The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Keselamatan & Kesihatan Sinaran di Tempat Kerja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-07-30 13:05:05

Warta NM Jilid 8 Bil.1 (Jan-April 2015)

Keselamatan & Kesihatan Sinaran di Tempat Kerja

WARTA

NUKLEAR MALAYSIA
Percuma Jilid 8. Bil: 1 Januari - April 2015; ISSN: 1985-3866

Keselamatan &

Kesihatan Sinaran
di Tempat Kerja

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 i

Agensi Nuklear Malaysia Editorial

Sejarah Penaung Dato’ Dr Muhammad bin Lebai Juri

Sejarah agensi bermula pada 11 November 1971 apabila satu Editor kanan Cik Habibah Adnan
jawatankuasa yang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan
Aplikasi Tenaga Nuklear (CRANE) ditubuhkan, bagi mengkaji Editor Puan Normazlin Ismail
kemungkinan Malaysia menceburi bidang teknologi Nuklear.
Usul ini telah diterima dan diluluskan dalam mesyuarat Penyelaras Nor Azlina Nordin
Jemaah Menteri pada 19 September 1972 yang menyokong
cadangan terhadap keperluan Malaysia menubuhkan pusat Penulis Nur Aishah Zainal
penggunaan dan penyelidikan teknologi nuklear. Pada Ogos Suzilawati Muhd Sarowi
1973, Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara Zainuddin Abdul Rahman
mencadangkan untuk menamakan pusat ini sebagai Pusat
Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) dan telah diiktiraf Pereka Grafik Norhidayah Jait
sebagai pusat kebangsaan.
Jurufoto Muhammad Amin Abdul Ghani
PUSPATI telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Nor Hasimah Hashim
Teknologi dan Alam sekitar (MOSTE). Tahun 1983 merupakan
detik penting bagi agensi apabila diberikan identiti baru iaitu Diterbitkan oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat
Unit Tenaga Nuklear (UTN). Serentak dengan itu, UTN telah Agensi Nuklear Malaysia
dipindahkan dari MOSTE ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bangi, 43000 Kajang,
Ini memberi impak yang besar kepada peranan agensi Selangor Darul Ehsan.
kerana buat pertama kalinya aktiviti nuklear yang melibatkan Tel: 03-8928 2000
perancangan polisi negara dan kegiatan operasi nuklear
disatukan di bawah naungan JPM. Namun pada 27 Oktober Isi Kandungan
1990, UTN telah dipindahkan semula ke MOSTE. Jemaah
Menteri dalam mesyuaratnya pada 10 Ogos 1994, telah Tinta Ketua Pengarah Profil: 12
meluluskan pertukaran nama UTN kepada Institut Penyelidikan Aspek
Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). 1& Dari Meja Editor
Keselamatan
Logo baru juga telah diperkenalkan pada 22 Oktober 2009
ketika Hari Pelanggan MINT, yang juga julung kali diadakan. Menjadi Tanggungjawab
Bagi memberi arah hala yang lebih jelas, isi MINT diperkemas
kepada mempertingkat pembangunan dan daya saing Kolumnis Jemputan : Bersama:
ekonomi Negara melalui kecemerlangan dalam teknologi
nuklear. Pada 13 April 2005 sekali lagi agensi mengalami Pengelasan Kawasan Khairuddin bin Kontol
perubahan entiti apabila digazet dengan nama baru iaitu
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Kini Nuklear di Tempat Kerja 2
Malaysia terus melebarkan sayap dalam mengembangkan R,
D & C bagi menyokong aspirasi negara. Bual Bicara : 6 Keratan Akhbar 16
Keselamatan dan Ulasan Buku 18
Kesihatan Sinaran
di Tempat Kerja

Peranan pengendalian reaktor penyelidikan yang bebas kemalangan
radiologi dan bersih alam sekitar. Selain itu, hasil R&D yang
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) adalah sebuah berpotensi turut diketengahkan ke pasaran sebagai usaha
agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memanfaatkan penemuan inovasi saintifik kepada rakyat dan
(MOSTI). Nuklear Malaysia adalah agensi peneraju di bidang ekonomi Malaysia. Nuklear Malaysia juga sentiasa memastikan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti dan bertaraf
nuklear bagi pembangunan sosioekonomi negara. Semenjak antarabangsa dalam kelasnya. Kemampuan ini adalah
penubuhan, Nuklear Malaysia telah diamanahkan dengan berdasarkan latihan dan disiplin tenaga kerja profesional,
tanggungjawab untuk memperkenal dan mempromosi infrastruktur, kejuruteraan serta makmal penyelidikan yang
sains dan teknologi nuklear kepada masyarakat, sekaligus lengkap. Posisi Nuklear Malaysia sebagai pusat penyelidikan
menyemai minat dan menyedarkan orang awam akan unggul telah diiktiraf dan dicontohi oleh agensi-agensi nuklear
kepentingan teknologi nuklear dalam kehidupan. Hingga dari negara-negara jiran, malahan dijadikan model dalam
ke hari ini, Nuklear Malaysia kekal penting sebagai sebuah merangka pelan pelaksaan pembangunan S&T nuklear
organisasi yang mantap dalam bidang saintifik, teknologi masing-masing, terutamanya aspek pemindahan dan
dan inovasi. Pencapaian cemerlang Nuklear Malaysia pengkomersilan teknologi.
adalah bersandarkan pengalaman 40 tahun dalam
pelbagai pembangunan S&T nuklear, serta 30 tahun dalam

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana Bahagian Penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan dalam apa-apa jua cara,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan

iike atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Agensi Nuklear Malaysia.

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015

TINTA KETUA PENGARAH

Aspek keselamatan amat penting bagi sesebuah agensi
yang memberi tumpuan dalam kajian menggunakan
sinaran. Sehubungan dengan itu, Nuklear Malaysia telah
menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Nuklear Malaysia untuk menjamin keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja. Pada tahun 2004,
Nuklear Malaysia telah melancarkan Sistem Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
(SHE-MS) yang merangkumi Sistem Pengurusan Kualiti
Penilaian Keselamatan dan Kesihatan (OHSAS) 18001 dan
Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14000).

