The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tahniah YBrs Dr. Mohd Ashhar Hj. Khalid di atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rawizali, 2021-02-07 09:52:52

Nada Nuklear Januari 2017

Tahniah YBrs Dr. Mohd Ashhar Hj. Khalid di atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia

1

NADA

NUKLEAR MALAYSIA

WV 1/17

Tahniah Sidang Editor

YBrs. Dr Mohd Ashhar Hj. Khalid Penaung:
YBrs. Dr Mohd Ashhar Hj.
di atas perlantikan sebagai Khalid
Penyelaras :
Ketua Pengarah Habibah Adnan
Agensi Nuklear Malaysia Senior Editor:
Normazlin Ismail
Penerbitan:
Nur Aishah Zainal
Editor:
Nor Azlina Nordin
Pereka
Mohd Idzwan Md Zin
Jurufoto:
Nor Hasimah Hashim

Kandungan

Ucapan Tahniah
Ringkasan Biodata
Perhimpunan Pagi
Sekitar Perhimpunan Pagi
Bengkel KPI
Mesyuarat Agung PUSPANITA
Wacana Pemikiran
Tea Talk
Sesi Perkongsian Ilmu NG2G
5th Follow Up Training Course
Sesi Perkongsian Ilmu
Senarai Pegawai Bersara Wajib
Aktiviti Terkini
Ucapan Tahun Baharu

2

RINGKASAN BIODATA & PERKHIDMATAN KETUA
PENGARAH AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

Nama Pegawai : Dr. Mohd. Ashhar B. Hj. Khalid

Gred/Jawatan : Gred Utama B (VU6)/ Pegawai Penyelidik
: 18 Mei 1958

Tarikh Lahir

Nama Isteri : Puan Noorlela binti Nordin

: 1) Ph.D (Electrical Engineering:Control & Instrumentation) (University
Kelulusan of Manchester, UK) (1997)

2) MSc (Instrument Design And Appl, University of Manchester, UK)
(1987)

3) BEng (Engineering) (UTM) (1982)

3

4

PERHIMPUNAN PAGI BIL 1/2017
Nur Aishah Zainal

Majlis Perhimpunan Pagi Bil 1/2017 telah diadakan di Dewan Tun Ismail, Blok 11 pada 26
Januari 2017. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu
dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa dan ikrar. Pada
majlis itu juga, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia yang baharu, YBrs. Dr Mohd Ashhar Hj.
Khalid turut menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga Nuklear Malaysia.

Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan rasa penghargaan kepada semua kakitangan

terhadap perlantikannya sebagai Ketua Pengarah yang baharu. Beliau turut menyatakan

ucapan tahniah kepada warga Nuklear Malaysia yang telah

menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan serantau. Anugerah dan

penghargaan yang diterima ini bukan sahaja satu pengiktirafan kepada tahap

pembangunan, perkhidmatan dan juga pembudayaan Sains, Teknologi dan

Inovasi (STI) negara, malah ianya telah mencapai salah satu matlamat

MOSTI.Selainitu, pengiktirafan ini juga secara tidak langsung mengiktiraf ekosistem STI di Malaysia.

Sebelum mengakhiri amanat yang disampaikan, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada

semua yang telah bersama-sama berusaha melonjakkan agenda STI negara dan KPI agensi

khususnya. Beliau juga menyeru kepada seluruh warga Nuklear Malaysia

untuk meneruskan usaha bagi mencapai kecemerlangan. Beliau juga berharap agar semua

kakitangan bertekad untuk bekerja dengan penuh dedikasi sebagai satu pasukan yang mantap serta

meningkatkan prestasi demi masa depan organisasi dan

negara yang lebih gemilang. Beliau juga amat yakin dengan komitmen jitu

warga Nuklear Malaysia yang boleh menjayakan segala aktiviti mengikut perancangan.

