The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cassendraginson, 2022-08-27 04:54:17

BUKU ATUR CARA PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SMK LIBARAN KALI KE 15 TAHUN 2022

BUKU ATUR CARA PERKHEMAHAN

MAJLIS PERASMIAN PENANGGUHAN
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

SMK LIBARAN
KALI KE-15 TAHUN 2022

Dirasmikan Oleh:
Dr. Dalmansa bin Hj. Tahil,
Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan

Tarikh: 28 Ogos 2022 (Ahad)
Tempat: SMK Libaran, Sandakan
Anjuran: Unit Kokurikulum SMK Libaran, Sandakan

“Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti Keutamaan Kami”

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PENANGGUHAN PERKHEMAHAN
BADAN BERUNIFORM SMK LIBARAN KALI KE-15 TAHUN 2022

Masa Perkara

11.00 pagi Ketibaan tetamu jemputan
Tn. Dr. Dalmansa Hj. Tahil, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan dan rombongan
11.10 pagi Persembahan Silat Selamat Datang
11.20 pagi Johan Acara Jurus Silat Peserta SMK Libaran Peringkat Daerah Sandakan, di bawah
bimbingan En. Bakri bin Ampiau, PIBK SMK Libaran
Nyanyian Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan Penolong Kanan Kokurikulum
En. Anuar bin Yasis

Ucapan Pengetua
En. Fazman bin Mohd. Yatim

Ucapan Perasmian
Tn. Dr. Dalmansa bin Hj. Tahil,
Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan

12.00 tengah Gimik Perasmian
hari En Fakhrul Radhi bin Razali
Persembahan Montaj
13.30 petang Aktiviti perkhemahan Badan Beruniform Tahun 2022
Cik Fatin Amirah binti Fauzi
- Penyampaian Sijil, Hadiah & Cenderamata
Hakim Pertandingan Kawad Kaki
Kor Perkhidmatan (Ketua)
Peserta Perkhemahan (Ketua Kadet Badan Beruniform)
Pemenang Perkhemahan
Tempat Keempat
Tempat Ketiga
Naib Johan
Johan
Kadet Terbaik Perempuan
Kadet terbaik Lelaki
Cenderamata kepada perasmi
Persembahan Tarian
Tarian Etnik Kreatif oleh Penari Kelab Kesenian & Kebudayaan SMK Libaran di bawah
bimbingan En. Habibih bin Syamsuddin
Break Camp I
Upacara Penurunan Bendera (Kadet KRS)
Penyerahan Bendera Perkhemahan 2023 (KRS kepada St. John Ambulans Malaysia)
Sesi bergambar
Jamuan Makan VIP
Break Camp II
Salam Untaian Kasih Perkhemahan (En. Harun bin Ebno, Ketua Guru Penasihat KRS)
Gotong Royong
Jamuan Makan Guru
Majlis Bersurai

Ucapan Encik Anuar Yasis,
Penolong Kanan Kokurikulum

Bismillahir rahmanir rahim

Daun selasih direnjis- renjis , terima kasih pengacara majlis

Yang Berbahagia Dr. Dalmansa Bin Hj Tahil, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Sandakan, Yang Berusaha, Encik Ahmad
Yussof Mohamad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sandakan, Yang Berusaha, Encik Fazman bin Mohd
Yatim,Pengetua SMK Libaran, Yang Dihormati Puan Hamidah
Binti Suparti, Penolong Kanan HEM, Yang Dihormati Encik
Anuwar Bin Abdul Amit, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang
Dihormati Ketua Kem Komandan En Mohd. Iqram Qayyum bin
Japar Yg Dihormati En. Awang Salleh bin Mohammad, Yg
Dipertua PIBG SMK Libaran Yang dihormati Ketua-Ketua Guru
Penasihat Badan Beruniform, Para guru, Para Kadet yang
diraikan, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera, Saalam Keluarga Malaysia, Salam perkhemahan
Salam Sepakat, Sabah Hebat, Salam Muafakat Sepakat, Sandakan Hebat.