Nuklear Malaysia turut mendaftarkan seorang pegawainya
dengan Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
(DOSH) untuk dilantik sebagai Pegawai Keselamatan.
Laporan Analisis Keselamatan Reaktor turut disediakan
untuk LPTA dan IAEA. Semua usaha ini dilakukan bagi
memenuhi standard keselamatan, kesihatan dan alam
sekitar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Selain
itu, masih banyak lagi elemen-elemen keselamatan yang
dipraktikkan di agensi ini yang akan dikongsi bersama
para pembaca. Sekian.

Dato’ Dr Muhammad bin Lebai Juri
Ketua Pengarah Nuklear Malaysia

DARI MEJA EDITOR

Sebagaimana yang telah diketahui umum, Agensi Nuklear
Malaysia adalah peneraju dalam penyelidikan dan
perkhidmatan yang menggunakan sinaran mengion dan tidak
mengion. Pelbagai jenis punca sinaran digunakan dalam aktiviti
penyelidikan yang dijalankan seperti sinaran neutron, gama,
x-ray dan elektron. Aktiviti di makmal dan lapangan pula banyak
menggunakan bahan radioisotop bagi pelbagai tujuan. Justeru
itu langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja amatlah
dititikberatkan, selain turut menjaga keselamatan alam sekitar.

Selain menubuhkan jawatankuasa peringkat jabatan, Nuklear
Malaysia juga sentiasa tertakluk pada peraturan dan akta
keselamatan agensi tempatan seperti Lembaga Perlesenan
Tenaga Atom (LPTA) dan Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan
(DOSH) serta peraturan keselamatan antarabangsa dibawah
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Para pembaca akan
berpeluang meninjau pelbagai aspek keselamatan melalui edisi
ini. Selamat membaca.

Cik Habibah Adnan
Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 1

Kolumnis Jemputan

Pengelasan Kawasan

di Tempat Kerja

Oleh : Suzilawati Muhd Sarowi

Keselamatan dan kesihatan sinaran di tempat kerja bererti di Nuklear Malaysia, tahap
persekitaran tempat kerja yang selamat, sihat dan memberi keselamatan dan kesihatan
perlindungan kepada semua pekerja termasuklah orang awam. sinaran dalam keadaan yang
Keselamatan pekerja secara khususnya boleh dirujuk kepada Akta baik tetapi masih ada lagi
514 (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994). Manakala, Akta ruang yang perlu ditingkatkan
304 (Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984) pula adalah merupakan dan diperbaiki. Dalam hal ini,
akta mengenai Perlesenan Tenaga Atom yang mengawal selia komitmen daripada semua
segala kegiatan yang menggunakan radas sinaran mengion dan pihak khususnya dari pihak
bahan radioaktif. Pemantauan secara berkala mesti dilaksanakan pengurusan atasan sehingga
terhadap pekerja dan kawasan tempat kerja bagi memastikan aspek ke peringkat kakitangan atau
keselamatan dan kesihatan berada pada tahap yang optimum. pekerja amat diperlukan bagi
Semestinya, kakitangan atau pekerja yang bertugas haruslah terdiri melaksanakan aspek ini dengan
daripada kalangan mereka yang terlatih dan berpengetahuan jayanya.
khususnya dalam bidang sinaran mengion. Bagi mereka yang
bekerja di kawasan kawalan, pekerja perlu berdaftar sebagai pekerja
sinaran dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA). Seperti

2 Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015

Pelbagai kriteria perlu dititikberatkan Bil Langkah Persediaan
dalam aspek pengambilan pekerja
pegawai perlindungan sinaran dan 1 Pekerja yang berkelayakan perlu menghadiri
pakar yang berkelayakan. Bagi Pegawai pemeriksaan perubatan pra pekerjaan untuk
Perlindungan Sinaran Radiation Protection menentukan tahap kesihatan sama ada layak
Officer (RPO), pegawai berkenaan atau tidak bekerja dengan sinaran mengion dan
dikehendaki menghadiri kursus berkaitan mengambil kira sejarah kesihatan yang lalu
Perlindungan Sinaran dari pusat yang
diiktiraf oleh LPTA dan perlu lulus 2 Menghadiri latihan berkenaan berkenaan
peperiksaan RPO yang dikendalikan oleh Perlindungan Sinaran dari pusat yang diiktiraf oleh
LPTA. Perkara utama yang perlu dilihat AELB.
adalah pegawai berkenaan mestilah
berdaftar dan diiktiraf sebagai RPO oleh 3 Mendaftar sebagai pekerja sinaran dengan AELB
LPTA. Selain RPO, satu organisasi boleh sekiranya bekerja di kawasan kawalan
melantik Pegawai Penyelia Sinaran (RPS)
untuk membantu RPO. Malah, pegawai 4 Memahami tanggungjawab pekerja sinaran
RPS juga mempunyai kelayakan setara dan kandungan Program Perlindungan Sinaran
dengan RPO. Walau bagaimanapun, organisasi.
terdapat persediaan yang perlu diambil
oleh setiap pekerja sebelum berkhidmat
dalam bidang ini.