5

SEKITAR MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI

6

BENGKEL PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
Fairuz Suzana Mohd Chachuli

Nuklear Malaysia telah menganjurkan Bengkel Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Tahun 2016 & Penetapan Sasaran Kerja Tahun (SKT) 2017 pada 5 – 6 Januari 2017 bertempat di
Dewan Tun Dr. Ismail, Blok 11, Agensi Nuklear Malaysia.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Mohd Ashhar Haji Khalid, Timbalan Ketua Pengarah
(Penyelidikan)dandihadirioleh84pegawaiyangterdiridaripadaPengurusanAtasan,Pengarah-Pengarah
Bahagian serta pegawai-pegawai kanan Agensi Nuklear Malaysia. Bengkel ini
adalah aktiviti tahunan Agensi Nuklear Malaysia bertujuan untuk membentangkan hasil
pencapaian KPI lima SKT utama pada tahun 2016 dan juga menetapkan sasaran bagi lima SKT
utama Agensi Nuklear Malaysia untuk tahun 2017.

Secara keseluruhannya, pencapaian SKT1 hingga SKT5 Agensi Nuklear Malaysia bagi
tahun 2016 juga adalah amat memuaskan dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan pada
awal Januari 2016. Pencapaian MKPI 2016 adalah sebanyak 119.7% di mana daripada 21 KPI
yang disumbangkan kepada MOSTI, 17 KPI telah mencapai sasaran 100% dan ke atas, tiga KPI
telah mencapai sasaran diantara 80% ke 100% dan satu pencapaian KPI PEB sebanyak 66.7%.
Pencapaian OBB 2016 pula adalah sebanyak 80% dan ke atas bagi 13 KPI yang telah ditetapkan.

Bagi Tahun 2017, Nuklear Malaysia telah menerima peruntukan mengurus sebanyak RM78.5
juta dan peruntukan pembangunan sebanyak RM11.93 juta. Sehubungan dengan itu, Nuklear
Malaysia akan terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang di bawah SKT dengan
mengoptimumkan sumber yang ada. Dokumen rumusan Sasaran Kerja Tahun 2017 yang
dibentangkan oleh Pengarah BPA perlu menjadi dokumen rujukan
kepada semua bahagian dalam menetapkan SKT pegawai-pegawai di
setiap bahagian. Setiap aktiviti yang dilaksanakan di Nuklear Malaysia
seharusnya menyumbang dan memberi impak berganda kepada masyarakat dan negara dari segi
perwujudan peluang pekerjaan, sumbangan kepada sektor ekonomi negara dan kesejahteraan
kepada rakyat.

7

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA
Normazlin Ismail

Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA MOSTI kali ke-34 telah diadakan
pada 6 Januari di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Majlis tersebut
dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azhar Hj Yahaya, Ketua Setiausaha MOSTI
merangkap Penasihat PUSPANITA MOSTI. Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program
berlangsung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti karnival jualan PUSPANITA MOSTI,
sesi bersama Safi Rania dan Nona.

Delegasi PUSPANITA Nuklear Malaysia yang diketuai oleh Pengerusi, Puan Noorlela
Nordin turut terlibat dalam pameran yang diadakan sepanjang program
berlangsung. Program tersebut turut dimeriahkan dengan penyampaian anugerah dan hadiah utama
cabutan kepada pemenang yang bertuah. Turut hadir dalam majlis tersebut YBhg. Datin
Noorizan Abu Bakar, Pengerusi PUSPANITA MOSTI.

