The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 939-9-adlin, 2023-03-10 07:37:02

kkm

kkm

1.O BIOGRAFI PELAJAR 2.0 MAKLUMAT KERJA KHUSUS 3.0 PENGENALAN 4.0 KARYA PANTUN 4.1 konsep pantun 4.2 Fungsi Sastera dalam Pantun 4.3 Pemikiran pantun 5.0 KARYA SYAIR 5.1 Konsep Syair 5.2 fungsi Sastera dalam Syair 5.3 Pemikiran Syair 6.0 KARYA GURINDAM 6.1 Konsep Gurindam 6.2 Fungsi Sastera dalam Pantun 6.3 Pemikiran syair RUJUKAN ISI KANDUNGAN


1.0 BIOGRAFI PELAJAR NAMA : ADLIN NUR AMEERA BINTI MOHD RAFI AFFANDI KELAS: B1 AMBILAN : JUN 2022 ANGKA GILIRAN: 2022192310010 IPG : KAMPUS BAHASA MELAYU


2.0 MAKLUMAT TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


3.0 PENGENALAN Saya menghasilkan karya ini untuk memenuhi Tugasan Pentaksiran Berterusan bagi mata pelajaran Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104). Saya telah menghasilkan 5 rangkap pantun yang bertemakan pendidikan, 5 rangkap syair yang bertemakan pengalaman hidup serta 5 rangkap gurindam yang bertemakan ilmu.


4.0 KARYA PANTUN


4.1 Konsep Pantun Menurut Harun Mat Piah (1989), pantun didefinisikan berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman meliputi unsur estetik dan tema serta persoalan.Pantun mengandungi dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Pantun merupakan khazanah lisan orang melayu yang terdiri daripada empat baris serangkap serta mempunyai rima akhir ‘ abab’(Tuti Andriani, 2012). Dua baris pertama merupakan pembayang manakala dua baris terakhir merupakan maksud. Ciri-ciri pantun adalah bilangan patah perkataan bagi setiap baris ialah empat hingga enam patah perkataan. Seterusnya, bilangan suku kata ialah antara lapan hingga dua belas. Rima akhir, terbahagi kepada dua iaitu 'aa' dan 'abab' .


4.2 Fungsi Sastera 1.Alat Pendidikan Pantun tersebut mengandungi unsur-unsur engajaran, nilai murni dan nasihat yang dapat diperoleh oleh pembaca. Oleh itu, pembaca dapat membina sikap yang cemerlang supaya menjadi modal insan yang berkualiti. Seiring dengan matlamat mata pelajaran Kesusasteraan Melayu(1957), ilmu yang diperoleh daripada karya sastera membantu pelajar untuk menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan,kewargenegaraan dan menanam perasaan cinta terhadap negara. 2. Alat Kawalan sosial dalam kehidupan harian Menurut Aripin Said dalam Prosa Warisan, Sastera secara umumnya dapat dikatakan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan. Oleh itu, melalui pantun ini, pembaca dapat mengetahui manfaat menuntut ilmu. Tambahan pula, pembaca turut mendapat nasihat agar tidak bersikap riak apabila memperoleh ilmu.


4.3Pemikiran Setiap manusia wajib menerima pendidikan agar berilmu pengetahuan dan menjadi tokoh teladan kepada masyarakat. Di samping itu, sikap negatif tidak boleh sama sekali diamalkan jika mahu menjadi seorang yang hebat dalam pendidikan


Rusa berlari ke padang datar; Bagai harimau datang mengejar; Jikalau tuan mahu belajar; Rajinkan diri untuk belajar; Bunga Teratai tumbuh sejajar; Indah nian menjadi tatapan; Orang yang hebat berusaha belajar; Menjadi kebanggaan serta teladan; Bunga mawar menumbuh segar; Dipetik saudagar jualan pekan; Jikalau tuan rajin belajar; Kejayaan akan dapat digenggamkan; Pokok jati dahannya redup; Tumbuh segar akarnya melengkar; Pendidikan itu sepanjang hayat; Menjadi bekalan hingga akhirat; Cantik tersemat bunga serombong; Sering dipetik kaum hawa; Jikalau berilmu tetapi sombong; Musnah diri rosaklah jiwa;