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 3

Langkah persediaan pekerja sinaran sebelum dilantik

Keselamatan dan Kesihatan Sinaran di Tempat Kerja telah ditetapkan di tempat kerja adalah
memerlukan tatacara pemantauan dan pengamalan 20 mSv/tahun dan had dos orang awam
di kawasan seliaan dan kawalan. Berdasarkan adalah 1 mSv/tahun. Cara yang spesifik
Peraturan Basic Safety Radiation Protection 9BSRP untuk mengawal penggunaan punca sinaran
201, kawasan kawalan adalah mana-mana adalah dengan mematuhi konsep As Low As
kawasan yang memerlukan perlindungan khusus Reasonable Achiveable (ALARA ). Kawalan
dan peruntukan keselamatan untuk mengawal terhadap risiko kepada dedahan luaran pula
dedahan biasa serta mencegah penyebaran perlu berdasarkan 3 aspek:
kontaminasi semasa keadaan kerja yang biasa, dan
mencegah atau mengehadkan takat dedahan a) Masa: memendekkan masa mengendali-
yang berpontensi. Ianya memerlukan pemantauan kan punca sinaran/buat dengan kadar
individu, pemantauan kawasan dan pekerja perlu cepat.
menghadiri pemeriksaan perubatan dan latihan
sekali dalam tiga tahun. Bagi kawasan seliaan pula, b) Jarak: menjarakkan pekerja dengan punca
ianya tidak memerlukan pemantauan individu dan sinaran.
pemantauan kawasan perlu
c) Perisai: menggunakan jenis perisai dengan
Ketika menjalankan tugas, terdapat prosedur atau ketebalan yang betul semasa mengendali-
polisi keselamatan yang perlu dipatuhi oleh kan punca sinaran dan memakai Personal
pekerja sinaran. Pekerja sinaran mestilah merujuk Protective Equiment (PPE), sarung tangan,
dan memahami Program Perlindungan Sinaran kot makmal, topeng muka, dan cermin
Nuklear Malaysia yang dibangunkan berdasarkan mata pelindung.
keperluan AKTA 304 dan peraturan-peraturan
yang terkandung dalam akta yang melibatkan Pekerja sinaran juga dibekalkan dengan alat
semua aspek perlindungan sinaran, pengangkutan pemantauan peribadi, Thin Luminescence
bahan radioaktif, kendalian semasa normal dan Dosimeter ( TLD) yang akan dianalisa sebulan
kecemasan serta penstoran bahan radioaktif. Akta sekali. Pemantauan tempat kerja perlu
304 dan peraturan yang dikeluarkan oleh LPTA dijalankan dan direkodkan sebelum, semasa
adalah berdasarkan panduan dan peraturan yang dan selepas bekerja dengan punca sinaran
dikeluarkan dan ditetapkan oleh badan antarabangsa menggunakan meter tinjau.
iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Bagi setiap pekerja, had dos dedahan sinaran yang Garis panduan yang perlu dititikberat bagi
mengelakkan kemalangan di tempat kerja
adalah perlu mengikuti apa yang disarankan

4 Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015

Masa Minima menjadi rintangan adalah
mengenai kesedaran dan
Jarak Maksima kefahaman pekerja berkenaan
Program Perlindungan Sinaran
Perisai Bersesuaian dan peraturan–peraturan yang
dikeluarkan LPTA serta komitmen
Langkah-langkah pengoptimuman dos berdasarkan tiga perkara: pekerja. Walau bagaimanapun,
perisai, jarak dan masa untuk memupuk kesedaran di
kalangan pekerja sinaran atau
dalam Program Perlindungan Sinaran Nuklear Malaysia di samping masyarakat terhadap aspek
mengadakan latihan secara berkala. Sekiranya berlaku kemalangan keselamatan dan kesihatan
radiologi, RPO perlu melaporkan ke LPTA dan mengadakan halangan sinaran di tempat kerja
di kawasan tersebut bagi melarang sebarang keluar masuk pekerja semestinya kesedaran itu perlu
ke kawasan kejadian. Dos kawasan akan dinilai dari semasa ke datang dari hati semua pekerja.
semasa. Seterusnya, pihak LPTA akan menasihati dan memberikan Komitmen semua pihak dan
arahan selanjutnya sama ada perlu melakukan nyahcemaran, sekretariat dalam membantu
merujuk kepada doktor hospital dan aberasi kromosom. Dari aspek dengan mengadakan pelbagai
pemeriksaan berkala pula, proses audit yang dilaksanakan secara aktiviti ceramah dan aktiviti
dalaman melibatkan pihak Kumpulan Fizik Kesihatan (KFK), RPS dan keselamatan kesihatan secara
RPO. berkala seperti ceramah
kesedaran sinaran, Hari
SHE, latihan pengosongan
bangunan dan latih amal
sekiranya berlaku kemalangan
radiologi dan bekerjasama
dengan pihak bomba, LPTA dan
unit keselamatan Fizikal.

Dalam bidang ini juga, terdapat rintangan atau cabaran yang
dihadapi sepanjang melaksanakan tugas. Antara perkara yang

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 5

Bual Bicara

Keselamatan dan Kesihatan
Sinaran di Tempat Kerja

Segmen Bual Bicara kali ini menampilkan kepada anda wawancara bersama Dr. Wan Saffiey Hj. Wan
Abdullah, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran (BKS), Agensi Nuklear Malaysia.
Dalam segmen ini, Dr. Wan Saffiey akan berkongsi pandangan dan harapan dari sudut kaca mata
beliau mengenai Keselamatan dan Kesihatan Sinaran di Tempat Kerja. Kita ikuti temu bual Nur Aishah
Zainal bersama dengan Dr Wan Saffiey.

6 Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015

Warta Nuklear Malaysia (WNM): Pencemaran radioaktif boleh Organisation) untuk kawalan

Apakah yang dimaksudkan terhasil daripada kerja-kerja sinaran. Bagi keperluan

dengan Keselamatan dan yang menggunakan bahan memegang lesen, orang yang

Kesihatan Sinaran di Tempat radioisotop yang tidak terkedap bertanggungjawab terhadap

Kerja? yang mungkin boleh tercemar lesen adalah ketua di dalam

melalui sentuhan, tumpahan, sesebuah agensi. Tetapi jika

Dr. Wan Saffiey: pemeluapan, pembuangan, di Nuklear Malaysia, Ketua

Keselamatan dan kesihatan pelepasan bahan tercemar Pengarah adalah lebih kepada

sinaran di tempat kerja bererti dan sebagainya. Jadi, radiasi bidang pentadbiran manakala

persekitaran tempat kerja yang perlu dikawal supaya tiada kerja-kerja berkaitan teknikal

selamat, sihat dan memberi dedahan sinaran dan bahan d i p e r t a n g g u n g j a w a b k a n

perlindungan kepada semua radioaktif terbebas keluar kepada pegawai perlindungan

pekerja termasuklah orang seterusnya menjamin segala sinaran. Pegawai Perlindungan

awam. Keselamatan pekerja kegiatan yang dijalankan di Sinaran (PPS) sekarang yang

secara khususnya boleh premis Nuklear Malaysia adalah dilantik secara sah adalah

dirujuk kepada Akta 514 (Akta selamat kepada orang awam Tuan Haji Abd Aziz Mhd. Ramli.

