The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SALAM TAHUN BAHARU 2022 DARIPADA PENGURUSAN ATASAN NUKLEAR MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2022-03-14 17:12:02

e-buletin Januari 2022

SALAM TAHUN BAHARU 2022 DARIPADA PENGURUSAN ATASAN NUKLEAR MALAYSIA

buletin

@nukle arm alays ia

Salam

Tahun Baharu 2022

daripada
Pengurusan Atasan Nuklear Malaysia

Bil 1 / 2022

Agensi Nuklear Malaysia Agensi Nuklear Malaysia nuklearmalaysia @NuklearM www.nuclearmalaysia.gov.my @nuklearmalaysiaofficial

Isi Kandungan

1 KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN TEKNOLOGI
STRATEGIK DAN APLIKASI (TSA) MOSTI

4 LAWATAN INDUSTRI PELAJAR PASCASISWAZAH
6 FIRST AIDER RANCAKKAN AKTIVITI 2022
8 BAS RANGKUL JOHAN PERTANDINGAN FUTSAL
14 WATIKAH PERLANTIKAN AHLI AKRAB BAHARU
15 MAJLIS SEKALUNG BUDI
17 GAMBAR LENSA

idditaonrgPenaung : YBrs. Dr. Abdul Rahim Harun

Penyelaras : Habibah Adnan

Editor : Normazlin Ismail

Penerbitan : Wan Jazlina Wan Ahmat

Pereka : Mohd Idzwan Md Zin

Jurufoto : Nor Hasimah Hashim
Muhammad Hafidzudin Mahadzir

KUNJUNGAN HORMAT
BAHAGIAN TEKNOLOGI STRATEGIK
DAN APLIKASI (TSA) MOSTI

Nur Aishah Zainal

Pada 12 Januari 2022, Nuklear Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari Bahagian Teknologi
Strategik dan Aplikasi (TSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kunjungan hormat
ini diketuai oleh YBrs. Dr Mohd Azlan Zaharuddin, Timbalan Setiausaha Bahagian MOSTI dan diiringi
barisan delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kementerian.
Selain itu, kunjungan hormat ini bermatlamat untuk mengukuhkan hubungan yang telah sedia
terjalin di samping berkongsi maklumat serta pandangan antara kedua-dua organisasi. Komunikasi
perbincangan dua hala ini adalah merangkumi perkongsian idea dan pendapat tentang peranan,
fungsi, fasiliti, program dan projek usaha sama pada masa akan datang.
Bagi memberi pendedahan mengenai Nuklear Malaysia dengan lebih dekat lagi, delegasi
kunjungan hormat tersebut telah dibawa melawat ke sebahagian fasiliti yang terdapat di agensi
ini. Sesi lawatan sejurus selepas perbincangan diadakan adalah untuk membuka lebih banyak
ruang dan peluang kepada kedua-dua organisasi menjalin hubungan kerjasama strategik pada
masa akan datang.

1

2

3

LAWATAN INDUSTRI

PELAJAR PASCASISWAZAH

Nur Aishah Zainal

Nuklear Malaysia telah menerima lawatan daripada Jabatan Kesihatan Komuniti dari Fakulti
Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 12 Januari yang lalu. Seramai
10 orang pelajar UPM di bawah program Doktor kesihatan Awam (Radiation Disaster and Public
Health) telah menyertai lawatan ini dan diketuai oleh Profesor Madya Dr. Anita Abd Rahman,
Koordinator SPH 5626. Objektif program adalah bagi memenuhi keperluan kursus yang memerlukan
pelajar memahami segala aspek berkaitan dengan fungsi organisasi untuk mengawal selia radiasi
serta tindak balas bagi kecemasan yang berhubungkait dengannya.
Sebelum sesi lawatan bermula, pelawat telah diberikan taklimat ringkas oleh YBrs. Dr. Rosli
Darmawan, Timbalan Ketua Pengarah, Program Perkhidmatan Teknikal Nuklear Malaysia berkaitan
dengan fasiliti dan perkhidmatan yang terdapat di agensi ini. Ini diikuti pula dengan taklimat
daripada Cik Azimawati Ahmad daripada Kumpulan Fizik Kesihatan (KFK) berkaitan dengan tindak
balas kecemasan radiologi. Sejurus taklimat ringkas diberikan, peserta lawatan telah dibawa ke
beberapa fasiliti yang terdapat di agensi ini seperti Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WASTEC),
Makmal Standard Dosimetry Sekunder (SSDL) dan Makmal Tentukuran Fizik Perubatan.

