Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
LAPORAN KAJIAN
KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN
WARGA NUKLEAR MALAYSIA
SIRI 1/2019
Disediakan oleh:
Habibah Adnan
Normazlin Ismail
Wan Jazlina Wan Ahmat
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
KANDUNGAN LAPORAN
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 KAEDAH KAJIAN
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT ASAS RESPONDEN
4.1.1 KUMPULAN JAWATAN
4.2 BAHAGIAN 2 : IKLIM ORGANISASI
4.2.1 KOMUNIKASI
4.2.2 PENGHARGAAN & PENGIKTIRAFAN
4.2.3 KERJASAMA BERPASUKAN
4.2.4 KEMAHIRAN MENGURUS
4.3 BAHAGIAN 3 : KEPUASAN KERJA
4.3.1 LATIHAN
4.3.2 PENEMPATAN
4.3.3 PENYELIAAN
4.3.4 KEPUASAN PERIBADI
4.4 BAHAGIAN 4 : KEMUDAHAN FIZIKAL
4.4.1 KEMUDAHAN PEJABAT
4.4.2 KEMUDAHAN PERSEKITARAN
4.5 BAHAGIAN 5 : PILIHAN CADANGAN
4.5.1 CADANGAN
4.5.2 LAIN-LAIN CADANGAN
5.0 KESIMPULAN
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
1.0 PENGENALAN
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian
Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang berfungsi untuk
memenuhi wawasan Kerajaan untuk memperkenal dan mempromosi bidang penyelidikan dan
penggunaan sains dan teknologi nuclear dalam pembangunan negara.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk;
a. mendapatkan maklum balas anggota terhadap iklim organisasi di Nuklear Malaysia;
b. menilai tahap kepuasan hati anggota terhadap kerja dan kemudahan fizikal di Nuklear Malaysia;
dan
c. mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kepuasan
kerja di Nuklear Malaysia.
3.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini dijalankan secara atas talian (on-line) dengan menggunakan Pengurusan Sharepoint
iaitu SPKMS-Sharepoint yang boleh diakses oleh warga Nuklear Malaysia. Selain itu, edaran
borang kaji selidik juga dilaksanakan kepada Unit Keselamatan Fizikal (UKF) yang terdiri daripada
polis bantuan kerana tidak mempunyai akses untuk menjawab secara talian.
Kajian secara atas talian bermula pada 13 September 30 September 2019. Namun, berdasarkan
jumlah responden yang menjawab kurang memberangsangkan, kajian ini dilanjutkan sehingga 10
Oktober. Responden diminta untuk mengisi lima (5) bahagian merangkumi:
a. Bahagian 1 : Maklumat Asas Responden
b. Bahagian 2 : Iklim Organisasi
c. Bahagian 3 : Kepuasan Kerja
d. Bahagian 4 : Kemudahan Fizikal
e. Bahagian 5 : Pilihan Cadangan
Bagi Bahagian 1, responden diminta mengisi maklumat Kumpulan Jawatan sahaja, manakala,
Bahagian 2 sehingga 4 pula, responden diminta untuk mengisi borang kajian berdasarkan Skala
Likert seperti di bawah;
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
1 = Sangat Tidak Berpuas Hati
2 = Tidak Berpuas Hati
3 = Kurang Berpuas Hati
4 = Berpuas Hati
5 = Sangat Berpuas Hati
Di Bahagian 5, responden diminta untuk memilih cadangan daripada pernyataan yang disediakan
dan ulasan jika ada cadangan yang tidak terdapat dalam pilihan-pilihan yang diberi.
4.0 DAPATAN KAJIAN
Daripada 779 kakitangan Nuklear Malaysia (data sehingga September 2019), hanya 352 (45%)
orang responden yang telah menjawab soal selidik ini.
4.1.1 KUMPULAN JAWATAN
Berdasarkan hasil dapatan kajian, 44.6% adalah terdiri daripada kumpulan pengurusan dan
profesional manakala 55.4% adalah daripada kumpulan pelaksana/sokongan. Jadual 1
menunjukkan jumlah kekerapan keseluruhan dan peratus mengikut kumpulan jawatan.
Jadual 3 : Jumlah responden mengikut Gred Jawatan
Gred Jawatan Kekerapan Peratus Peratus
(%) Kumulatif (%)
Pengurusan dan 157 44.6 44.6
profesional 195 55.4 55.4
Pelaksana/sokongan
Jumlah 352 100.0 100.0
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.2 IKLIM ORGANISASI
4.2.1 KOMUNIKASI
Rajah 1 menunjukkan skor purata bagi tahap kepuasan terhadap amalan komunikasi dalam
agensi.
Perbandingan skor purata dan peratus bagi Iklim Organisasi
Siri 1 /2018 Siri 2/2018 Siri 1/2019
Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan
= 3.92 (78.5%) = 3.97 (79.4%) = 3.95 (79%)
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.2.2 PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN
Rajah 2 menunjukkan skor purata dan peratus bagi tahap kepuasan terhadap elemen-elemen
penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan dalam agensi.