Sebelum saya meneruskan ucapan, di sini saya ingin mengalu-alukan
kedatangan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Selamat Datang ke Majlis
Perasmian Penangguhan Perkhemahan Badan Beruniform SMK Libaran kali ke-
15 bagi Tahun 2022

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat kita berhimpun dalam Majlis Perasmian Penangguhan Perkhemahan
Badan Beruniform SMK Libaran kali ke-15 yang bertemakan Kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti keutamaan kami.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai Penyelaras Program, dikesempatan ini saya ingin merakamkan
penghargaan jutaan terima kasih yg tidak terhingga kpd Yang Berbahagia Dr.
Dalmansa Bin Hj Tahil, KPPD Sandakan kerana sudi menghadirkan diri dalam
majlis ini. Difahamkan selepas ini beliau akan berada di SMK Elopura bagi
merasmikan Majlis Penangguhan Hari Terbuka PPD Sandakan

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kpd Tuan Pengetua atas buah fikiran,
nasihat, bimbingan dan tenaga yang dicurahkan sepanjang perkhemahan ini
berlangsung.

Sekalung pengharagaan dan terima kasih kepada En Mohd. Iqram Qayyum bin
Japar ketua kem Komandan, dari unit Kadet Remaja Sekolah kerana banyak
mencurahkan bakti bagi menjayakan perkhemahan ini. Kepada semua guru,
termasuk guru pelatih seramai 5 orang, AJK Pelaksana, dan kor perkhidmatan,
tidak ada kata-kata paling indah hamba nak gambarkan melainkan ucapan terima
kasih.

Kuning emas masanya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi Tuan jadi kenangan

Akhirnya Kepada para peserta kadet sebanyak 4 Badan Beruniform, iaitu kadet remaja
sekolah serba kehijauan mesra alam, St. John Ambulans yang berwarna putih suci bersih,
Pergerakan Persekutuan Pengakap berwarna kelabu umpama awan nano dan Peregerakan
Puteri Islam Malayis PPIM yang berwarna merah jambu lambang wanita muslimah, tahniah
dan syabas kerana anda telah berjaya mengharungi segala aktiviti yang dijalankan dgn penuh
sabar dan tabah tak kira panas terik, siang dan maam yang berlangsung selama 3 hari 2
malam bermula pada hari Jumaat 26 Ogos hingga hari ini hari ini, hari Ahad 28. Ogos 2022

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Untuk makluman tuan, seramai 200 orang kadet telah menyertai perkhemahan ini
termasuk kor perkhdmatan seramai 28 orang kor. Sesungguhnya, Perkhemahan badan
Beruniform merupakan aktiviti tahunan sekolah . Justeru, bagi tahun hadapan, Ketua kem
komandan akan diberi mandat kepada Badan Beruniform ST John Ambulans Malaysia.

Alhamdulillah Secara Peribadi, saya berasa amat gembira dan bangga kerana program ini
telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Semua ini berpunca daripada komitmen
semua pihak. Pun begitu, tedapat seorang pelajar yang sakit semalam, namun semangat
pelajar ini amat kental. Perkara ini saling tidak tumpah dengan Peribahasa Melayu
mengatakan Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Kalah dan menang adat pertandingan.Kepada yang menang diucapkan tahniah, kepada
yang kalah, jgn putus asa, cuba lagi pada masa akan datang.

Akhir Kalam,
Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya
kepda guru dan kor perkhidmatan kerana bertungkus lumus menjayakan program ini.

Hari ini menanm jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Sebentar lagi kita bersurai

Berakhir sudah majlis kita
Moga bersua akan datang
Andai ada tersasul kata
Salah silap mohon maafkan

Ucapan Encik Fazman bin Mohd Yatim,
Pengetua SMK Libaran, Sandakan

Terima kasih pengerusi majlis.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Yang dihormati Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Dr.
Dalmansa Bin Hj Tahil, Yang Berusaha, Encik Ahmad Yussof
Mohamad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan
Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Anuar Bin Yasis, Penolong
Kanan Pentadbiran, Encik Anuwar Bin Abdul Amit, Penolong Kanan
HEM, Puan Hamidah Binti Suparti, barisan guru-guru dan murid-
murid peserta perkhemahan Badan Beruniform yang dikasihi
sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam
Sejahtera, Salam Sepakat Sabah Hebat, Salam Muafakat Sepakat
Sandakan Hebat.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah dan salam sejahtera ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W, dengan izin Allah kita dapat bersama-sama pada pagi ini dalam majlis
perasmian dan penangguhan Perkhemahan Badan Beruniform SMK Libaran pada tahun 2022.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

1. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa semua murid yang berada di
hadapan saya amat letih pada masa ini kerana telah berusaha bersungguh-sungguh
untuk menyempurnakan perkhemahan ini. Sudah semestinya, banyak aktiviti yang
dilaksanakan memerlukan ketahanan fizikal dan mental murid-murid terutamanya
aktiviti kembara dan rempuh berhalangan. Oleh itu, saya berharap agar semua
peserta yang terlibat dalam perkhemahan kali ini dapat mengaplikasikan sebaik
mungkin ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari selama tiga hari dua malam ini.
Perkara ini juga amat penting kerana dapat membantu murid-murid dalam
melaksanakan tanggungjawab masing-masing di sekolah terutamanya dari segi
pengurusan masa dan pengurusan disiplin diri yang tinggi. Amalan disiplin yang baik
dan kepimpinan yang berhemah dalam kalangan murid-murid dapat mencerminkan
identiti sesebuah sekolah. Saya yakin apa yang murid-murid pelajari dan perolehi
sepanjang tempoh perkhemahan ini sedikit sebanyak juga akan menjadi titik tolak
kepada permulaan menjadi seorang pemimpin yang disegani.

2. Saya juga berharap agar objektif perkhemahan yang telah dirancang dapat dicapai.
Saya difahamkan objektif perkhemahan ini adalah untuk melahirkan murid-murid
yang berkualiti dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan serta memangkin
tahap pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap aktiviti luar bilik darjah di
samping membimbing murid-murid mengaplikasikan disiplin ilmu secara
menyeluruh.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

3. Saya amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid-murid SMK
Libaran pada tahun ini terutamanya dalam bidang kokurikulum. Ini menunjukkan
murid-murid sekolah ini mampu bersaing dengan sekolah-sekolah yang hebat di
daerah Sandakan ini. Berikut senarai pencapaian yang telah diraih oleh murid-murid
sekolah ini.

Bil Nama Pencapaian Peringkat
Negeri
1 Aida Binti Iffan Yusri Johan Negeri
Pertandingan Doodle Antidadah
Negeri
2 Nurul Shyafika Binti S Sapar Naib Johan K Kinabalu

Nyanyian Solo Kerohanian Negeri
PEMANIS K Kinabalu

3 Nursabella Bakriah Binti Bakri Tempat Ketiga Negeri
K Kinabalu
Kategori Tanding Kejuaraan Sirkit
Negeri
1 Sekolah 1 Silat K Kinabalu

4 Nurul Syuhadah Ayin Binti Tempat Ketiga Negeri
Budon Kategori Jurus Tunggal Kejuaraan Ranau

Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Negeri
Telupid
5 Putra Bahri Bin Bakri Tempat Ketiga Negeri
Kategori Tanding Kejuaraan Sirkit K Kinabalu

1 Sekolah 1 Silat

6 Muhammad Nu Faizal Bin Penyertaan
Nudan Merentas Desa
Program Pendidikan Khas Integriti

(PPIK)

Naib Johan
Merentas Desa
Program Pendidikan Khas Integriti
(PPIK) Peringkat Daerah

Sandakan

7 Hammad Quzaidi Bin Penyertaan
Mudiman Merentas Desa

8 Ibrahim Bin Umran Tempat Ketiga
800 m

Kejohanan Olahraga MSSD
Sandakan

Pertandingaan Bola Sepak (L18)

9 Ummi Noor Qhadizah Lontar Peluru
Akan berlangsung pada

2-7Sept 2022

Johan
Lontar Peluru
Kejohanan Olahraga MSSD

Sandakan

Bil Nama Pencapaian Peringkat
Daerah
1 Mustaqim Nur Ilyas Bin Mustari Johan Lontar Peluru (LB)
Daerah
Naib Johan Lempar Cakera (LB)
Kejohanan Olahraga MSSD
Sandakan