4

5

FIRST AIDER RANCAKKAN AKTIVITI 2022

Manisah Saedon, Skuad First Aider

Mesyuarat Skuad First Aider Bil 1/2022 telah diadakan di Dewan Tun Dr Ismail (DTI) pada 27 Januari
2022. Mesyuarat kali ini agak berbeza memandangkan skuad First Aider telah disusun dengan lebih
teratur dan sistematik bagi sesi 2022/2023 yang mana pelantikan Ketua Skuad, Penolong Ketua
Skuad dan Setiausaha Skuad telah dibuat terlebih dahulu. Begitu juga dengan carta organisasi
yang baharu telah disediakan berserta dengan lantikan AJK baharu bagi setiap unit yang telah
diwujudkan. Terkini, keahlian skuad First Aider telah pun mencapai 41 orang yang bertindak sebagai
wakil di setiap blok atau kawasan di Nuklear Malaysia.
Satu sesi santai suai kenal juga telah dilaksanakan di DTI sebelum mesyuarat bermula yang
dikendalikan oleh Puan Manisah binti Saedon selaku Setiausaha Skuad. Dalam ucapan Pengerusi
Skuad First Aider, Encik Faizal Azrin bin Abdul Razalim, memaklumkan bahawa pelaksanaan
program yang dirancang akan berjaya sekiranya semua ahli skuad memberikan sokongan dan
kerjasama. Beliau berharap semua ahli skuad dapat memberikan komitmen dan proaktif dalam
melaksanakan program anjuran First Aider.
Antara program yang akan dijalankan adalah membersihkan dan membaik pulih Bilik First Aider di
Blok 17. Selain itu, gerak kerja untuk menyusun semula maklumat aset First Aider serta merancang
perolehan pakai habis barang First Aid memandangkan kebanyakan First Aid telah melewati tarikh
luput. Bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kepakaran, kursus First Aider bakal diadakan yang
memberi keutamaan kepada ahli yang masih tidak mempunyai sijil tauliah First Aider. Manakala
program wajib setiap tahun iaitu Program Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara
(PDN) akan diadakan pada bulan Mac ini.
Skuad First Aider siap siaga walau di mana jua.

6

7

Rangkul Johan

BAS Pertandingan Futsal

Syahkhairul Sani/Mohd Suhaimi Jusoh

Bahagian Sukan kelab Nuklear Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup Piala
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia pada 22 Januari 2022. Program yang diadakan di Galaxy
Futsal, Seksyen 15 Bangi ini telah disertai oleh lapan pasukan daripada bahagian Nuklear Malaysia.
Walaupun masih dalam fasa pandemik, namun penganjuran ini tetap diadakan mengikut SOP
yang telah ditetapkan oleh MKN. Para peserta sentiasa diingatkan oleh penganjur kepentingan
untuk memastikan semua peraturan diikuti bagi menjaga keselamatan dan kesihatan para peserta.
Pertandingan ini berlangsung secara liga dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
A dan B.
Penyertaan Kumpulan Bahagian
1. Unit Keselamatan Fizikal (UKF)
2. Bahagian Sokongan Teknikal (BST)
3. Bahagian Kejuruteraan (BKJ)
4. Bahagian Kesihatan & Keselamatan Sinaran (BKS)
5. Bahagian Agroteknologi & Biosains (BAB)
6. Bahagian Teknologi Sisa & Alam Sekitar (BAS)
7. Gabungan Bahagian teknologi Industri (BTI) dan Bahagian Teknologi Perubatan (BTP)
8. Gabungan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Bahagian Pengkomersilan Teknologi (BKT),

