buletin
@n u k l e a r m a l a y s i a
Bil 08/19
Agensi Nuklear Malaysia
nuklearmalaysia
Nuklear Malaysia
www.nuclearmalaysia.gov.my
ISI KANDUNGAN
PERHIMPUNAN BULANAN
PERTANDINGAN FOTOGRAFI-KREATIF MERDEKA 2019
MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS NEGARA 2019
KERJASAMA NUKLEAR MALAYSIA BERSAMA MINI SCIENCE
AND TECHNOLOGY DISCOVERY CENTER (MSTDC) LONJAK
MINAT SAINS DI NEGERI SEMBILAN
Nuclear Best Friends Forever (Nuclear BFF)
santuni Pelajar Kelainan Upaya (OKU) memahami sains
JELAJAH NUKLEAR RANGERS SEMARAK
CERAMAH KESIHATAN: USUS SIHAT ASAS KESIHATAN
BSM Anjur Kursus Wajib Kepada Pegawai Baharu
PERTANDINGAN E-SPORT PES 2019 AGENSI NUKLEAR
MALAYSIA
KOLOKIUM PENGURUSAN PENGETAHUAN :
KNOWLEDGE BOOK
IBADAH KORBAN
LENSA NUKLEAR MALAYSIA
AKTIVITI AKAN DATANG
Sidang
Editor
Penaung : YBrs. Dr. Mohd Abd Wahab Yusof
Penyelaras : Habibah Adnan
Editor : Norm azlin Ismail
Nor Azlina Nordin
Penerbitan : Syahkhairul Sani
Pereka : Mohd Idzwan Md Zin
Jurufoto : Nor Hasimah Hashim
Muhammad Hafidzudin Mahadzir
PERHIMPUNAN BULANAN 1
OGOS 2019
WAN JAZLINA WAN AHMAT
Laungan Merdeka di DTI bangkit Semangat Cintakan Negara
Perhimpunan Bulanan Agensi Nuklear Malaysia yang
diadakan pada 30 Ogos 2019 telah disempurnakan oleh
YBrs Dr. Mohd Abd Wahab Bin Yusof, Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia di Dewan Tun Dr. Ismail
(DTI),Nuklear Malaysia.
Antara intipati ucapan YBrs Ketua Pengarah (KP) adalah
penekanan kepada isu integriti dan juga saranan kepada
semua anggota untuk menjaga tatatertib semasa
menjalankan tugas. Selain itu, KP juga menegaskan
bahawa menjadi tanggungjawab setiap anggota untuk
menjaga kerahsiaan dokumen dan maklumat rahsia
rasmi agar tidak digunakan bagi tujuan lain.
Memeriahkan majlis pagi itu turut menampilkan
anggota-anggota baharu Nuklear Malaysia untuk
mengetuai bacaan ikrar serta penyampaian hadiah bagi
Pertandingan Fotografi kreatif Merdeka dan Perlawanan
Futsal Nuklear Malaysia 2019.
2 PERHIMPUNAN BULANAN
OGOS 2019
WAN JAZLINA WAN AHMAT
Sebelum majlis berakhir, dengan bertemakan
“Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih”
perarakan masuk Unit Keselamatan Fizikal
(UKF) menyerahkan Jalur Gemilang kepada
YBrs Ketua Pengarah dan disusuli dengan
laungan Merdeka sebanyak tujuh kali sebagai
simbolik kemerdekaan yang membangkit
semangat patriotisme seluruh warga Nuklear
Malaysia.
PERHIMPUNAN BULANAN 3
OGOS 2019
WAN JAZLINA WAN AHMAT
Tahniah dan syabas kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BSM) sebagai
penganjur perhimpunan bulanan pada 6 Ogos ini dan Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan
& Hari Malaysia 2019.
Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita;
Kerana rupanya selain kemerdekaan;
Mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.
-Tun Dr. Mahathir Mohamad -
4 PERTANDINGAN FOTOGRAFI-KREATIF
MERDEKA 2019
NOR AZLINA NORDIN
Pertandingan Fotografi-Kreatif Merdeka 2019 dianjurkan bersempena hari kemerdekaan
Malaysia ke-62 oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dengan kerjasama pihak Pengurusan
Atasan. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menyemarakkan lagi suasana kemerdekaan dan
menerapkan semangat cintakan kemerdekaan dalam kalangan warga Nuklear Malaysia.