Keselamatan dan Kesihatan dan alam sekitar. Bagi mereka yang masih

Pekerja 1994). Manakala, Akta kurang jelas mengenai perkara

304 (Akta Perlesenan Tenaga Ada ini, pemegang lesen adalah
Atom 1984) pula adalah merupakan orang yang
dua perkara
merupakan akta mengenai bertanggungjawab terhadap

Perlesenan Tenaga Atom yang penting di sini iaitu lesen. Di bawah pemegang
mengawal selia segala kegiatan keselamatan pekerja
yang menggunakan peralatan lesen adalah pegawai

perlindungan sinaran dan

sinaran mengion dan bahan dan keselamatan dibantu oleh penyelia sinaran.

radioaktif. Terdapat lima awam. Di mana letaknya Manakala pekerja sinaran
peraturan di bawah Akta yang terdapat di agensi ini
keselamatan awam?
304. Salah satu peraturannya adalah lebih daripada 400

adalah mengenai Keselamatan awam orang.
adalah terletak kepada Nuklear
keselamatan sinaran iaitu

Peraturan Perlesenan Tenaga Malaysia juga

Atom (Perlindungan Sinaran semua pekerja yang mempunyai lebih kurang 30
Keselamatan Asas) 2010. bukannya pekerja
Peraturan ini menggariskan orang pembantu kepada

sinaran dan juga pegawai sinaran untuk

secara lengkap mengenai meringankan kerja pegawai

segala aspek pendedahan kepada semua tersebut. Nuklear Malaysia
oleh sinaran mengion sama pelawat. adalah sebuah agensi yang
ada kepada pekerja, orang besar dan bekerja dengan

awam, perubatan dan alam pelbagai jenis sumber dan

sekitar. Keselamatan tempat punca sinaran contohnya dari

kerja dalam konteks ini adalah Warta Nuklear Malaysia (WNM): punca sinar-x, Gama, Beta,

melibatkan keselamatan dan Bagaimanakah cara Neutron dan sebagainya.

kesihatan di tempat kerja yang pemonitoran atau pengamalan Apabila bekerja dengan

mana menjadi kewajipan aspek ini di tempat kerja? sinaran, kita memerlukan

majikan untuk melindungi peralatan mekanikal dan

pekerja dan juga orang Dr. Wan Saffiey: sebagainya. Bagi memenuhi

awam daripada terdedah Dalam aspek ini, kita haruslah keperluan tersebut, kita perlu

kepada sebarang aktiviti yang menunggu peraturan dari pihak mempunyai satu jawatankuasa

melibatkan sinaran mengion dan autoriti atau pihak berwajib iaitu keselamatan, kesihatan dan

cemaran oleh bahan radioaktif. Lembaga Perlesenan Tenaga alam sekitar yang dikenali

Ada dua perkara penting di Atom (AELB). Jika dilihat dalam sebagai JKSHE. JKSHE adalah

sini iaitu keselamatan pekerja konteks sekarang ini, apabila satu jawatankuasa yang melihat

dan keselamatan awam. Di kita hendak menggunakan aspek keselamatan secara

mana letaknya keselamatan sesuatu punca radioaktif atau menyeluruh. Di bawah JKSHE

awam? Keselamatan awam bahan yang menghasilkan terdapat tujuh jawatankuasa

adalah terletak kepada sinaran mengion, adalah satu kecil dan Kumpulan Fizik

semua pekerja yang bukannya keperluan untuk mempunyai Kesihatan (KFK) adalah

pekerja sinaran dan juga satu organisasi keselamatan merupakan sekretariat kepada

kepada semua pelawat. (Radiation Protection jawatankuasa ini. KFK yang

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 7

berada di bawah bahagian
keselamatan sinaran adalah
sebagai penghubung yang
mengendalikan segala program
berkaitan dengan keselamatan
sinaran. Contoh aktiviti yang
dilakukan adalah membuat
latihan reaktor (reactor
drill), bertujuan memenuhi
kehendak keselamatan. KFK
akan merujuk kepada PPS
dan juga JKSHE berkenaan
semua aktiviti keselamatan
dan program perlindungan
sinaran. PPS dan JKSHE akan
memberikan maklum balas
kepada pengurusan tertinggi
mengenai isu-isu keselamatan
dan kesihatan sinaran di Nuklear
Malaysia. JKSHE pula berfungsi
mengawal selia dalam aspek
keselamatan bersama dengan
jawatankuasa kecil dan JKSHE
bermesyuarat dalam masa 4
kali setahun mengikut apa yang
termaktub dalam akta.

Warta Nuklear Malaysia (WNM): Warta Nuklear Malaysia (WNM): mestilah memakai peralatan
Apakah persediaan yang perlu Apakah prosedur atau polisi
diambil oleh setiap pekerja keselamatan yang perlu pemonitoran seperti lencana
sebelum berkhidmat di dalam dipatuhi oleh pekerja sinaran
bidang tersebut? ketika menjalankan tugas? filem dan sebagainya atau