Bahagian Perancangan & Hubungan Antarabangsa (BPA), Bahagian Pembangunan Sumber
Manusia (BSM) dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Perasmian sepak mula dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan
Pengurusan Agensi Nuklear Malaysia iaitu YBrs. Dr. Muhammad Rawi bin Mohamed Zin. Johan telah
membawa pulang hadiah wang tunai RM300, sijil, piala berserta Piala Pusingan Ketua Pengarah
manakala naib johan menerima wang tunai RM200, sijil beserta piala dan tempat ketiga menerima
wang tunai RM100, sijil berserta piala. Hadiah saguhati berupa hamper serta sijil penyertaan
diberikan kepada semua pasukan yang menyertai pertandingan ini.

8

Keputusan
Pertandingan Futsal
2022

JOHAN

- Bahagian Teknologi Sisa & Alam Sekitar (BAS)

NAIB JOHAN

- Bahagian Kesihatan & Keselamatan Sinaran (BKS)

KETIGA

- Gabungan Bahagian teknologi Industri (BTI) dan
Bahagian Teknologi Perubatan (BTP)

KEEMPAT

- Bahagian Agroteknologi & Biosains (BAB)

“KELAB KITA TANGGUNGJAWAB KITA”

9

10

11

Manisah Saedon

12

13

WATI KAH

PELANTIKAN AHLI AKRAB BAHARU

Manisah Saedon, AKRAB NM

AKRAB Nuklear Malaysia merupakan satu Mohd Sidek bin Osman. Turut hadir menyerikan
pertubuhan yang aktif di agensi sebagai majlis ialah Dr. Cik Rohaida binti Che Hak, Puan
ejen penggerak kepada pelaksanaan Manisah binti Saedon, Puan Norasiah binti Ab
budaya kerja kelas pertama dalam Kasim, Puan Marizan binti Mahmud, dan Encik
perkhidmatan awam. Seiring untuk Zakaria bin Dris.
menyediakan perkhidmatan membimbing Pada sesi tersebut, seramai lima orang ahli AKRAB
dan membantu rakan sekerja bagi yang hadir telah menerima watikah pelantikan
meningkatkan potensi dan kecemerlangan iaitu Ts. Dr. Husaini bin Salleh, Ts. Dr. Azhar bin
diri, misi AKRAB adalah untuk membimbing Mohamad, Puan Khomsaton binti Abu bakar, En
warga organisasi, membantu pegawai Na’im Syauqi bin Hamzah dan Cik Nor Hadzalina
menghadapi permasalahan kehidupan binti Sukarseh. Kini bilangan keseluruhan ahli
di samping bertindak sebagai perantara AKRAB Nuklear Malaysia ialah seramai 22 orang
antara pegawai dengan Pegawai Psikologi yang telah bersedia untuk memberikan khidmat
dalam membuat saringan kesesuaian kepada warga Nuklear Malaysia.
masalah serta mewujudkan hubungan baik Menjadi amanat penting kepada ahli AKRAB
dengan pihak pengurusan sumber manusia supaya menjaga kerahsiaan dan menjadi
di agensi bagi memudahkan pelaksanaan pendengar yang baik di samping menggalakkan
aktiviti AKRAB. kesedaran dan kefahaman tentang kebajikan,
Ke arah memperkasa peranan AKRAB di keperluan serta kepentingan rakat sejawat dalam
agensi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewujudkan suasana kerja yang ceria dan
baru-baru ini telah mengiktiraf sembilan harmoni. Semoga dengan kehadiran ahli AKRAB
orang ahli baharu daripada Nuklear baharu dapat menyemarakkan lagi program
Malaysia. Majlis watikah pelantikan dan pada masa hadapan.
penyerahan sijil ahli AKRAB baharu telah
disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Siti A’aisah
Hashim bersama Pengerusi AKRAB iaitu Encik