2 Nursyahira Affika Johan
Siti Nur Athirah Kategori Jurus Silat Massal

Nursabella Bakriah Bakri Pertandingan Cabaran kokurikulum
Nurul Syuhadah Ayin Silat Seni

3 Aubry Navarro Mcrosswell Bin Johan Daerah
Manuel Article Trailer Daerah
Nur Ain Binti Casan (berkumpulan) Peringkat Daerah
Muhamad Nurizan Bin Rumji Daerah
Sandakan Daerah
4 Nur Adilah Binti Mudiman Daerah
Naib Johan
Lompat Jauh (PA)
Ketiga Lompat Kijang (PA)
Kejohanan Olahraga MSSD

Sandakan

5 Putra Bahri Bin Bakri Naib Johan
Kategori Jurus Silat Massal
Pertandingan Cabaran kokurikulum

Silat Seni

6 Kumpulan Choral Speaking Smk Naib Johan
Libaran Pertandingan Choral Speaking

7 Siti Norsyafikah Binti Jikral Ketiga
Rejam Lembing (PA)
Kejohanan Olahraga MSSD

Sandakan

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

4. Saya berharap pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid akan
menyuntik semangat murid-murid lain untuk menyertai sebarang pertandingan yang
diadakan oleh pihak sekolah dan pertandingan-pertandingan yang diadakan di luar sekolah.
Kejayaan murid-murid akan menaikkan nama baik sekolah dan menjadi buah mulut walau
di mana berada. Saya juga berharap agar ibu bapa akan sentiasa memberikan sokongan
yang padu kepada anak-anak supaya seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

5. Tanpa membuang masa, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan
jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan
Badan Beruniform pada tahun ini terutamanya kepada semua guru yang telah bekerjasama
dan begitu komited untuk memastikan perkhemahan ini berjaya dilaksanakan. Semoga kita
dapat bertemu lagi dalam perkhemahan yang akan datang.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b. t

Ucapan Alu-Aluan Perasmi,
Dr. Dalmansa bin Hj. Tahil, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan

Terima kasih saudara/ saudari pengerusi majlis

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang dihormati Pengetua SMK Libaran, Encik Fazman bin Mohd
Yatim,Yang dihormati, Encik Anuar Bin Yasis, Penolong Kanan
Kokurikulum, Encik Anuwar Bin Abdul Amit, Penolong Kanan
Pentadbiran, Puan Hamidah Suparti, Penolong Kanan HEM SMK
Libaran, guru-guru SMK Libaran seterusnya para peserta
perkhemahan Badan Beruniform yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.
Salam Sepakat Sabah Hebat, Salam Muafakat Sepakat Sandakan Hebat.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan taufik dan hidayahnya, kita dapat bersama-sama pada pagi yang
berbahagia ini, bersempena dengan majlis perasmian penangguhan perkhemahan
Badan Beruniform peringkat sekolah SMK Libaran kali ke-15 yang telah berlangsung
dengan jayanya selama 3 hari 2 malam yang julung-julung kalinya dilaksanakan di
bangunan baharu ini. Saya difahamkan perkhemahan ini telah disertai oleh seramai
200 orang murid yang mewakili empat badan beruniform.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

2. Badan beruniform merupakan satu kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah yang
diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu pendekatan
kementerian untuk memupuk disiplin dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid
sekolah. Kokurikulum amat penting bagi melahirkan murid-murid yang lebih dinamik,
berkebolehan dan memiliki perspektif yang lebih baik terhadap kehidupan. Justeru,
usaha murni menjayakan perkhemahan pasukan badan beruniform ini membuktikan
keprihatinan dan iltizam semua pihak untuk sama-sama mengangkat martabat bidang
kokurikulum sebagai satu elemen penting dalam melengkapi sistem pendidikan
negara.

3. Nilai-nilai murni seperti kerjasama, toleransi, kepercayaan, yakin diri, kreatif dan kritis serta
disiplin diri yang tinggi selain luhur bukan sahaja perlu dijaga dalam pertuturan dan tingkah
laku seseorang, tetapi ia juga perlu diterjemahkan melalui sikap dan norma yang baik dalam
setiap kegiatan yang dilaksanakan. Justeru, penganjuran program perkhemahan seperti ini
berupaya memupuk nilai-nilai positif Sebagian seorang murid yang bertanggungjawab dan
memenuhi aspirasi dalam falsafah pendidikan negara.