5.0 KARYA SYAIR


5.1 KONSEP SYAIR Syair merupakan sebuah karya yang berlagu dan dikatakan berasal daripada parsi dan telah masuk ke dalam Nusantara bersama-sama kedatangan islam. Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), syair berasal dari puisi Arab iaitu 'sy'ir. Namun, bentuk syair melayu amat berbeza dengan syair dalam kesusasteraan Arab Ciri-ciri syair adalah mengandungai empat baris serangkap dengan rima akhirnya aaaa. Setiap baris terdiri daripada empat hingga lima patah perkataan manakala suku kata lapan hingga dua belas sebaris.


5.3 PEMikiran Perjalanan seorang remaja yang terjebak dengan gejala sosial dan akhirnya membawa dirinya ke alam kegelapan. 5.2 FUNGSI SASTERA 1.Dakwah Syair ini mengandungi unsur dakwah di mana memberikan pengajaran kepada pembaca supaya tidak melakukan perkara yang melanggar syariat islam 2. Alat Pendidikan Melalui syair ini, pembaca dapat mengetahui perkara yang akan membawa kepada keburukkan. Oleh itu, pembaca akan dapat mengelakkan diir daripada melakukannya.


Dengarkan syair buat Riwayat, Nasihat diberi penuhlah sarat, Jadi panduan tidak tersesat, Selamat di dunia dan juga akhirat. Diri terjerat ikutkan syahwat, Nafsu dan syitan semakin erat, Jadilah hidup semakin berat, Lupakan tuhan hati pun karat. Semakin melonjak usia remaja, Nasihat dan maruah tidak dibaja, Segala pelajaran tersasar jua, Masa hadapan penuh panceroba. Ajaran agama tidak diendah, Kerana diri capak permudah, Padah datang membawa gundah, Diri tercengang duduk terngandah. Terduduk daku dalam kegelapan, Mencari punca cahaya sinaran, Penuh tangisan seperti lautan, Mengharapkan maghrifah dari tuhan.


6.0 KARYA GURINDAM


6.1 KONSEP GURINDAM Gurindam berasal dari bahasa Tamil iaitu 'iradam' , ' kiradam' yang beerti puisi secara terbuka. Pada pendapat Za'ba, gurindam merupakan sejenis yair yang melarat serta mempunyai sukatan atau rangkap. Gurindam terdiri daripada dua baris serangkap dan kedua-dua baris ini merupakan isi yang mengandungi fikiran yang bernas. Ciri-ciri gurindam adalah terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan dengan rima akhirnya aa manakala suku kata gurindam terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.


6.3 PEMIKIRAN 6.2 FUNGSI SASTERA 1.Alat Kawalan Sosial Gurindam ini mengandungi unsur - unsur yang positif di mana dapat memberikan motivasi serta pesanan kepada para pembaca. Oleh itu, pembaca akan cenderung untuk menimba ilmu dengan intensi Ilmu merupakan sebuah pelita yang akan menjadi penyuluh perjalanan seseorang serta ilmu yang dimiliki akan menjadi bekalan di hari hisab.


Pabila kita tidak berilmu, Pasti kelak hidupnya menjadi tidak menentu. Pabila kita sering beradu, Akal fikirannya cuma ada satu. Jikalau mahu ilmu dunia akhirat, Tuntutlah ilmu sepenuh kudrat. Jikalau mahu berilmu tetaoi tidak beradap, Nescaya dirimu seperti otak yang mendap. Jikalau mahu bekalan pada hari muka, Penuhkanlah ilmu di dalam dada.


RUJUKAN


Click to View FlipBook Version