14

Majlis Sekalung Budi

Nur Aishah Zainal

Kecekalan untuk melalui tempoh perkhidmatan selama 34 tahun di Nuklear Malaysia khususnya di
Unit Rekabentuk dan Pameran Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) ini telah membentuk jati diri
dan keyakinan Puan Marizan binti Mahmud untuk terus menabur jasa selama tempoh perkhidmatan
beliau di Nuklear Malaysia. Bukan sahaja bertindak sebagai pereka grafik yang mahir dalam
mengendalikan perisian-perisian reka bentuk, malah beliau juga berkemahiran untuk menghasilkan
bahan lukisan yang akan digunakan dalam pelbagai penerbitan di Nuklear Malaysia.
Menjelang hari persaraan Puan Marizan, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) mengambil inisiatif
menganjurkan Majlis Sekalung Budi beliau pada 26 Januari 2022 di ruang legar Perpustakaan, Blok
15 Nuklear Malaysia. Lebih istimewa lagi apabila majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah
Kanan Program Pengurusan, Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin. Dimulakan dengan sesi ucapan,
seterusnya penyampaian hadiah dan jamuan ringkas, majlis ini sangat memberi makna kepada
semua warga BPM sebagai menghargai segala jasa Puan Marizan selama berada di BPM.
Selamat Bersara Puan Marizan binti Mahmud.

15

16

Gambar Lensa

Kerjasama Petronas dengan Nuklear Malaysia Dalam
Pembangunan Tenaga Atom 10 Januari 2022,Bilik Persidangan

17

Gambar Lensa

Punch Out En. Mohamad Azwar Hashim
(RMC) 27.01.2022 (Lobi Blok 11, ANM Bangi)

18

19

TAHUKAH

Gangguan Seksual ada

Sebarang perlakuan bersifat seksual yang menyebabkan seseo
boleh dikenakan TIND

(Peraturan 4A, Peraturan-Peraturan Pega
& Pekeliling Perkhidma

ANDA 1. Lisan (peny
DIGANGGU? berunsur se

Rekodkan kesemua butir-butir 2. Bukan Lisa
kejadian termasuk TARIKH, pergerakan
LOKASI, BAGAIMANA
3. Fizikal (Tida
KEJADIAN TERSEBUT BERLAKU 4. Gangguan
&
lucah, me
SILA LAPOR KEPADA mendedahk
sepatutnya
UNIT INTEGRITI BAGI 5. Gangguan
6. Boleh terja
MELINDUNGI HAK DAN jantina
KESELAMATAN ANDA

Unit Integriti Agensi Nuklear Malaysia
Ext: 1085

20

H ANDA? NM.UI.01.01.01 (59) Bil.2/2022

alah SATU KESALAHAN

orang yang waras TERSINGGUNG, TERHINA ATAU TERUGUT
DAKAN TATATERTIB
awai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993)
atan Bil. 5 Tahun 2018

JENIS GANGGUAN

yataan, cadangan dan percakapan yang
eksual yang tidak diterima)
an (paparan gambar di dinding, bersiul,
n isyarat seksual dan lain-lain)
ak semestinya secara sentuhan)
Visual (bahan-bahan lucah, melukis gambar
enulis surat berunsur seksual dan
kan bahagian bahan yang sulit yang tidak
didedah)
Psikologi
adi kepada lelaki, perempuan dan sesama

21

HAPPY NEW YEAR

22 Agensi Nuklear Malaysia nuklearmalaysia @NuklearM www.nuclearmalaysia.gov.my @nuklearmalaysiaofficial

Agensi Nuklear Malaysia

thaipusamSelamat Menyambut Hari
Happy Thaipusam Day

23

Agensi Nuklear Malaysia Agensi Nuklear Malaysia nuklearmalaysia @NuklearM www.nuclearmalaysia.gov.my @nuklearmalaysiaofficial


Click to View FlipBook Version