The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-02-07 10:12:40

Nada Nuklear Jun 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

NUKLEAR MALAYSIA

WV 6 /17

Sidang Editor

Penaung: Ybrs. Dr Mohd Ashhar Hj. Khalid

Penyelaras: Habibah Adnan

Editor Kanan: Normazlin Ismail

Penerbitan: Nur Aishah Zainal
Syahkhairul Sani

Editor: Nor Azlina Nordin

Pereka: Zainodin Tunggal

Jurufoto: Nor Hashimah Hashim
Rosdin Sabni

Kandungan

Ucapan Raya Ketua Pengarah
Ucapan Raya Pengurusan Atasan
Ucapan Aidilfitri Warga Nuklear Malaysia
Tea Talk BPM: Istimewa Ramadan
Sekitar Lawatan KSU MOSTI
Lawatan ke Koleksi Hidup Germplasma
Program Tadarus Al Quran Sempena Ramadan
Quran Hour
Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jamaie)
Ceramah Ramadan
Klikk...Klikk...Nuklear Malaysia
Aktiviti Sepanjang Ramadan

2 Ucapan Raya Ketua Pengarah

Bismillahirrahmanirrahim….

Allahu Akbar Allahu Akbar

Allahu Akbar Walillah hil Hamd.

Alhamdullilah, segala puji bagi Allah S.W.T yang
Maha Kuasa dan mengurniakan begitu banyak
nikmat kepada kita semua di Malaysia. Dengan
rahmat dan kasih sayang-Nya juga, kita dapat
menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadan
dengan sempurna. Kehidupan di bumi Malaysia
adalah cukup sempurna serta tidak terdapat
sebarang kekurangan. Kita hidup aman sentosa,
tanpa perbalahan dan juga dirahmati sebagai
sebuah negara yang aman damai.

Kita perlu mensyukuri segala nikmat di negara
bertuah ini yang tidak ada apa-apa kekurangan. Kita
juga dirahmati dengan sebuah negara yang aman
damai. Oleh itu, marilah kita sama-sama mensyukuri
nikmat ini, bukan sekadar melalui kata-kata malahan
dengan amalan kita. Sebagai persediaan bagi
menyambut ketibaan Syawal, kita sebagai penjawat
awam juga seharusnya bersyukur kerana diberikan
bantuan khas Aidilfitri dari pihak kerajaan bagi
membantu meringankan bebanan perbelanjaan
bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

Bantuan khas Aidilfitri yang diberikan perlu dihargai
dengan sebaiknya. Saya ingin mengingatkan kepada
semua kakitangan di agensi ini agar dapat memupuk
amalan berjimat cermat dalam kehidupan seharian
kita. Amalan berjimat cermat adalah sangat penting
kerana taraf hidup rakyat Malaysia semakin hari,
semakin meningkat. Jika kita tidak mengamalkan konsep berjimat cermat dalam berbelanja, sudah pasti akan
timbul kerumitan dalam hidup kita. Kita juga perlu mengamalkan konsep bersederhana dalam setiap perkataan,
pemikiran , perlakuan serta amalan.

Pada masa yang sama, saya menyeru kepada seluruh warga kerja Nuklear Malaysia agar menzahirkan rasa
simpati dan tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik. Dalam pada kita sedang bergembira
menyambut Aidilfitri, ada juga insan yang tidak dapat turut serta meraikannya. Ingatlah di saat kita bergembira
meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara, terdapat insan lain yang berduka ketika menjelangnya
Syawal.

Akhir kata, salam kemaafan dihulurkan kepada seluruh warga
kerja Nuklear Malaysia dan saya berharap semoga Aidilfitri kali ini dapat disambut dengan

penuh kegembiraan dan keceriaan di samping keluarga tersayang. Di samping mengeratkan hubungan
silaturrahim di bulan yang mulia ini, jangan dilupakan pada insan yang kurang bernasib baik dan berdukacita.
Hulurkan bantuan dan ringankan bebanan mereka. Saya dengan seikhlas hatinya ingin mengucapkan Selamat
Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi

