The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kebolehan & Kepakaran Nuklear Malaysia Mampu Lonjakkan Potensi Teknologi Nuklear Negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-01-26 11:34:10

e-buliten Julai 2020

Kebolehan & Kepakaran Nuklear Malaysia Mampu Lonjakkan Potensi Teknologi Nuklear Negara

buletin

@nukle arm alays ia

Bil 7 / 2020

"KEBOLEHAN DAN KEPAKARAN DI

NUKLEAR MALAYSIA

MAMPU LONJAKKAN POTENSI
TEKNOLOGI NUKLEAR NEGARA."

YB TUAN HAJI AHMAD AMZAD

Agensi Nuklear Malaysia www.nuclearmalaysia.gov.my nuklearmalaysia

Isi Kandungan

TIMBALAN MENTERI MOSTI lawat nuklear malaysia

MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH

MENTOR MENTEE TERBAIK MILIK NUKLEAR MALAYSIA

MESYUARAT PUSPANITA MESTECC KALI KE-26

BENGKEL SEMAKAN PENCAPAIAN SKT/KPI PERTENGAHAN TAHUN
2020
‘AMALAN SEDIKIT, GANJARAN BANYAK..KENAPA MASIH
BERTANGGUH’

KOLOKIUM ASAS NEO - CBT COGNITIVE BEHAVIORAL
THERAPHY SIRI 1 DAN SIRI 2
SUMBANGAN BAGI TABUNG MANGSA BENCANA

Penaung : YBrs. Dr. Mohd Abd Wahab Yusof
Habibah Adnan
Sidang Penyelaras : Normazlin Ismail
Editor Wan Jazlina Wan Ahmat
Editor : Wan Jazlina Wan Ahmat
Mohd Idzwan Md Zin
Nor Hashimah Hashim
Penerbitan : Muhammad Hafidzudin Mahadzir

Pereka :

Jurufoto :

TIMBALAN
MENTERI

MOSTI

LAWAT NUKLEAR MALAYSIA

SYAHKHAIRUL sani

YB Tuan Haji Ahmad Amzad Bin Hashim, Timbalan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah
meluangkan masa mengadakan lawatan kerja rasmi
ke Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) pada
2 Julai 2020 . Kunjungan YB Timbalan Menteri turut
disertai oleh Tn. Nik Kamaruzaman Nik Husin, Setiausaha
Bahagian Perkhidmatan STI dan Pembudayaan,
penasihat sains serta pegawai-pegawai pejabat YB
Timbalan Menteri .

YB Timbalan Menteri dan delegasi
berkesempatan melihat pelbagai jenis
produk inovasi yang telah dibangunkan
oleh pegawai penyelidik Nuklear Malaysia
secara langsung.

Sesi interaksi bersama YB Timbalan Menteri
yang berlangsung kira-kira satu jam
ini memberi ruang kepada YBrs Ketua
Pengarah Nuklear Malaysia,
Dr. Mohd Abd Wahab Bin Yusof untuk
berkongsi maklumat fungsi, kepakaran,
teknologi nuklear terkini serta fasiliti-fasiliti
yang terdapat di Nuklear Malaysia.

Malah, menerusi pertemuan ini juga YB
Timbalan Menteri turut merakamkan tahniah
kepada seluruh warga Nuklear Malaysia
terhadap pencapaian serta usaha yang
telah dilakukan.

Pelbagai kebaikan dan manfaat dapat
disumbangkan oleh Nuklear Malaysia
kepada negara menerusi kepakaran
teknologi nuklear sebagai salah satu
pemacu pembangunan negara.