8 WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH
Nor Azlina Nordin

Pada 17 Januari 2017 yang lalu, satu seminar telah dianjurkan dengan tema “Liberalisme:
Agenda Jahat Illuminati” bertempat di Auditorium Besar, JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.
Seminar ini telah dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
(MUAFAKAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Seminar yang berlangsung selama satu hari ini membincangkan enam kertas kerja yang
dibahaskan oleh tokoh-tokoh yang berpengalaman seperti Ustaz Muhammad Rashidi bin Haji
Wahab (UNISZA), Dr. Azmil bin Zainal Abidin (UM), Dr. Wan Adli Wan Ramli (UM), Ustaz Mohd
Sahri Abd Rahman (IPTI), Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba (UIAM) dan Hj. A. Karim Omar, Naib
Presiden MUAFAKAT. Majlis dimulakan dengan pembentangan kertas dasar: Gerakan
Liberalisme dalam Grand Design Illuminati oleh YBrs. Ismail Mina Ahmad,
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).
Perasmian Seminar dan Pelancaran Buku telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral (B)
Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Antara
judul buku yang dilancarkan adalah Akhlaq dalam Islam:Mendepani Abad ke-22, Al-Firqah
Al-Najiyah: Epistemologi ‘Aqidah Golongan yang Berjaya dan Islam dan Fitnah Modenisme.

9

TEA TALK
Nasaai Masngut

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah menganjurkan satu sesi Tea Talk
pada 13 Januari 2017 yang lalu. Program ini merupakan aktiviti bulanan yang
bertindak sebagai platform perkongsian untuk staf BPM yang telah menghadiri kursus.
Perkongsian Tea Talk yang lepas telah dibawakan oleh tiga orang pegawai iaitu Encik
Nasaai Masngut dan Encik Mohd Hafizal Yusof yang berkongsi pengalaman mereka
sewaktu menghadiri kursus Basic Radiation Knowledge for School Education Course di
Jepun .

Encik Mohd Sha Affandi pula telah berkongsi pengalaman beliau dalam
menjalani latihan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan Kursus Pengacaraan Majlis.
Program ini telah dihadiri oleh 20 orang warga kerja BPM yang
bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Nuklear Malaysia. Aktiviti seumpama ini
akan diteruskan pada masa akan datang untuk menambahkan lagi pengetahuan semua
kakitangan khususnya di BPM ini.

10

SESI PERKONGSIAN ILMU (NG2G)
Abdul Quddoos Abu Bakar

Satu sesi perkongsian ilmu iaitu NG2G telah diadakan di Bilik Seminar, Blok 11 pada 27
Januari 2017. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu
turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan
Teknologi, Dr Dahlan Hj. Mohd.

Sesi perkongsian ilmu pada kali ini telah disampaikan oleh Puan Roha Tukimin, pegawai
penyelidik dari Bahagian Keselamatan Sinaran (BKS). Program yang diadakan adalah
bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang
perlindungan sinaran kepada seluruh warga Nuklear Malaysia. Sesi soal jawab di
antara penceramah dan hadirin turut diadakan selepas tamatnya program tersebut.

11

SEKITAR PROGRAM 5th FOLLOW UP TRAINING
COURSE (FTC)

12

SESI PERKONGSIAN ILMU
Nasaai Masngut

Pengarah Bahagian Teknologi Industri (BTI), Dr Mohamad Pauzi Ismail telah
mengadakan satu sesi perkongsian pengetahuan beliau (knowledge sharing) bersama-sama
pegawai BTI yang lain. Sesi ini telah dijalankan selama lima hari bermula pada
23 hingga 27 Januari 2017.

Aktiviti pengurusan pengetahuan ini diadakan bagi membolehkan beliau berkongsi
pengetahuan sebelum persaraan beliau yang dijangkakan pada bulan Oktober 2017.
Seramai 18 orang pegawai pelbagai peringkat daripada BTI telah menghadiri kursus ini.

13

SENARAI PEGAWAI BERSARA WAJIB
DAN PILIHAN TAHUN 2017

14

AKTIVITI TERKINI

15

Kami dari Sidang Editor Penerbitan
Nada Nuklear Malaysia ingin

mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2017
& Gong Xi Fa Cai kepada seluruh warga
Nuklear Malaysia. Semoga tahun ini lebih
bermakna dan gemilang dalam kehidupan anda

semua.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
The Coaching Habit Say Less, Ask More & Change the Way You Lead Forever ( PDFDrive )
Next Book
ABU BAKAR AS SIDDIQ