- Dr Mohd Ashhar Hj Khalid

Ketua Pengarah

3 Ucapan Raya Pengurusan Atasan

Assalamualaikum warahmatullahi Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh…. wabarakatuh.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk Di kesempatan ini saya bagi pihak semua
warga Program Perkhidmatan Teknikal
mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidilfitri ingin mengucapkan
kepada seluruh warga Selamat Hari Raya
Nuklear Malaysia. Aidilfitri dan Maaf Zahir
Batin kepada semua
Tidak dilupakan, di kesempatan ini saya ingin warga kerja Nuklear
memohon ampun dan maaf atas segala Malaysia. Saya amat berharap agar
kesilapan pada masa lalu.
masa cuti perayaan ini dapat dimanfaatkan
Saya juga berharap agar seluruh warga kerja untuk mengukuhkan tali kekeluargaan dan
Nuklear Malaysia dapat menzahirkan rasa kemasyarakatan dengan menziarahi sanak
simpati dan tidak melupakan golongan yang saudara dan sahabat handai masing-masing
kurang bernasib baik. Dalam pada kita sedang serta mengamalkan sikap hormat-
bergembira menyambut Aidilfitri, ada juga menghormati supaya hubungan kekeluargaan
insan yang tidak dapat turut serta yang telah sedia terjalin dapat dipereratkan.
meraikannya. Salam Aidilfitri dari saya dan
keluarga untuk anda semua. Di samping itu, aspek keselamatan di tempat
kerja dan keselamatan di jalan raya sentiasa
Terima kasih… diberikan perhatian yang serius. Semoga
selamat dalam perjalanan pergi dan balik dari
Allahu Akbar Allahu Akbar Walilla hil Hamd… kampung halaman masing-masing.

- Dr Dahlan Hj Mohd Salam Aidilfitri daripada saya.

Timbalan Ketua Pengarah - Dr Abdul Muin Abdul Rahman
Program Penyelidikan dan Pembangunan
Teknologi Timbalan Ketua Pengarah
Program Perkhidmatan Teknikal

4 Ucapan Raya Pengurusan Atasan

Assalamualaikum warahmatullahi Allahu Akbar, Allahu Akbar Walilla hilhamd..
wabarakatuh....
Assalamualaikum warahmatullahi
Ramadan mulia bakal wabarakatuh...
ke penghujungnya,
Kerana Syawal bakal menyapa, Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masih
Salam dihulur maaf dipinta, lagi dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan
Salah dan khilaf sekiranya ada, yang baik. Alhamdulillah kita telah selamat
menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan
Selamat menyambut Al-Mubarak yang lalu dengan penuh rahmat dan
Aidilfitri yang mulia, barakah.
Kepada seluruh
Warga Agensi Pada kesempatan ini, saya ingin menyusun
Nuklear Malaysia. sepuluh jari memohon jutaan kemaafan kepada
seluruh kakitangan di agensi ini di atas segala
Salam lebaran penuh hormat dan takzim kesilapan saya yang lalu sama ada yang
disedari atau tidak.
- Dr Zulkifli Mohamad Hashim
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari
Pengarah Kanan Allah dan segala kekurangan itu adalah
Program Pengkomersilan dan daripada saya jua. Kepada Warga Nuklear
Perancangan Teknologi Malaysia yang ingin pulang ke kampung
halaman , berhati-hatilah di jalan raya dan
semoga pemanduan anda selamat sampai ke
destinasi yang dituju.

Selamat Hari Raya
Aidilfitri dan Maaf Zahir
Batin.

- Dr Wan Saffiey

Hj. Wan Abdullah

Pengarah Kanan Program Pengurusan

5 Ucapan Aidilfitri Warga Nuklear Malaysia

Den totap Hang jangan
bakar lomang lupa, mai
datang ghumah
rayo nie..!.. Nie raya last

Terima kad Suko kat sini... Tak sabau
raya tak?? sokmo deh! huk huk.. nak makan
Lama dah
dodol Melaka?
hantar

Makang
satar raya

nie..

Kampung
Bangi jer..

Huuuu

Haha.. Kalau Nak pekena Kelakar hehe, Cuti panjang,
tinggal memandu cendol.. sobonarnyo bacalah buku
kenangan... dah tak do
jangan jom la datang ya...
kelalen.. rumah..

Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu erti untuk kita semua!

Bahagian Pengurusan Maklumat

6 Ucapan Aidilfitri Warga Nuklear Malaysia

Salam Aidilfitri dari kami di Unit Keselamatan Fizikal (UKF).
Berhati-hatilah ketika memandu ke kampung halaman
masing-masing. Maaf Zahir dan Batin.
Unit Keselamatan Fizikal

7 Tea Talk Bpm:
Istimewa Ramadan
Nasaai Masngut (BPM)

Pihak Bahagian Pengurusan Maklumat Untuk sesi kali ini, pembentang adalah terdiri
(BPM) telah menganjurkan satu sesi Tea Talk daripada gandingan Pn Rohaslin Mohamad
dan Pn Norapisah Mahzidin yang
pada 9 Jun 2017 yang lalu Acara bulanan ini berkongsikan perihal buli di tempat kerja,
serta En Nasaruddin Ahmad yang
merupakan salah satu usaha BPM dalam membentangkan seminar Liberalism: Agenda
Jahat Illuminati. Kedua-dua topik tersebut
memantapkan aktiviti pengurusan telah mendapat sambutan hangat dengan
perbincangan dan soal jawab antara peserta
pengetahuan (KM) di BPM. dan pembentang yang telah berjaya menarik
seramai 24 staf BPM untuk menyertai sesi
Tea Talk kali ini.

