Pameran kebuk awan
ini berlangsung sepanjang NICE 2017 iaitu dari 12 hingga 16 Oktober 2017.

6

PELANCARAN EKSPO NICE 2017 6
Nur Aishah Zainal

Kementerian Sains, Teknologi dan secukupnya untuk mendepani dekad-
Inovasi (MOSTI) telah melancarkan dekad yang mendatang. Transformasi
National Innovation and Creative Nasional 2050 mempunyai wawasan untuk
Economy Expo 2017 (NICE 2017). Ekspo menjadi garis panduan dalam mencipta
ini telah dilancarkan oleh Timbalan masa depan yang gemilang yang dipacu
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad oleh inovasi untuk generasi muda. Fokus
Zahid Hamidi. Ekspo lima hari ini akan dan pembangunan STI adalah langkah
meneruskan kesinambungan kejayaan penting untuk mendorong Malaysia dalam
MOSTI dalam menyediakan platform menangani cabaran-cabaran ekonomi
untuk memacu kapasiti Malaysia dalam masa depan,” kata Timbalan Perdana
inovasi dan kreativiti berasaskan sains, Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
teknologi dan inovasi (STI), di samping
mempromosikan kelestarian dan daya Pada majlis yang sama juga, YAB Timbalan
saing dalam ruang yang sama. Perdana Menteri turut menandatangani plak
pelancaran Senior Scientist Network yang
“Kerajaan yang bertanggungjawab dan merupakan pertubuhan bukan kerajaan
berdedikasi bukan sahaja menyediakan yang bermatlamat untuk terus menyumbang
pelan masa depan yang cekap untuk bakti kepada negara dalam bidang mereka
generasi mudanya tetapi juga akan berkemahiran iaitu bidang STI.
memastikan mereka terdidik dengan

7

7 SEKITAR EKSPO NICE 2017

8

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI 8
EKSEKUTIF MNPC

Mohamad Radzuan Othman

Ketua Pengarah Nuklear Malaysia (KPNM), YBrs. Dr Mohd Ashhar Hj. Khalid telah menerima
kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC)
Encik Razib Dawood pada 2 Oktober 2017 di pejabat Ketua Pengarah, Blok 11 Nuklear
Malaysia.

Kunjungan hormat Encik Razib Dawood ke Nuklear Malaysia diadakan bersempena
dengan pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MNPC yang baharu
bagi menggantikan YBrs. Dr Mohd Zamzam Jaafar yang telah bersara pada 31 Ogos
2017 yang lalu.

KPNM dan barisan pengurusan atasan amat berbesar hati menerima kunjungan hormat
CEO MNPC bagi memantapkan kerjasama dua hala khususnya dalam bidang Sains
& Teknologi (S&T). Dalam pertemuan singkat tersebut, KPNM dan CEO MNPC telah
berbincang dan berkongsi idea terhadap pelbagai isu dan perkara yang mendatangkan
manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Pertemuan singkat selama dua jam itu turut
disertai oleh Pengurusan Tertinggi Nuklear Malaysia.

9

9 MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN
AWAM KE-15 (MAPPA XV)
Rohaslin Mohamad

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dalam ucapan yang sama, Perdana
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bakal Menteri turut menekankan kepada
mengkhabarkan berita gembira kepada semua penjawat awam agar membuat
hampir 1.6 juta penjawat awam di persediaan rapi dan merencana strategi
negara ini. Menurutnya, berita gembira berkesan dari sekarang, khususnya untuk
kepada seluruh penjawat awam itu akan menongkah dengan beberapa fasa
diumumkan menerusi pembentangan perubahan menuju TN50.
Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.
“Demi mewajah masa depan dalam
“Beberapa khabar gembira dan melakar perjalanan mendakapi aspirasi
penambahbaikan untuk semua penjawat TN50, Perkhidmatan Awam hendaklah
awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 berpegang kepada enam falsafah dan
pada 27 Oktober ini,” ujar beliau ketika lima fasa haluan,” katanya.
berucap dalam Majlis Amanat Perdana Menerusi program yang sama, Perdana
Perkhidmatan Awam Ke-15 (MAPPA XV) Menteri turut membuat pelancaran buku
dengan tema “Aspirasi Perkhidmatan Falsafah Asas TN50 yang dihasilkan secara
Awam Menuju TN50: Penyampaian Untuk koloboratif antara Pejabat Perdana
Kesejahteraan Rakyat dan Negara” pada Menteri dan The Transformation Research
3 Oktober yang lalu di Pusat Konvensyen Foundation (FORT). MAPPA XV telah
Antarabangsa Putrajaya (PICC). dihadiri lebih daripada 6,000 penjawat
awam dari pelbagai skim, termasuk
pegawai Nuklear Malaysia.