Dr. Wan Saffiey: juga dikenali sebagai personal
Terdapat banyak prosedur yang
perlu dipatuhi. Namun, apa dosimeter. Pekerja sinaran perlu
yang penting adalah apabila
bekerja dengan sinaran, kita memakai personal dosimeter
perlu mematuhi, memahami dan
Dr. Wan Saffiey: mempraktikkan arahan atau apabila berada di dalam
prosedur yang telah digariskan
Semestinya, jika kita hendak oleh pegawai perlindungan kawasan dan tidak boleh
sinaran. Apabila bekerja dengan
bekerja dengan tempat sinaran terdapat satu Standard sewenangnya-wenangnya
of Procedure (SOP) yang
yang merbahaya, perkara perlu dipatuhi. Kebiasaannya mengubah atau menggerakkan
prosedur yang digariskan adalah
pertama yang mesti dilihat ringkas tetapi amat penting punca-punca sinaran tanpa
untuk difahami dan dipatuhi.
adalah kedudukan kita pada Perkara yang kedua pula memaklumkan terlebih
adalah apabila menggunakan
peringkat awal dan perlu peralatan mestilah digunakan dahulu kepada pihak yang
dengan cara yang betul dan
membuat pemeriksaaan perlu memahami fungsi alat bertanggungjawab. Sebarang
tersebut. Perkara yang ketiga
kesihatan. Selepas itu, pekerja pula berkaitan dengan pekerja pergerakan perlu direkod agar
sinaran. Apabila bekerja
mesti mendaftar dengan dengan kawasan sinaran tidak berlaku perkara yang

LPTA sebagai pekerja sinaran. tidak diiingini di kemudian hari.

Pekerja sinaran adalah orang Jika berlaku sebarang kejadian

yang bekerja dalam kawasan seperti tumpahan bahan

kawalan. Apabila menjadi radioaktif atau kemalangan,

pekerja sinaran, mereka mesti perkara tersebut perlu

menghadiri kursus kesedaran dimaklumkan kepada pegawai

dan sebagainya. Selepas yang bertanggungjawab

memenuhi tiga peringkat ini, untuk direkod. Tetapi sekiranya

barulah boleh menjadi pekerja kemalangan yang lebih besar

sinaran. berlaku, perlu dilaporkan

kepada pihak berwajib dan

pekerja sinaran juga perlu

mengetahui bagaimana

prosedur untuk mengatasi

masalah tersebut.

8 Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015

Warta Nuklear Malaysia (WNM): pada bahan radiasi, had dos menilai semula situasi semasa
Apakah had dos dedahan dedahan yang boleh diterima
sinaran yang telah ditetapkan di oleh pekerja adalah 150 mSv. di tempat kerja apabila had ini
tempat kerja? Perbezaan had dos dedahan
ini adalah kerana apabila dilampaui dan langkah-langkah
Dr. Wan Saffiey: melibatkan had dos seluruh
Peraturan Perlesenan Tenaga tubuh ia turut melibatkan organ penambahbaikan perlu segera
Atom 2010 jelas menyatakan yang sensitif kepada radiasi
peraturan untuk pekerja dalam badan manusia. Organ diambil oleh KFK dan individu
dan orang awam. Had dos yang paling sensitif pada radiasi
yang boleh diterima secara ialah di bahagian rahim (bagi yang bertanggungjawab
keseluruhan oleh pekerja sinaran wanita) dan sum sum tulang.
adalah 20 mSv setahun dalam Organ yang kurang sensitif (Pengurus Makmal, Pengurus
1 tahun kalendar. Ini bermakna pula boleh menerima sehingga
pekerja perlu mengawal 500 mSv. Manakala dedahan Kemudahan, Penyelia Kawasan)
supaya dedahan yang diterima kepada orang awam adalah 1
tidak melebihi had dos yang mSv setahun. Had operasi yang bagi memastikan had ini dapat
ditetapkan atau juga dikenali telah ditetapkan oleh Nuklear
sebagai full body dose. Untuk Malaysia ialah 10 mSv setahun. dipatuhi.
kanta mata yang lebih sensitif Tindakan akan diambil untuk
Warta Nuklear Malaysia (WNM):
Bagaimanakah cara yang
spesifik untuk mengawal
penggunaan punca sinaran?

Dr. Wan Saffiey:

Radiasi semulajadi amat

penting dalam hidup kita tetapi

dedahan buatan manusia

yang tidak diperlukan oleh

badan kita perlu dielakkan.

Kita mempunyai prinsip untuk

mengawal dedahan dan

ianya dikenali sebagai prinsip

perlindungan sinaran. Terdapat

tiga prinsip utama yang boleh

dilihat dan difahami. Prinsip

perlindungan sinaran yang

pertama adalah praktis di

mana peralatan sinar-X yang

digunakan itu perlu dijustifikasi.

Jika tidak dijustifikasi ianya tidak

boleh digunakan. Justifikasi

adalah dalam konteks ekonomi,

pertanian dan sebagainya.

Prinsip kedua adalah

optimization. Dalam bekerja

amat perlu untuk mengawal

dos dedahan kepada pekerja

menggunakan konsep As Low

As Reasonably Achievable

(ALARA). Untuk mencapai

ALARA, pekerja tersebut mesti

mempunyai pengetahuan yang

baik. Selain itu, dalam aspek

pembelian, penyimpanan,

pemindahan dan pelupusan

semua bahan radioaktif

dan peralatan sinaran perlu

dimaklumkan oleh Pengurus

Makmal, Pengurus Kemudahan,

Penyelia Kawasan dan Pekerja

Sinaran yang terlibat kepada

KFK untuk tujuan merekod

dan pemantauan pergerakan

punca berkenaan. Rekod

ini perlu dikemaskini secara

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 9

berkala oleh KFK berdasarkan kepada input yang diterima daripada Warta Nuklear Malaysia (WNM):
Pengurus, Penyelia Kawasan dan Pekerja Sinaran berkenaan. Rekod
terkini semua punca sinaran yang dimiliki atau digunakan oleh Dari aspek pemeriksaan berkala,
Agensi Nuklear Malaysia hendaklah dimaklumkan oleh PPS kepada
LPTA semasa memohon pembaharuan lesen. Pengurus Makmal bagaimanakah proses audit
atau Pengurus Kemudahan juga hendaklah membuat rekod untuk
semua bahan radioaktif dan radas penyinaran yang ada di dalam dilaksanakan dan siapakah
simpanannya dan semua pergerakan punca-punca sinaran ini juga
perlu sentiasa direkod. pihak yang bertanggungjawab

mengendalikan perkara

tersebut?