4. Seterusnya perkara yang menarik ialah eleman integrasi yang diterapkan dalam aktiviti
perkhemahan ini akan berjaya membentuk perpaduan daripada segi sikap, budaya dan
hubungan antara kaum. Secara langsung, ia akan membentuk entiti nasional yang
menyatukan perbezaan pendapat dan pemikiran, seterusnya menyemai sikap saling
membantu, bekerjasama, muafakat, membina keyakinan diri, meningkatkan semangat
patriotisme, jati diri dan ketahanan mental.

Hadirin dan hadirat sekalian,

5. Sesungguhnya, masa depan negara kita sangat bergantung kepada kualiti yang dimiliki oleh
para remaja atau pelajar hari ini. Justeru, aktiviti kokurikulum pasukan badan beruniform ini
dapat memperkukuhkan disiplin para pelajar di peringkat sekolah melalui kegiatan
kokurikulumnya. Oleh itu, wawasan kerajaan untuk membangunkan modal insan yang
mempunyai nilai, moral dan sikap positif serta bertanggungjawab akan menjadi realiti.
Sehubungan itu juga, penganjuran perkhemahan pasukan badan beruniform merupakan satu
usaha murni yang akan menjadi landasan dalam pembentukan peribadi dan sahsiah diri
murid-murid sekalian. Melalui program yang memberikan penekanan khusus dalam
membentuk disiplin seseorang pelajar, adalah diharapkan bukan sahaja dapat mencorakkan
kehidupan pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi, tetapi juga berupaya
merencanakan masa depan bangsa dan negara.

6. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kesemua peserta perkhemahan yang dipilih untuk
mewakili Badan Beruniform masing-masing dalam perkhemahan ini. Saya difahamkan
beberapa pertandingan telah dilaksanakan semasa perkhemahan ini iaitu pertandingan pandu
arah (bearing), ikatan gajet dan simpulan, masakan rimba, pertolongan cemas dan malam
kebudayaan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah yang berjaya.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

7. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih sekali
lagi kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya pada pagi yang indah ini. Setinggi-
tinggi tahniah diucapkan kepada unit kokurikulum kerana telah bertungkus lumus memberikan
komitmen yang tinggi bagi menjayakan perkhemahan ini.

8. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan dan menangguhkan Perkhemahan Badan
Beruniform SMK Libaran kali ke-15 pada tahun 2022.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.

Objektif Perkhemahan:

1. Meningkatkan pengetahuan murid berkenaan ilmu asas perkhemahan agar seimbang
dalam bidang kokurikulum dan kurikulum selaras dengan aspirasi murid berilmu
pengetahuan

2. Mendedahkan murid kepada kemahiran berfikir aras tinggi melalui pelbagai aktiviti
mencabar minda dan fizikal agar bertindak dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif
(kemahiran berfikir)

3. Mengasah bakat dan kemahiran murid dalam aspek kepemimpinan sekaligus
meningkatkan motivasi dan keyakinan diri (aspirasi murid berkepimpinan)

4. Melatih murid agar mampu berdikari serta mampu mencipta peluang dengan
memanfaatkan sumber yang terdapat di persekitaran mereka

5. Memupuk integrasi kaum serta semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan
murid (aspirasi sistem pendidikan negara)

6. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
agar dapt bersaing secara positif (apirasi murid etika dan kerohanian)

Sasaran

200 orang peserta yang mewakili empat unit beruniform dan murid tingkatan 5 adalah
diwajibkan untuk mengikuti perkhemahan ini. 50 orang bagi setiap unit, termasuk 5 orang kor
perkhidmatan.