Pertandingan ini mula diadakan sejak 2015 dan diharap dapat diteruskan pada masa akan
datang dengan penyertaan yang lebih menyeluruh. Pada tahun ini, sebanyak 23 penyertaan
gambar telah diterima daripada enam bahagian iaitu BSM,BKP,BAS,BKT, Pejabat Ketua Pengarah
dan BPM. Hadiah berbentuk piala pusingan dan piala iringan telah disampaikan oleh YBrs. Dr.
Mohd Abd Wahab bin Yusof, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia semasa perhimpunan
bulanan Agensi pada 30 Ogos 2019.
Senarai pemenang adalah seperti berikut:
PERTAMA
Bahagian Pengkomersilan Teknologi
PERTANDINGAN FOTOGRAFI-KREATIF 5
MERDEKA 2019
KEDUA
NOR AZLINA NORDIN
Kumpulan WasTeC, BAS
KETIGA
Unit Perkhidmatan
Maklumat, BPM
6 MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS
NEGARA 2019
MOHD SHA AFFANDI MD ARIPIN
MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS NEGARA 2019 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN:
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN BERCADANG BINA PUSAT SAINS NEGERI SEMBILAN
3 OGOS 2019, NILAI – Petikan daripada dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Agensi
Artikel keluaran Bernama.Com yang Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Beliau
membuat liputan berita berkaitan program melihat banyak kelebihan yang dapat
Minggu Sains Negara 2019 Peringkat Negeri diperolehi daripada pusat sains terutamanya
Sembilan yang membawa pengisian bagi golongan pelajar untuk mempelajari
bahawa Kerajaan Negeri Sembilan bidang sains dan teknologi ulas beliau dalam
bercadang untuk membina pusat sains sidang media selepas merasmikan program
bagi meningkatkan minat dan kefahaman Minggu Sains Negara 2019 Peringkat Negeri
penduduk di Negeri Sembilan dalam sains Sembilan yang berlangsung di Mini Science
dan teknologi serta melahirkan generasi & Technology Discovery Centre, AEON Mall
yang menyumbang dalam pembangunan Nilai, Negeri Sembilan.
aliran ini.
Beliau turut menambah, bahawa pada
Menteri Besar Negeri Sembilan peringkat ini, pihak Kerajaan Negeri Sembilan
sedang mencari lokasi yang bersesuaian
berkata dalam merealisasikan impian ini bagi pembinaan pusat sains ini. Di samping
itu juga, pihak kerajaan juga merancang
pihak Kerajaan Negeri Sembilan akan untuk mengadakan kempen pengasingan
sisa pepejal mengikut kategori seperti
bekerjasama dengan Kementerian kertas, plastik, kaca, tin dan lain-lain kerana
Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar
MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS 7
NEGARA 2019
MOHD SHA AFFANDI MD ARIPIN
kebanyakan penduduk di negeri ini telah mengambil jalan mudah dalam pembuangan sisa
pepejal yang telah dihasilkan daripada rumah mereka. Bagi melaksanakan program ini secara
meluas, pihak Kerajaan Negeri Sembilan akan bekerjasama dengan syarikat Pengurusan
Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) serta pihak
berkuasa tempatan dalam usaha mengawal pencemaran alam sekitar yang disebabkan
oleh sisa pepejal dengan melakukan pengasingan sebelum membuangnya ke dalam tong
sampah. Beliau juga berharap dengan penganjuran kempen ini dapat melatih penduduk di
negeri ini untuk menghargai alam sekitar.
Bertemakan“Walau
hidup berlapik an adat,
sains teknologi totap
beguno” menjadi tarikan
bagi penduduk di Negeri
Sembilan untuk bersama-
sama menjayakan program
Minggu Sains Negara 2019
Peringkat Negeri Sembilan
yang merupakan salah
satu inisiatif daripada
Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim (MESTECC)
dan diterajui oleh Agensi
Nuklear Malaysia (Nuklear
Malaysia). Pelbagai
aktiviti interaktif sains,
teknologi, kejuruteraan
dan matematik (STEM)
di bawah satu bumbung
yang bertempat di Mini
Science Technology
& Discovery Centre,
AEON Mall Nilai, Negeri
Sembilan. Program yang
telah diakan berlangsung
pada 1 hingga 7 Ogos
2019 mensasarkan
penyertaan daripada
pelbagai golongan
masyarakat dalam
usaha menyemarak
aktiviti inovasi dan
kreativiti negara
8 MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS
NEGARA 2019
MOHD SHA AFFANDI MD ARIPIN
selari dengan hasrat yang Nuklear Malaysia, YBhg Dato’ disampaikan oleh Menteri
digariskan. Sambutan ini Dr. Zulkifli Bin Mohamed Hashim.