Majlis
AMANAT KETUA PENGARAH
LATHIFAH ABDUL HAMID

Pada 7 Julai 2020, telah berlangsungnya Majlis kenaikan Pembantu Tadbir Gred N19 ke Gred
Amanat Ketua Pengarah Bil 3/2020 bagi tujuan N22 telah menerima watikah kenaikan pangkat.
penyerahan surat kenaikan pangkat dan
keputusan pemangkuan. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd
Abd Wahab bin Yusof, Ketua Pengarah Agensi
Seramai lima orang pegawai bagi kenaikan Nuklear Malaysia. Turut hadir bersama adalah,
Juruteknik Komputer Gred FT19 ke Gred FT22, YBrs. Dr Abdul Muin bin Abdul Rahman, Timbalan
Pembantu Makmal Gred C19 ke Gred C22, Ketua Pengarah, Program Penyelidikan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred & Pembangunan Teknologi serta YBrs. Dr.
FA29 ke Gred FA32, Penolong Pegawai Sains Chantara Thevy Ratnam, Pengarah Kanan
Gred C29 ke Gred C32, Penolong Pegawai Sains Program Pengurusan.
Gred C32 ke Gred C38 dan seorang pegawai

Tahniah dan syabas kepada semua..

TERBAIK MILIK NUKLEAR MALAYSIA

SHAHARUM BIN RAMLI

Seluruh warga Agensi Nuklear Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBrs. Dr. Chantara
Thevy Ratnam, Pengarah Kanan Program Pengurusan, Nuklear Malaysia atas penganugerahan
sebagai Mentor Terbaik dan begitu juga kepada Pn. Nor Azillah Fatimah Bt Othman, Pengawai
Penyelidik Nuklear Malaysia atas penganugerahan sebagai Menti Terbaik sempena Program
Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam Peringkat MESTECC 2018-2019.

Sekalung tahniah dan syabas
atas pencapaian Mentor & Menti Terbaik

MESYUARAT
PUSPANITA MOSTI

Kali ke-26

SYAHKHAIRUL sani

Pada 15 Julai 2020, telah diadakan Mesyuarat
Agung Tahunan PUSPANITA MOSTI . Mesyuarat
bertempat di Dewan MOSTI, Putrajaya ini
menjadi lebih menarik kerana diadakan melalui
aplikasi zoom untuk tontonan seluruh ahli
PUSPANITA agensi di bawah MOSTI mengikut
SOP yang telah ditetapkan.

Antara agenda yang dibincangkan
adalah laporan tahunan aktiviti PUSPANITA
2019/2020 daripada semua biro. Selain itu
turut dibentangkan adalah laporan program
sebagai Biro Sukan PUSPANITA MOSTI serta
laporan kewangan bagi tahun 2019.



BENGKEL SEMAKAN PENCAPAIAN

SKT/KPI PERTENGAHAN
TAHUN 2020

SYAHKHAIRUL sani

Nuklear Malaysia telah menganjurkan Bengkel yang telah ditetapkan pada awal tahun 2020.
Semakan Pencapaian SKT/KPI pertengahan Seramai 45 warga kerja Nuklear Malaysia yang
Tahun 2020 pada 23 Julai 2020. Bengkel terdiri daripada pihak pengurusan atasan,
yang berlangsung di bilik persidangan blok pengarah-pengarah bahagian, pegawai kanan
11 itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua serta pengurus – pengurus yang berkenaan telah
Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan menghadiri dan menjayakan bengkel pada kali
YBrs. Dr. Abdul Muin Abdul Rahman. ini.

Penganjuran bengkel adalah bertujuan Warga Nuklear Malaysia yang hadir juga turut
untuk melihat dan menilai pencapaian SKT / mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang
KPI Nuklear Malaysia untuk tempoh setengah ditetapkan bagi mencegah penularan covid-19.
tahun pertama 2020 berbanding sasaran



Bahagian Kebajikan Kelab

Nuklear Malaysia telah “AMALAN SEDIKIT,
GANJARAN BANYAK...
mengadakan Majlis Tazkirah, KENAPA MASIH
BERTANGGUH”
Bacaan Yaasin, Tahlil dan

Doa Selamat bagi memohon

semoga dipermudahkan

segala urusan bagi warga

Nuklear Malaysia yang ditimpa

musibah banjir, musibah

wabak covid-19, kematian ahli

keluarga dan sebagainya.

SYAHKHAIRUL sani

Majlis telah diadakan pada
24 Julai 2020 di surau blok 17
jam 10 pagi. Seramai 53 orang warga Nuklear Malaysia menghadiri majlis tersebut yang
turut menjemput Ustaz Fauzi Haris bagi menyampaikan tazkirah bertajuk “Amalan Sedikit,
Ganjaran Banyak... Kenapa Masih Bertangguh.”