Warta Nuklear Malaysia (WNM): latihan. Contohnya, jika bahan Dr. Wan Saffiey:
Apakah garis panduan yang Pegawai Perlindungan Sinaran
perlu dititikberatkan bagi radioaktif tumpah dalam (PPS) akan bertanggungjawab
mengelakkan kemalangan di mengendalikan proses audit
tempat kerja? kuantiti yang kecil, pekerja berkala yang dijalankan
oleh Lembaga Perlesenan
Dr. Wan Saffiey: tidak perlu lari dan hanya perlu Tenaga Atom (LPTA). Proses
Terdapat banyak garis panduan audit ini adalah penting bagi
yang perlu dititikberatkan. letak tisu untuk menghilangkan pembaharuan lesen. LPTA
Antaranya adalah Prinsip akan melihat dari semua
Perlindungan Sinaran: bahan radioaktif tersebut. Tetapi aspek. Biasanya audit akan
1. Justifikasi (Kebaikan > Risiko) merujuk kepada syarat lesen.
2. Pengoptimuman (Konsep sekiranya berlaku tumpahan Contohnya orang yang bekerja
di dalam kawasan kawalan
ALARA) yang besar dan tidak boleh perlu berdaftar dan menjalani
3. Had Dos pemeriksaan kesihatan, latihan,
4. Kawalan terhadap diuruskan sendiri , pekerja perlu amalan kerja yang baik dan
mempunyai rekod yang
dedahan luaran (STD) meletakkan penghadang lengkap. Penyimpanan rekod
5. Pakaian perlindungan adalah sangat penting.
kawasan tersebut dan
peribadi (PPE)
6. Peralatan permonitoran mengambil survey meter untuk

peribadi memeriksa kawasan tersebut.
7. Penyeliaan atau
Tetapi jika berkehendak hanya
pemantauan tempat kerja
(pengukuran dalam kawasan kawalan sahaja
aras sinaran luaran
dan kontaminasi) dan dikawal, bermakna kawasan
sebagainya
8. Prosedur yang betul yang melebihi daripada 3

Warta Nuklear Malaysia (WNM): mSv per jam adalah kawasan
Apakah tindakan yang diambil
atau langkah asas rawatan kawalan. Kawasan kawalan Warta Nuklear Malaysia (WNM):
kecemasan yang dilakukan Apakah rintangan atau
sekiranya berlaku kemalangan akan disekat dan survey meter cabaran yang dihadapi
di tempat kerja? dalam melaksanakan aspek
akan diambil dan periksa. Keselamatan dan Kesihatan
Dr. Wan Saffiey: Sinaran di Tempat Kerja?
Semasa berlaku kemalangan Kawasan yang melebihi 3 mSv
berkemungkinan pekerja itu
bekerja dalam punca terkedap per jam akan ditandai dan
atau tidak. Jika berlaku
tumpahan bahan radioaktif, diklasifikasikan dengan tanda
pekerja perlu mengambil
tindakan mengikut apa yang kawasan tercemar. Situasi
sepatutnya dibuat. Oleh sebab
itulah pekerja perlu diberi sedemikian adalah ketika Dr. Wan Saffiey:

berada di makmal. Selepas Sememangnya banyak

kemalangan, sekiranya terdapat rintangan yang perlu dihadapi.

suspek yang berlaku dedahan Ini kerana untuk menguruskan

dos, maka pekerja tersebut sikap manusia adalah satu

perlu membuat pemeriksaan perkara yang agak sukar

kesihatan dan dosimeter terutamanya dalam aspek

yang dipakai perlu dihantar keselamatan iaitu bagaimana

ke makmal. Jika di agensi ini, kita hendak membudayakan

kita perlu menghantarnya ke keselamatan di tempat kerja

SSDL. Selepas itu perlu dibuat kepada pekerja-pekerja

penyiasatan untuk dibuat sedikit terutamanya yang melibatkan

laporan dan ianya bergantung pekerja sinaran. Terdapat

kepada skala kemalangan banyak kaedah yang boleh

tersebut. dibuat untuk membudayakan

kerja contohnya melalui

peringatan dan latihan. Begitu

juga dengan persekitaran

tempat kerja. Ini bermakna

segala prosedur kerja perlu

jelas, ringkas dan sebagainya.

10 Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015

Pada pendapat saya, amalan ini sebenarnya Mesyuarat JKSHE.
memerlukan pihak yang menerajui, di mana
pekerja boleh mengambil contoh dan mereka Warta Nuklear Malaysia (WNM):
boleh mempraktikkannya. Saya rasa tiada
masalah dengan memberi galakan dan insentif. Bagaimanakah untuk memupuk kesedaran
Sesetengah industri yang dapat dilihat di mana di kalangan masyarakat atau pekerja sinaran
tempat bekerja yang tiada berlaku kemalangan terhadap aspek Keselamatan dan Kesihatan
diberi ganjaran. Mungkin bukan dalam bentuk Sinaran di Tempat Kerja?
kewangan tetapi sebagai penghargaan.
Itu adalah satu cara di mana pekerja boleh Dr. Wan Saffiey:
mengamalkan atau mengingati dan ianya Kebiasaannya, orang awam akan diberi
adalah untuk kebaikan. Kemalangan jika boleh, penerangan dalam taklimat kesedaran,
perlu dihindarkan dengan cara apa sekalipun. pameran, seminar, konferens, kursus kesedaran
Untuk membudayakan adalah bukan perkara awam dan juga kempen. Itu adalah cara-cara
yang mudah. Tetapi apabila sudah menjadi satu untuk memupuk kesedaran awam. Kita juga turut
budaya, ianya tiada masalah bagi menentukan mengadakan Hari Kesedaran Awam .Pada hari
bahawa pengawasan tidak perlu dibuat supaya tersebut, kita akan menjemput agensi luar untuk
pekerja menurut segala prosedur yang telah membuat pameran seperti dari Niosh, Jabatan
ditetapkan. Bomba, mengadakan seminar dan sebagainya
untuk memupuk kesedaran pekerja terhadap
Warta Nuklear Malaysia (WNM): keselamatan dan kesihatan tempat kerja. Yang
Bagi memenuhi keperluan perundangan Akta agak berkesan adalah kempen kesedaran
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, adakah mengenai keselamatan short awareness safety
Nuklear Malaysia mempunyai penubuhan course dan pameran .Tetapi ianya adalah
jawatankuasa khas bagi memenuhi keperluan bergantung kepada tahap pekerja. Pada
tersebut? peringkat pegawai berkemungkinan lebih
teknikal.
Dr. Wan Saffiey:
Kita adalah organisasi yang besar dan melibatkan
pelbagai bidang. Bagi menentukan tempat kerja
sentiasa selamat , kita mempunyai jawatankuasa
SHE. Saya juga terlibat secara langsung dalam
jawatankuasa tersebut. SHE adalah jawatankuasa
induk dan di bawahnya ada tujuh jawatankuasa
kecil. Antaranya adalah:

1. Jawatankuasa Kecil Kemudahan Makmal
dan Kerja Lapangan (JKMKL)

2. Jawatankuasa Kecil Keselamatan Fizikal (JKKF)
3. Jawatankuasa Kecil Kemudahan Utama

(JKKU)
4. Jawatankuasa Kecil Audit (JKA)
5. Jawatankuasa Kecil Kecemasan (JKK)
6. Jawatankuasa Kecil Penyelia Kawasan (JKPK)
7. Jawatankuasa Kecil Biokeselamatan (JKB)

Ahli JKSHE adalah terdiri daripada wakil-wakil
pekerja dan wakil-wakil majikan yang tetap.
Mesyuarat JKSHE diadakan sekurang-kurangnya
4 kali setahun sebagaimana yang ditetapkan
menurut perundangan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan. Pegawai Perlindungan
Sinaran Lesen LPTA/A/724 serta Pegawai
Perlindungan Sinaran Lesen LPTA/A/1026 bagi
Nuklear Malaysia adalah antara wakil-wakil
majikan dalam JKSHE. Laporan dari mereka (RPO)
merupakan salah satu agenda tetap dalam

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 11

Profil

Khairuddin bin Mohamad KontolAspek Keselamatan Menjadi Tanggungjawab Bersama:
Oleh : Nur Aishah Zainal

Khairuddin bin Mohamad Kontol Pengalaman sepanjang berkhidmat
memulakan tugas sebagai pegawai
penyelidik di Nuklear Malaysia Mengimbau kembali sewaktu memulakan tugas di
pada tahun 1997. Pelbagai pengalaman Nuklear Malaysia, tugas utama yg diminta Ketua
pahit dan manis telah dilalui dalam Pengarah ketika itu ialah menjadi desk officer bagi projek
melaksanakan tugasannya. Beliau kini nyahtauliah loji Asian Rare Earth (ARE) di Ipoh, Perak.
menjadi antara peneraju utama di dalam Projek itu mengambil masa yang lama dan memerlukan
bidang keselamatan dan kesihatan pakar-pakar luar dari IAEA untuk bertugas bersama.
sinaran. Dalam projek tersebut, beliau dan kumpulannya turut
turun padang dan menjalankan site investigation

12 Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015

bersama pakar bagi pihak kerajaan negeri Perak. Profil
Ketika itu, Nuklear Malaysia dilantik oleh kerajaan
Negeri Perak untuk mengaudit kerja-kerja yang Nama : Khairuddin bin Mohamad
dilakukan oleh syarikat luar sebelum tapak kilang Kontol
ARE diberikan kembali kepada kerajaan negeri
Perak selepas semuanya bersih dan selamat. Negeri kelahiran : Petrajaya Kuching, Sarawak

Kenangan manis ketika bertugas Adik-beradik : Anak ke 3 daripada 4 orang

Secara keseluruhannya, bekerja di agensi ini adik- beradik
memberikan pengalaman manis buatnya.
Baginya, sekali diri kita di atas atau di bawah Keluarga : Sudah berkahwin dengan
adalah perkara yang normal. Pengalaman yang pilihan hati yang berasal dari
pahit dan manis menjadi asam garam dalam Besut, Terengganu dan
pekerjaan tetapi itu tidak menjadi penghalang mempunyai 3 orang anak
mahupun menjadi satu kebanggaan. Menurutnya
lagi, pengalaman manis ketika bertugas di sini Pendidikan : - Pendidikan awal di Sekolah
adalah ketika ditempatkan bersama pegawai- Rendah dan Menengah
pegawai yang lebih senior yang jauh lebih Bantuan St. Thomas,
muda daripada beliau. Pengalaman itu memberi Kuching
peluang kepadanya untuk belajar dengan lebih
cepat. Memandangkan ketika itu tidak ramai - Peringkat A-Level (PPP,ITM
pegawai-pegawai baru, pengalaman bekerja Shah Alam)
dengan pegawai-pegawai lama serba sedikit
banyak membantunya menimba ilmu khususnya - Kejuruteraan Kimia dan
di dalam bidang keselamatan. Perlindungan Alam Sekitar
(United Kingdom)
Kepakaran dan Pencapaian
Jawatan : Pegawai Penyelidik Q52
Menurutnya, kepakaran yang dimiliki adalah (menanggung)
berdasarkan pengalaman yang dilalui. Baginya,
penilaian kepakarannya adalah berlandaskan Mula berkhidmat di Nuklear Malaysia :
dari sudut kaca mata orang lain. Selain itu, Tahun 1997 sehingga sekarang( 18 tahun
beliau juga pernah dianugerahkan Anugerah berkhidmat)
Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak dua
kali iaitu pada tahun 2002 dan 2011. Pengiktirafan Pengalaman kerja :
tersebut memberi peluang kepadanya untuk - Pernah menjadi guru sandaran tingkatan 6
mengambil inisiatif membimbing rakan-rakan lain
agar turut serta memperolehi APC seperti yang subjek kimia di Kuching
dicapai olehnya. - Tahun 1997 ditempatkan di Bahagian Projek

