buletin
@nukle arm alays ia
Nuklear Malaysia ke Arah
Revolusi Industri 4.0
Bil 2 / 2020 www.nuclearmalaysia.gov.my nuklearmalaysia
Agensi Nuklear Malaysia
Isi Kandungan
NUKLEAR MALAYSIA MENUJU REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)
NUKLEAR MALAYSIA RAI PENERIMA APC DAN BAKAL PESARA
10TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISOTOPES
NUKLEAR MALAYSIA BANGUNKAN PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI
LIGA PENALTI NUKLEAR MALAYSIA BINA SEMANGAT BERPASUKAN
8TH FOLLOW-UP TRAINING COURSE ON ENVIRONMENTAL
RADIOACTIVITY MONITORING (ERM)
STEM DAY @ PAMERAN TEKNOLOGI DAN SAINS POLITEKNIK NILAI,
NEGERI SEMBILAN
DEMONSTRASI SMART WINDER DI TERENGGANU
KAMUS NUKLEAR
LENSA NUKLEAR
Penaung : YBrs. Dr. Mohd Abd Wahab Yusof
Sidang Penyelaras : Habibah Adnan
Editor
Editor : Normazlin Ismail
Wan Jazlina Wan Ahmat
Penerbitan : Wan Jazlina Wan Ahmat
Pereka : Mohd Idzwan Md Zin
Jurufoto : Nor Hashimah Hashim
Muhammad Hafidzudin Mahadzir
Wan Jazlina Wan Ahmat
NUKLEAR MALAYSIA
MENUJU
REVOLUSI
INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)
Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) melibatkan
teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada
semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka
melakukan perubahan seiring dengan transformasi
digital itu untuk kekal berdaya saing. Sebelum ini revolusi
perindustrianpertamabergantungkepadapenggunaan
mesin berkuasa wap. Revolusi perindustrian kedua pula
melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi perindustrian
ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer
sebagai tonggaknya.
Walau bagaimanapun, Industri 4.0 mencakupi
penemuan pelbagai teknologi baharu seperti
automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big
data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan
robotik dan cloud yang bakal merancakkan
kemajuan landskap dunia moden. Revolusi ini
menandakan kemunculan sistem fizikal siber
melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya
bagi manusia,mesin dan kaedah baharu
teknologi. Dengan kata lain, teknologi
automasi itu dilihat sebagai keupayaan
teknologi yang tidak perlu melibatkan
manusia secara langsung.
Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah
kebergantungan terhadap sumber tenaga
yang secara signifikan akan mengubah masa
depan dunia pekerjaan.
Dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan
Bulanan pada 25 Februari yang lalu, YBrs Ketua
Pengarah telah memaklumkan bahawa
Kumpulan Ujian Tanpa Musnah Keutuhan
Struktur Bahan (Non-Destructive Testing-
Material Structural Integrity, NDT-MSI) giat
menjalankan penyelidikan dan pembangunan
dengan mengadaptasi semangat IR 4.0
menggunakan teknologi 3D yang telah berjaya
melahirkan kepakaran dalam bidang Intelligent
Utility Mapping. Kepakaran tersebut telah menarik
minat dan kepercayaan industri dan syarikat
swasta untuk melabur dalam projek berkaitan
utiliti antaranya syarikat PESCADA Sdn Bhd.
Selain itu, kepakaran penyelidikan BTI dalam
bidang Kajian dan pembangunan radiotracer
teknologi untuk kajian kebocoran bawah tanah
juga turut diiktiraf oleh pihak industri. Kumpulan
penyelidik yang diketuai oleh Dr. Noraishah
IR 4.0 bakal melonjakkan
kepakaran Nuklear Malaysia
di peringkat antarabangsa
Othman telah diberikan kepercayaan untuk
mengenalpasti kebocoran di paip penyejuk
di Kemudahan Berpusat Sistem Tenaga TNB
Bangsar sebagai Pilot Project oleh Syarikat
Laman Mestika Sdn Bhd.
Ketua Pengarah turut memaklumkan bahawa
pada tahun 2019, BTI juga telah menyertai
bidaan untuk Petronas Technology Challenge
4 (TC4) yang mana melalui PAT, Nuklear
Malaysia telah disenarai pendek daripada 120
syarikat untuk memberi pipe corrosion under
insulation (CUI) diagnostics menggunakan
gamma ray computed tomography dan pada
tahun 2020 pula menerima beberapa enkuiri
untuk tomography scanning bagi industri
minyak dan gas.