BIL UNIT BERUNIFORM PESERTA KOR JUMLAH
PERKHIDMATAN
1 Pengakap Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan 50
2 Kadet Remaja Sekolah 25 20 50
3 St. John Ambulance 25 20 32 50
4 PPIM 25 20 32 50
0 45 32 200
JUMLAH 75 105 05
9 11

Ahli Jawatankuasa Pelaksana:

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Fazman Mohd Yatim [Pengetua]
Timb. Pengerusi : En. Anuar Yasis [Penolong Kanan Kokurikulum]
Timb. Pengerusi2 : Pn. Hamidah Binti Suparti [Penolong Kanan HEM]
Timb. Pengerusi 3 : En. Anuwar Abdul Amit [Penolong Kanan Kurikulum]
Setiausaha : En. Mohd Iqram Qayyum Bin Japar [Penyelaras Unit Beruniform]
Timb. Setiausaha : Cik Masni Binti Usman [Setiausaha Kokurikulum]
Bendahari : Pn. Sumiyati [Ketua Pembantu Tadbir]
Pen. Bendahari : Pn. Surayah Nasir

JAWATANKUASA PELAKSANA

Kem Komandan : En. Mohd Iqram Qayyum Bin Japar (Penyelaras UB)
Pen. Kem Komandan : En. Harun Bin Ebno

AJK Pendaftaran : Pn. Farawahidah Mohammad (K)
: Cik Norsarina Binti Araman

AJK Sijil, Hadiah & : Cik Masni Binti Usman (K)
Cenderamata : Pn. Rosidah Rusilim
: Pn. Megerita Arimin
: Cik Anis Farhana Binti Mat Lazin
: Cik Jurifah Binti Jeffri

AJK Khemah & Persiapan : En. Mohamad Zulhamizan Bin Awang Abas (K)
Tempat : En. Mohammad Azwan Bin Jainal
: En. Mohd Arzuna Sham Bin Ag Salleh

AJK Peralatan & Teknikal : En. Mohd. Ayuby Mohd. Razali (K)
(PA Sistem) : En. Fakhrul Radhi

AJK Publisiti, Jurugambar : En. Chin Wei Ming (K)
& Backdrop : En. Yee Tzyypirng

AJK Makanan & Minuman : En. Wan Mohd. Fadzli Wan Daud (St. John) (K)
: Ustazah Anis Farhana Binti Mat Lazin (PPIM)
: Ustazah Nursyafiqah Binti Saidi (PPIM)
: Pn. Nor Azizah Abd. Aziz (Pengakap)
: Ustazah Siti Fatimah Binti Hassan (PPIM)
: Cik Nurazwa Binti Sahabu (KRS)
: Cik Nurul Wahidah Binti Mohd Aliman (KRS)
: Cik Norsarina Binti Araman
: Cik Jurifah Binti Jeffri

AJK Keselamatan & : En. Mohd. Rahmat Mohd. Saleh (K)
Disiplin : Pn. Fatmah Hj. Sahak
: En. Mohd Iqram Qayyum Bin Japar
: En. Harun Bin Ebno

AJK Kebajikan & : Pn. Nursyafiqah Binti Saidi (K)
Kesihatan : En. Yee Tzyypirng

AJK Kebersihan : Pn. Noorhaida Binti Malayu (K)
: En. Mohammad Azwan Bin Jainal
: 4 Kor Perkhidmatan

AJK Kerohanian : En. Ahmad Rasidi Saad (K)
: Ustazah Siti Fatimah Binti Hassan
: Ustazah Anis Farhana Binti Mat Lazin
: Pn. Cassendra Marcella Ginson (Moral)

AJK Kor Perkhidmatan : Guru-guru Ketua Badan Beruniform
: (20 orang kor perkhidmatan)
: Sukarelawan PIBK

AJK Majlis Penutupan & : En. Mohd Iqram Qayyum Bin Japar (K)
Gimik Perasmian : En. Harun Bin Ebno
: En. Fakhrul Radhi

AJK Penyediaan Teks Ucapan: Pn. Surayah Nasir (K)

Persembahan Power Point : Cik Fatin Amirah Binti Fauzi

AJK Protokol : En. Anuwar Bin Abdul Amit
: En. Anuar Yasis
: Pn. Hamidah Binti Suparti