10

TN50 TUARAN SABAH

10 Mohd Sha Affandi Md Aripin

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan program
merakyatkan sains, teknologi dan inovasi, pada 8 Oktober 2017 bertempat di Dewan
Sri Sulaman, Tuaran, Sabah.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau,
Menteri MOSTI. Pempamer dari Nuklear Malaysia diwakili Cik Chong Saw Peng dan
Encik Mustapha Akil daripada Bahagian Agroteknologi dan Biosains (BAB) dengan
projeknya iaitu projek Stevia dan projek Mutan Tanaman Hiasan.

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu pameran,
sesi perkongsian ilmu dan Sesi Dialog TN50 bersama YB Menteri MOSTI yang membawa
tema “Peranan Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Mentransformasi Bangsa” yang
dianjurkan oleh Bahagian Foresight Teknologi, MOSTI sebagai focal point kementerian
berkaitan inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Program yang berlangsung selama satu hari ini telah menerima sambutan baik
daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Meteorologi Malaysia, Yayasan Inovasi
Malaysia, Persatuan Suang Lotud Sabah, Peladang Nita dan Persatuan-Persatuan
Sains setempat.

11

11 LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH
Norazlina Noordin

Satu lawatan kerja oleh YBrs. Dr.
Mohd. Ashhar Hj. Khalid, Ketua
Pengarah Nuklear Malaysia telah
diadakan pada 7 Oktober 2017 di
Sabah yang melibatkan dua buah
projek MSI iaitu Pakej Penanaman
Stevia Untuk Penjanaan Ekonomi
Baru Bagi Komuniti di Tuaran (MSI
16009) dan Pakej Penanaman Mutan
Tanaman Hiasan untuk Penjanaan
Ekonomi Baru Bagi Komuniti Kampung
Bundu Tuhan di Ranau (MSI 16008).

Sesi lawatan kerja ini dimulakan di
Tuaran yang bertempat di Kampung
Sukang Baru dan Kampung Pukak,
Kiulu, Tuaran bagi projek MSI Stevia yang diketuai oleh Cik Chong Saw Peng. Turut
hadir dalam sesi lawatan ini adalah Cik
Chong Saw Peng dan wakil daripada
Duta Nusajaya Sdn. Bhd. yang
merupakan rakan kerjasama bagi
projek Technofund Stevia TF0614D122
bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.
YBrs. Ketua Pengarah telah diberikan
penerangan tentang kemajuan projek
di tapak penanaman stevia tersebut.

Lawatan kerja diteruskan ke Kampung
Bundu Tuhan di Ranau, Sabah bagi
projek mutan tanaman hiasan yang
diketuai oleh Dr. Zaiton Ahmad. Turut
hadir dalam lawatan ini adalah En.
Mustapha Akil selaku wakil Dr. Zaiton
Ahmad dan wakil kolaborator dari
Kampung Bundu Tuhan. Dalam sesi lawatan kerja ini, YBrs. Ketua Pengarah telah
diberikan penerangan tentang kemajuan projek penanaman mutan orkid dan kekwa
yang dibangunkan untuk projek ini.

12

KURSUS PENYEDIAAN BIOLIQUIFERT 152
Anis Nadia Mohd Faisol Mahadeven

Kursus penyediaan Bioliquifert menggunakan
teknologi bioreaktor telah diadakan selama
tiga hari bermula dari 9 hingga 11 Oktober
2017 bertempat di Blok 44, Nuklear Malaysia.
Kursus secara amali ini dianjurkan oleh
Bahagian Agroteknologi dan Biosains khusus
kepada rakan kerjasama pengkomesialan
produk Bioliquifert iaitu syarikat Peat Organic
Sdn, Bhd. Seramai empat orang wakil syarikat
mengambil bahagian di dalam kursus yang
diketuai oleh Pn. Phua Choo Kwai Hoe dan
ahli pasukan biobaja.

Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memindahkan teknologi penyediaan biobaja dalam
skala besar dengan menggunakan teknologi bioreaktor. Selain itu, kursus ini juga bertujuan
untuk memberi pengetahuan asas dan melatih secara amali rakan kerjasama mengenai
asas mikrobiologi, teknik penyediaan biobaja dan juga teknik penyaringan
fungsi biobaja.

Program dimulakan dengan taklimat keselamatan dan pengenalan kepada penyediaan
media penyaringan dan pensterilan bioreaktor. Pada sebelah pagi hari berikutnya, para
peserta dilatih mengenai teknik penyediaan subkultur diikuti ujian penyaringan ciri-ciri
biobaja.

Kemudian, pada sebelah petang para peserta
didedahkan dengan teknik pencairan bersiri.
Pada hari terakhir, program diakhiri dengan
penentuan kepekatan dan kualiti biobaja yang
disediakan. Biobaja yang dihasilkan sepanjang
kursus dipindahkan ke bekas penyimpanan
untuk dibotolkan oleh pihak syarikat.

13

13 PENGIKTIRAFAN BENIH CENDAWAN
VOLVARIELLA
Dr Azhar Mohamad

Benih cendawan Volvariella hasil daripada pemindahan teknologi menerusi projek
MSI dari Jabatan Pertanian Kedah telah mendapat pengiktirafan. Pengiktirafan
ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Diraja Ahmad
Bashah Md Hanipah di Pusat Pengeluaran dan Pengembangan Cendawan(PPPC),
Kampung Padang Nyior, Kuala Nerang, Kedah pada 8 Oktober 2017. Pengiktirafan ini
adalah bersempena dengan majlis lawatan YAB Menteri Besar Kedah ke kawasan
berkenaan.

Program ini juga merupakan lawatan pertama dilakukan oleh YB Menteri Besar Kedah
dan ADUN Padang Terap. Dalam majlis ini, seramai 300 orang komuniti Kampung
Padang Nyior telah hadir bagi memeriahkan program tersebut. Kejayaan pemindahan
teknologi ini telah membuka banyak peluang pekerjaan di samping meningkatkan
tahap sosio ekonomi penduduk sekitar.

Dalam program yang sama, wakil Nuklear Malaysia iaitu Dr Azhar Mohamad telah
menerima sijil jurulatih pakar cendawan. Sijil pengiktirafan ini telah disampaikan oleh
YB Menteri Besar Kedah menerusi Jabatan Pertanian Negeri Kedah.

14

KONGRES BIAK BAKA TUMBUHAN 14
ANTARABANGSA KALI KE-3
Dr Sobri Hussein

Kongres Pembiakan Tumbuhan
Antarabangsa Kali Ke-3 ini telah
diadakan di Hotel Acapulco,
Kyrenia Cyprus, bermula dari
15 hingga 19 Oktober 2017.
Kongres ini telah dihadiri oleh
pelbagai negara dengan
jumlah peserta menghampiri
seramai 500 orang. Kertas kerja
dari Nuklear Malaysia telah
terpilih sebagai pembentang
lisan kerana tajuk yang
dibentangkan adalah berbeza
dari negara lain.

Dalam kongres ini, Dr Sobri
Hussein telah mewakili Nuklear
Malaysia dan pembentang
lain untuk berkongsi maklumat mengenai kerja penyelidikan padi mutan. Tajuk bagi
pembentangan yang dibentangkan adalah Mutation Breeding of Rice for Sustainable
Agriculture in Malaysia telah mendapat maklum balas yang baik daripada peserta
seminar.

Pembentangan tersebut membincangkan mengenai industri penanaman padi yang
sentiasa menjadi keutamaan berdasarkan kepentingan strategik sebagai makanan
ruji rakyat Malaysia. Atas faktor tersebut, Nuklear Malaysia telah mengambil inisiatif
untuk melakukan penyelidikan berasaskan kepada pembiakbakaan padi mutan bagi
mengembangkan lagi potensi di negara ini.