Selain itu, YBrs Ketua Pengarah turut mengucapkan tahniah kepada pegawai penyelidik Nuklear
Malaysia yang berjaya memenangi “Special International Federation of Inventors’ Associations
(IFIA) Award” di Malaysia Teknologi Ekspo (MTE) pada 20-22 Februari bertempat di PWTC, Kuala
Lumpur baru-baru ini.
Wan Jazlina Wan Ahmat
MRAEI PSENT EERICMCA
DAN BAKAL
PESARA
PUTRAJAYA, 2 MAC 2020 – MESTECC telah Kimia Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia dan
meraikan 68 orang penerima Anugerah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Turut
Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 24 terlibat bersama adalah Jabatan Alam Sekitar,
orang bakal pesara daripada Agensi Nuklear Jabatan Meteorologi Malaysia dan kakitangan
Malaysia pada 27 Februari 2020 di Pusat ibupejabat MESTECC.
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Acara
tahunan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Barisan penerima daripada Nuklear Malaysia
Setiausaha MESTECC, Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah telah dimulakan dengan penyampaian
binti Tapsir. penghargaan kepada Ketua Pengarah Nuklear
Malaysia, Dr. Mohd Abd Wahab bin Yusof yang
Majlis tersebut turut menyaksikan pelbagai bakal bersara pada September tahun ini. Majlis
jabatan di bawah MESTECC yang turut hadir ini merupakan satu bentuk penghargaan
bagi meraikan penerima APC dan bakal yang dianugerahkan kepada kakitangan
pesara di jabatan masing-masing. Antara perkhidmatan awam yang telah menjalankan
jabatan lain yang terlibat adalah Jabatan tugas serta perkhidmatan mereka dengan
penuh dedikasi.
PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019
DR. ABDUL RAHIM BIN HARUN ZAHARIN BIN YASIN
DR. NORAISHAH BINTI OTHMAN WAN MOHD AZRI ASYRAF BIN WAN AZIZ
NORFAIZAL BIN MOHAMED @ MUHAMMAD MUHAMAD HAIQAL BIN MOHD IZHAR
HAZIZI BIN OMAR MUHAMMAD FAKHRUL RODZI BIN
DR. MAHMOOD BIN HAJI DOLLAH MUSTAFA KAMAL
MOHD FAIZAL BIN ABD RAHMAN
ROSELAN BIN MOHAMED MOHD NAZLI BIN RAMLI
Y.M. RAJA JAMAL ABDUL NASSER BIN RAJA HE- SITI ZUBAIDAH BINTI MOHD NOR
DAR MOHD FIRDAUS BIN ATAN
DR. MOHD YUSOF BIN HAMZAH MOHD TAHIR BIN ANUAR
NORAISYAH BINTI MOHD YUSOF MAHADI BIN MUSTAPHA
DR. AHMAD ZAINURI BIN MOHD DZOMIR MARIANI BINTI DERAMAN
ROKIAH BINTI MOHD SABRI NOR AZA BINTI HASSAN
AISYA RAIHAN BINTI ABDUL KADIR ABDUL HALIM BIN BAHARUDDIN
NA’IM SYAUQI BIN HAMZAH MOHD YUSOF BIN ABDULLAH SANI
DR. NURUL FAIRUZ DIYANA BINTI BAHRUDIN ARMAY BIN DOLLAH
MUHAMMAD HUSAMUDDIN BIN ABDUL KHALIL LAILA BINTI AYOB
ZAREDAH BINTI HASHIM ZARINA BT MOHD NOR
SAPIZAH BINTI RAHIM
FAIZ BIN AHMAD SENARAI NAMA PESARA
NUR KHAIRUNISA BINTI ZAHIDI
RAYMOND YAPP TZE LOONG AMRAN BIN MOHAMED
AZHANI BINTI MOHD RAZALI SHAHARUDDIN BIN HUSSAIN
NASAAI BIN MASNGUT NORIZAN BIN MD SAMAN
KHAIRUL AZHAR BIN ABDUL HALIM KAMARUDIN BIN BUYONG
NUR FATINI BINTI ABDUL GHANI ABD JALIL BIN ABD HAMID
SYUHADA BINTI RAMLI ZAINALDIN BIN MD NOR
NOOR MOHD RIZWAN BIN BRAHIN AZHAR BIN AZMI
MANISAH BINTI SAEDON MOHAMAD RAMLI BIN IBRAHIM