mengenengahkan pelbagai Besar Negeri Sembilan
usaha kerajaan dalam Majlis ini juga turut dijayakan
menggalakkan pembangunan dengan kerjasama rakan sebagai tanda simbolik
dan kemajuan sains, teknologi strategik seperti Universiti Sains
dan inovasi (STI) negara. Islam Malaysia (USIM), Universiti kerjasama antara agensi
Kerjasama yang kuat adalah Kebangsaan Malaysia (UKM),
vital dalam menjayakan Universiti Tunku Abdul Rahman peneraju Negeri Sembilan
program ini. (UTAR), Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan, Jabatan Kimia iaitu Nuklear Malaysia
Malaysia, Jabatan Alam Sekitar
Negeri Sembilan, Yayasan dengan agensi/jabatan
Faqeh, Pusat Penyelidikan Ibnu
Ummi Maktum (UMMI) USIM kerajaan bersama syarikat
dan Pengurusan AEON Mall
Nilai, Negeri Sembilan. Simbolik swasta bagi penganjuran
perasmian telah menarik
perhatian pengunjung dengan program ini. Usai diadakan
persembahan “Nitro Cloud”
yang disempurnakan oleh majlis perasmian sesi
Menteri Besar Negeri Sembilan
Majlis Perasmian Minggu Sains dan tetamu kehormat. lawatan tapak pameran
Negara 2019 Peringkat Negeri Turut diadakan sesi penyerahan yang dijayakan oleh rakan
logo Minggu Sains Negara 2019
Sembilan berlangsung pada 3 kepada rakan strategik yang strategik program ini serta
Ogos 2019 dan dirasmikan oleh wakil pampamer daripada
Menteri Besar Negeri Sembilan, Nuklear Malaysia sendiri
YABDato’SeriHajiAminuddinBin iaitu Unit NIR, Bahagian
Harun. Tetamu kehormat yang Keselamatan & Kesihatan
turut hadir bagi menjayakan Sinaran (BKS).
majlis perasmian ini adalah
Timbalan Ketua Setiausaha
(Sains, Teknologi & Inovasi)
MESTECC, YBrs. Dr. Mohd
Nor Azman Bin Hassan dan
Timbalan Ketua Pengarah
Program Penyelidikan &
Pembangunan Teknologi
KERJASAMA NUKLEAR MALAYSIA BERSAMA MINI SCIENCE AND 9
TECHNOLOGY DISCOVERY CENTER (MSTDC) LONJAK MINAT
SAINS DI NEGERI SEMBILAN
NORZEHAN NGADIRON
Kerjasama Nuklear Malaysia bersama Mini Science and Technology Discovery
Center (MSTDC) Lonjak Minat Sains di Negeri Sembilan
Jalinan kerjasama pintar antara Mini Science Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Jabatan Alam
and Technology Discovery Center (MSTDC) Sekitar (JAS), Universiti Kebangsaan Malaysia
bersama Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
Malaysia) dalam penganjuran Minggu Sains Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Jabatan
Negara 2019 Fasa 2: Peringkat Negeri Sembilan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan
yang telah melonjakkan lagi minat sains dalam Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
kalangan rakyat di Negeri Sembilan.
Program menjadi lebih meriah apabila MSTDC
Program yang bermula pada 1 Ogos hingga 7 memberikan kemasukan percuma kepada
Ogos 2019 di MSTDC AEON Mall, Nilai ini telah pengunjung ke pusat sains ini sempena MSN
dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Amminuddin 2019. Para pelajar dari Sekolah Rendah dan
Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Sekolah Menengah turut menyertai program
dengan penyerahan logo Minggu Sains kepada ini dan menimba ilmu pengetahuan tentang
agensi peneraju iaitu Nuklear Malaysia dan sains dengan lebih luas. Pelbagai pameran
rakan strategik daripada pelbagai agensi iaitu dan aktiviti sains telah diadakan di MSTDC
MSTDC, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,
10 KERJASAMA NUKLEAR MALAYSIA BERSAMA MINI SCIENCE AND
TECHNOLOGY DISCOVERY CENTER(MSTDC) LONJAK MINAT
SAINS DI NEGERI SEMBILAN
NORZEHAN NGADIRON
antaranya, “Air cannon”,
Mikroskop, “Whisper dish”,
“Bungee Jump”, “Pulley Seat”,
“Laser Box” , pertandingan
mewarna dan banyak lagi.