Secara amnya, kebanyakan penceramah jemputan membentangkan kertas kerja
yang menjurus kepada Genome Editing Technology kerana ianya adalah teknologi era
baharu dalam bidang bioteknologi dan biak baka tumbuhan.

15

15 SEMINAR LATIHAN INIS
Haizum Ruzanna Sahar

International Atomic Energy Agency (IAEA) telah mengadakan Seminar Latihan
International Nuclear Information System (INIS) pada 9 hingga 13 Oktober 2017 yang
berpusat di Ibu Pejabat IAEA di Vienna, Austria. Seramai 23 orang pegawai profesional
yang terlibat secara sepenuhnya dalam penyediaan input INIS telah turut serta di dalam
program ini. Penganjuran seminar ini secara langsung memperkasakan lagi pakar
maklumat dari Pusat INIS nasional yang terlibat sepenuhnya dalam operasi INIS.

Objektif utama seminar ini adalah bertujuan untuk melatih para peserta mengenai
aspek penyediaan input INIS, pengindeksan dan klasifikasi, Non Conventional Literature
(NCL), sistem carian koleksi INIS dan perkembangan semasa INIS. Bukan itu sahaja,
seminar itu juga memberi tumpuan kepada sesi perbincangan mengenai produk dan
perkhidmatan INIS serta aktiviti promosi INIS.

Seminar latihan berbentuk ceramah, persembahan, perbincangan dan sesi praktikal ini
menggalakkan lagi pertukaran maklumat antara peserta mengenai program pusat INIS
di peringkat kebangsaan masing-masing. Malah kursus ini memantapkan lagi peranan
pusat INIS kebangsaan dan keperluan untuk mewujudkan kerjasama serantau.

16

PERTANDINGAN INOVASI JABATAN BOMBA & 16
PENYELAMAT MALAYSIA 2017
Dr Khairuddin Abdul Rahim

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengundang Dr. Khairuddin
Abdul Rahim, Pengarah Bahagian Agroteknologi dan Biosains, Nuklear Malaysia
untuk membarisi panel juri bagi Pertandingan Inovasi Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia 2017, di Kuantan, Pahang pada 15 dan 16 Oktober 2017.

Pertandingan inovasi ini telah menampilkan sebanyak 16 penyertaan, iaitu
masing-masing satu dari setiap negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysia.
Inovasi meliputi aspek kecekapan pengawalan dan pemadaman kebakaran, sistem
komunikasi berkesan, pendidikan keselamatan dan inovasi peralatan dan peranti bagi
memudah cara kerja menyelamat dan pertolongan cemas.

Pertandingan Inovasi ini ialah salah satu acara tahunan dalam Sambutan Hari
Inovasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2017, juga meliputi
Pertandingan KIK, Pertandingan Bahas dan Sajak, Pertandingan Memasak, Program
Ceramah, di samping Pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk
masyarakat,yangberlangsung selama tiga hari dari 15 Oktober hingga17 Oktober 2017.

17

17 TAKLIMAT PENGURUSAN ASET
TAK KETARA KERAJAAN
Nur Aishah Zainal

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) menerusi Unit Perolehan dan Aset (UPA)
telah mengadakan taklimat pengurusan aset tak ketara kerajaan pada 26 Oktober
2017 di Dewan Tun Ismail (DTI), Nuklear Malaysia. Program berkenaan diadakan bagi
memberikan pendedahan kepada warga Nuklear Malaysia berkaitan dengan
1Pekeliling Perbendaharaan – Tatacara Pengurusan Aset Tak Ketara Kerajaan.
Program yang bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang itu
memberi pengetahuan yang jelas kepada warga Nuklear Malaysia
khususnya bagi mereka yang terlibat dalam pengurusan aset di setiap bahagian.

Selain itu, program ini telah dibahagikan kepada empat sesi untuk ceramah yang berbeza.
Antara perkara yang dibincangkan sepanjang sesi tersebut adalah tatacara penerimaan
dan pendaftaran; tatacara penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan; tatacara
penyelenggaraan; dan tatacara pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset tak ketara
kerajaan.