Warga Nuklear Malaysia yang hadir juga turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
yang ditetapkan bagi mencegah penularan covid-19.



KOLOKIUM ASAS NEO - CBT COGNITIVE
BEHAVIORAL THERAPHY SIRI 1 DAN SIRI 2
DI BLOK 11, N UK L E A R M A L A Y S I A

MANISAH SAEDON

Pada 21 dan 23 Julai 2020, pihak AKRAB Nuklear Malaysia telah menganjurkan Kolokium Asas Neo-
CBT Cognitive Behavioral Theraphy Siri 1 dan Siri 2 di Blok 11, Nuklear Malaysia. Peserta kursus terdiri
daripada ahli AKRAB Nuklear Malaysia. Kursus ini diadakan secara atas talian di mana semua peserta
menonton video daripada Prof. Dr. Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip, yang merupakan
pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pn Manisah Saedon yang menghadiri kursus
tersebut pada awal bulan Januari 2020 merupakan moderator untuk kursus selama dua hari ini.

Pendekatan Neo-CBT ini menekankan pengubahsuaian atau penstrukturan semula kognitif sebagai
asas penyesuaian tingkah laku dan perasaan, kemahiran daya tindak dan penyelesaian masalah.
Selain itu, peserta juga didedahkan kepada konsep asas diri manusia, akal, pemikiran, perasaan
dan tingkah laku. Seterusnya, peserta juga belajar mengenai 13 distorsi yang telah menggangu diri
manusia antaranya distorsi pertama iaitu gagal memisahkan aku dan diriku, kepercayaan kuasa
mistik, terperangkap dalam dosa, menyalahkan orang lain dan lain lain.

Prof Dr. Aziz mengatakan bahawa pemikiran teras yang negatif akan menjadi pemikiran automatik
yang negatif, lalu menjadi 15 distorsi kognitif yang mengganggu manusia, apabila 15 distorsi ini
menjadi teruk keadaan ini berubah menjadi 13 gangguan kesihatan mental yang utama. Apabila
klien berjumpa dengan terapis Neo-CBT, satu penstrukturan pemikiran yang baru akan dibuat
dengan persetujuan klien untuk mengubah pemikiran yang lama.

Selain itu, klien juga diberi tugasan yang berupa beberapa teknik untuk memastikan perubahan
yang positif seiring dengan latihan yang diberikan. Kursus ini mendedahkan beberapa asas
pertolongan dalam membantu klien yang menghadapi masalah. Kursus ini secara keseluruhannya
dapat memberi pendedahan serba sedikit mengenai konsep asas NEO-CBT yang menjadi rawatan
psikososial yang efektif bagi menangani masalah emosi dan tingkah laku.

Anjuran AKRAB Nuklear Malaysia

SUMBANGAN BAGI TABUNG MANGSA BENCANA

SYAHKHAIRUL sani

Kelab Sukan dan Kebajikan Nuklear Malaysia telah melancarkan tabung mangsa bencana banjir.
Seperti yang semua sedia maklum, pada malam 18 Julai 2020 beberapa kawasan di sekitar Kajang,
Bangi dan Jenderam telah mengalami hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat.

Pihak Kelab menerima maklumat ada kediaman warga Nuklear Malaysia terutama ahli Kelab
Nuklear Malaysia dan keluarga terkesan akibat bencana ini. Sehubungan itu, kelab mengambil
inisiatif melancarkan tabung bencana banjir bagi meringankan beban mangsa tersebut.

Kelab Nuklear Malaysia mempelawa sumbangan derma daripada kakitangan Nuklear Malaysia
untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir terlibat yang memerlukan sama ada di Nuklear
Malaysia mahupun komuniti setempat iaitu Kajang, Bangi dan Jenderam. Pelawaan sumbangan
derma untuk program ini bermula pada 19 Julai (Ahad) hingga 24 Julai 2020 (Jumaat) disalurkan
melalui Akaun Kelab Nuklear Malaysia.

‘KELAB KITA, TANGGUNGJAWAB KITA’

Salam

AidilAdha31JULAI2020
10 ZULHIJJAH 1441 H


Click to View FlipBook Version