Selain itu, bengkel sains
turut diadakan iaitu “Robot
Programming” dan “Glow
Tube” telah diadakan dengan
bayaran yang dikenakan
sangat rendah iaitu RM1
dan RM3 sahaja. Sepanjang
tujuh hari berkampung di
MSTDC, para pengunjung
turut disajikan dengan
pelbagai pertunjukan sains
yang berkonsep “Science
in Air” dengan bertujuan
untuk memberi pendedahan
terhadap sains kepada para
pelajar.
Sejajar dengan usaha
memberikan maklumat yang
tepat secara berterusan
kepada pengunjung,
pameran daripada pelbagai
agensi yang menjadi rakan
strategik MSN 2019 turut
diadakan. Nuklear Malaysia
misalnya mengadakan
pameran berkaitan Sinaran
Tidak Mengion (NIR) yang
mempunyai tenaga
yang sangat rendah dan
tidak berupaya untuk
membebaskan elektron atau
melaksanakan perubahan penggunaan sinaran UV untuk mengetahui ciri-ciri tersembunyi
yang terdapat dalam wang dan kad pengenalan, pameran
dalam struktur atom. berkaitan dadah yang dibahagikan mengikut kategori seperti
depressant, stimuli dan sebagainya, serta mempamerkan bukti-
Manakala Jabatan Kimia bukti forensik yang didapati dari tempat kejadian jenayah
sebenar seperti gigi dan cebisan kain.
Malaysia telah mengadakan
pameran bertema konsep
berbeza pada setiap
hari antaranya berkaitan
KERJASAMA NUKLEAR MALAYSIA BERSAMA MINI SCIENCE AND 11
TECHNOLOGY DISCOVERY CENTER (MSTDC) LONJAK MINAT
SAINS DI NEGERI SEMBILAN
NORZEHAN NGADIRON
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar juga mengedarkan risalah berkenaan alam sekitar dan
juga menyediakan pendaftaran bagi pengunjung yang ingin menghulurkan tangan untuk
memelihara alam sekitar. Manakala pasukan daripada UKM mengadakan pameran
larva lalat hidup dan larva lalat dipelihara yang boleh diperhatikan di bawah mikroskop.
Pihak UKM juga menunjukkan jenis cap jari yang lazim didapati dan cara yang betul untuk
mendapatkan cap jari dengan serbuk besi. Tidak kurang juga UTAR dengan aktiviti serangga,
3D kereta kabel dan “Invisible Ink”.
Tempat: AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan
MSN Fasa 2 Peringkat Negeri Sembilan di MSTDC, AEON Mall, Nilai, telah mendapat sambutan
hebat dari kalangan masyarakat. Seramai 10,000 ribu pengunjung telah mengunjungi MSTDC
sekaligus memastikan matlamat MSN untuk memupuk minat terhadap sains di kalangan
masyarakat tanpa mengira umur tercapai.
12 Nuclear Best Friends Forever (Nuclear
BFF) santuni Pelajar Kelainan Upaya (OKU)
memahami sains
MOHD HAFIZAL YUSOF
Nuclear Best Friends Forever (Nuclear BFF) santuni Pelajar Kelainan Upaya (OKU) memahami sains.
Orang Kelainan Upaya (OKU) dilihat ketinggalan Pelajar dibantu oleh guru mereka
dalam beberapa bidang walaupun terdapat menjalankan aktiviti kendalian
sebahagian mereka yang menyumbang sendiri “Di Mana Kembar Saya”
kepada perkembangan dan kejayaan negara.
Mengambil pendekatan tema keseluruhan
Minggu Sains Negara 2019; “Sains untuk
Kesejahteraan”, Minggu Sains Negara 2019
peringkat Negeri Sembilan anjuran Agensi
Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) mengambil
inisiatif untuk memastikan para pelajar OKU turut
dilibatkan dalam senarai kumpulan sasaran yang
perlu didedahkan dengan pembelajaran sains
pada peringkat asas menerusi program Nuclear
Best Friend Forever (Nuclear BFF).