Perbandingan skor purata dan peratus bagi Penghargaan dan Pengiktirafan
Siri 1 /2018 Siri 2/2018 Siri 1/2019
Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan
= 3.82 (76.6%) = 3.90 (78%) = 3.87 (77.5%)
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.2.3 KERJASAMA BERPASUKAN
Rajah 3 menunjukkan skor purata dan peratus bagi tahap kepuasan terhadap elemen-elemen
kerjasama berpasukan yang diamalkan dalam agensi.
Perbandingan skor purata dan peratus bagi Kerjasama Berpasukan
Siri 1 /2018 Siri 2/2018 Siri 1/2019
Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan
= 3.75 (75%) = 4.00 (80%) = 3.88 (77.6%)
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.2.4 KEMAHIRAN MENGURUS
Rajah 4 menunjukkan skor purata dan peratus bagi tahap kepuasan terhadap elemen-elemen
kemahiran mengurus yang diamalkan dalam agensi.
Perbandingan skor purata dan peratus bagi Kemahiran Mengurus
Siri 1 /2018 Siri 2/2018 Siri 1/2019
Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan
= 3.85 (77%) = 3.80 (76%) = 3.84 (76.8%)
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.3 KEPUASAN KERJA
4.3.1 LATIHAN
Rajah 5 menunjukkan skor purata dan peratus bagi tahap kepuasan terhadap perkhidmatan
latihan yang diberikan dalam agensi.
Perbandingan skor purata dan peratus bagi Kepuasan Kerja (Latihan)
Siri 1 /2018 Siri 2/2018 Siri 1/2019
Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan
= 3.87 (77.4%) = 3.60 (72%) = 3.83 (76.6%)
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.3.2 PENEMPATAN
Rajah 6 menunjukkan skor purata dan peratus bagi tahap kepuasan terhadap penempatan
perjawatan yang diberikan dalam agensi.
Perbandingan skor purata dan peratus bagi Kepuasan Kerja (Penempatan)
Siri 1 /2018 Siri 2/2018 Siri 1/2019
Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan
= 3.99 (79.8%) = 3.75 (75%) = 4.12 (82.4%)
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.3.3 PENYELIAAN
Rajah 7 menunjukkan skor purata dan peratus bagi tahap kepuasan terhadap penyeliaan yang
diamalkan dalam agensi.
Perbandingan skor purata dan peratus bagi Kepuasan Kerja (Penyeliaan)
Siri 1 /2018 Siri 2/2018 Siri 1/2019
Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan
= 3.98 (79.6%) = 4.04 (80.8%) = 3.99 (79.8%)
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.3.4 KEPUASAN PERIBADI
Rajah 8 menunjukkan skor purata dan peratus bagi tahap kepuasan terhadap kepuasan peribadi
yang diterima dalam agensi.
Perbandingan skor purata dan peratus bagi Kepuasan Kerja (Kepuasan Peribadi)
Siri 1 /2018 Siri 2/2018 Siri 1/2019
Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan
= 3.83 (76.6%) = 4.00 (80%) = 3.86 (77.2%)
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
KEMUDAHAN FIZIKAL
4. 1 KEMUDAHAN PEJABAT
Rajah 9 menunjukkan skor purata dan peratus bagi tahap kepuasan terhadap kemudahan pejabat
yang disediakan oleh organisasi.
Perbandingan skor purata dan peratus bagi Kepuasan Kerja (Kemudahan Pejabat)
Siri 2/2018 Siri 1/2019
Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan
= 3.94 (78.8%) = 3.33 (66.6%)
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.4. 2 KEMUDAHAN PERSEKITARAN
Rajah 10 menunjukkan skor purata dan peratus bagi tahap kepuasan terhadap kemudahan
pejabat yang disediakan oleh organisasi.
Perbandingan skor purata dan peratus bagi Kepuasan Kerja (Kemudahan Persekitaran)
Siri 2/2018 Siri 1/2019
Skor Purata Keseluruhan Skor Purata Keseluruhan
= 3.51 (70.2%) = 3.62 (72.4%)
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.5 PILIHAN CADANGAN
4.5.1 Rajah 11 menunjukkan peratusan pilihan cadangan yang boleh meningkatkan kepuasan
kerja dalam kalangan warga Agensi Nuklear Malaysia.
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.5.2 Lain-lain Cadangan
Pelbagai cadangan telah diterima melalui kajian yang telah dilaksanakan. Berikut merupakan
antara cadangan daripada responden mengikut pecahan kategori.
4.5.3 IKLIM ORGANISASI
A. KOMUNIKASI
1.. Elakkan pengurus, pengarah yang menzalimi staf.
2. Reset pengarah-pengarah dan pengurus yang ada sekarang.
3. Elakkan pengurus/pengarah mengarah staf dalam gred yang lebih tinggi
daripadanya.
B. PENGHARGAAN & PENGIKTIRAFAN
1. Kepakaran diberi penilaian setiap dua tahun, dan bukannya dalam tempoh suku tahun.
2. Penilaian dan penghargaan mestilah diadili secara adil dan saksama.
3. Memberi peluang peningkatan kerjaya bagi kumpulan sokongan yang mempunyai
ijazah sarjana yang mempunyai kompetensi diperlukan oleh agensi.