Khas
- Tahun 2006 ditempatkan di Bahagian Alam

Sekitar
- Tahun 2008 ditempatkan di Bahagian
- Keselamatan dan Kesihatan Sinaran

Pandangan dan Harapan

Secara peribadi, Khairuddin berpendapat ini, semua kakitangan perlu memainkan peranan
keselamatan dan kesihatan sinaran di tempat dan mengambil inisiatif untuk memastikan tahap
kerja amat memuaskan . Tetapi itu tidak bererti keselamatan di tempat kerja berada di dalam
ianya boleh diambil ringan begitu sahaja. situasi yang baik. Kita mestilah memperbaiki dan
Menurut pandangannya, dalam aspek tersebut mengekalkan tahap keselamatan yang sedia
perlu mempunyai alternatif untuk membuat ada agar ianya berada pada tahap yang baik di
penambahbaikan kerana tiada perkara yang samping membuat beberapa penambahbaikan
sempurna. Contohnya, perlaksanaan aspek dari masa ke semasa.
tersebut perlu mempunyai pelbagai alternatif agar
ianya boleh dibuat penambahbaikan. Dalam hal

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 13

Carta Aliran Kerja Audit (JKA)

Cadangan penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan dari segi sahaja. Pihak jawatankuasa tidak dapat
pentadbiran tidak mempunyai sebarang membuat pemantauan secara keseluruhan
masalah kerana agensi ini mempunyai satu jika tiada kerjasama daripada semua pihak.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Keselamatan adalah tanggungjawab bersama.
Sinaran yang boleh mencari sesuatu yang baru Jika perkara-perkara kecil berlaku, seluruh warga
untuk diperhalusi tetapi apa yang lebih penting agensi ini boleh membuat laporan menerusi
adalah sokongan daripada warga Nuklear kemudahan helpdesk. Pihak jawatankuasa
Malaysia. Sebagai contoh katanya, kita boleh juga telah menyediakan laman eSems untuk
beranggapan bahawa Nuklear Malaysia adalah memastikan bahawa apa jua yang berkaitan
sebagai rumah kedua kita. Ini kerana separuh dengan keselamatan boleh dilihat di dalam local
hari semua kakitangan banyak menghabiskan web agensi ini. Walaubagaimanapun, tanpa
masa berada di tempat kerja. Jika ingin menjaga sokongan dan kerjasama daripada pelbagai
keselamatan di rumah kita sendiri dan begitu juga pihak segala apa jua yang ingin dilakukan
dengan keselamatan di Nuklear Malaysia, semua tidak mudah tercapai. Aspek keselamatan dan
pihak perlu memberikan sokongan dan tidak kesihatan menjadi tanggungjawab kita bersama.
boleh terlalu bergantung kepada jawatankuasa

14 Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015

Struktur Jawatankuasa SHE Management System (SHEMS)

Key Legend:
JKSHE: Safety, Health and Environmental Committee
[Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar]
Secretariat: Secretariat KFK (Health Physics Group)/ BKS
(Radiation Safety and Health Division)
[Sekretariat KFK (Kumpulan Fizik Kesihatan)/ BKS (Bahagian
Keselamatan dan Kesihatan Sinaran)
JKKU: Subcommittee of Main Facilities
[Jawatankuasa Kecil Kemudahan Utama]
JKMKL: Subcommittee of Laboratory and Field Work
[Jawatankuasa Kecil Makmal dan Kerja Lapangan]
JKK: Subcommittee of Emergency
[Jawatankuasa Kecil Kecemasan]
JKA: Subcommittee of Audit
[Jawatankuasa Kecil Audit]
JKKF: Subcommittee of Security
[Jawatankuasa Kecil Keselamatan Fizikal]
JKPK: Subcommittee of Area Supervisor
[Jawatankuasa Kecil Penyelia Kawasan]
JKKB: Subcommittee of Biosafety Institutional
[Jawatankuasa Kecil Keinstitusian Biokeselamatan]

BIL AHLI JAWATANKUASA
1 Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (JKSHE)
2 Jawatankuasa Kecil Kecemasan (JKK)

Skuad Kimia
Skuad Biologi
Skuad First Aider
3 Jawatankuasa Kecil Kemudahan Utama (JKKU)
4 Jawatankuasa Kecil Makmal dan Kerja Lapangan (JKMKL)
5 Jawatankuasa Kecil Keselamatan Fizikal (JKKF)
6 Jawatankuasa Kecil Audit (JKA)
7 Jawatankuasa Kecil Penyelia Kawasan (JKPK)
8 Jawatankuasa Kecil Biokeselamatan (JKB)

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 15

Keratan Akbar

Sumber Utusan Malaysia Sumber Berita Harian
16 Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015

Sumber Utusan Malaysia

Sumber Kosmo

Sumber Berita Harian

Sumber Utusan Malaysia

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 17

Ulasan Buku

Tajuk : Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan dan Peraturan-peraturan

: Edisi 2010

Tahun diterbitkan

Penerbit : MDC, Publishers Sdn Bhd

Ulasan : Buku ini mengandungi Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan berserta Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
ketika bertugas di tempat kerja. Buku ini sesuai dijadikan
rujukan bagi pembaca yang ingin mendapatkan maklumat
dalam aspek berkenaan. Pelbagai akta keselamatan yang
terkandung di dalam buku ini seperti Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan-peraturan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan(Pernyataan Dasar Am Keselamatan
dan Keselamatan Majikan) (Pengecualian) 1996 dan
sebagainya.

Kandungan di dalam buku ini juga memaparkan langkah bagi
pihak kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang
dan telah mengambil inisiatif berkesan untuk membendung
daripada berlakunya pelbagai masalah yang sama sekali
boleh dielakkan dan berkemungkinan membawa kepada
perkara-perkara yang tidak diingini di tempat kerja. Buku
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-
peraturan Edisi 2010 ini dapat menjadi satu inisiatif ke arah
mencapai usaha murni tersebut.

18 Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015

Warta Nuklear Malaysia Jan - April 2015 19

WARTA Agensi Nuklear Malaysia
Bangi, 43000, Kajang,
NUKLEAR MALAYSIA Selangor Darul Ehsan
Percuma Jilid 8. Bil: 1 Januari - April 2015; ISSN: 1985-3866
www.nuclearmalaysia.gov.my


Click to View FlipBook Version