Nuclear BFF yang awalnya dilaksanakan
pada tahun lepas, menerusi projek MSI 17111
telah berjaya melaksanakan beberapa siri
jelajah kepada beberapa buah sekolah yang
mempunyai kelas dan pelajar Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI). Melalui inisiatif ini, para
pelajar OKU akan dapat mempelajari asas
keselamatan sinaran menggunakan pendekatan
pembelajaran secara interaktif di dalam kelas,
ditambah pula dengan pengenalan beberapa
modul aktiviti kendalian sendiri yang menarik dan
mudah difahami.
Nuclear Best Friends Forever (Nuclear 13
BFF) santuni Pelajar Kelainan Upaya (OKU)
memahami sains
MOHD HAFIZAL YUSOF
Program Nuclear BFF yang bermula pada 5 Ogos sehingga 5 September oleh pasukan
Nuclear BFF telah menyantuni pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) terdiri daripada 11
buah sekolah sekitar Negeri Sembilan. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Taman Dusun
Nyiur, Seremban, SMK Seremban Jaya, Seremban, SMK Undang Rembau, Rembau, SMK Desa
Cempaka, Nilai, SMK Bukit Kepayang, Seremban, SK Taman Tuanku Jaafar, Seremban, SK
sikamat, Seremban, SK Pendidikan Khas, Seremban, SK Desa Cempaka, Nilai, SMK Pendeta
Zaaba, Seremban, dan SMK Warisan Puteri, Seremban.
Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang mempunyai masalah lambat pembelajaran dan
kurang pendengaran kelihatan begitu gembira dan bersemangat untuk mempelajari asas
keselamatan sinaran menerusi pelbagai pendekatan antaranya tayangan video, kuiz dan
aktiviti kendalian sendiri seperti “Bina Menara”, “Bola Radioaktif”, “Di Mana Kembar Saya”
dan banyak lagi aktiviti yang sesuai dengan tahap pemahaman pelajar ini.
Permainan “Bina Menara” yang dijalankan sendiri oleh pelajar PKPI dengan
bantuan guru mereka
14 JELAJAH NUKLEAR RANGERS SEMARAK
SAINS DI SEKOLAH
Nasaai Masngut
JELAJAH NUKLEAR RANGERS SEMARAK SAINS DI SEKOLAH
Penganjuran Minggu Sains Negara (MSN) 2019 Fasa 2 telah melabuhkan tirainya. Agensi Nuklear
Malaysia (Nuklear Malaysia) yang dipertanggungjawabkan untuk menyemarakkan MSN di
peringkat Negeri Sembilan telah merangka pelbagai pengisian aktiviti sains yang menarik dan
berilmu. Antaranya adalah program satelit yang berlangsung serentak bersama MSN adalah
‘Jelajah Nuklear Ranger’.
Bagi program ini, pasukan Nuklear Rangers yang terdiri daripada 15 pegawai Nuklear Malaysia
yang berpengalaman dan terlatih dalam komunikasi sains telah hadir ke sekolah-sekolah di
sekitar Negeri Sembilan untuk melaksanakan aktiviti jangkau luar pendidikan nuklear.
Jelajah yang bermula pada 5 September di beberapa buah sekolah iaitu SMK Warisan Puteri,
SMK Raja Jumaat, SMK Kg Baru Si Rusa dan SK Kg Baru Si Rusa dijangka akan berakhir pada
9 September ini kerana Jelajah Nuklear Ranger mendapat permintaan yang tinggi daripada
sekolah-sekolah lain di negeri ini.
Antara pengisian aktiviti sains adalah Menara Marshmallow, Litar Inovasi, Pengukuran Sinaran
Latar Belakang dan Terbang Tanpa Sayap. Kesemua aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang
dirumus khas bagi membolehkan interaksi yang maksimum dalam kalangan pelajar untuk
mempelajari sains di luar kelas.
JELAJAH NUKLEAR RANGERS SEMARAK 15
SAINS DI SEKOLAH
Nasaai Masngut
Nilai kerjasama dan Menurut Pn Rosnah daripada
saling berbincang SMK Undang Jelebu, beliau
diterapkan dalam berharap aktiviti seperti ini dapat
aktiviti yang diteruskan lagi pada masa
dijalankan. hadapan, memandangkan
ia memberi impak yang
besar kepada pelajar dalam
mempelajari sains secara santai
di luar kelas.