C. KERJASAMA BERPASUKAN
1. Minggu suai kenal antara kakitangan lama dan baharu perlu diadakan untuk
mewujudkan kerjasama yang lebih baik.
2. Program mentor mentee wajar diwujudkan.
3. Anjurkan team building bahagian.
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
D. KEMAHIRAN MENGURUS
1. Menambahbaik pelan penggantian pegawai bakal bersara.
2. Program TINDIK INDUSTRI dipertanggungjawab kepada RMC/BKT yang sepatutnya
dilaksanakan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan jawatan pegawai “ Technology
of Transfer.
3. Perhimpunan pagi sepatutnya diserahkan kepada BKP sahaja.
4. Penyediaan data base meliputi kepakaran, pencapaian , dan KPI.
5. Program IP Showcase dan Seminar R&D perlu diasingkan. Penglibatan anggota kurang
memuaskan kerana pertindihan program.
6. Arahan kementerian perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak ‘last minute’.
Contoh pelaksanaan EKSA, MyPortfolio
7. Mantapkan pengurusan koperasi kakitangan untuk kebajikan ahli.
8. Pemberian markah kepada PYD oleh PPP mestilah mengikut spesifikasi yang
diselaraskan kepada semua pengarah bahagian.
9. Semakan tugas perlu dilakukan kepada anggota pelaksa agar tanggungan tugas adalah
diberikan adalah adil.
10. Memperkasa peranan kelab , puspanita dan koperasi untuk menggalakkan anggota
untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.
11. Pihak pengurusan perlu beri tugas mengikut fungsi dan tanggungjawab bahagian .
Bukan semua kepada BSM.
12. Pelan Penggantian dan Pementoran adalah tanggungjawab BKP seperti dalam Pelan
Strategik ANM 2012-2020 tetapi tidak dilaksana seperti dipersetujui.
13. Jawatan Pengarah BSM hanya Gred 48 sedangkan peranan merangkumi
pembangunan modal insan dengan pihak dalam dan luar negara.
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
4.5.4 KEPUASAN KERJA
1. Kemudahan mengikuti latihan/bengkel dalam dan luar negara perlu diperbaiki.
2. Peluang mengikuti kursus kepada anggota kontrak dan sambilan.
3. Memantapkan sistem aduan kerana sesetengah isu adalah sensitif
4. Pegawai yang gagal kursus Master dan PHD tajaan JPA tetap dinaikkan pangkat malah
mendapat jawatan dalam pengurusan.
5. Pegawai yang kenaikan pangkatnya terjejas kerana berkursus perlu dibantu untuk ke
batch asal.
6. Larangan merokok di kawasan pejabat perlu diperketatkan.
7. Masalah pemutihan yang tidak selesai.
8. Latihan dan bimbingan bersesuaian dalam dan luar negeri perlu diberikan kepada
pegawai Q41 untuk memberi pendedahan hala tuju agensi.
4.5.5 KEMUDAHAN FIZIKAL
1. Menyediakan keluasan petak parkir untuk OKU fizikal.
2. Menambahbaik kemudahan fizikal bilik AKRAB.
3. Menyediakan tandas OKU di bangunan-bangunan utama Blok 11, 15, dan 57.
4. Meletakkan tanda parkir STAF di blok 32 dan menambah parkir baharu.
5. Tingkatkan kemudahan di perpustakaan
6. Menyediakan pusat jagaan bayi/transit dengan yuran bulanan yang minimum.
7. Menyediakan penapis air untuk air minuman yang lebih bersih.
8. Kemudahan parkir kereta berbumbung di Blok 64 diperlukan.
9. Kerosakan talian telefon perlu dibaiki segera.
10. Mewujudkan koperasi agensi dengan pelbagai cenderahati berkualiti. Bukan pen yang
tiada dakwat.
11. Penambahbaikan kemudahan hutan lipur .
12. Menaiktaraf surau utama dan surau kecil.
13. Talian internet perlu dinaiktaraf.
Laporan Kepuasan Pekerja dalam kalangan Warga Nuklear Malaysia Siri 1/2019
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, penglibatan responden melalui pelaksanaan kajian ini masih di tahap
sederhana iaitu kurang daripada 50% anggota di Agensi Nuklear Malaysia. Walau bagaimanapun,
daripada jumlah tersebut, 260 responden sudah mencukupi untuk mendapatkan hasil dapatan
kajian yang tepat bagi menunjukkan keseluruhan situasi dan keperluan di dalam agensi.
Semoga dengan penemuan hasil kajian ini dapat memberi satu penambahbaikan baharu dan
kemajuan dalam pengurusan iklim organisasi, kepuasan kerja, kemudahan fizikal serta cadangan-
cadangan yang diberikan dapat diberi perhatian oleh pihak atasan untuk mencapai kelestarian
menjadi sebuah agensi yang lebih cemerlang dalam bidang sains dan teknologi nuklear.