The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IFIA Pentas Gilap Potensi Penyelidik Dunia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-01-27 10:25:06

e-buletin April 2020

IFIA Pentas Gilap Potensi Penyelidik Dunia

buletin

@nukle arm alays ia

IFIA

PENTAS GILAP
POTENSI PENYELIDIK
DUNIA

Bil 4 / 2020 www.nuclearmalaysia.gov.my nuklearmalaysia

Agensi Nuklear Malaysia

Isi Kandungan

Penghasilan alat perlindungan muka usaha murni
Nuklear Malaysia

Penghasilan Hand Sanitizer di Makmal Agensi Nuklear
Malaysia

INTERNATIONAL FEDERATION OF INVENTORS’ ASSOCIATIONS (IFIA)

infografik covid 19

Penaung : YBrs. Dr. Mohd Abd Wahab Yusof

Sidang Penyelaras : Habibah Adnan
Editor
Editor : Normazlin Ismail
Wan Jazlina Wan Ahmat

Penerbitan : Wan Jazlina Wan Ahmat

Pereka : Mohd Idzwan Md Zin

Jurufoto : Nor Hashimah Hashim
Muhammad Hafidzudin Mahadzir

Penghasilan

alat perlindungan muka

usaha murni Nuklear Malaysia

mohd sha affandi

Inisiatif penghasilan alat pelindungan
muka oleh sekumpulan pegawai
penyelidik Bahagian Pemprosesan
Sinaran (BTS), Agensi Nuklear Malaysia
ini wajar dijadikan satu contoh yang
baik dalam usaha menyokong usaha
Kerajaan dalam memerangi pendemik
Covid 19 yang menular. Penghasilan
alat ini adalah untuk disumbangkan
kepada petugas barisan hadapan
di beberapa hospital Kementerian
Kesihatan Malaysia yang sangat-
sangat memerlukan alat perlindungan
muka ini setiap hari semasa tugasan.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear
Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Abdul Wahab
Yusof turut mengucapkan tahniah
atas usaha yang telah dilakukan oleh
para penyelidik dalam usaha memberi
sumbangan kepada negara sekali
gus dapat memberi kesan baik bagi
memperkenalkan peranan Agensi
Nuklear Malaysia kepada masyarakat.

Penghasilan

Hand Sanitizer di Makmal

Agensi Nuklear Malaysia

Wan Jazlina Wan Ahmat

Menjadi satu pengalaman berharga bagi pegawai-pegawai penyelidik di Bahagian Agro &
BioSains (BAB) serta Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran (BKS), Agensi Nuklear Malaysia
bersama-sama dalam usaha menghasilkan sendiri cecair pembersih tangan “hand sanitizer”
untuk kegunaan para petugas keselamatan fizikal yang menjaga keselamatan dan sekuriti agensi
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Penghasilan cecair pencuci tangan
ini mengikut standard seperti yang disarankan oleh World Health Organization (WHO).

Melalui kepakaran dan pengalaman yang dikongsi oleh para penyelidik ini dapat memberi
manfaat kepada seluruh petugas keselamatan yang turut bertindak sebagai barisan hadapan
sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa khususnya dalam aspek penjagaan dan juga kawalan
kebersihan sepanjang bertugas.



I IFIAF o u n d e d 1 9 6 8

INTERNATIONAL FEDERATION
OF INVENTORS’ ASSOCIATIONS

Dr. Mohd Noorul Ikhsan Mohamed, Nuri ‘Adilah Nashrulmillah Idris, Nur Solehah Abd Majid

International Federation of Inventors’ Associations (IFIA) satu organisasi yang berpusat di Geneva,
Switzerland yang telah ditubuhkan pada tahun 1968. IFIA juga diiktiraf sebagai organisasi utiliti
awam oleh Republik dan Kanton (Wilayah) Geneva. IFIA adalah kumpulan persatuan pencipta,
yayasan, universiti, syarikat, syarikat, dan pusat penyelidikan yang berkolaborasi dengan cara yang
sukar ditandingi untuk menyebarkan budaya penciptaan dan inovasi di peringkat antarabangsa.

Perkhidmatan IFIA

1. Menyediakan pencipta
2. Menyediakan persatuan penciptaan
3. Menganjurkan acara dengan maklumat, hubungan, dan
peluang untuk berkongsi dan menemui idea inovatif serta
mewujudkan rangkaian yang diperluaskan.

Program Berprestij Diiktiraf IFIA Tahun 2020

1. ARCHIMEDES (Moscow Rusia)
2. INTARG (Katowice Poland)
3. iCAN (Toronto Kanada) dan
4. KIYO4i (Seoul South Korea)

Di Malaysia, IFIA telah terlibat dalam beberapa acara
pertandingan inovasi dan ciptaan yang berprestij
seperti Malaysia Teknologi Ekspo (MTE) dan International
Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) sejak
tahun 2018.

Nuklear Malaysia telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada IFIA iaitu IFIA BEST INVENTION
MEDAL di MTE 2020 di bawah projek bertajuk WINDR 153 daripada Kumpulan LENDT, Bahagian
Teknologi Industri.

INFOG
COVI

GRAFIK
ID-19


Click to View FlipBook Version