Pandangan sama turut dikongsi
oleh Pn Norsufiza daripada
SMK Tengku Mohd yang
berpendapat bahawa program
seperti perlu diteruskan bagi
mendedahkan pelajar dengan
dunia sains yang semakin
berkembang.
Para pelajar sedang
menyelesaikan
permasalahan
sains melalui aktiviti
kendalian sendiri yang
diberikan oleh pasukan
Nuklear Rangers.
16 CERAMAH KESIHATAN: USUS SIHAT ASAS KESIHATAN
Nor Azlina Nordin
Satu ceramah kesihatan telah
diadakan pada 7 Ogos 2019 di
Bilik Seminar, Blok 11 dengan tajuk
Very Low Calorie Diet (VLCD),
Simptom Diabetis dan Kaedah
Menangani Penurunan Berat
Badan. Program ini dianjurkan
oleh Bahagian Pembangunan
Sumber Manusia (BSM).
Program ini telah dihadiri hampir
90 orang peserta yang terdiri
daripada kakitangan Nuklear
Malaysia. Objektif penganjuran
ceramah ini adalah untuk
memberi kesedaran kesihatan
terutamanya berkaitan
permasalahan obesiti dan berat
badan berlebihan serta kaedah
menanganinya.
Ceramah telah disampaikan oleh Cik Zuliatini
Mohammad Joni daripada Hallneevour Health Care
sambil dibantu oleh Puan Wan Najidah Wan Hassan bagi
slot tiga jam ini. Usai pendaftaran, para peserta dijemput
untuk membuat saringan berat badan, body mass index
(BMI), peratusan lemak dan sebagainya.
Penceramahmemberipenekanan
tentang kepentingan menjaga
kesihatan perut kerana 90%
penyakit berpunca penyakit dari
usus bertoksin. Sabda Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud, “Perut
itu asas segala penyakit,
manakala pencegahan itu asas
segala pengubatan” – Riwayat
ad-Dailami.
BSM Anjur Kursus Wajib Kepada Pegawai Baharu 17
WAN JAZLINA WAN AHMAT
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BSM) telah menganjurkan Kursus Pengenalan
Nuklear Malaysia dan Kesedaran Keselamatan Kepada Pegawai Baharu pada 20 hingga
23 Ogos 2019 di Dewan Tun Dr. Ismail. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr.
Zainon Binti Othman, Pengarah Kanan Program Pengurusan, Agensi Nuklear Malaysia.
Antara objektif kursus ini antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada para
peserta mengenai sejarah penubuhan agensi, dasar utama kerajaan dan agensi serta
rancangan program-program pembangunan agensi. Selain itu, penganjuran kursus ini
juga untuk memupuk nilai etika kerja cemerlang dalam kalangan anggota perkhidmatan
awam serta memperoleh pengetahuan tentang aspek-aspek keselamatan sinaran semasa
menjalankan tugas di persekitaran agensi.
18 BSM Anjur Kursus Wajib Kepada Pegawai Baharu
WAN JAZLINA WAN AHMAT
tempat: Dewan Tun Dr. Ismail
PERTANDINGAN E-SPORT PES 2019 AGENSI 19
NUKLEAR MALAYSIA
MOHD SUHAIMI BIN JUSOH @ YUSOFF
PERTANDINGAN E-SPORT PES 2019 AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
Seperti yang kita maklum, kerajaan terus Round-Robin pada peringkat kumpulan dan
menggalakkan rakyat Malaysia untuk Playoff pada peringkat suku akhir, separuh
berkecimpung dalam arena E-Sport. Banyak akhir, dan akhir. Dua pemain teratas dari
pertandingan yang berkaitan dengan acara ini setiap kumpulan akan memasuki peringkat
telah dilaksanakan di seluruh pelusuk negara. kalah mati.
Kelab Nuklear Malaysia juga turut memainkan
peranan agar aktiviti E-Sport ini semakin diminati Di dalam pertandingan tersebut, En.
dan mendapat tempat di hati kakitangan Muhammad Nizam Othman dari BKJ telah
Agensi Nuklear Malaysia. Pada 24 Ogos 2019 dinobatkan sebagai juara. Naib Juara pula
yang lalu, Bahagian Sukan Kelab Agensi Nuklear telah dimenangi oleh En. Syahkhairul Sani
Malaysia telah menganjurkan Pertandingan dari BPM, manakala tempat ketiga pula telah
E-Sport PES 2019. dimenangi oleh En. Ahmad Nazrul Abd Wahid
dari BAB. Hadiah kepada para pemenang
Seperti tahun yang lalu, pertandingan E-Sport telah disampaikan oleh Naib Pengerusi Kelab
PES 2019 kali ini telah diadakan di Chillax E-Sport Nuklear Malaysia, En. Norfaizal Mohamed.