MOHD HAFIZ BIN ZULKURNAIN ARSHAD BIN DIMIN
NOR FAIRUL AZAM BIN ABDUL WAHAB JIZI BIN HJ HASSAN
MOHD ROHAIMI BIN MOHD NOR ZAITON BINTI SELAMAT
SYED NASARUDDIN BIN SYED IDRIS SAHAR BIN DIMIN
ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN WAN ALI BIN WAN YUSOF
MOHAMAD KODRI BIN MAT TAHIR AZIZI BIN AWANG
ASMAWI BIN ADNAN KHARI BIN CHE ROS
HAMZAH BIN ABU BAKAR ROHAIZAH BINTI AHMAD
HAZLINA BINTI ABDULLAH DR MEK ZAH BINTI SALLEH
ROHANA BINTI MAHMUD ZAHARUDDIN BIN HUSSIN
KAMARUDIN BIN BUYONG DR MOHD ABD WAHAB BIN YUSOF
TEH SUZILAH BINTI ABD WAHAB ROHANA BINTI MAHMUD
DAYANG DHABITAH BINTI ABD SATAR SITI HAWA BIN MAT ZIN
NOR SUHANA BINTI SHIKH MIA RUSLI BIN MUSA
SAIDATUL BADRIAH BTE MUHD NADZRI SUKHRI BIN AHMAD
ZULKIFLI BIN DAUD ZAINAB BINTI HARUN
SALWA HUSNA BINTI MOHAMAD RAZIB ABDUL GHAFOUR BIN ISA
MOHD.RIDZWAN BIN ABDUL RAHMAN ROZIAH BINTI PUTEH
SITI MAHANUM BINTI ZULKEFLI
SITI NURUL HUDA BINTI ZAINAL ABIDIN
SITI NOOR HAYANI MOHD NOOR
NURAIZAMRI BIN SURADDI
MAT ASIRI BIN MAT SALLEH
PerkhidAmantau
20
aungeCraehmerlang
019
10th Intern
on Iso
Mohd Sha Affandi
national Conference
otopes
10th International Conference on Isotopes (10ICI) telah diadakan di Kuala Lumpur
Convention Centre pada 4 hingga 7 Februari 2020. Persidangan ini adalah anjuran
bersama Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) dengan kerjasama
World Council on Isotopes (WCI) dan International Atomic Energy Agency (IAEA).
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) merupakan agensi yang memberi
sokongan bagi penganjuran persidangan ini dari peringkat aw al lagi. Selain itu, 10ICI
turut mendapat sokongan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam
Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
(MOTAC) melalui Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).
10ICI telah dihadiri oleh 301 penyertaan daripada 29 negara dari seluruh dunia
yang terdiri daripada pihak industri, penyelidik, pensyarah dan para pelajar dalam
bidang isotop. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang
menganjurkan International Conference on Isotopes yang kali ke-10 diadakan di
seluruh dunia. Persidangan ini dianjurkan sebagai salah satu usaha bagi menyerlah
peluang dan potensi yang ada di rantau ini untuk kemajuan penggunaan serta menyediakan
platform untuk membincangkan teknologi terkini dalam aplikasi isotop dari dalam dan luar negara.
90 kertas kerja merangkumi 9 kertas ucaptama dan 1 ucap tema telah dibentangkan semasa
10ICI ini berlangsung. Semua pembentang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran
dan pengetahuan luas dalam bidang isotop. Pembentangan kertas kerja merangkumi aspek
penyelidikan, teknologi, pengurusan serta polisi dan beberapa aspek lain berkenaan aplikasi
isotop. Tema yang dipilih bagi persidangan ini adalah “Harnessing Isotopes for Improved Quality of
Life”. Tema ini dipilih memandangkan teknologi yang menggunakan isotop telah terbukti sebagai
alat yang berharga dalam memenuhi keperluan dalam kehidupan.