Dokumentasi : En. Mohd Iqram Qayyum Bin Japar

AJK Buku Atur Cara : Pn. Cassendra Marcella Ginson

AJK Pengacara Majlis : Pn Aslinah Elian

AJK Bacaan Doa : En. Ahmad Rasidi Saad

AJK Persembahan : En. Habibih Bin Syamsuddin
: Cik Norlizah Binti Napurun

AJK Persiapan Pentas : En. Mohd. Ayuby Mohd. Razali (K)
: En. Wan Mohammad Fadzli Wan Daud
: En. Chin Wei Ming
: En. Fakhrul Radhi
: En. Safaruddin Lakalla
: En. Mohamad Zulhamizan Bin Awang Abas
: Semua guru pelatih

AJK Aktiviti: : Pn. Aslinah Elian (K)
1) Ice Breaking/ LDK : Pn. Noorhaida Binti Malayu
: Cik Nurul Wahidah Binti Mohd Aliman
: Cik Nurazwa Binti Sahabu

2) Pertandingan : En. Safaruddin Lakalla (K)
Membuat Gajet : En. Mohd. Rahmat Mohd. Saleh
: En. Mohd Arzuna Sham Bin Ag Salleh
: Semua Ketua Penasihat Badan Beruniform

3) Pertandingan : En. Ahmad Rasidi Saad(K)
Pertolongan Cemas : Cik Fatin Amirah Binti Fauzi
: Pn. Fatmah Hj. Sahak
: Ustazah Anis Farhana Binti Mat Lazin

4) Orientering : En. Muhajirin @ Saharin Bin Maidin (K)
5) Kembara : En. Fakhrul Radhi Razali
: En. Mohammad Azwan Bin Jainal

: En. Wan Mohammad Fadzli Wan Daud (K)
: En. Safaruddin Lakalla
: Cik Masni Binti Usman
: Pn. Rosidah Rusilim
: Ustazah Siti Fatimah Binti Hassan
: En. Mohd Arzuna Sham Bin Ag Salleh

6) Masakan Rimba : Pn. Surayah Binti Nasir (K)
: Pn. Farawahidah Binti Mohammad

7) Malam Kebudayaan : En. Habibih Syamsuddin (K)
: Cik Norlizah Napurun

8) Jati Diri : Pn. Noorhaida Binti Malayu (K)
9) Rempuh Berhalangan : Pn. Aslinah Elian
: Cik Jurifah Binti Jeffri
10)Burung Pungguk : Cik Norsarina Binti Araman
11)Pertandingan Kawad : Cik Nurazwa Binti Sahabu
: Cik Nurul Wahidah Binti Mohd Aliman
Kaki
: En. Mohammad Azwan Bin Jainal (K)
: En. Mohamad Zulhamizan Bin Awang Abas
: En. Muhajirin @ Saharin Bin Maidin
: En. Fakhrul Radhi Razali
: Pn. Cassendra Marcella
: En. Mohd Ayuby Mohd Razali
: Cik Nurazwa Binti Sahabu
: Cik Norsarina Binti Araman

: En. Mohd. Rahmat Mohd. Saleh (K)
: En. Yee Tzyypirng
: Pn. Nursyafiqah Binti Saidi
: Cik Nurul Wahidah Binti Mohd Aliman
: En. Mohd Arzuna Sham Bin Ag Salleh

: En. Harun Ebno (K)

: En. Saharin Maidin

12) Senamrobik : Cik Norlizah Napurun (K)
: Semua guru praktikal

Jadual Pengis

sian Program

Ucapan Penghargaan

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
secara tidak langsung dalam menjayakan Perkhemahan Badan Beruniform SMK Libaran kali ke-15 tahun 2022.

Dr. Dalmansa Bin Hj Tahil, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan
Encik Ahmad Yussof Mohamad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan

Encik Fazman bin Mohd Yatim,Pengetua SMK Libaran,
Encik Anuwar Bin Abdul Amit, Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Hamidah Binti Suparti, Penolong Kanan HEM,
Encik anuar yasis, penolong kanan kokurikulum

Encik Mohd. Iqram Qayyum bin Japar, Ketua Kem Komandan
Encik. Awang Salleh bin Mohammad, Yang Dipertua PIBG SMK Libaran

Ketua-Ketua Guru Penasihat Badan Beruniform,
Guru-guru SMK Libaran

Peserta Perkhemahan Badan Beruniform SMK Libaran kali ke-15 tahun 2022


Click to View FlipBook Version