Dalam program ini, Nuklear Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian
Kewangan Malaysia (MOF) untuk menganjurkan program seumpama ini.
Wakil dari Bahagian Pengurusan Aset Awam (PAM), Unit Dasar Pengurusan Aset MOF iaitu
Encik Sairol Anuar Ibrahim telah hadir untuk berkongsi pengetahuan berkaitan
dengan pengurusan aset. Majlis penutupan program taklimat pengurusan aset tak
ketara kerajaan ini telah dilakukan oleh Pengarah BKP, Encik Rosleezam Jamaudin.
Jamuan makan turut disediakan kepada semua peserta selepas tamatnya program ini.

18

LAWATAN MAHB KE NUKLEAR MALAYSIA 18
Nasaai Masngut

Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) telah mengadakan lawatan ke Nuklear
Malaysia pada 31 Oktober 2017 bagi mempelajari dan berkongsi pengalaman Pengurusan
Pengetahuan (KM) di Nuklear Malaysia. Lawatan yang diketuai oleh En Mohd Faiz
Mustafa, Pengurus Pengurusan Pengetahuan telah melakukan pertemuan 4 mata bersama
kakitangan di Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bagi membincangkan amalan
terbaik dalam KM.

Pihak MAHB turut berkongsikan pengalaman KM mereka bersama warga BPM yang terlibat.
Pihak MAHB yang disertai oleh 7 orang pegawai juga telah berpeluang untuk melawat
beberapa kemudahan KM yang terdapat di BPM.

19

19 LARIAN TERTUTUP NUKLEAR MALAYSIA
Nor Azlina Nordin

Pertandingan Larian Tertutup Nuklear Malaysia telah diadakan pada 27 Oktober
2017 bertempat di Taman Teknologi Nuklear Malaysia, Kompleks Dengkil, Bangi.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan Kelab Nuklear
Malaysia ini telah disertai oleh 80 orang peserta. Pertandingan ini
dibahagikan kepada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita,
Veteran Lelaki dan Veteran Wanita. Jarak larian bagi pertandingan ini adalah 3 KM.

Atur cara dimulakan dengan senaman memanaskan badan diketuai oleh Cik
Azlinawati. Seterusnya, flag-off atau pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YBrs.
Dr. Mohd Ashhar Hj Khalid, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia pada jam 8.30 pagi. KP
dalam ucapan ringkasnya mengingatkan warga kerja Nuklear Malaysia agar menjaga
kesihatan supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap, tersusun dan proaktif.

Penganjuran pertandingan ini telah berlangsung dengan sempurna dan
mencapai objektifnya bagi merapatkan ukhwah dalam kalangan warga kerja di samping
meningkatkan kecergasan diri. Hadiah kepada para pemenang
telah disampaikan oleh Encik Mohd Fazlie Rashid, Pengerusi Kelab
Sukan dan Kebajikan Nuklear Malaysia. Majlis berakhir sekitar jam 10.00 pagi.

20

Klikk...Klikk...Nuklear Malaysia 20

Lawatan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) pada
5 Oktober 2017 di Nuklear Malaysia

Kursus Latihan Juru Audit-Pelaksanaan Audit Dalaman PKP-BCMS (ISO22301)
pada 24 hingga 26 Oktober 2017 di Blok 11, Nuklear Malaysia

21

21 Klikk...Klikk...Nuklear Malaysia

Lawatan daripada Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan, Markas
Angkatan Tentera Malaysia Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2017 ke Nuklear
Malaysia Loji Sinagama.

Majlis perasmian Makmal kalibrasi alat meter tinjau (RELTECH Lab SDN. BHD.)
dan disempurnakan oleh YB. Datuk Wira Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan
Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 17 Oktober

2017 di Bandar Baru Bangi

22

Aktiviti akan datang 22

Tahniah 23

Sidang Editorial Nada Nuklear Malaysia ingin mengucapkan sekalung
ucapan tahniah kepada :

YBrs. Dr. Wan Saffiey Wan Abdullah yang
telah dilantik sebagai Pengarah Kanan
(Program Pengurusan) memangku Gred
Utama C berkuatkuasa mulai 27 Oktober
2017

Encik Mohd Sidek Othman yang telah
dilantik sebagai Pengarah Bahagian
Keselamatan dan Kesihatan Sinaran (BKS)
berkuatkuasa mulai 30 Oktober 2017


Click to View FlipBook Version