10ICI telah dirasmikan oleh YB. Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri, Kementerian Tenaga,
Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Sesi pameran turut diadakan semasa
persidangan ini berlangsung dengan melibatkan 15 organisasi yang mempamerkan teknologi
berkaitan isotop. Persidangan ini berakhir dengan sesi lawatan teknikal ke Agensi Nuklear Malaysia
pada 7 Februari 2020.
Nuklear Malaysia
Bangunkan Pelan
AntiRasuah
Organisasi
WAN JAZLINA WAN AHMAT
13 Feb 2020, Bangi – Satu bengkel
Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) telah
diadakan selama dua hari di Dewan Tun
Ismail, Blok 11 Nuklear Malaysia. Seramai
30 orang peserta daripada semua
bahagian telah hadir untuk menjayakan
bengkel tersebut.
Antara objektif bengkel adalah untuk
mengenalpasti potensi-potensi risiko
rasuah melalui tugas-tugas sedia ada
di bahagian yang melibatkan proses
kerja dengan pihak ketiga. Bengkel yang
dianjurkan oleh Unit Integriti Nuklear
Malaysia ini telah mendapat khidmat
nasihat daripada YBrs. Tn Ho Kan Nyan,
Pegawai Siasatan Unit Integriti MESTECC.
Antara tujuan bengkel ini juga adalah
sebagai panduan untuk meningkatkan
kefahaman ahli jawatankuasa sebelum
merangka pembangunan pelan OACP
agensi.
LIGA PENALTI NUKLEAR MALAYSIA
BINA SEMANGAT BERPASUKAN
mohd suhaimi jusoh@yusoff
Bahagian Sukan Kelab Nuklear Malaysia telah dan penganjuran ini lebih meriah dengan
menganjurkan Pertandingan Liga Penalti penyertaan daripada YBrs. Dr Husaini Salleh,
antara Bahagian bagi Piala Pengerusi Kelab Pengarah BKS dan YBrs.Dr Shukri Mohd,
Agensi Nuklear Malaysia 2020. Penganjuran Pengarah BTI.
pada 15 Februari 2020 tersebut telah
diadakan di Padang Bola Sepak, Kompleks Pertandingan yang berlangsung secara
Dengkil. Pertandingan yang pertama liga ini dibahagikan kepada dua kumpulan
kali diadakan ini telah membahagikan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Tempat
kumpulan mengikut bahagian. Sebanyak pertama hingga keempat bagi kedua-dua
16 pasukan telah mengambil bahagian kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir.
16
17
Pemenang Pertandingan Liga Penalti Piala Pengerusi Kelab
Johan : Bahagian Kejuruteraan (BKJ) Kumpulan A
(Wang tunai Rm300, Piala pusingan Pengerusi Kelab dan hamper)
Naib Johan : Unit Keselamatan Fizikal (UKF) Kumpulan B
(Wang tunai RM200, piala dan hamper)
Ke tiga : Bahagian Teknologi Sisa & Alam Sekitar dan Bahagian Teknologi
Perubatan (BAP) Kumpulan A
(Wang Tunai RM100, piala dan hamper)
18
Keempat : Bahagian Agroteknologi & Biosains (BAB) Kumpulan A
(Sijil dan hamper)
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Agensi Nuklear Malaysia iaitu Tuan Syed
Asraf Wafa Fahlawi S M Gazi serta penyampaian sijil penyertaan turut diberikan kepada semua
pasukan yang menyertai pertandingan ini.
Secara keseluruhannya, pertandingan liga penalti ini telah berjaya dianjurkan dengan baik dan
lancar dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Semoga program seperti ini
dapat dianjurkan lagi untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan kakitangan Agensi Nuklear
Malaysia pada masa akan datang.
“KELAB KITA TANGGUNGJAWAB KITA”
19
8 th Follow-Up Training Course
On Environmental Radioactivity
20 Monitoring (ERM)
– Dedah ilmu baharu kepada peserta kursus.
WAN JAZLINA WAN AHMAT
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) kepada peserta yang mempunyai pengetahuan dan
dengan kerjasama Agensi Tenaga Atom Jepun latar belakang tugas dalam subjek alam sekitar.