Studio, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Seramai Tahniah diucapkan kepada Bahagian
16 peserta dari kalangan ahli kelab Agensi Sukan Kelab Agensi Nuklear Malaysia di atas
Nuklear Malaysia telah menyertai pertandingan penganjuran ini.
tersebut.
Format pertandingan adalah secara Double
20 PERTANDINGAN E-SPORT PES 2019 AGENSI
NUKLEAR MALAYSIA
MOHD SUHAIMI BIN JUSOH @ YUSOFF
JUARA
TEMPAT: CHILLAX E-SPORT STUDIO, SEKSYEN 3, BBB.
KOLOKIUM PENGURUSAN PENGETAHUAN : 21
KNOWLEDGE BOOK
Nasaai Masngut
KOLOKIUM PENGURUSAN PENGETAHUAN : KNOWLEDGE BOOK
Kolokium Pengurusan Pengetahuan : Knowledge
Book telah diadakan pada 21 Ogos yang lepas
bertempat di Bilik Tungsten, Agensi Nuklear
Malaysia. Kolokium sehari ini merupakan satu
bentuk bengkel bagi persediaan menerbitkan
knowledge book.
Kolokium tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Mohd
Abd Wahab bin Yusof, Ketua Pengarah Nuklear
Malaysia. Di dalam ucapannya, beliau berharap
agar kompilasi buku tersebut dapat dihasilkan BILIK TUNGSTEN, AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
sebelum tahun ini berakhir. Buku tersebut dijangka
akan memuatkan elemen-elemen pengetahuan
kritikal yang menjadi nadi kepada operasi di Nuklear Malaysia, selain turut bakal menjadi rujukan
kepada generasi pegawai penyelidik yang akan
datang.
Kolokium ini telah disampaikan oleh En Nasaai
bin Masngut daripada Bahagian Pengurusan
Maklumat. Seramai 40 orang peserta telah
direkodkan hadir sepanjang kolokium berlangsung.
Kolokium ini dijangka akan bersambung kepada
Bengkel Pengurusan Pengetahuan yang akan
dilaksanakan di Melaka pada September 2019
kelak.
22 IBADAH KORBAN
Nor Azlina Nordin
IBADAH KORBAN
Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha
1440H, Nuklear Malaysia juga tidak ketinggalan
untuk melaksanakan ibadah korban. Pada tahun
ini, sebanyak dua ekor lembu diperuntukkan
untuk ibadah korban yang diadakan pada 14
Ogos bersamaan 13 Zulhijjah. Aktiviti ibadah
korban dijalankan seawal jam 8.00 pagi
dengan pendaftaran para peserta korban dan
sukarelawan di Surau Sri MINT, Kompleks Dengkil.
Antara peserta yang turut serta adalah Dr. Abdul
Muin Abdul Rahman, Dr. Zainon Othman, Dr.
Zaiton Ahmad dan lain-lain lagi. Ibadah korban
yang dilaksanakan setiap tahun ini merupakan
anjuran Kelab Nuklear Malaysia.
Selesai proses penyembelihan, melapah dan
mengagih daging korban, turut berlangsung
acara memasak sup tulang dan penyediaan
makanan tengah hari untuk warga Nuklear
Malaysia yang turut hadir memeriahkan ibadah
korban pada tahun ini. Semoga ibadah korban
yang dilaksanakan mendapat keberkatan Illahi.
IBADAH KORBAN 23
Nor Azlina Nordin
TEMPAT: Surau Sri MINT, Kompleks Dengkil
24 LENSA NUKLEAR MALAYSIA
NOR HASIMAH HASHIM
MUHAMMAD HAFIDZUDIN MAHADZIR
ARCHERY WAR 3.0 ANJURAN UNITEN
PADA 16 OGOS 2019, PADANG HOKI UNITEN
JOHAN BAGI KATEGORI WANITA
NAIB JOHAN BAGI KATEGORI LELAKI
AKTIVITI AKAN DATANG 25
26
AKTIVITI AKAN DATANG