8 Sekitar Lawatan Ketua Setiausaha MOSTI
ke Projek Pembangunan Nuklear Malaysia



10 Lawatan ke Koleksi Hidup Germplasma
Mas Cotek
Anee Suryani Sued (BTP)

DELTOZIDE tablet 200MG merupakan tablet
antidiabetik yang dibangunkan hasil kajian
Bahagian Teknologi Perubatan (BTP) Nuklear
Malaysia menggunakan Mas cotek varieti
kunstleri. BTP berhasrat meneruskan kajian
aktiviti terapeutik mas cotek seperti
anti-kanser, anti-diabetik, kajian toksisiti
kepada varieti lain seperti deltoidea dan
angustifolia.

Sehubungan itu, pihak BTP telah Sesi dimulakan dengan melawat Tapak
mengadakan lawatan saintifik ke dua Pusat Nurseri Stesen MARDI Bachok pada 9 Mei
Germplasma Mas cotek di MARDI Bachok, 2017.Taklimat mengenai Stesen MARDI
Kelantan dan UniSZA Kampus Besut, Bachok dan MARDI Kelantan telah
Terengganu baru-baru ini. Lawatan ini disampaikan oleh Penolong Pengarah
bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang MARDI Kota Bharu, En. Mohd Nazri
lebih jelas berkenaan varieti dan assesi mas Baharom, manakala penyelidikan Mas cotek
cotek, dan juga untuk mewujudkan jaringan yang pernah dijalankan di MARDi Bachok
kerjasama dalam bidang penyelidikan mas diterangkan oleh Pegawai Penyelidik Puan
cotek. Lawatan ini telah disertai oleh 10 orang Nurul Afza Karim. Tapak Nurseri MARDI
pegawai penyelidik dan enam orang dari Bachok, menempatkan lebih dari 47 klon Mas
kumpulan pelaksana BTP. cotek. Peserta lawatan juga telah diajar
cara-cara menanam Mas cotek menggunakan
sekam kelapa, pasir dan baja organik dalam
nisbah yang telah dibangunkan oleh
penyelidikan MARDI Bachok.

11

Lawatan ke UniSZA Kampus
Besut pada 11 Mei 2017
dimulakan dengan taklimat
dan sesi perbincangan
penyelidikan mas cotek di
Agropolis UniSZA dan
disampaikan oleh Prof. Dr
Abdul Manaf Ali.

Nasaai Masngut Prof Dr Nashriyah Mat kemudiannya membawa peserta
melawat Koleksi Hidup Pusat Germplasma Mas cotek.
Beliau menerangkan terdapat tujuh varieti Ficus deltoidea
dan telah berjaya mengumpul sebanyak 46 asesi dari
Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Beliau menunjukkan
dua Ficus Deltoidea Variety Montleyana asesi baru yang
sebelum ini diklasifikasikan sebagai intermedia.

Lawatan ini telah berjaya
mencapai objektif yang
disasarkan.Semoga jaringan
kerjasama yang telah
dipersetujui akan memberi
ruang kepada para
penyelidik BTP meneruskan
penyelidikan berkaitan mas
cotek.

Lokasi kedua-dua Pusat Germplasma berhampiran pantai.
Masalah suhu yang tinggi serta jenis tanah beris merupakan
cabaran utama penanaman mas cotek yang asalnya
merupakan jenis tumbuhan menumpang. Bagi menangani
masalah ini, koleksi hidup Mas cotek ditanam di dalam pasu
serta diletak di bawah teduhan lindung cahaya 70% serta
dibekalkan titisan air berterusan.

12 Program Tadarus Al Quran
Sempena Ramadhan

Nasaai Masngut (BPM)

“Program tadarus

ini secara tidak
langsung juga
memberi peluang
kepada kakitangan
untuk mempelajari
serta mendalami
ilmu Al-Quran”.

Kelab Nuklear Malaysia melalui Bahagian Kebajikan telah
menganjurkan program tadarus Al-Quran sepanjang bulan
Ramadan. Program ini yang merupakan salah satu program
yang dijalankan bersempena bulan Ramadan. Aktiviti ini
telah dilaksanakan di Surau Blok 17 pada jam 12.30
tengahari sehingga 1.00 petang setiap hari bekerja.