(JAEA) telah menganjurkan Kursus Latihan Tidak dilupakan juga pada peserta yang berminat
Perdana Pemantauan Radioaktif Alam Sekitar dalam pemantauan radioaktiviti untuk memperoleh
yang dikemudikan oleh peserta Program Latihan maklumat tambahan dalam bidang ini.
Pengajar (ITP) di Jepun. Melalui kursus ini juga telah memberi pendedahan
Program Latihan Pengajar (ITP) telah ditubuhkan dan pengalaman Negara Jepun dalam menangani
sejak tahun 1998 untuk mempromosikan kemalangan Fukushima. Para peserta juga
pembangunan nuklear dan penggunaan di negara diharapkan dapat menyebarkan maklumat dan
jiran Asia . Pada tahun 2020, Malaysia telah pengetahuan yang dipelajari untuk memantapkan
mengambil bahagian secara rasmi dalam program kepakaran dalam bidang tugas masing-masing.
ITP Kejuruteraan Reaktor, Kesediaan Kecemasan
dan Pemantauan Alam Sekitar. Rentetan daripada 21
latihan yang diterima di Jepun, Kursus Latihan
Lanjutan FTC dilaksanakan sebagai kewajipan
setelah menyertai program ITP untuk menyebarkan
pengetahuan yang diperoleh di Jepun kepada
peserta sepanjang FTC ini.
Kursus ini terdiri daripada ceramah dan eksperimen
makmal dan terbuka kepada kalangan profesional,
juruteknik dan lain-lain yang berkaitan dengan
Nuklear Malaysia, badan pengawalseliaan, institusi
pengajian tinggi dan institut penyelidikan. Seramai
30 orang peserta telah menyertai kursus selama
lima hari ini.
Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan
pendidikan pemantauan radioaktiviti alam sekitar
STEM DAY @
PAMERAN TEKNOLOGI DAN SAINS
POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN
Nur Solehah Abd Majid, Nuri ‘Adilah Nashrulmillah Idris, Dr. Mohd Noorul Ikhsan Mohamed
22
Pada 13 Februari 2020, Agensi Nuklear Malaysia
yang diwakili oleh tiga orang pegawai dari
Kumpulan LENDT/ BTI iaitu Dr. Mohd Noorul Ikhsan,
Cik Nuri ‘Adilah dan Cik Nur Solehah telah terlibat
dalam satu sesi pameran di Politeknik Nilai, Negeri
Sembilan. Ia bersempena dengan Minggu Sains
Teknologi Engineering dan Matematik 2020
(STEM) yang merupakan anjuran bersama antara
Politeknik Nilai dan Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan.
Objektif pameran ini adalah untuk menarik
minat dan mempromosi STEM bagi menyokong
pemerkasaan STEM dan TVET ke arah IR4.0 di
samping itu menyokong dasar Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam membudayakan
pendidikan STEM serta kempen STEM4ALL dalam
kalangan rakyat Malaysia. Program ini melibatkan
pelajar sekolah dan komuniti di sekitar Labu,
Bandar Enstek dan Nilai dengan penglibatan
seramai 1,500 orang pelajar.
Pameran satu hari itu telah bermula pada pukul
8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Sepanjang program ini, Nuklear Malaysia
telah mempamerkan satu sistem yang telah
dibangunkan di bawah projek Smart Challenge
Fund yang digunakan di dalam kerja-kerja
radiografi industri iaitu Automatic Winder yang
dinamakan WINDR 153. Penerangan telah
disampaikan oleh Dr. Mohd Noorul Ikhsan
manakala sesi demonstrasi penggunaan sistem
pengujian radiografi industri dan sistem WINDR
153 oleh Cik Nuri ‘Adilah dan Cik Nur Solehah.
Dua jenis peralatan ujian tanpa musnah (NDT)
yang biasanya digunakan di dalam industri iaitu
peralatan radiografi telah dipamerkan sepanjang
pameran ini. Pameran ini telah berjaya membuka
minda pelajar tentang kepentingan kajian dan
pembangunan (R&D) kepada pembangunan
negara dan pengetahuan mengenai kerja-kerja
radiografi seterusnya menanam minat pelajar
untuk memilih bidang ini sebagai kerjaya mereka
nanti.
23
DEMONSTRASI
SMART WINDER
DI TERENGGANU
24
Dr. Mohd Noorul Ikhsan Mohamed, Nuri ‘Adilah Nashrulmillah Idris, Nur Solehah Abd Majid
Smart Winder merupakan suatu sistem yang telah
dibangunkan di Nuklear Malaysia di bawah projek Smart
Challenge Fund dan merupakan sistem yang pertama
dibangunkan di negara ini. Antara aktiviti utama projek ini
adalah membangunkan sistem Smart Winder dan menguji
keberkesanannya di persekitaran kerja sebenar. Pada
Febuari lepas, satu jelajah demonstrasi Smart Winder telah
dijalankan di sekitar Paka dan Kemaman, Terengganu.
Sesi jelajah ini telah disertai oleh 3 orang pegawai Nuklear
Malaysia iaitu Dr Mohd Noorul Ikhsan, Cik Nuri ‘Adilah dan
Cik Nur Solehah. Ianya juga telah disertai oleh dua wakil
UKM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Rizal Palil bagi
menjalankan kajian pasaran bagi sistem yang sedang
dibangunkan ini.
Demonstrasi ini bertujuan untuk menerangkan dengan
lebih terperinci berkenaan penggunaan Smart Winder
semasa ujian radiografi dan mendapatkan maklum balas
daripada pihak syarikat NDT untuk diambilkira dalam
pembinaan prototaip yang akan datang. Demonstrasi
ini telah melibatkan 4 buah syarikat NDT iaitu Steadfast
Inspection Sdn Bhd di Paka Terengganu, JLH NDT Inspection
25
& Services Sdn Bhd di Kemaman Terengganu, saiz, bentuk dan berat sistem, bateri, motor
NDE Consultancy Services Sdn Bhd dan LJ serta alat kawalan jauh. Maklumat yang
Inspection Sdn Bhd di Chukai Terengganu. diperolehi ini sangat baik dan berguna untuk
Demonstrasi bagi setiap syarikat NDT diatas menambahbaik sistem yang sedia ada.
telah dihadiri oleh tiga orang pengurus Secara keseluruhannya hampir semua mereka
syarikat (GM), empat orang pegawai yang terlibat dengan siri demonstrasi ini sangat
perlindung radiografi (RPO) dan tiga puluh gembira dengan sistem yang ditunjukkan dan
orang operator (RT). Secara keseluruhannya, masing-masing teruja untuk menggunakannya
terdapat empat puluh orang yang telah di dalam kerja sebenarnya kerana mereka
terlibat dalam demonstrasi ini. percaya sistem ini akan dapat membantu
meningkatkan produktiviti dan kualiti di dalam
Sesi jelajah demonstrasi ini telah mencapai kerja mereka. Tetapi yang paling penting sekali
objektifnya apabila banyak info yang sistem yang sedang dibangunkan ini akan
berguna telah diberikan sepanjang program dapat meningkatkan tahap keselamatan
ini berlangsung. Antara maklum balas yang radiasi di dalam kerja radiografi industri.
telah diperolehi adalah berkaitan dengan
26
27
Kamus Nuklear
SUMBER : radium mould
SASARAN : acuan radium (SN)
TAKRIF : Acuan permukaan atau rongga digunakan
sebagai pemegang untuk terapi.
SUMBER : absorption cross section
SASARAN : keratan rentas serap (FN)
TAKRIF : Jumlah keratan rentas tindak balas neutron
dengan nukleus, tetapi tidak termasuk tindak
balas akibat pelanggaran kenyal dan tak kenyal.
SUMBER : adion
SASARAN : adion (SN)
TAKRIF : Ion yang terserap pada suatu permukaan dan
bebas bergerak pada permukaan serapan itu.
28
Lensa Nuklear
Courtesy Visit US Embassy, Homeland Security Investigations
11.02.2020 (Bilik Delima, Blok 11, ANM Bangi)
29
FTC NREP Protective Gear Preparation (M
Lensa N
30
Makmal Kuliah Blok 11 ) 17-28 Feb 2020
Nuklear
31
Lensa N
Kunjungan Hormat Dr. Rita Baranw
Secretary Fo Nuclear Energ
32
Nuklear
wal ( US Department of Energy Assistant
gy (6 Februari 2020 , Bilik Delima)
33
Len
34
nsa Nuklear Kolokium Perkongsian Ilmu (Leadership Program)
5 februari 2020 Bilik Seminar Blok 11
35