Pelaksanaan program tadarus ini terbahagi kepada 10
kumpulan yang akan menghabiskan bacaan sebanyak tiga
juzu’ setiap kumpulan sepanjang program terlaksana. Setiap
kumpulan mempunyai tiga atau empat ahli yang terdiri
daripada kakitangan Nuklear Malaysia. Program tadarus ini
secara tidak langsung juga memberi peluang kepada
kakitangan untuk mempelajari serta mendalami ilmu
Al-Quran.

13 Quran Hour Agensi Nuklear Malaysia

Mohd Fauzi Haris (BST)

Program edisi
ketiga Malaysia
Quran Hour,
dengan tema
'Bangsa Berbudi
dan Penyayang'
telah berlangsung
selama sejam bermula
jam 12 tengah hari pada 19
Jun bersamaan 24 Ramadan
di Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin, Putrajaya dan serentak
dengan itu, pihak Nuklear Malaysia juga
tidak mahu ketinggalan.

Bahagian Kebajikan Kelab Nuklear Malaysia telah menyahut seruan tersebut pada tarikh
dan masa yang sama. Bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, beberapa orang kakitangan telah
sama-sama menjayakan program ini. Disebabkan ianya pertama kali di adakan di Nuklear
Malaysia dan tempoh maklumannya juga yang amat singkat tidak ramai yang boleh
menyertai program yang julung kalinya di adakan di Nuklear Malaysia ini. Mungkin
sebahagiannya tidak pun maklum program ini di anjurkan di agensi ini.

Bangsa Berbudi dan Penyayang

14 Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jamaie)

Nur Aishah Zainal (BPM)

Kelab Sukan dan Kebajikan Nuklear Malaysia Program yang bermula pada jam 6.15 petang
telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa itu turut menyediakan pelbagai pengisian
(Iftar Jamaie) di Lobi Blok 11 dan Dewan Tun aktiviti keagamaan. Antara pengisian aktiviti
Ismail (DTI) pada 19 Jun 2017 yang lalu. yang dijalankan adalah seperti tahlil, doa
Majlis ini adalah terbuka kepada semua selamat, iftar, solat berjemaah dan moreh.
warga Nuklear Malaysia termasuk kakitangan Majlis berbuka puasa tersebut turut
yang bukan beragama Islam. dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga
warga Nuklear Malaysia.

Antara pengisian aktiviti
yang dijalankan adalah
seperti tahlil, doa selamat,
iftar, solat berjemaah dan
moreh.

15

Program tersebut juga turut menyediakan
pelbagai juadah menarik untuk berbuka
puasa. Antara juadah yang disediakan pada
majlis ini adalah seperti Nasi Beriani,
Kambing Golek, Ayam Masak Merah,
Daging Masak Hitam, kuih-muih dan
sebagainya.

16 Ceramah Ramadan

Syahkhairul Sani (BPM)

Kelab Nuklear Malaysia telah mengadakan
ceramah agama sempena menyambut bulan
Ramadan pada 20 Jun 2017. Penceramah
pada hari tersebut ialah Ustaz Dr. Nik Mohd
Zaim Ab Rahim, Pensyarah di Fakulti
Tamadun Islam UKM. Ceramah yang di
jalankan di Blok 11 bermula pada 9.00 pagi
dan berakhir pada 11.00 pagi. Ceramah ini
bertujuan untuk mendidik dan mengingatkan
tentang niat, cara, dan hikmat berpuasa
pada bulan Ramadhan seperti yang
dianjurkan di dalam Islam.

Di sepanjang program ceramah ini para
peserta yang terlibat telah memberikan
kerjasama dan perhatian yang baik. Sesi soal
jawab juga diadakan supaya para hadirin
dapat bertanya mengenai kemusykilan yang
mereka hadapi sebelum ini. Di akhir program
penceramah telah memberikan rumusan dan
memberi kata-kata nasihat dan motivasi
kepada para peserta supaya mereka dapat
menjalankan ibadah puasa dengan lebih
berjaya.

17 Klikk...Klikk...Nuklear Malaysia

Lawatan Unit Perancang Ekonomi (EPU)
ke projek Nuklear Malaysia pada 7 Jun 2017.

Dialog hala tuju Bahagian Alam Sekitar (BAS)
pada 7 Jun 2017.

18 Klikk...Klikk...Nuklear Malaysia

Majlis penyampaian sijil wakil MBJ dan
penyampaian hamper kepada kakitangan
Nuklear Malaysia yang bertugas semasa Hari
Raya Aidilfitri pada 20 Jun 2017.

Jualan Hari Raya Puspanita pada
20 Jun 2017.

19 Aktiviti Sepanjang Ramadan


Click to View FlipBook Version